Thursday, December 1, 2011

ABUAQIFSTUDIO..BLOG YANG PERLU DILINKKAN.


ternyata ke agresifan moderator bloger abu aqifstudio sedikit sebanyak telah membantu blogers dalam menjawap fitnah dan tuduhan jahat pimpinan pas.

mohon di linkkan blog ini . KLIK SINI

19 comments:

yat said...

selain dari itu, dia juga banyak tolong upload video2 dakwah, huklum hakam dari ulamak muda umno(ustaz fathul bari, ustaz fadlan) bukan politikm semata2, tapi dia memang agresif jawab fitnah PAS....

tapi ada suara2 sumbang tuduh diornag ni wahabi, tapi diorang pedulik apa, kebenaran mesti ditegakkan!!

Anonymous said...

bahaya dia orang ni gap,,selidik dulu si WAHABI ni,,bahaya kepada org melayu bermahzab shafie. jgn kerna nak hentam pas,khidmat mereka digunakan,,akhirnya niat sebenar mereka adalah menyebarkan fahaman wahabi ke seluruh negara melalui umno,macam syiah guna kan pas untuk sebarkan syiahnya,,tanya ustaz2 neutral,banyak ada kat malaysia,jangan nasi jadi bubor sudahlah, Ya Allah selamatkanlah Malaysia

yat said...

anonymous di atas, apa slaah wahabi? cuba mai sat...banyak ustaz2 yg ditidiuh wahabi macam dr asri, fathul bari dan lain2...bila ditanya pusing2 kot lain...

depa banyk berhujah dengan dalil, dan ada yg 'traditionalist' terasa...saya sokong mereka2 ini...

Anonymous said...

ha ah dia orang ni pun apa kurang nya mengatakan orang tu sesat ,orang ni sesat. kena la tu mangkok lawan dengan mangkok. UMNO pun jgn la terdesak sangat sampai guna ostat wahabi.mulaa sedap la dia punya ayat,menyanggah cara pas mengkafirkan orang ,tungguuuuu la tembelang pecah, macam tembelang ANVAR DOLL pecah..WAHABI, WAHABI,nak mengkucar kacirkan negeri orang je,,dah tak dak keja lain

Anonymous said...

anon 10.48 ni orang perlis kan jangan maree

yat said...

bro anonymous di atas,

sapa yg banyak cakap sesat2 ni? bukan hangpa ka yg dok selalu cakap orang sesat? mai bawak bukti sat apa contoh depa yg sesat?...

Anonymous said...

yat,

MEMANG SALAH ,memecah belahkan umat,saya tinggal di luar negara dan saya dah lihat kehanchuran perpaduan ummah islam dek kerana wahabi ni..

Anonymous said...

Bob Lockman perasan isle dia lebih hebat dari org lain.

yat said...

saya tinggal di luar negara jugak...

takderpun berpecah..antara malaan yg dikatakan 'wahabi' tak baca doa qunut, tak zikir ramai2 lepas sembahyang, takder pulak berpecah, semua ok jek...apa yg pecahnya?

ada jugak jemaah orang malaysia yg baca qunut subuhm, dan zikir ramai2 lepas sembahyang, takder pulak diorang bising jugak, apa masalah anda sebenarnya? umat islam pecah sebab politik...

yogibear's season said...

Antara ittiqad golongan Wahabi ialah Allah swt bersemayam diatas 'Arasy...mengikut dzohir ayat Al Quran surah Thoha..

Nik Aziz kata bersila lendik atas'Arasy...

Soklan yg bermain di kepala Yogi, ialah... sebelum Allah jadikan 'Arasy,.. Allah swt istiwa' kat mana?

Adakah Allah swt mengambil faedah drp ciptaanNya dgn IA beristiwa diatas 'Arasy selepas dijadikan?

Mustahil sama sekali....!

Hanya Makhluq mengambil faedah drp ciptaan Kholiq!

Anonymous said...

pembetulan YAT.

umat islam msia berpecah sbb angkara politik 50 thn PAS.

yat said...

tentang allah berada di mana, saya tak berani ulas, ia melibatkan tauhid, orang layman biasa tak tau benda2 ni, saya dah dengar hujah pihak2 dikatyakan 'wahabi' ini dan merska ada dalil dan hujah mereka sendiri, dan saya jugak dengar dalil seperti yg saudara yogibear cakap dan hujah mereka...

dan apa yg saya dapat conclude, mereka memang tak 'menjismkan' allah seperti yg didakwa, dan tidak menyatakan Allah seperti makluk, tajuk ni agak heavy nak discuss di sini....saya tak mampu nak detailkan atau syarahnya di sini....

kesimpul;an saya, anda yg menyesatkan wahabi tapi anda tuduh wahabi menyesatkan orang...

To Live Again said...

gua pon baru follow blog dia GAP.Aku suka dgn cara dia menjwb segala fitnah pencacai pas pis pus..Cukut stylo dn kena dgn jiwa org muda GAP!

Blogger cm ni kita perlu ramai lg bro!

Dot said...

kata orang, mengapa wahabi di Mekah takda masalah? kan bila ke Mekah jemaah kena juga ikut peraturan wahabi Mekah?

sebenarnya permasalahan agama melalui 4 mazhab yg diiktiraf dlm agama kita sudah cukup utk merungkai segenap perkara yg kita hadapi...
ikutlah mazhab yg kita akui, sbg ahlussunnahwaljamaah, bermazhab shafie, kita sudah ada landasannya, InsyaAllah tak sesat..
mengapa perlu bercakar bila akhirnya kita akui kita semua beragama Islam...

yat said...

anti bohmau,

hakikat dia di mekah asas dia adalah mazhab hambali, tapi ada jugak la perubahan sedikit demi sedikit (selagi tak menyalahi syarak)...

Anonymous said...

Apa masalahnya kalau berbeza mazhab? Kalau org Wahabi tu x berzikir lepas solat, masuk neraka ke dia? Jgn lah cepat menghukum orang mcm yg dilakukan oleh Pas!

Sesiapa bermazhab Syafie, silakan amalkan mazhab anda! Sesiapa bermazhab Maliki, amalkanlah juga! Apa masalahnya???

Musuh kita sekarang ni ialah PAS yg terang lagi brsuluh memecahbelahkan umat Islam dgn mcm2 fatwa mengarut!!

Saya suka dgn golongan wahabi ni. Apa yang baik saya ikut, apa yang buruk saya buang.

Kita ada pendirian masing2 dan Allah kurniakan akal untuk kita gunakan, bukan letak akal tu kat lutut macam yang dibuat oleh ularmak PAS!!

Anonymous said...

KALAU KITA SEMAK BUKU FEKAH MAZHAB SHAFIE BAB SEMBAHYANG DOA QUNUT ADALAH SUNAT. JADI KALAU DITINGGALKAN PUN TAK SALAH SEMBAHYANG TAK BATAL. BEGITU JUGA BERZIKIR LEPAS SEMBAHYANG JUGA SUNAT. TAK DIBUAT PUN OK APA. JANGAN GADUH2. YANG PENTING JANGAN MUDAH MENUDUH SESAORANG ISLAM KAFIR/FIRAUN/DAJAI DAN SEUMPAMANYA KERANA KALAU SERIUS SALAH SEORANG AKAN JADI KAFIR. BAHAYA BESAR.

Anonymous said...

mohon dipaparkan artikel ini di blog GAP.cerita yg sgt menarik.

http://armandpju.blogspot.com/2011/11/pengakuan-bekas-kader-pas-kenapa-kami.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ArmandAzhaGerakanSuaraAnakMuda1malaysia+%28ARMAND+AZHA+GERAKAN+SUARA+ANAK+MUDA+1MALAYSIA%29

Melayu Perak said...

Ayuh Seluruh Orang UMNO!!, Jayakan Harapan Presiden
01/12/2011 23:30 UMNO Online 4

KUALA LUMPUR 1Dis ? Ahli parti dan Orang UMNO, transformasi dan sejarah UMNO merupakan antara intipati menarik yang terkandung di dalam ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika perasmian perhimpunan tadi, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Menurut beliau ucapan presiden parti itu sarat isinya dan memberi tafsiran bagaimana [...]

KUALA LUMPUR 1Dis ? Ahli parti dan Orang UMNO, transformasi dan sejarah UMNO merupakan antara intipati menarik yang terkandung di dalam ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika perasmian perhimpunan tadi, kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Menurut beliau ucapan presiden parti itu sarat isinya dan memberi tafsiran bagaimana komitmen yang perlu ditunjukkan oleh seluruh kepimpinan dan orang UMNO di semua peringkat.
?Ucapan luar biasa, walaupun singkat tetapi padat sekali. Antara yang menarik perhatian ada tiga yang pertama antara ahli dan orang UMNO. Ini perkara yang harus kita semua selami, kita harus tahu bagaimana kita nak buat pengagihan antara ahli dan orang parti. Orang UMNO mestilah taat dan setia kepada parti keramat UMNO ini.
?Keduanya menjuarai transformasi yang merupakan antara faktor yang membolehkan kita memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum 13 dan juga menghayati para pejuang yang sekian lama memperjuangkan parti kita ini.
?Saya anggap ucapan yang diberikan ini cukup menyerlah pada hari ini dan saya juga ingin mengingatkan kepada parti pembangkang di luar sana tak payah perlekehkan orang UMNO kerana kalau benar-benar kita nak berjuang dan nak berdepan, kita berdepan pada pilihan raya umum akan datang,? katanya.
Kata beliau pihak tertentu tidak seharusnya memperlekehkan perjuangan UMNO hari ini kerana jasanya cukup besar.
?Tidak perlulah kita perlekeh perjuangan hari ini kerana negara sejahtera, aman tenteram waimma kita dapat berkat daripada ilahi kerana pejuang lama yang telah memperjuangkan nasib bangsa kita, bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
?Cuma UMNO sahaja yang kita tahu relevan untuk memperjuangkan nasib bangsa Malaysia dalam Gagasan 1Malaysia untuk kita dekati umat Melayu dan rakyat Malaysia,? katanya.
Beliau seterusnya menambah satu lagi perkara yang cukup menarik adalah berkaitan dengan pendekatan terhadap generasi muda.
?Apa yang dinyatakan oleh Presiden parti adalah untuk memahami realiti media baru ini untuk generasi muda dan Datuk Seri Najib sebut kita perlu selami jiwa mereka dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka untuk buat perubahan,? katanya. -MediaUMNO