Friday, October 12, 2012

KRISIS AIR MEMUNCAK : PRU TIBA UNDI BN SEGERA !


Awal bulan Ogos tahun 2010 Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pernah dengan angkuh dan sombongnya membuat kenyataan bekalan air di Selangor lebih dari mencukupi untuk kegunaan rakyatnya sehingga tahun 2019.

Kenyataan Khalid itu tentulah melegakan penduduk Lembah Klang kerana mereka tahu jika krisis air seperti mana pernah berlaku dulu, 1998/99, kesannya amat memeritkan kehidupan harian selain turut memberi kesan buruk pada perkembangan ekonomi.

Tambah melegakan khalayak umum bila mana pada pertengahan Julai tahun ini pula, Exco kanan kerajaan PKR Selangor, Ronnie Liu telah membuat lawatan ke empangan di seluruh Selangor dalam usahanya membuktikan negeri ini tidak berhadapan dengan sebarang risiko krisis air.

Rata-ratanya takungan air di semua empangan dan sungai tika itu mencatatkan paras takungan 100% penuh, ada juga yang terlebih-lebih hingga air melimpah serta perlu dilepaskan ke sungai dan ada pula yang paling tidakpun takungan semasa air dalam empangan hampir penuh.

Berdasarkan tinjaun tersebut, Ronnie merumuskan ura-ura Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk melakukan catuan air adalah mengarut dan langkah sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana semua empangan masih dipenuhi air.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air. Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," demikian katanya kepada sebuah portal pro pembangkang Julai lepas.

Tiada tanda kerisauan jauh untuk panik bila dilihat pada keyakinan Khalid dan Ronnie Liu itu. Seolah-olah hujan di negeri ini berlaku sepanjang masa atau turun mencurah-curah sehingga 3 jam sehari untuk mengekalkan paras air di semua empangan.

Realitinya SYABAS bercakap perihal air terawat yang mana sebahagian besar loji-loji rawatan utama kini sudah beroperasi melebihi kapasiti maksima. Manakala Ronnie pula bercerita pasal air mentah yang masih memenuhi empangan dan sungai.

Dah jadi macam ayam dengan itik bercakap manakala rakyat pula ternganga dan kerunsingan memikirkan apa bakal terjadi pada kehidupan mereka kelak.

Hakikatnya, baik air mentah mahupun air terawat, kedua-duanya penting untuk kehidupan, cumanya rakyat tak minum air mentah dan tak guna air lombong untuk menguruskan kehidupan seharian.

Rata-rata kita sebagai manusia waras dan berakal, untuk minum, membasuh atau apa saja aktiviti harian yang memerlukan air, kita memanfaatkan air yang sudah selesai dirawat di loji-loji rawatan air.

Kecuali, hanya binatang seperti kambing, lembu dan lain-lain spesis yang dinamakan haiwan sahaja yang sanggup minum air mentah, atau barangkali juga dikalangan manusia, hanya Khalid dan Exco-exconya sahaja yang sudah terbiasa minum dan mandi dari air mentah yang di ceduk dari lombong-lombong.

Berbalik pada kisah air mentah di empangan dan sungai, jika 3 bulan lalu, pemimpin DAP yang juga Exco kanan Selangor telah mengesahkan semua empangan dan sungai di Selangor masih dipenuhi air, persoalan sekarang apakah paras air itu masih kekal atau semakin bertambah?

Jawabnya ialah, tanda-tanda awal kemungkinan berlakunya krisis air sebagaimana dijangkakan dari kajian-kajian hampir 10 tahun dulu nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Berdasarkan laporan terkini yang diperolehi, paras air di Empangan Sungai Selangor menunjukkan penyusutan ketara. Pada Julai 2012 bacaan paras kapasiti semasa ialah 217.35 juta meter, sekarang ini pula sudah jatuh kepada paras 199.20 juta meter.

Empangan tersebut umumnya mampu menakung kapasiti air maksima sehingga 235 juta meter, jelas sekali sejak Julai 2012 semasa lawatan oleh Exco negeri, paras tersebut sudah menyusut sehinggalah ke paras sekarang.

Sungai Selangor dan beberapa sungai berdekatan yang membekalkan air ke empangan tersebut juga sudah menyusut. Jika dalam tempoh 20 hari keadaan ini berkekalan, kesannya bukan sahaja menyebabkan empangan tersebut akan kekurangan air malah operasi Loji Rawatan Air Rasa dan Bukit Badong juga akan terjejas teruk.

Impaknya amat buruk kepada rakyat Selangor khususnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur serta 40 peratus penduduk Rawang, Selangor.

Sementara itu di Empangan Sungai Tinggi, bacaan terbaru yang direkodkan ialah 54.94 juta meter berbanding paras maksimanya ialah 59.5 juta meter. Bacaan yang direkodkan pada Julai lalu ialah 58.70 juta meter, ini juga menunjukkan telah berlaku kemerosotan kapasiti takungan air di empangan ini.

Pada 24 Mei tahun ini, MB Selangor pernah meminta pemimpin Kerajaan Pusat melakukan lawatan kesemua 7 empangan di Selangor dalam usaha Khalid untuk membuktikan Selangor tidak akan berdepan dengan krisis air.

Dan kini, dua bacaan paras air terkini yang diperolehi bagi dua empangan iaitu Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi sudah terbukti sedang mengalami penyusutan ketara walaupun belum lagi mencapai tahap kritikalnya.

Kita harap Khalid sendiri tidak keberatan untuk meluangkan masa melawat empangan tersebut. Bila Khalid melihat dengan mata kepalanya sendiri, pastinya senario semasa ini bakal menyebabkannya panik ataupun mungkin masalah gagapnya makin teruk.

Sudahlah sebahagian besar dari 34 loji rawatan air di seluruh negeri sekarang sedang beroperasi dan memproses air rawatan melebihi kapasiti maksima, tambah lagi dengan masalah takungan air mentah di empangan kian menyusut, mahu mereng Khalid dan anggota Exconya memikirkan alasan untuk meredakan kerunsingan rakyat Selangor.

Apapun, Khalid dan Ronnie usah terlalu panik sangat, tentu ada caranya untuk menangani permasalahan ini.

Mungkin Khalid boleh usahakan bantuan dari bomoh hujan, mana tahu dengan jampi serapah yang hebat, hujan lebat akan turun sekurang-kurangnya 3 jam setiap hari selama 20 hari berterusan, dengan demikian barangkali dapat menghindari air empangan dari terus menyusut.

22 comments:

  1. jika khalid bongkak xnak terima bantuan krajaan pahang...

    lantak lah...hari demi hari air makin susut...pru makin dekat...

    nanti satu undi pun tak dpt...padan...

    ReplyDelete
  2. First...khalid gagap memang bangang! Rakyat bukan mintak dia selesaikan masa dekat pilihanraya tapi 4 tahun lepas! Hentikan cakap politik ini tentang masa depan rakyat Selangor.

    Kita tahu Kerajaan Selangor yg lepas memang sudah menyedari masalah ini malah sudah bersedia dengan penyelesaian loji Langat 2 dan bekalan air dari Pahang. Bukan saja cakap bro!

    Ingat tak masalah kemarau seluruh Lembah Klang dulu? Betapa peritnya kehidupan masa tu Allah shj yg tahu. Terima kasih pd pihak yg prihatin ketika ini kerana rakyatlah yg bakal menanggung akibat jika kerajaan negeri terus berdegil.

    ReplyDelete
  3. jangan pula minta hujan diseluruh negeri selangor pulak,, banjir pula klang dan kajang nanti..!!

    ReplyDelete
  4. pusat bercakap berfakta..kerajaan negeri bercakap auta!!!...

    rakyat negeri pening kepala!!

    ReplyDelete
  5. PRU 13 jom kite kuborkn pakatoon haramJADAH dalam lombong yg banyak di Selangor....krn mrkla muka bumi Selangor dah berlubang2penoh dgn lombong.....

    ReplyDelete
  6. Jika berlaku kekurangan air
    shabas buat catuan air dikawasan
    Pak Ronie dan kawasan kubu pr terutama kawasan DAP
    apa macam adil tak...

    ReplyDelete
  7. Hujan lebat.. banjir lak.. sebab longkang2 tersumbat ngan sampah.. aduhh..

    ReplyDelete
  8. mcmna askar pencen tunjuk punggung depan umah Ambiga ada dlm pic ni..Umno skng suka berlakon plak...
    hahaha..

    ReplyDelete
  9. Betul
    cadangan tu
    catuan air kat kawasan ronie/dap
    jangan kat kawasan melayu
    kawasan cina tak pa
    mereka kaya
    mandi makan minum pakai air botol
    lepas melepas tak pakai air cuma pakai kertas aje

    ReplyDelete
  10. Air sungai surut, air empangan surut, air longkang surut, air lombong pun surut... cuma alternatifnya air kumbahan, boleh belajar dari Singapork macam mana nak buat air NEWater, puak-puak Fuckatan kisah ape minum air kumbahan pun... Air kencing pemimpin mereka pun puak-puak songsang mereka ni hirup kekenyangan.... contoh paling senang si anoNGOK 11:19am tu....!!!!!

    ReplyDelete
  11. akibat tak pandai mengurus nageri...bila musim panas catu air sebab takungan air dah kurang...bila hujan lebat sikit...banjir kilat sebab banyk sampah dlm long tak di bersihkan. banyak harta rosak binasa. rakyat yg rugi.

    wahai kerajaan pr...lebih elok belajar dahulu dari terus pegang kuasa.

    kali ni dlm pru 13, pulangkan balik pada bn supaya lebih terurus negeri selangor ni. kamu pegi belajar dulu...nanti kalau dah rasa pandai boleh cuba lagi. tak gitu?

    ReplyDelete
  12. Aku ada pengalaman mengalami krisis air di melaka pada awal 1990-an dulu.

    Khabarnya air takungan Durian Tunggal telah dicemari oleh toksid dari loji kumbahan berhampiran [sekarang loji dah tutup]. Maka air takungan yang telah tercemar dengan racun terpaksa dilepaskan kelaut keseluruhannya.

    Melaka tak ada air paip selama tiga bulan. Air dibawa dengan lori tangki dari tempat lain seperti negeri sembilan. Kami terpaksa menyediakan pelbagai bekas untuk menadah air ditepi jalan.

    Setiap hari menjinjit air dalam baldi membuatkan aku rasa tangan aku bertambah panjang 1 cm sehari !
    Cuba bayangkan yang duduk rumah flat tu..
    seksa brooo...

    Untungnya kerajaan negeri melaka satu parti dengan kerajaan pusat. Kerajaan pusat dan negeri bersatu hati dan bersungguh-sungguh mengatasi masalah itu.

    Melaka telah membina satu takungan air yang baru [empangan Jus] yang lebih besar dan mendalam serta membesarkan lagi takungan air Durian Tunggal. Paip-paip besar yang mengepam air dari sungai Muar ke takungan air di melaka juga sudah dibina.

    Dengan izin Allah melaka tidak akan mengalami krisis air lagi.

    ReplyDelete
  13. Anon October 12, 2012 2:07 PM,

    Insya Allah.

    ReplyDelete
  14. Orang kampung... tima kasih kerana berkongsi pengalaman anda. Orang Melaka beruntung kerana memilih pemerintah yang bekerja untuk rakyat, bukan seperti pemerintah yang hanya suka beretorik pada rakyat seperti kerajaan PR di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan...

    ReplyDelete
  15. Demo bantah kapal perang Amerika di Pelabuhan Klang
    Abdul Rahim Sabri
    4:27PM Okt 12 2012


    Sekumpulan aktivis NGO dan mahasiswa hari ini berhimpun di pintu masuk utama Port Klang Cruise Centre (PKCC) di Pelabuhan Klang bagi memprotes kehadiran kapal berkuasa nuklear dari Amerika Syarikat USS George Washington baru-baru ini.

    Penganjurnya Khalid Mohd Ismath berkata, dalam perhimpunan itu mereka cuba menghantar memorandum bantahan kepada PKCC, bagaimanapun wakil pelabuhan itu didakwa enggan menerimanya.

    "(Dalam memorandum itu) kita menuntut supaya PKCC tidak (lagi) membenarkan kapal Amerika berlabuh. Kita tidak mahu kuasa jahat yang terlibat dengan perang di Afghanistan dan Iraq diagung-agungkan.

    ReplyDelete
  16. Khalid Mohd Ismath??? Patut la... otaknya pun mereng.... syiah pulak tu....

    ReplyDelete
  17. mcmna askar pencen tunjuk punggung depan umah Ambiga ada dlm pic ni..Umno skng suka berlakon plak...
    hahaha..

    October 12, 2012 11:19 AM

    """"""""""""""""""""""
    AKU PUJI KAU ANON 11.19 AM RILEX AJA,KAUNI TENTU ORANG LUAR SELANGOR ,TAK TAHU HAL AIR DI SELANGOR ATAU YANG AKAN KATA LANTAK KAULAH ORANG SELANGOR ADA AIR ATAU TAK APA AKU KESAH! ATAU SPESIS KAMBING YANG TAK PERLUKAN AIR BERSIH, SORYLAH

    ReplyDelete
  18. Melaka telah membina satu takungan air yang baru [empangan Jus] yang lebih besar dan mendalam serta membesarkan lagi takungan air Durian Tunggal. Paip-paip besar yang mengepam air dari sungai Muar ke takungan air di melaka juga sudah dibina.

    Dengan izin Allah melaka tidak akan mengalami krisis air lagi.
    October 12, 2012 2:07
    """""""""""""
    KAUORANGNI AMBIL AIR SUNGAI MUAR ADA BAYAR ROYALTI KAT ORANG JOHOR TAK?

    ReplyDelete
  19. kat selangor takde masalah air....yg masalahnya hanya Syabas(krnoni UmNo) yg malas nak rawat air......

    patutnya tgk lah kat Pahang sana tuh....punyala banyak kawasan takde air, termasuklah pekan...kat Negeri Sembilan pon banyak gak tempat takde air.....bukak mata tuh luas-luas.....dah banyak masuk dlm paper pun tak sedar...yg disibuknya air kat Selangor.....

    Air kat johor yg pi bagi percuma ke singaspura, takde plak disibuknya....bodoh!!!

    ReplyDelete
  20. Penduduk saman Syabas RM2.5 juta





    Selangorku,

    12 Okt 2012



    SHAH ALAM: Seorang penduduk Kampung Kerdas, Gombak memfailkan saman terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana didakwa gagal menyediakan perkhidmatan air terbaik kepada kediamannya sejak empat tahun lalu.

    Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai ‘pencuri air’.

    Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co.

    Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna.

    Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

    Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.

    “Saman itu akan didengar di depan hakim pada 15 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    “Saya saman fitnah kepada defendan sebanyak RM2 juta tidak termasuk tuntutan khas seperti tuntutan ganti rugi dan kos-kos lain yang jumlah keseluruhannya kia-kira RM 2.5 juta,” katanya.

    Sebelum ini, Hashim mendakwa dia dan keluarga berdepan tekanan air rendah. Sebaliknya air yang dibekalkan Syabas kepada kediamannya juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, berkarat dan perlu diganti.

    Perkara itu berulang kali diajukan kepada Syabas, namun mereka menyatakan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas.

    Ekoran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya.

    Tetapi tindakan itu menyebabkan Syabas menuduhnya sebagai pencuri.

    Beliau berkata, tekanan air di rumahnya kini bertambah baik selepas campur tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang mengarahkan Syabas membuat sambungan baru daripada paip utama kepada meter air di kediamannya.

    Namun begitu katanya, tuntutan saman akan tetap diteruskan kerana Syabas telah memfitnah beliau sekeluarga sehingga merosakkan reputasi mereka.

    template joomla






    ReplyDelete
  21. TNC Unisel saman akhbar Sinar Harian





    Harakahdaily,

    12 Okt 2012



    KUALA LUMPUR: Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan Universiti Selangor (Unisel) Prof Ir Dr Mohamed Daud telah memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Sinar Harian dan seorang bekas kakitangannya Halid Hasbullah.

    Ianya berikutan satu kenyataan dalam artikel yang disiar akhbar berbahasa Melayu itu pada 5 Julai 2012 yang bertajuk “Terpalit imej negatif”.

    Artikel itu telah memetik sumber Halid sebagai bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel.

    Kenyataan yang dipetik akhbar itu antara lain berbunyi :

    “Bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Unisel, Halid Hasbullah berkata, kes rogol yang mengaitkan seorang TNC juga menyebabkan ibu bapa berasa gusar untuk menghantar anak mereka belajar di Unisel.

    “Unisel pernah mencatat jumlah pelajar melebihi 10,000 orang namun angka tersebut semakin merosot selepas 2008. Pada tahun 2007, jumlah kemasukan pelajar ke Unisel adalah lebih kurang 6,800 pelajar,” katanya."

    Dalam satu kenyataan hari ini, Noorazmir Zakaria selaku peguam yang mewakili Mohamed, berkata anak guamnya itu berpendirian bahawa kenyataan tersebut adalah fitnah terhadapnya.

    Lima pihak lagi yang turut dinamakan sebagai difenden adalah wartawan yang menulis bertia tersebut Nurul Fatihah Muah, Ketua Pengarang Norden Mohamed, penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd, serta syariakt percetakan Ultimate Print Sdn Bhd.

    Sehubungan itu, saman itu turut menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan gantirugi teruk berjumlah RM240,000 daripada defendan.

    Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menetapkan tarikh 5 Disember 2012 sebagai tarikh sebutan untuk kes tersebut.

    template joomla





    ReplyDelete

KOMEN TERPAKSA DI MODERATE SEKETIKA.

APA PUN KOMEN POLITIK YANG BERBEZA PENDAPAT TETAP AKAN GAP PUBLISH SECEPAT MUNGKIN.

JGN HINA AGAMA,HINA SULTAN,PROVOKASI MEMBUNUH..KORANG BERTANGGUNGJAWAP TERHADAP KOMEN YANG DILAKUKAN.