Wednesday, December 4, 2013

RM7.2 BILLION KERAJAAN BAYAR KEPADA KONSULTAN : MANA PERGI PERANAN EPU ?


zaman tun m, peranan EPU cukup kuat dan signifikan. kehadiran mereka dalam merangka projek dan dasar kerajaan terutamanya ekonomi ke arah penswastaan, ADALAH DIKIRA FAKTOR MENGAPA MALAYSIA PERNAH DIGELAR HARIMAU EKONOMI ASIA.

2009-2013 kerajaan bayar RM7.2 billion kepada konsultan yang jika kita selusuri per servis mereka, hakikatnya TAK LARI DARI PERANAN EPU.

PERLUKAH WANG SEBEGITU BANYAK DIBUANG KEPADA KONSULTAN, SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA KEBANYAKAN KEMENTERIAN,EPU DAN LAIN-LAIN JUGA PUNYAI INDIVIDU YANG PAKAR DALAM BIDANG DI DIBAYAR !

GAP/RAKYAT PERLU PENJELASAN DARI KERAJAAN .

1) senaraikan nama-nama syarikat konsultan yang terbabit.

2) daripada jumlah itu, berapa melayu, cina atau luar negara.

3) apa yang mereka cosult kan ? adakah ide dan konsultan mereka itu tak mampu difikirkan oleh EPU dll.

4) mohon kerajaan perincikan setiap konsultansi mereka itu membawa kejayaan atau kegagalan.

5) adakah elemen konsultansi itu LAYAK dan setimpal dengan BAYARAN ?

6) kenapa konsultan syarikat swasta ? adakah EPU sudah tidak nampak keberkesanannya kepada segala perancangan ekonomi negara ?



PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 - 2013


1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari tahun 2009 hingga Oktober 2013.

2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013. 

Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara.  Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.


4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.

5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.



KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
4 DISEMBER 2013

15 comments:

Anonymous said...

Itu pasallah GAP, 24 jam aku tunggu artikel baru kau.

Unknown said...

tengah x de mood, umno yg disokong seakan membawa rebah.. sedih amat

Anonymous said...

Bro, kalo nak tau, bos-bos besar kat EPU la yang suka pakai konsultan.

Anonymous said...

Projek2 yang berskala kecil, jurutera boleh jadi pengarah projek. Tak perlu bukak tender kepada kontrakror luar. Begitu jugak kalo nak membangunkan satu sistem dan membina network komputer, pegawai it boleh handle. Tak perlu out source kepada mana-mana company it. Banyak dah duit kerajaan boleh jimat di situ. Jika tidak, apa gunanya pegawai-pegawai kerajaan ni dibayar gaji besar. Bila nak create projek baru jer. Sikit-sikit panggil orang luar. Ingat murah ke nak bayar company-company ni semua. Diaorang markup harga giler-giler punya. Saya mencadangkan selepas ini jika ada projek-projek baru, ambik jer graduan yang sedang menganggur sebagai ahli kumpulan projek. Lantik mereka untuk menyertai projek dari awal projek hingga projek tu disiapkan. Siapa kata kita kekurangan pakar tempatan yang setanding dengan konsultan luar atau tak perlu berbelanja besar.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
zaman tun m..epu kena dgr tun m punya arahan/kuat kerja /masing2 ingin jd yg terbaik di minda tum..bila buat pembentangan kertas kerja memasing gigil gila takot tak cukup bagus dan tun m pasti akan perassan walo kecacatan kecil...gamak tun m akan bertanya perkara yg secara tidak lansung berkaitan dgn perkara yg di bincangkan...makanya epu akan bersedia dlm segala segi...najib mesti dgr epu..epu yg memutuskan apa yg patut najib buat...najib cuma perlu sign sign sign..tahlah...gamak masa perbincangan dok layan movie romantik /komedi/doremon/pikacu kowt la....tak pown serah jew fail kat najib..ok dan..(done)..a ha..baguih tak....penat penat 4 pm dulu bina negara..2 pm last bg hancur lebur negara...auwar ajis najib keri dolah nazri llki paling haprak...cakap gegar bumi...habuk pown tarak...saba je la haku....sori..klo nak marah..marah la...ini lah apa yg haku rase...stressssss giler...subsidi tarik balik kunun kerajaan tanggung beban...beban kepala bana...pembelit punya pemimpin...kalo ye dok perabis membazir banyak tu..haku haramkan walo 1 sen penggunaan duit2 dlm simpanan kwsp/bank yg tak berapa sen/kamtex...mmg 1 sen haku tak banyak tp bkn tuk pembaziran giler...sabao nya haku...

Anonymous said...

Benar...dan sesungguhnya....go GAP....go

pego said...

Rata-rata member dah fed up dengan BN, masa ni kalau kita nak bela BN berhujah dengan depa jadi mangkuk hayun le...

anti-syiahGaban said...

Apa kata kita ramai-ramai tulis apa-apa yang kita letak kat GAP ni kita paste kan sekali ke blog, FB, twitter Ah Gib Gor, AH Din Gor, webpage UMNO dan semua bos-bos besaq yang ada kat UMNO tu.

Kalau kita dok melalak kat sini, bukan depa nak baca pun. Tapi kena make sure lah yang tulisan kita tu ada unsur nasihat, membangun disamping memberitahu depa tu supaya jangan pikiaq depa tu kuat sangat. Kekuatan depa semua tu kat tangan kita ni.....Itu yg depa kena ingat dan KHUATIR.

Anonymous said...

ah jib masih belum sedar umno masih belum sedar melayu makin hilang

Anonymous said...

Itu dua orang sial makan gaji buta kasih pecat pecacai ni

Anonymous said...

Ni la cara nak tarik duit kerajaan.klu tak wujudkan benda baru mcm mn nak songlap duit.

Makin lama makin parah kerajaan najib ni.

Anonymous said...

Salam semua... ni mungkin kluar tajuk sikit cuma nak maklumkan semua ... klu ke workshop nk tukar parts checkle dulu online harga parts ... dah tau bolehla agak2 nak tawar menawar... saya di charge rm 1850 utk ac blower bila check price kat uk cuma £60 je... tak pasti samada tax tinggi ke saya kena tipu? Saya ke wshop kaum tu...

Anonymous said...

Boss2 besar kat EPU yang nak konsultan?? tak tahu jgn cakap bro... konsultan dilantik adalah diatas arahan PEMANDU namun EPU jugak yang buat semua itu sebab segala maklumat dikeluarkan oleh EPU. Konsultan cuma selaras dan buat report.

akmal mat isa said...

kalau tak keje di EPU, jgn sembang kutuk EPU kata itu ini. Meh la keje kat EPU tgk...Ada bran?

Anonymous said...

i like this quote that people may be fool if opposition take over the Malaysian Gov "jangan lupa setelah pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat sedikit kemenangan dalam PRU-12 dengan menumbangkan majoriti 2/3 BN dan merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; pemimpin kanan dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew membuat kenyataan 'bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia'.

Sekiranya pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi kerusi Parlimen dan membentuk Kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia. Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan.

Jika itu berlaku, dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung. Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi; dan kita pun tahu siapa yang menguasai kerusi ini. Apa akan terjadi?

Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar, malah kemungkinan 2/3!

Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?"