Tuesday, December 30, 2014

BANTUAN BANJIR. JAKEL HANTAR 6 TRELER BANTUAN KE PANTAI TIMUR.

Setakat ini jakel dah hantar 6 treler ke pantai timur membantu mangsa banjir.

Hampir kesemuanya berupa bantuan makanan.

Difahamkan kesemua jumlah bantuan makanan dari jakel ini melebihi rm1 juta.

Kita bersyukur kerana musibah ini sekali lagi membuktikan rakyat kita tetap bersatu.

Tahniah kepada rakyat malaysia  Good job jakel.

http://darulehsantoday.blogspot.com/2014/12/jakel-hantar-lagi-3-treler-bantuan.html

LAKONAN POLITIK LOW CLASS MAT SABU.


mat sabu ingat dia hobbit ke ?
pura pura tenggelam.

lakonan bang mat tak boleh nak tafsir..
kaedah makna dan penyampaian foto amat mendalam.

ada kala nampak bangang.
tapi tiap kala nampak low class... apa tujuan body language bang mat untuk nampak pendek dan tenggelam dalam banjir, masyarakat kurang pasti.

pengkritik foto dari barat mengandaikan bang mat cuba menyampaikan maksud emosi..makna masyarakat wajib sedih melihatkan bang mat sanggup tenggelam demi nak bantu mangsa banjir..

sama kesnya dengan ketum gian karipap yang akan projektorikan dirinya sebagai manusia sakit tulang belakang... tiap kali pi mahkamah..

sungguh low class punya mesej dalam kategori emosi politik.  mesej memperbodohkan pengikut sekotor longkang hitam .

lepas amik foto ni buat bahan drama politik, malam tadi mat sabu mencekik kat shah alam.

awat bang mat tak lepak lama dengan mangsa banjir ?
buang masa ka bang mat ooi ?

DAP MAHU AUTONOMI PASAL APA ?



KLIK SINI

Monday, December 29, 2014

YBK TURUN BANTU MANGSA BANJIR DI KUALA KANGSAR..


Good job YBK.

selepas banyak membantu mangsa banjir di hulu selangor dan trengganu, pihak YBK turun pula ke kuala kangsar membantu mangsa banjir.

http://www.25tahunybk.blogspot.com/2014/12/banjir-ybk-turun-ke-kuala-kangsar-bantu.html

ISMA HANTAR BANTUAN PERUBATAN KPD MANGSA BANJIR.

http://www.ismaweb.net/2014/12/i-medik-bawa-bantuan-perubatan-bernilai-lebih-rm10000-untuk-mangsa-banjir/

DAP MINTAK PUSAT BAGI AUTONOMI KAT PENANG..


Kalau dia mintak mcmtu

Kita mintak raja raja melayu bersidang untuk kembalikan pulau pinang kepada kedah.

Melayu mesti bijak.
Kita dah memerhati agenda mereka
Melayu wajib kemas perancangan.

Sultan johor dan mb nya dah tunjuk jalan bagaimana nak memilikkan semula tanah melayu..

Ini peluang keemasan kedua melayu.

Peluang ketiga bila isa samad bgtau sedia rezab melayukan kesemua tanah felda.

Go guys....

http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/tuntut-pulau-pinang-dimerdekakan-zairil.html

Sunday, December 28, 2014

BANTUAN BANJIR. JAKEL HANTAR BEKALAN MAKANAN KE PANTAI TIMUR.





Bantuan makanan yang amat diperlukan oleh  mangsa banjir kini semakin mencurah curah sumbangan nya dihulurkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
2 hari lepas syarikat JAKEL  telah menghantar bantuan makanan ke negeri pantai timur khususnya di kelantan dan trengganu.
Bantuan berupa makanan dan kelengkapan harian telah dihantar menggunakan beberapa buah lori milik JAKEL.
Good job ... aku dengar banyak lagi syarikat sedang menggerakkan usaha bantuan.
Semangat rakyat malaysia membanggakan.

Friday, December 26, 2014

BANJIR. TPM TURUN JUMPA MANGSA.

Mohon sebarkan foto dan info kerajaan turun padang dan bantu mangsa.

Kit siang gila tu jangan layan. Semua nak dipolitikkan.

TPM ARAH TAMBAHAN STOK MAKANAN KE KAWASAN BANJIR.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin flew into flood-ravaged Kelantan today and ordered the deployment of more helicopters, boats and land vehicles to reach and help the affected people.

Describing the floods as worse than anticipated, he said the air, water and land transportation assets currently deployed were inadequate to face the floods of such proportions.

Mmo

Thursday, December 25, 2014

BANJIR : KERAJAAN PUSAT TERUS AGRESIF BANTU MANGSA DI 3 NEGERI.

http://www.malaysianewsonline.com/2014/12/ds-rohani-karim-dan-agensi-kpwkm-turun.html

BANJIR : JADUAL 1M4U BANTU MANGSA..MOHON SEBARKAN KEPADA SEMUA


Sebuah badan NGO amal dan sukarela, IM4U telah menyediakan bantuan makanan dan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Pasukan IM4U ini akan berada di lokasi di bawah untuk menghulurkan bantuan bersama sukarelawan-sukarelawan.

Tarikh : Jumaat, 3.00pm - 10.00pm,
26 Dec 2014.

Lokasi Utama : Sekolah Kebangsaan Bunohan, Kampung Bunohan, Tumpat 16200, Kelantan

Antara barangan yang akan diedarkan:
- Sleeping Bag
- Tent
- T-Shirt
- Nasi Lemak, Nasi Goreng Segera
- Borang Penerimaan

Tarikh : Sabtu, 9.00am – 6.00pm,
27 Dec 2014.

Lokasi:

9.00am – Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, 16200, Tumpat, Kelantan

11.00am - Sekolah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan

1.00pm - Sekolah Menengah Kebangsaan Geting, Jalan Stesen, 16200, Tumpat Kelantan

3.00pm - Sekolah Kebangsaan Chabang 4, Kampung Chabang 4, 16210, Tumpat Kelantan

5.00pm - Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Belakang Masjid Pengkalan Kubor, 16080 Kelantan

7.00pm – Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Jalan Kota Bharu, 16200, Tumpat Kelantan

Diharap pembaca-pembaca dapat menyebarkan maklumat di atas kepada mangsa-mangsa banjir.

Tuesday, December 23, 2014

SIAPA ANGGAP DIA MODERATE..LEBIH KURANG DIA AYAH PIN GAK LAAA...

Ini artikel pedih menanah telinga kepada mereka yg anggap dirinya moderate...

Memang kelas bro..

http://www.bangkit.info/2014/12/moderate-kelabu-asap-siapa-sahaja-boleh.html

NAK MENANG PRU14, KERAJAAN PERLU DASAR YANG MENGUNTUNGKAN MELAYU BANDAR YANG MAJORITI.


akhirnya ada pemimpin kabinet berani untuk bercakap terus terang.

nazri aziz sokong cakap tun m.

kalau melayu bersatu, kita tak perlu undi cina.

maknanya apa ? maknanya KITA mesti fokuskan usaha untuk gembleng pelbagai lagi DASAR YANG MENGUNTUNGKAN MELAYU.

kalau nak melayu bersatu, dasar baru perlu dirangka. berhenti mengambil pandangan konglomerat dan penasihat dan sub kon penasihat yang tak realistik dan tak berpijak di bumi nyata.

melayu bandaran tak endah bab perkapita, sukuk, bon , pemimpin gila selfie yang syok sendiri dll.

parlimen belia ni satu kes perasan ...boleh datang undi ke nih ? mak bedah, haji seman stim ke dengan program macamni yang memungkinkan dorang nak bagi undi.

berhenti politik tv ketap ketup laa...

rakyat lebih endah pada kos melata dan harian. kos harian yang melibatkan aktiviti kepenggunaan.

fokuskan kepada kelompok besar. kelompok besar melayu adalah di bandar.. lembah klang, selatan tanah air dan utara.

melayu bandar yang majoriti skeptikal mengenai dasar yang tak 'dirasai'.

carta undian pru 13 memperlihatkan protes undi melayu bandaran adalah sama par dengan undi yang BN perolehi.

lebih memburukkan , protes ini sudah melingkar kepada kawasan semi urban yakni luar bandar.

sampai bila BN NAK HARAPKAN UNDI DARIPADA DRAMA PAKATAN YANG DIBUAT BUAT INI ?

sampai nak harap peralihan undi datangnya dari pergeseran lawan ?

mana stand dan dasar kita yang memungkinkan akhirnya rakyat akui BN memang jaga ekonomi rakyat ?

itu yang patut kita fokuskan.

fokuskan kepada pengurangan kos sara hidup.

1983 kerajaan pernah berada dalam krisis.
1986/7 kerajaan pernah berada dalam krisis.
1991 kerajaan pernah berada dalam krisis.
1998 kerajaan pernah berada dalam krisis.


tapi kenapa pada waktu itu kerajaan masih mendapat kepercayaan majoriti ?

kerana dasar ekonomi pada rakyatnya di rasai.
wang itu dirasai berbaloi dengan produk.

kita perlu fokus kepada costing poket rakyat.
public tak fokus sangat pada mainan politik pas dap.
mereka tahu itu lakonan.

rakyat nak kelompok monopoli pedagang  yang mencengkam poket diajar kerajaan. rantaian harga yang membebankan end user perlu diselesaikan.

tidak salah untuk kerajaan mementing dan menjaga majoriti costing rakyat daripada menjaga sekelumit pedagang cina yang tamak manipulasi harga.

maaf cakap lah. berenti menjadi pengemis undi cina. BESARKAN melayu... lama lama datanglah undi cina tu bila tengok melayu dah kuat.


BLOGERS MELAYU WAJIB ADA LINK BLOG INI.

https://akarimomar.wordpress.com

Monday, December 22, 2014

KLIMAKS POLITIK YANG DITUNGGU ! KIT SIANG CABAR TUN M BERDEBAT !


ya itulah dia antara klimaks politik malaysia.
dua heavyweight politik negara sudah membuka gelanggang.

kit siang cabar tu mahathir berdebat dalam isu melayu pengemis politik undi cina.

jika debat ini berlaku, ia pasti akan menjadi tumpuan jutaan rakyat malaysia dan seleuruh dunia akan pertembungan debat terhebat abad ini antara 2 player politik berlainan pemikiran dan ideologi.

mohon tun m terima cabaran debat kit siang.

syarat debat, biar buat LIVE di kaca tv.

tak perlu ada penyokong ke 2 pihak, pasal aktiviti berok yang low class akan menggangu kualiti perdebatan.

2 moderator. satu pro bn dan pakatan. yang rasional. cukup.

KALAU BENDA NI JADI, SIAPA NAMPAK KALAH BOLEH ........

Wednesday, December 17, 2014

KITA MESTI KEMAS DALAM MEMERHATI MOVE DAP.

http://www.malaysianewsonline.com/2014/12/dap-shows-malay-face-as-party-target.html

25 MELAYU PERASAN BAGUS KENA BALUN DENGAN 35 PEMIKIR ISLAM/MELAYU : GAP DLL MELAYU SOKONG 35 PEMIKIR !

GANG 25 

17 Disember, 2014

33 pemikir Islam tolak kenyataan 25 tokoh Melayu terkemuka

MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33 orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.

Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk diulas.


“Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.

“Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,” katanya pada sidang media, Isnin.

Perkara berkenaan disuarakan sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.

BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA MEMORANDUM TERSEBUT

MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH

15 Disember 2014

Kami bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.” [The Star, 8 December 2014: Need for a consultative process]

Pertikaian itu berpunca daripada ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.

Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.

25 tokoh Melayu terkemuka di negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis: “Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia mencerminkan keadilan Tuhan”.

Orang Islam percaya mereka dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat, undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan dalam pentadbiran negeri.

Kolonisasi masyarakat Islam oleh kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam, perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.

Berhubung kesan kolonialisme ke atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar pendidik British R.J. Wilkinson menulis: “Tidak diragui Undang-undang Islam akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur tangan untuk menghalangnya”

Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini. Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rakyat.

Jawatankuasa berkenaan perlu terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan Persekutuan, ia perlu mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.

Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia “adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting..” Mereka tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. 

Dakwaan itu adalah serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?

Kami terharu dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai moral dan etika, rasuah, 

penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysian ( MAPIM )


Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria,
Mufti Negeri Perak D.R


Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor,
Mufti Negeri Pulau Penang


Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz,
Mantan Ketua Pengarah Director, JAKIM


Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz,
Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak


Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan,
Ketua Pengarah, DBP


Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud,
Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM


Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
Pofesor Sains Komputer, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia


Prof Ismail Mohd,
Profesor Matematik, UniMaP


Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain,
Profesor of Matematik, Mantan Timbalan Nain Canselor UKM

Dato Hj Sulaiman Abdullah,

Mantan Profesor Undang-undang UM

Datin Dr Mehrun Siraj,
Mantan Professor Undang-undang, Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.


Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof,
Profesor Mikrobilogi UKM


Prof Dr. Khairuddin Omar,
Professor Sains Komputer UKM


Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef,
Profesor Ekonomi UIAM


Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM


Prof. Dr. Husna Azhari,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM


Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail,
Dekan Fakulti Perniagaan dan Akaun, UKM


Prof Dr. Khairudin Omar,
Sains Komputer UKM


Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef,
Economis, UIAM


Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon,
Pengerusi Penasihat Syariah, Bank Islam


Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid,
Microbiokemistri UKM


Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah,
Saintis Nuklear, UiTM


Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail,
Professor in Etnomatematik, UPM.


Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir,
Pakar Matematik, Felo INSPEM,


Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Timbalan Pengarah (Research & Development), Akademi Pengajian Islam University Malaya,


Dr Halim Muhammady,
Naib Presiden WADAH, Pengarah Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti Pengajian Islam UKM,


Hj Ahmad Awang,
Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM


Hj Abdul Ghani Samsudin,
Pengerusi SHURA, Mantan Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.


Dinsman (Shamsuddin Osman),
Presiden PAKSI


Datin Aminah Zakaria,
Pengerusi SALIMAH, Mantan Pengetua Kolej Islam Klang,


Ir Hj Asari Daud,
Mantan Timbalan Pengarah JPS


Ir. Kassim Muhammad,
Mantan Pengarah JPS Negeri Perlis


Sumber :
Agendadaily.com

Monday, December 15, 2014

LEPAS JEPUN,THAI KINI NZ KETUM TAK BOLEH MASUK..MASUK KUBUR MACAMANA PULAK ?

Anwar Ibrahim dan keluarganya sepatutnya pergi bercuti bersama-sama di New Zealand hari ini. Fikir Anwar Ibrahim, memandangkan dia mempunyai kabel Zionist, maka bolehlah dia masuk ke New Zealand tanpa sebarang masalah.

Malangnya, hari ini, Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk ke New Zealand oleh KERAJAAN NEW ZEALAND sendiri kerana kes mahkamahnya belum lagi selesai!

KERAJAAN NEW ZEALAND sebaliknya mengarahkan Anwar Ibrahim mendapatkan VISA KHAS dari KEDUTAAN NEW ZEALAND di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Tanpa visa khas itu, Anwar Ibrahim hanya mampu sampai ke lapangan terbang antarabangsa Wellington sahaja dan tidak lepas keluar dari lapangan terbang tersebut.

Pada masa yang sama, Wan Azizah dan ahli-ahli keluargnaya yang lain telah pun berlepas ke New Zealand. Anwar Ibrahim hanya akan pergi ke New Zealand selepas memperolehi visa khas tersebut dalam tempoh beberapa hari lagi.... itu pun kalau dia berjaya memperolehi visa khas tersebut. Kalau tidak, terpaksalah Anwar Ibrahim bercuti seorang diri di banglo RM7 jutanya di Bukit Segambut.

Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya sepatutnya bercuti di New Zealand sehingga 30 Disember 2014.

Sumber the flying kick

HUDUD DI KELANTAN..KITA WAJIB SOKONG USAHA PAS.

Pas hari ini membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

"Kita (Pas) tak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tak selesa dan rasa tak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.

"Tak jadi masalah kepada kita dan kita tak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Friday, December 12, 2014

BN WAJIB JAWAP FITNAH KIT SIANG APEK TUA NI..SEGERA !


kata kit siang, selama 30 tahun perasuah kategori jerung tak ditangkap.

wow. kit siang cakap bab rasuah. tiada transperansi.

jap.. dap cakap bab rasuah.

ini kes sama cerita bila zionis dakwa  palestin ni zalim.

aku ada point tapi mohon BN dan siapa yang wajib jawap...untuk jawap balik fitnah apek tua ni.

umno ,mca,mic dll sila jawap ya .
pemimpin sila segera jawap ya.

kecepatan dan ketepatan fakta menjawap perlu disegerakan .




TERUSKAN WAHAI KERAJAAN NEGERI MELAKA.



KLIK SINI

Wednesday, December 10, 2014

BN JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAINAN KATA KIT SIANG.


artikel ke 2 mengenai kit siang.

kit siang beberapa hari lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawasanya dia tidak berapa yakin pakatan boleh wujud pada pru 14.

secara jujurnya aku menilai, kit siang sedang bermain kata.

kit siang dan para propagandisnya mungkin sudah menilai karektor segelintir  kepimpinan BN yang ada sikap suka mendengar bisikan puji pujian. 

fokus kit siang bercakap begitu  tiada lain untuk melalaikan BN.

stage pru 14 adalah jauh. itu bukan game kit siang.

game kit siang adalah penambahan kerusi dun dap pada pilihanraya negeri sarawak.

kit siang dan dap mahu memonopoli kerusi pembangkang di sarawak.

agenda rakan bukan sebantal dibiarkan pengaruhnya, supaya tahap politikal hatred itu senantiasa subur di kalangan rakyat sarawak.

sejak kebelakangan ini, mainan kristus dijadikan tunggangan perlu untuk menarik undi di sarawak.

kemenangan besar 'kuasa melayu' memulangkan bible adalah pencetus semangat.

kerana itulah mereka mahu isu bible dan kalimah itu boleh digunapakai di seluruh negara pula, setelah selangor berjaya dipasak.

mungkin agak sedikit kekurangan, kit siang tidak mengenali adenan satem.

dap pernah menjadikan isu pehin seri mantan ketua menteri sebagai bahan fitnah pilihanraya sarawak yang lepas.

adenan satem ?
apa yang dap nak propagandakan.
mana soft spot adenan satem ?
apa rahsia adenan satem ?

kerana itulah dap sedang bekerjasama dengan beberapa rakan lompat BN sarawak untuk mengetahui karektor adenan satem.

tegaskah beliau ?
keraskah beliau ?

UBAH sudah tidak boleh digunapakai di sarawak. kesilapan UBAH ia terlalu fokus kepada penyingkiran pehin seri.

sekarang pehin seri dah takde. jadi dap nak UBAH apa ?

maka beberapa tikus makmal perlu dilontarkan untuk melihat reaksi pimpinan BN.

pertama isu konononya kristus tiada mendapat hak. keduanya macam biasa, low class propa pakatan mungkin hancur.

seharusnya diakui dikalangan pimpinan pakatan, kit siang sebenarnya lebih licik dan kemas aturan politiknya.

sarawak menjadi medan utama dap untuk mendapat momentum dan menilai benchmark KPI sokongan.

jika sarawak berjaya, maka mood ke arah pru 14 akan dikuatkan lagi gendangnya..

saat itu tiada lagi kedengaran suara kit siang pakatan tak kuat. itu helah politikus sama stailnya dengan perangai peniaga yang lelulur dengannya. kalau tak menipu , ( sendiri sambung ungkapan ni ).

dia tahu bila mahu bertindak.
dia tahu bila nak tunjuk lemah.
dia tahu bila nak tunjuk kuat.

aku harus akui kit siang adalah politikus yang bijak.

keberanian dap keluar daripada barisan alternatif dikala pembangkang begitu kuat menunjukkan kiraan politik kit siang adalah tepat.

lepas keluar barisan alternatiflah, memungkinkan DAP mendapat majoriti kemenangan besar kerusi parlimen dan dun pada pru 2004.

kit siang tak berapa risau undi melayu di kalangan penyokong pakatan.mereka tetap akan undi dap.

kerana itulah dap begitu mementingkan peralihan undi.

kalih sikit sudah cukup untuk deny malah menang besar.

JADI BAGAIAMANA BN NAK KEKALKAN KEMENANGAN ?
BAGAIMANA BN NAK DAPAT 2/3 ?
BAGAIMANA NAK RAMPAS SELANGOR ?

isu apa nak main ni wahai BN ?

marilah berbincang... kadang kadang cakap orang kampung ni lebih munasabah daripada pendengaran kurang tepat fakta dan angka.