Wednesday, December 17, 2014

25 MELAYU PERASAN BAGUS KENA BALUN DENGAN 35 PEMIKIR ISLAM/MELAYU : GAP DLL MELAYU SOKONG 35 PEMIKIR !

GANG 25 

17 Disember, 2014

33 pemikir Islam tolak kenyataan 25 tokoh Melayu terkemuka

MEMORANDUM DI DALAM Seramai 33 orang pemikir Islam terdiri daripada ahli akademik dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) menyatakan pendirian menolak kenyataan dikeluarkan oleh 25 tokoh Melayu terhadap undang-undang dan pentadbiran Islam di Malaysia.

Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kritikan yang dilontarkan 25 tokoh Melayu tersebut tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana terlalu umum untuk diulas.


“Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting.

“Perkara ini serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimana mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam?,” katanya pada sidang media, Isnin.

Perkara berkenaan disuarakan sebagai mengulas tindakan 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air yang meminta jalan penyelesaian dicari bagi menangani pelbagai pertikaian berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.

BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA MEMORANDUM TERSEBUT

MEMORANDUM PENDIRIAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PANDANGAN 25 TOKOH MELAYU MENGENAI UNDANG-UNDANG SYARIAH

15 Disember 2014

Kami bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh 25 tokoh Melayu terkemuka tanah air bahawa jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani “pelbagai pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini.” [The Star, 8 December 2014: Need for a consultative process]

Pertikaian itu berpunca daripada ketegangan yang lahir daripada marginalisasi undang-undang dan pentadbiran Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara Negeri yang mempunyai bidang kuasa yang sangat terbatas. Ia bercanggah dengan hasrat orang Islam, yang merupakan majoriti penduduk, untuk hidup di bawah undang-undang Syariah.

Dalam tinjauan Pew Research Center di seluruh dunia pada 2013, ia mendapati “peratusan besar Muslim di banyak negara mahu undang-undang Islam (syariah) dimaktubkan sebagai undang-undang rasmi di negara mereka tetapi cuma dilaksanakan ke atas penduduk Islam sahaja. 86% penduduk Muslim di Malaysia dan 72% di Indonesia yang ditemubual dalam tinjauan tersebut mahu undang-undang syariah dilaksanakan di negara mereka.

25 tokoh Melayu terkemuka di negara ini memperakui hasil penemuan Pew berkenaan apabila mereka menulis: “Sebagai orang Islam, kami mahu melaksanakan hukum Islam lebih daripada undang-undang sivil, demi memenuhi standard tertinggi kehakiman kerana ia mencerminkan keadilan Tuhan”.

Orang Islam percaya mereka dituntut untuk menjalani kehidupan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh syariah; mengamalkan perkara yang baik dan menjauhkan perkara mungkar demi menegakkan keadilan. Lebih seribu tahun sebelum kedatangan kolonialisme Barat, undang-undang Syariah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang Islam dan dalam pentadbiran negeri.

Kolonisasi masyarakat Islam oleh kuasa Barat membawa kepada peminggiran sistem perundangan Islam. Bidang kuasanya terbatas kepada isu-isu perundangan berhubung kekeluargaan dan hal-hal perkahwinan. Ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam undang-undang awam, perdagangan, perniagaan, hubungan industri dan aktiviti lain yang penting kepada kehidupan manusia. Oleh itu, sukar bagi perundangan Islam untuk berkembang dalam usaha memenuhi cabaran kemodenan.

Berhubung kesan kolonialisme ke atas perkembangan undang-undang Syariah Islam di negeri-negeri Melayu, pakar pendidik British R.J. Wilkinson menulis: “Tidak diragui Undang-undang Islam akan menjadi undang-undang di Malaya jika undang-undang British tidak campur tangan untuk menghalangnya”

Tidak ada negara yang boleh mengabaikan hasrat sebahagian besar rakyatnya tanpa kesan buruk terhadap kestabilan dan keamanan. Kita perlu mencari jalan untuk memenuhi tuntutan orang Islam terhadap pelaksanaan undang-undang Syariah dalam kerangka kerja perlembagaan yang demokrasi tanpa mencabuli hak-hak golongan rakyat minoriti.

Sehubungan itu, Kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa tertinggi untuk menyemak semula Perlembagaan Persekutuan kita dan menyarankan pindaan untuk memasukkan segala keperluan penduduk Islam serta menegakkan hak-hak golongan minoriti di negara ini. Perlembagaan bukanlah sesuatu yang tidak boleh di ubah. Ia merupakan dokumen kehidupan dan perlu berkembang selaras dengan perubahan yang diinginkan oleh rakyat.

Jawatankuasa berkenaan perlu terdiri daripada pakar-pakar Islam dan bukan Islam mengenai undang-undang Perlembagaan, undang-undang Syariah Islam dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya. Selain menyemak semula Perlembagaan Persekutuan, ia perlu mengetengahkan segala kelemahan yang ketara dalam sistem perundangan Syariah semasa dan mengemukakan saranan untuk menanganinya.

Kritikan yang ditujukan kepada undang-undang dan pentadbiran Islam oleh 25 tokoh Melayu terkemuka itu tidak banyak membantu dalam menganjurkan perbincangan dan perdebatan mengenai isu-isu terbabit kerana ia terlalu umum untuk diulas. Misalnya mereka mendakwa undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia “adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam dan mencabuli hak-hak kebebasan yang penting..” Mereka tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut. 

Dakwaan itu adalah serius kerana ia mencerminkan sejauh mana kecekapan kerajaan negeri, penasihat perundangan negeri dan Peguam Negara. Bagaimanakah mereka boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip-prinsip perundangan Islam?

Kami terharu dengan inisiatif yang ditunjukkan oleh pesara penjawat awam, hakim, diplomat dan kumpulan pejuang hak asasi wanita yang secara terbuka membuat dakwaan mengenai ketidakadilan dan kelemahan dalam undang-undang dan pentadbiran Islam di negara ini. Kami berharap mereka akan menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap isu-isu lain yang sama pentingnya seperti jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kemusnahan alam sekitar, kemerosotan nilai-nilai moral dan etika, rasuah, 

penyalahgunaan kuasa dan isu-isu pentadbiran. Negara juga akan mendapat manfaat jika mereka sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman, kepakaran dan masa mereka dengan pertubuhan masyarakat sivil demi menggalakkan keadilan, perlindungan alam sekitar dan penyatuan rakyat.

Mohd Azmi Abdul Hamid,
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysian ( MAPIM )


Sohibus Samahah Tan Sri Dr Hj Harussani bin Hj Zakaria,
Mufti Negeri Perak D.R


Sohibus Samahah Datuk Dr Wan Salim Mohd Nor,
Mufti Negeri Pulau Penang


Dato' Wan Mohamad Dato' Syeikh Aziz,
Mantan Ketua Pengarah Director, JAKIM


Datuk Syeikh Mohd Nor Mansur Al Hafiz,
Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak


Datuk Dr. Hj Awang bin Sariyan,
Ketua Pengarah, DBP


Prof. Dato' Dr. Ir. Wan Ramli bin Wan Daud,
Profesor Kejuruteraan Kimia, UKM


Prof. Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok,
Pofesor Sains Komputer, Mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia


Prof Ismail Mohd,
Profesor Matematik, UniMaP


Prof. Emer. Dr. Shaharir bin Mohammad Zain,
Profesor of Matematik, Mantan Timbalan Nain Canselor UKM

Dato Hj Sulaiman Abdullah,

Mantan Profesor Undang-undang UM

Datin Dr Mehrun Siraj,
Mantan Professor Undang-undang, Mantan Ahli Suruhanjaya SUHAKAM.


Prof Dr. Wan Mokhtar Wan Yusof,
Profesor Mikrobilogi UKM


Prof Dr. Khairuddin Omar,
Professor Sains Komputer UKM


Prof. Dr. Mohamed Aslam bin Mohamed Haneef,
Profesor Ekonomi UIAM


Prof. Dr. Mohd Sahaid Khalil,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM


Prof. Dr. Husna Azhari,
Fakulti Kejuruteraan dan Senibina, UKM


Prof. Dr . Mohd Nazari Ismail,
Dekan Fakulti Perniagaan dan Akaun, UKM


Prof Dr. Khairudin Omar,
Sains Komputer UKM


Prof Dr. Mohamed Aslam b. Mohamed Haneef,
Economis, UIAM


Prof. Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri b. Salamon,
Pengerusi Penasihat Syariah, Bank Islam


Prof. Madya Dr. Aidil Abd Hamid,
Microbiokemistri UKM


Prof. Madya Dr. Zaini Hamzah,
Saintis Nuklear, UiTM


Prof Madya Dr. Mat Rofa Ismail,
Professor in Etnomatematik, UPM.


Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir,
Pakar Matematik, Felo INSPEM,


Dr. Mohd Roslan Mohd Nor,
Setiausha Agong Persatuan Ulama Malaysia, Timbalan Pengarah (Research & Development), Akademi Pengajian Islam University Malaya,


Dr Halim Muhammady,
Naib Presiden WADAH, Pengarah Perunding Penyelidikan Bairuni, Mantan Ketua Jabatan Pengajian Quran, Fakulti Pengajian Islam UKM,


Hj Ahmad Awang,
Mantan Pengarah Pusat Islam, JPM


Hj Abdul Ghani Samsudin,
Pengerusi SHURA, Mantan Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.


Dinsman (Shamsuddin Osman),
Presiden PAKSI


Datin Aminah Zakaria,
Pengerusi SALIMAH, Mantan Pengetua Kolej Islam Klang,


Ir Hj Asari Daud,
Mantan Timbalan Pengarah JPS


Ir. Kassim Muhammad,
Mantan Pengarah JPS Negeri Perlis


Sumber :
Agendadaily.com

12 comments:

Anonymous said...

Tahniah... kalau makin ramai silent majoriti bersuara..... pas dan anwar x bleh cri makan....

joe rizal said...

Wassalam. Eden bukan corodik pandai tapi apo yang eden baco baru baru ini sangat menyedihkan. Oran Melayu menuduh oran Melayu tak peka tontang undang undang yang digubal olih manusio dan undang undang yang diturun kan olih ALLAH SWT. Eden sodih bilo ado corodik pandai kato undang2 yang diluluskan diparlimen mengatasi Syariah. Correct me if I am wrong-coz this is what I am reading. Then came the response from the Ulamas -35 of them. For the 25- did you see whats coming?My question to you 25-what have you been doing when you were in the govt? Don't tell me you are bound by the Secrescy Act dlln. This is rubbish. You can work from the inside not outside. Are telling me that the Syariah law is inferior to the law made by human? Ulama please advise me on this.

Anonymous said...

As an ordinary muslim malay who was once in the biggest GLC in malaysia and in another state GLC, i have seen hypocrisy of the highest level and more so coming from hypocrites in the likes of the self proclaimed eminent 25 muslim malays. Its all tantamount to unethical actions such as abuse of position, corruption, defending immoral activities......the list goes on. Be it retired ambassadors, judges, academicians, corporates...list continues became pengkhianat when they were no longer in their respective positions. There were mute, deaf, dumb, play safe, ball carrier when in their respective seats due to PERIOK NASI, FULUS, PANGKAT....BLAH BLAH.... They were heroes then. Now THEY TURNED PENGKHIANAT PADA BANGSA DAN AGAMANYA SENDIRI.

Anonymous said...

Cuba tengok muka muka 25 orang itu.Mereka semuanya bekas Pegawai Tinggi Kerajaan.Mereka mereka ini are the frustated lots kerana tidak diberi jawatan di dalam samaada GLCs atau Perbadanan Kerajaan lain....mulalah merapu.

Anonymous said...

Wanita nya pulak geng kepala togel...

Anonymous said...

Betul betul betul ..
pi jalan melayu 25..
LUPA ASAL USUL DAN PEGANGAN AGAMA..

Anonymous said...

Macam mana nak pinda perlembagaan kalau kuasa tak cukup.
Bukankah mereka yang bijak pandai juga yang turut serta menghakiskan kuasa yang ada?

Anonymous said...

terus terang aku yg geng 25 tu bukan cerdik mana..x caya check degree depa..geng ptd ni mcm degree art..baca buku sambil tgk tv pun lulus la..tambah plak graduate thn 60 an 70 an. zaman tu ada duit sikit dpt la masuk u.zaman tu yg cerdik byk tercicir

Anonymous said...

joe rizal,

we are living in a nation binded by constitutional law...not the law of the book..its unfortunate i know..but thats the way it is...we can't choose which law we want to use at our convenience..or else huru hara negara...

Anonymous said...

9.47am

its just a different in opinion...no need to label people pengkhianat la..

Anonymous said...

Tun Dor buka semua pintu.
Clueless bagi master key dan kunci duplikate kapada tongkang turun.
Clueless Bapak Moderation, dan beri ucapan merata dunia dan PBB agar ikut clueless moderation.
Konon nya moderation akan padam kan semua masaalah.
Ucapan di PBB ada 6 kerat aja yang dengar.
Ayam sambung, ayam didik Saiffudin jadi GMM CEO,NGO yang yang dapat sokongan penuh Ah Pek Wong chun wai yang sangat sangat amat berdendam dengan bangsa Melayu dan Islam..
Akhbar STAR tuju kan moderation kapada cina cristian English spikers sahaja .memberi gambaran STAR MODERATES dan ENGLISH SPIKERS akan di pinggirkan OLIh CLUELESS.MCA sen lantang menjagohi MODERATION konon.
Saya kata kapada mereka sesmua GMM Moderates,Wong,STAR,MCA: KAMU adalah extremist yang macam pisang.kulit kuning,isi putih.
Saya kutup kamu semua dan kumpulan kumpulan ikutan suara suara sumbang voices in isolation,konon nya moderation,
yang di siar besar besaran olih Akhbar Star.

CLUELESS adalah anglophile terulong sekali dalam kumpulan moderate ,di apit oli Wong danTan Sri PHeng,sahabat perniagaan baik kerabat negeris CLUELESS.

Dengan latar belakang macam ini, sudah tentu 25 orang pisang dapat sokongan dari kaum tongkang turun.
Ah Jib Gor sudah clueless ,lagi bangang moderate.
Tarikh luput AH JIB pada bulan Mac 2013.
Reseb BNM sudah turun kapada kurang 394billionRM,.
Ah Jib rasa dia hebat lagi.
Saya sokong seruan Syed Rosli.
arjuna waspada
changkat lobak.

Anonymous said...

Banyaknya Professor 2 tapi semua nak tanam Kangkung je mana boleh, kenalah pelbagaikan ekonomi, cuba tanam Jagung sebagai permulaan.