Wednesday, February 16, 2011

TUN MAHATHIR TAMPOR MUKA NIK AJIS !

  1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

sambungan lagi 30 point terjahan tun. semoga tun mahathir panjang umur dan terus dapat menyumbangkan fikiran kepada kemajuan islam/melayu dan malaysia ! amin. KLIK SINI

52 comments:

Anonymous said...

Tun yang dihormati, pedulikan saja Nik Aziz ni, dia tu kan macam Ayah Pin, boleh naik ke syurga... kita rasa Nik Aziz ni pikir dia Nabi... dia boleh ampunkan doa22 org Pas, PKR dan DAP... Kita tak nak niat jahat kat Nik Aziz tapi kita rasa dia akan menerima azab paling dasyat kerana memutarbelitkan Islam dan ajaran Islam.

zizie said...

perghhh......jenuh aku nk baca..,,sok sambung balik baca,...

Tenno perang said...

pergh...aku dapat bayangkan dan aku gambarkan kata2 TUN M ini dalam bentuk percakapanya...10 kali baca x jemu beb...

parang terbang said...

nik aziz pala butuh....

x ubah macam attarturk!

Anonymous said...

Salam, you all rasa Nik Aziz faham ke bila baca apa yg Tun M tulis sebab Jakun pun dia tak tahu orang asli Malaysia. Atau buat2 tak tahu pasal nak kan undi orang asli di Kerdau

Anonymous said...

Terbaik!

Ambik ko nik aziz!

miegooner said...

saya sayang Tun Dr Mahathir

peknga87 said...

Macamnie la cara islam, sopan tetapi tegas.. bkn jenis berdendam smpai mencarut2..

Tun Teja said...

Pasal ni la aku respect Tun Mahathir sebagai pemimpin yang bijak

contoh terbaik ialah pembinaan putrajaya. Kalau Tun tak buat masa tu , berapa lah nilai nya masa ni ...

pandangan yang mantap....

Tepat...Telus...tunggu jawapan? memang tak terjawap..

Karipap said...

dah terlalu lama Tun M berdiam diri, hanya tegur2 sipi2. skang memang patut Nik Aziz terus ditegur dan di'tampor'

Anonymous said...

nicky ajis salah seorang yang agak pandai dan boleh di kira ulamak jika tidak di campurkan dengan politik.tapi politik dia lebih utama dan menggunakan kepetahan bertutur dan mentafsir sedikit2 ayat ayat Al Quran maka orang2 kg yang tidak tahu apa apa terus saja menelan akan kata2nya..sudahnya jadilah islam terpisah dua.1 islam pas satu islam yang dibawa oleh junjungan Nabi SAW..ada kah ini ulamak di akhir zaman...hal hal agama di buat main main.Nicky Ajis kena ingat bahawa esok2 dia akan ditanya kemana di gunakan ilmu yang di pelajari..saya sokong kata kata Tun...masing2 akan dihadapkan di hadapan Allah Taala..baik amalam kita ke syurga lah kita,jika sebaliknya itu semua atas perbuatan sendiri...Islam pas adalah sama mengucap dua kalimah shahadatnya dgn islam Umno,sembahyang nya sama,puasanya,zakatnya dan hajinya sama..apa yang dipertikaikan oleh nicky ajis ni pun tak tahulah...bawak2lah bertaubat dan bersaralah dari arena politik dan kurangkan bercakap yang bukan2 sebab takut tak terminta ampun dari org yang di tuduh jahilliah n kafir...taubatlah nicky ajis taubatlahhhhhhh

r0 said...

anon #1,

kita boleh biar nikaziz cakap apa saja yg dia nak. but kalau kita tak buat apa. menegur apa yg salah, maka kita akan dipersalahkan esok. mahukah kita biarkan lebih ramai org yg tak dapat bezakan antara islam yg sebenar dan politik?

sama ada apa yg dikatakan nik aziz betul atau chedet betul... bak kata Tun M, biar allah yg tentukan. kita buat yg terbaik.

Anonymous said...

mantap!!!!

Anonymous said...

Dari utara.....
Satu luahan rasa yang terpendam lama yang dikeluarkan atas dasar tidak mahu melihat kita bercakap mengikut perasaan dan nafsu.......
Berkata-kata bila perlu tapi perlu menggunakan kebijaksanaan.........
Bukan semua yang pandai itu cerdik dan bukan semua yang bodoh itu tak boleh diharap......fikir dahulu apabila berkata-kata

Anonymous said...

tabik Tun

Anonymous said...

Sesungguhnya ini yang dikatakan bahawa yang hak pasti berdiri dan yang batil akan jatuh dengan sendirinya....semoga Allah swt berikan Tun M kesihatan yang baik dan umur yang barakah supaya terus dapat menyedarkan orang Melayu daripada kemusnahan oleh puak PAS dan PR.

Hidup Islam! Hidup UMNO!

Anonymous said...

Rasa nak nangis baca tulisan Tun M sebab kagum dengan kebijaksanaan Tun dlm berfikir dan kepetahan Tun semasa berbicara.... bagi saya Tun adalah satu2nya Melayu dalam universe ni yang hebat dan kita rakyat Malaysia memang amat beruntung dianugerahkan Allah seorang pemimpin yg hebat spt Tun. Inilah anugerah Allah yang sebenar-benarnya. Tun, I will always love and respect you...

orangkedahjugak

Anonymous said...

pehhhh best tunn..... ni bukan kene tamporr....

ni makna kata kene penerajang ke muka tua kutuk nik aziz tuu....

Anonymous said...

"Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi?"

.. aku pun baru perasan rupanya harakah pakai rumi ..kah kah kah

nak membetulkan orang lain tapi diri sendiri pun tak betul

.. haramkahjadah.. kui kui kui

Esperalzi said...

Hebat! Hebat! Hebat! Sungguh hebat pandangan Dr Mahathir! Tak ada cacat cela sehingga tak ada apa2 yg boleh aku kritik tulisan Dr Mahathir ini. Semoga Allah panjangkan usia Dr Mahathir utk terus berkhidmat kpd negara (Malaysia), agama (Islam) dan bangsa (Melayu)...

Sesungguhnya negara Malaysia yg amat aku cintai ini dan sanggup aku mati kerananya tidak ketandusan ULAMA TULEN walaupun pun ULAMA PALSU semakin bersemi dp bumi Islam Malaysia bak cendawan...AKU NASIONALIS MELAYU MALAYSIA and VERY PROUD OF IT!!

Dr Mahathir adalah ULAMA TULEN...Nik Najis adalah ULAMA PALSU. Ulama itu bermaksud org yg berilmu..jelas Dr Mahathir berilmu manakala Nik Najis kosong ilmu...Nik Najis adalah TONG KOSONG yg dah karat menunggu diangkut oleh lori majlis bandaran..Nik Najis sangat RIAK, SOMBONG, TAKBUR, BONGKAK, EKSYEN, SYOK SENDIRI, SUKA MENGKAFIRKAN ORANG WALHAL DIALAH LAKNAT PALING KAFIR DI BUMI MALAYSIA....

Nik Najis sangat kotor dan jijik. Tidak layak org2 Muslim yg baik bersentuh kulit dgn Nik Najis, tak layak dia imamkan org2 Muslim yg baik dlm solat, tak layak kaki Nik Najis dibenarkan menjejak laman masjid kerana seluruh tubuh Nik Najis termasuk kakinya adalah najis..tak layak Nik Najis menerima doa org2 Muslim ketika dia ditimpa musibah..

Dalam dia menuduh UMNO dan org UMNO nasionalis yg berteraskan Melayu dan bukan Islam, dia memerintah Kelantan sbg MB atas dasar dirinya seorang Melayu. Jika Nik Najis itu berbangsa Cina, India, Siam atau apa2 saja selain Melayu, sudah tentu PAS tak akan benarkan Nik Najis menjadi MB Kelantan selama 20 tahun lebih walaupun dia Islam.

Kelantan di bawah Nik Najis dan PAS mengamalkan dasar NASIONALISME KELANTAN dan KENEGERIANISME KELANTANISME yg sempit di mana org2 dari luar Kelantan tak boleh beli tanah di Kelantan. Wahai Nik Najis: apakah Kelantanisme, Kenegerianisme Kelantanisme dan Nasionalisme Kelantan ini Islam atau sesuai dgn Islam?

Kamu NIk Najis bercakap melalui lubang JUBO kamu yg busuk taik, bukan dari mulut!

Idklaz 68 said...

Salam TUN yang di hormati,
Alhamdulillah syukurlah kerana ALLAH telah memberi TUN MAHADIR MOHAMMAD kepada rakyat Malaysia.Walaupun ada segelintir yang membenci tapi Jutaan Rakyat lagi yang sangat mengharapkan tun dapat bersama Malaysia sentiasa.ALLAH selamatkan bumi Malaysia yang bertuah ini.AMIN.

Anonymous said...

Nik Aziz ni pikir nak jadi Nabi ... tapi kesian kena sumpah dia jadi BABI tupasal asyik mencarut aje situa kutuk bangkai bernyawa ni

Anonymous said...

Alhamdulillah Bravo! Tun.

Apa punya ulamak N. Ajis ini dgn syaitan pun sungguh nak ambil jadi kawan, memang tujuan nak menang pilihanraya aje. Harap YB yang mulia Tn Guru Hj Hadi & YB Utz Nash usahakan supaya N. Ajis ni dapat dipencenkan, banyak sangat kerosakan telah dijanakan beliau atas dorongan dan bisikan DSAI (Datuk Syaitan Anak Iblis).

PAS ada 2 pilihan. Berdiri sendiri dgn tegoh bagi menegakkan Islam atau Bersama UMNO (bukan masuk UMNO) untuk perbaiki tegaknya Islam & Kesejahteraan umat.

YB Nash takkan takut, Lu kan X Gabriel (Pandan) KL, mana tau takut orang punya kaki, N. Ajis tu orang aje kasi pencen sama dia.

Gabriel KL.

Azraque7 said...

Memang pilu dan terguris hati aku membacanya. Teringat saat-saat kebodohan dan kebangangan masa lampau berdemo depan Masjid UM masa Anwar kena pecat 1998. Bermacam-macam maki hamun aku semburkan pada Tun pada masa tu sebab pecat Anu ar, al maklum totok PAS. Aku cukup sedih sekarang, tak tau macam mana nak mintak maaf dengan Tun. Selepas 10 tahun, bermula 2008 barulah aku sedar dan insaf. PAS pimpinan najis telah mencelakakan aku. Tun Dr. Mahathir...Mac 2008 - sekarang menjadi idola aku. SYABAS TUN DR. MAHATHIR. Lenggok bahasanya cukup ampuh dan padat penuh makna bagi orang yang mampu berfikir.
Terima Kasih

Berita Gempak said...

mencelah..tak tau nak taruk kat mana

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/02/16/sore-ronnie-calls-wan-azizah-a-liar/

apa dah jadi ni ? fikir fikir kan....

Anonymous said...

Tu dia kau...sesekali Tun berbunyi, berpusing mcm gasing serban Nik Ajis. Bila la agaknya Tun nak menjemput aku dtg minum teh di rumah dia yer?

Anonymous said...

Akhirnya semakin terang dan jelas niat yang sebenarnya..... Satu ikhlas memertabatkan Islam , bangsa dan negara. Satu lagi dagangkan Islam untuk hasad dendam memecah belah ....Terima kasih Tun M.

Anonymous said...

Akhirnya semakin terang dan jelas niat yang sebenarnya..... Satu ikhlas memertabatkan Islam , bangsa dan negara. Satu lagi dagangkan Islam untuk hasad dendam memecah belah ....Terima kasih Tun M.

Anonymous said...

Akhirnya semakin terang dan jelas niat yang sebenarnya..... Satu ikhlas memertabatkan Islam , bangsa dan negara. Satu lagi dagangkan Islam untuk hasad dendam memecah belah ....Terima kasih Tun M.

man on da street said...

Cuba bayangkan nicky ajis pakai seluar yankee naik vespa mengelilingi pekan kota baru, tak mustahil bukan? Sebab apa, kerana perwatakkan dan bahasa yang beliau gunakan , tak ubah mat yang sedang mengorat awek.Penuh berbunga dan tipu muslihat!Penuh dengan janji manis. Pertuduhan terhadap beliau tidak pernah dan tidak pula terjawab. Sebalik nya jawapan beliau selalu berputar putar saperti serban yang di lilit di kepala kelentong beliau! Contoh klasik:- 1) tidak bolih bermuafakat dengan orang kafir- abih tu sekarang dengan siapa? Para malaikat dari DAP? Lim Kuan Yew malaikat dari Spork? 2) Tuhan(AllAH) mencarut? Saperti beliau dan pengikut serta penyokong Pus sekarang ni dok mencarut? 3) Bolih mengampunkan dosa orang islam dan berjanji syurga? Dia ni menjadi paderi mazhab kristian apabila gereja , paderi kristian bolih mengampunkan dosa penganut kristian. 4) Doa terhadap kehancuran sesama umat islam? Ini yang di amalkan syaitan supaya menghasut dan membembenci sesama umat. Dan banyak lagi lah. So NICKY Lu rock lah wa cakap. Keislaman lu macam orang jual ubat di kaki lima kat jalan Masjid India ni , penuh kelentung nak melakukan ubat. Mungkin sebelah sana masih bolih laku kut , tapi sebelah sini masih ada yang ragu ragu, nak tau kenapa, sebab di sini ada yang jahil , yang jahat, yang warak, yang keislaman nya tidak menonjol tetapi masih islam yang tidak mengamalkan extremism. Dan juga kita masih ada masyarakat majmuk. Olih itu kita ada ruang untuk perbandingan, yang baik kita ikut , yang merapu dan jahat kita buat penajaran, dan kita tinggalakan. Mungkin di kelantan pada keseluruhan nya ada lah melayu dan ikut saja apa bro nicky says, macam permainan "Simple Simon"

Anonymous said...

50 Perenggan untuk dijawab oleh Nik Aziz...

Kalau ikutkan peribadi Nik Aziz, cuma 3 perkataan yang akan dijawab... Celako..
Celako...
Celako...!

Tuh pun dari kecik sampai tua.. tak pernah aku dengar Tun M maki hamun.

Anonymous said...

Assalammualaikum wbt Tun.

Satu kelebihan ketara Tun, hujah-hujannya tersusun dan terjalin kemas serta tidak sukar difahami.

Bagai suatu hadiah besar, inilah susunan peluru buat UMNO menjelang PRK Merlimau khasnya dan PRU13 amnya.

Hebat mana sekalipun kita menerima hujah TunM ini,walau besar mana jasanya kepada Melayu, Islam dan Malaysia. Namun itu semuanya dengan mudah dikuis oleh penganut PAS totok dengan hujah : 'pisau cukur' dan 'sup tangan,.

Mereka bagai telah memuktamadkan hukum buat TunM. Bagi mereka LKY jauh lagi mulia berbanding TunM.

Rakyat Memerhati dan Menilai.

Anonymous said...

Ye ke Tun tu bagus sangat....macam biasa je. Mana ada manusia yang sempurna.

Anonymous said...

..pghhhh... mendidih baca post
"Ye ke Tun tu bagus sangat....macam biasa je. Mana ada manusia yang sempurna. February 16, 2011 11:25 PM"

Jika anda ini mampu menidakkan kelebihan yang ada pada Tun dgn catatan 'macam biasa je' tanpa hujah menyokong, siapa anda?

Tun jelas dan sedar hakikat 'mana ada manusia sempurna' termasuk dirinya.

Mungkin anon ni tak baca pun atau dah baca tapi tak faham. Tak faham sebab ada hijab atau dengki.

Tapi terima kasihlah anon kerana inilah hakikatnya buka semua orang suka Tun atau Nik Ajis.

Lu baca dan fikirlah sendiri!

Anonymous said...

bertaubatlah kalian yang mencemuh ulama. Pilah dengar ulama ini berbicara. Fahamilah kata2 yang penuh keikhlasan.

Anonymous said...

nick ajis mesti bertobat di usia begini.dah jauh sgt terpesong,mengkafirkan sesama ISLAM adalah satu dosa besar yg tak tertanggung disana nanti.

bahasa mencerminkan peribadi seseorang,tapi setiap kali bahasa yg keluar dari mulut nick ajiz,rakyat sendiri boleh menilaikannya.

sedih..teramat sedih...dgn sikap nick ajis

Anonymous said...

anon February 17, 2011 12:07 AM..dr dgr ulama politik berbicara, baik dgr bicara ulama yg nak menyatupadukan umat Islam..takat g ceramah pastu gelak2 pasal tgh maki org, x payah la nak dgr..

Zek said...

Pukulan TKO untuk Nik Aziz. Rasanya tulisan Tun pun dia tak berapa nak faham sebab perkataan Jakun pun dia tak tahu.

Itulah akibat mengeluarkan fatwa merepek yang hanya berpandu kepada kepentingan parti PAS semata-mata.

Kalau menguntungkan dia dan partinya hukumnya wahalalun. Sebaliknya kalau merugikan hukumnya waharamun. Padanya undi lebih penting dari ummah. Janji boleh menambahkan undi daripada kaum lain, tak mengapa walaupun ia mengakibatkan perpecahan Ummah.

Anonymous said...

pas tu adalah pati munafik dan sudah jelas dan nyata mereka ni munafik segalanya tunggu aja bala ALLAH ke atas mereka yg berpakat dgn kapir harbi untuk menggugat orang melayu islam kita .ingat islamlah yg menyelamatkan malaysia diri bencana alam,peperangan,kemiskinan dll.cubalihat jiran kita spt indon ,thai,filipina,kemboja,myanmar.........................

Anonymous said...

Bezakanlah apabila seorang Negarawan Ulung berkata/tulis dengan seorang Orang Tua Arrogant (baca:dirinya saja yg betul). Percayalah, jika Nik Aziz balas semula apa yg Tun kata, nescaya jawapannya mungkin sekadar tahap budak PMR

van der Narjeez

Anonymous said...

Semoga Tun berdua sentiasa dalam rahmatNya.

Biarlah Allah sahaja yang membalas segala perbuatan jahat manusia angkuh yang bernama Nik Aziz. Tak habis-habis memecah-belahkan umat Islam dgn 'fatwa-fatwa' sesatnya.
1. Undi PAS masuk syurga
2. Ahli UMNO kafir kerana bekerjasama dgn kafir (MCA & MIC). Dia lupa nak kafirkan diri sendiri kerana bekerjasama dgn kafir harbi komunis DAP.
3. Tidak mengundi PAS sebagai jahiliyah.
4. Pemberian wang sehari sebelum membuang undi bukan rasuah tapi zakat.
5. Musibah banjir di tempat selain kelantan dilabel sebagai bala. Tapi, musibah banjir di kelantan dan kedah, ujian.
6. Nama Allah boleh disyirikkan kepada konsep trinity agama kristian.
7. Allah adalah samseng
8. Allah mencarut
9. Puasa tidak terbatal selagi tidak memasuki rongga perut. Rongga hidung dan telinga takpe.
10. Tidak bangga menjadi orang Melayu. Dia lupa tanpa perjuangan nasionalis bangsa Melayu beragama Islam tidak akan ada bumi Malaysia yg dia pijak.
11. Menuduh orang lain kroni dan nepotisme. Dia & menantu? takpe. Keparat Singh, Lim Kit Sial dan An-Jubur anak beranak? takpe..

Sesungguhnya begitu banyak onar yang telah dilakukan oleh lidahnya yang memecahbelahkan perpaduan umat Islam berbangsa Melayu negara ini.

Nik Aziz LAKNATULLAH!

-aku je..-

Anonymous said...

rasa bertuah hidup di masa Tun M. setiap 100 tahun sekali akan ada manusia mcam ni :-)

pak nik? setiap hari boleh jumpa org mcam pak nik ni :-(

azrie said...

sampai skg aku rase bangang/da x betul nye isle PAS ni bile xbg berimam kan org2 UMNO/makan daging korban UMNO..bongok gile..diesebabkan org tu sokong sesuatu persatuan da di anggap Jahil(bodoh), da xleh sembahyang same2 ape semua..itu betul2 memecahbelah kan org islam..ape bongok xde otak nye org2 yg taksub ngan PAS ni..ISLAM xde kaitan ngan PARTI ape yg korg ikut la..ko parti DAP/MIC ke kalau ko ISLAM..amalkan idup ISLAM..tetap ISLAM..bodoh!

Anonymous said...

isle gaye nik aziz x sama dengan Islam Ahli sunnah wal jamaah pegangan kita.

http://www.youtube.com/watch?v=CJ7HWmLLcFM

dipercayai beliau sebenarnya wahabi

Hidup Islam! Hidup UMNO!

John labu said...

betul ke Nik aziz teruk dan sudah nyanyok ?? Betul ke Tun M baik dan warak orang nya ?

Siapa yang dah lupa(nyanyok) nik aziz ke Tun ? Allah dah pesan susuh buat baik dan tinggalkan yg mungkar ?

!!! Kita tengok bini siapa yang jaga aurat ,anak siapa Tun ke nik aziz yang kuat minum arak dan tak tutup aurat ? Patut lah Nik aziz nyanyok ! Nik aziz dah lupa janji dia dengan ALLAH !!!

Anonymous said...

Anon 11.25PM sebenarnya sakit hati...langsung x blh nak jwp apa yg tun tulis...syabas Tun saya hormati anda selamanya...Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk berbakti pada AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..

daturaAINnoXia said...

jelas..mudah difahami..mantap..
nampak x siapa yg lebih rasional dan faham tentang keperluan hidup/matlamat islam...
aku rasa nik aziz bole pitam nak menangkis hujah2 tun m...
kebijaksanaan tun ialah menyampaikan sesuatu bicara yg mudah difahami dan lojik
bicaranya sering membuat ramai tersedar akan kebenarannya.
memang satu anugerah utk malaysia

Anonymous said...

nik aziz memang baik sampaikan anak menantu dia pun boleh masuk dalam pentadbiran.

tutup aurat tapi mulut tak reti jaga buat apa?kan ke lebih elok tutup aurat sambil jaga mulut dari mengata kat orang.Islam tu bukan sekadar ibadah sahaja tetapi mengambil kira perihal akhlak sama.

geng Pas pernah tau ke pasal ni?

Anonymous said...

Nampak jelas beza penjelasan tun dgn n aziz.

Dan jelasnya perjuangan pas adalah tiada hala tuju.

Anonymous said...

Nik Aziz memangla tak setanding dgn Tun Mahathir. Apa yang Nik Aziz cakap dengar sajalah terima jangan. Tetapi apa yang Tun kata selalu tersentuh di hati ini. Kenapa ya??

Anonymous said...

john labu,

kalau anak bini tutup aurat, tapi merosakkan umat Islam buat apa..tak leh imam org UMNO, tak leh mkn sembelihan org UMNO..dan kena cerai bini talak 3 kalo keluar parti. Tidakkah itu memecah-belahkan ummah yg nyata?

Dosa pahala itu urusan Allah. Syurga neraka juga urusan Allah.Bukan urusan kau dan tentu sekali bukan urusan N.ajis.

Apa kau lupa kisah seorang pelacur yang dijanjikan Allah tempat yang baik di akhirat kerana pertolongannya pada seekor anjing yg kehausan?

Akan tetapi apabila memecah-belahkan ummah, memfitnah, maki hamun, caci maki, kena mintak maaf balik woo kat orang tersebut. Lebih payah meminta maaf sesama manusia kerana memohon ampun kepada Allah itu telah kita maklum bahawa Allah itu Maha Mengasihani dan Maha Pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka sehinggalah saatnya ia ditutup maka tiadalah lagi taubat diterima..

Aku pun tak paham la. Solat hajat sudah. Berdoa sudah. Dan kebenaran makin hari makin terserlah..Tapi..tak nak mengakui pula kebenaran tersebut.. ist..ist..

-aku je..-

John labu said...

aku jer ;

kita sekadar pembaca n berdiskusi ...perkara yg memecahkan ummah memang kita tentang tak kira datang dari siapa atau parti mana-man pun !! "Dosa pahala itu urusan Allah. Syurga neraka juga urusan Allah.Bukan urusan kau dan tentu sekali bukan urusan N.ajis"& najib(aku tambah sikit) .. AKU memang setuju dgn saudara ...

Mana mana pemimpin kita melayu islam tak kira dari parti mana pun membuat perkara-perkara yg boleh memecahkan/mengelirukan ummah tu kita wajib tentangkan !!

Pernah tak dengar atau terbaca pemimpin kita yang mengaku ISLAm mengatakan bahawa kalau kita jalan kan undang islam(HUDUD) maka banyak orang melayu akan kudung tangan dan tak maju sebab ramai dah kudung tangan...ada lagi yang kata "Kalau nak makan sup tangan sila lah ke Kelantan"...soalan aku, apa pendapat saudara ? adakah INI TIDAK MEMECAHBELAHKAN UMMAH ...Kalau orang Cina kata aku tak berapa kisah sangat sebab mereka tak faham !!

Nik aziz lantik anak nya jadi CEO ,aku pun tak setuju ! Kalau betul lah Anwar "cuba" meliwat saiful !,aku pun marah kerana itu perbuatan terkutuk !Aku juga tak setuju kalau ada pemimpin kita raba buntut pelayan bar @ Le miridien hotel KL central! Aku juga tak setuju kalau ada pemimpin kita kena tangkap khalwat dgn penyanyi di PD !! tapi tak di dakwa!aku juga tak setuju kalau ada pemimpin islam yg minum arak ,ada kilang arak,jadi ahli lembaga syarikat judi !!
Aku juga tak setuju apa yg berlaku dan sangat simpati kepada Altantuya dan ahli keluarganya?
Aku rasa saudara dan rakan yg lain pun tak setuju kan !!

aku setuju dgn sebahagian pembangunan yg di lakukan oleh mantan PM kita (tun M).

Aku orang islam yang berbangsa melayu ,aku tak nak kita menyokong sesuatu secara membuta tuli tanpa usul periksa!

Kebanyakan Ahli PAS yang kata mereka tak boleh berimamkan dalam sembahyang kepada orang umno ,kebanyakkan nya dah masuk umno pun ,contohnya Ustaz Md NOR deris ,ustaz ghazali losong dll ..pergi lah tanya mereka ...

Kita berdoa dan terus berdoa supaya kebenaran dan kebatilan akan terserlah dan kita berdoa agar kita senantiasa berada di pihak yang benar !!!