Wednesday, March 9, 2011

PECAT : SAIFUDIN ABDULLAH SOKONG BUKU JINGGA !

   
KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mencipta beberapa kejutan apabila secara jujur mengakui pelbagai perkara yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat baik bagi kepentingan negara.

Selain menyokong diadakan forum yang melibatkan wakil-wakil pelbagai parti di universiti bagi menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi, beliau juga mengakui pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi di tanah air.

Menurut beliau, dalam negara yang mengamalkan demokrasi, program (forum) yang mempertemukan wakil-wakil pelbagai parti seperti itu merupakan sesuatu yang mustahak dan tidak seharusnya dipandang dari sudut negatif oleh pelbagai pihak.

Manakala dasar yang diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAS yang menolak politik perkauman, sememangnya baik bagi melahirkan perubahan politik di tanah air.

"Tetapi dalam usaha melahirkan perubahan politik, Barisan Nasional (BN) juga sebenarnya turut melakukannya. Itu semua boleh dilihat dari Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri," katanya.

Berucap pada forum Persidangan Kebangsaan, Demokrasi dan Pilihanraya; Prospek dan Cabaran Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 di Universiti Malaya (UM), semalam, beliau berkata, sesuatu yang baik dalam hal ini, ia bergantung kepada pendekatan yang digunakan antara Pakatan Rakyat dan BN yang boleh dinilai oleh rakyat sendiri.

"Penentu survival sesebuah parti bergantung kepada sejauh mana parti itu boleh membawa sesuatu yang baru dan memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Jadi siapa yang servis baik adalah yang boleh mempertahankan bukunya," tegasnya.

Politik perkauman, katanya, Perdana Menteri juga mengatakan bahawa ia hanya untuk sesuatu tempat. Politik baru pula sudah dilakukan oleh Barisan Nasional kerana yang dilihat oleh orang ramai bukan sahaja parti, tetapi juga calon, manifesto dan budaya parti. Manakala politik pembangunan sudah diakui oleh BN hanya relevan pada sesetengah tempat.

Namun beliau mengakui pengundi-pengundi kini terutama pengundi-pengundi muda ternyata lebih cerdik sehingga mampu melihat segalanya itu dengan lebih jauh dalam kerangka yang lebih luas.

"Perkembangan ini sememangnya menarik. Inilah juga yang menyebabkan Pakatan Rakyat turut mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu sehingga mampu menjadi pembangkang yang baik," katanya.

Beliau juga kesal apabila politik dan agama sebagai sesuatu yang tidak boleh dipisahkan seperti yang diperjuangkan oleh PAS masih menjadi pertikaian pihak tertentu, pada hal ia tidak sepatutnya berlaku, kerana perkara itu sememangnya sudah jelas dalam ajaran Islam yang menegaskan politik adalah sebahagian dari Islam.

Selain itu, beliau turut mengakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia.

"Dalam hal ini, bergantung kepada perspeksi masing-masing. Bagi BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahaya besar, tetapi bagi Pakatan Rakyat, untung besar. Tetapi yang itu bukanlah politik segar yang rakyat nak tengok," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.  

Mengenai kebebasan media, beliau juga bersetuju jika dilaksanakan di negara ini dengan dihapuskan akta-akta tertentu yang menyekatnya bagi membolehkan ia dilihat secara adil.

Beliau turut menyifatkan sesuatu yang amat malang jika pihak pemerintah menghalang rakyat mengkritik sesuatu yang tidak baik yang dilakukan, memandangkan mengkritik itu merupakan sesuatu yang baik bagi parti kerana di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang membina.

"Jadi dalam hal ini, tentunya tidak kena jika dikatakan kritikan positif dan negatif kerana setiap kritikan adalah baik. Sebaliknya yang tidak baik adalah menghentam," ujar beliau.

Forum tersebut dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM). Ia diadakan di Dewan Kuliah C, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM dan menampilkan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai moderatornya.

Manakala ahli-ahli panelnya terdiri daripada Datuk Saifudin, Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.  

17 comments:

Anonymous said...

piiiraaaaah....nk budaya mengkritik...tapi bila kena kritik..nk balun blogger pro umno...apa punya org...

To Live Again said...

Bagus Saifudin! Anda dh menyerlahkan WARNA sebenar anda!

Ape tunggu lagi???? Jd la gentle cm zaid ibrahim.Kuar UMNO yg KONONNYA menghalang kebebasan bersuara, halang kebebasan pelajar berpolitik, politik perkauman dll lg.Buat ape duduk dlm BN kalau dh hati 2 dgn PR.

Org2 mcm ni la yg blh m merosakkan umno dr dlm seperti gunting dlm lipatan.Sekurang2nya zaid,zool nordin, zahrain wee che keong jauh lbh MULIA dr anda.

Zaid letak jwtn sbb x sebulu dgn DASAR kerajaan.2 tndakan TEPAT! Zool,zahrain,chee keong keluar kerana dh tau tembelang nuar dn dasar parti yg jauh menyimpnag.Itu jugak BETUL!

Bkn mcm ko yg x hbs2 PERLI parti sndiri tp segala benefit dr parti hbs jugak ko sebat!

Anonymous said...

Tuan,
Tolong tanya DS Najib adakah kehadiran Saifudin di dalam forum tersebut mendapat kebenaran dari PM. Nampak sangat kecelaruan antara fungsi menteri kerajaan dan sebagai pembangkang. Kalau boleh minta respon dari PM sendiri.

Anonymous said...

confirm pasni kn pecat xde dlm kabinet dh...lebih kpd pro pembangkang makhluk ni

Anonymous said...

cilaka kau pudin..jangan sampai aku santau kau pudin.

Anonymous said...

to all brother2 bloggers kita, tlg kasi guling ini jantan sundal!!
celaka lu saifuddin!! khak tuih!!

Hahn said...

Wah dia ni boleh join parti KITA. Kepala sebijik macam Zaid.

Bahaya orang macam ni. Jenis bakar jambatan lepas menyeberang.

Anonymous said...

Musang berbulu Ayam ni... Pak Najib kena hati-hati, ramai dah orang macam ni dalam kerajaan. Musuh dalam selimut, api dalam sekam...

Anonymous said...

mmg sah penyokong pembangkang. Dah terang lagi bersuluh. Apa nak simpan lagi mamat ni dlm Umno. Pembocor rahsia kerajaan nnt. Sedih la..DS Najib tersalah tgk calon Timb Menteri ni. Sapa la yg syorkan nama mamat ni untuk jawatan tu.

vulcan933 said...

dinasihatkan kepada beliau supaya lumpat PKR untuk meneruskan perjuangannya bersama yg tersayang, anwar ibrahim

Anonymous said...

Orang macam ni balun depan belakang...

eN. tEddY said...

saifuddin is cool...
u guys are not kewl...

Anonymous said...

dekan yg jd moderator tue pun sama jer penyokong kuat pas...

usin said...

timb. menteri pengajian tinggi konon. otak singkat. kalau awk berckp bg pihak kerajaan, jiwa & roh harus selari dgn kerajaan. knp ayat2 bongok yg keluar dari mulut mu yg lancang itu. kalau jiwa & hati tidak selari dgn dasar kerajaan, awak harus keluar parti supaya pandanganmu adalah bebas. aku kata awk bodoh sbb dh ramai yg x sokong pembangkang, awk pulak terhegeh2 baking pembangkang. quitlah saifudin!!!!

Anonymous said...

seperti kenyataan zaid jek ketika menjawat menteri kerajaan BN, rupanya trojan horse mat jubo

Anonymous said...

book jinga vs book biru bukan boleh menyemarakkan demokrasi di universiti
tapi boleh bawa bala ke universiti...

darh muda .. banyak bincaNA

kalau nk tengok rusuhan pelajar pro kerajaan vs pro pembakang boleh laa saifudin oiiiiii


otak udang betul....

SDARA said...

tak paham aku ape yang dia pikir. kalo dia tak suke kat kerajaan BN ni dia bagi la idea nak majukan sebab dia pun org kerajaan. ini kalo ko stakat modal air liur je tapi takde idea baik ko join PAS, parti sumpah-seranah.. saipuddin ni hanya orang teori, bukan orang praktikal. dia ikut buku boleh la tapi reliti dia boleh buat ke sume ape yang dia cakap?