Friday, November 2, 2012

ARTIKEL TERBAIK DATO ZAINI HASAN UTUSAN !



AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu yang tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya -- maka dibinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat, di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. Masjid biru yang diberi nama almarhum dibina dengan dikelilingi tasik indah. Bangunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirikan di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum baginda kemudian mangkat dengan amannya (Al-Fatihah).

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi betapa majunya bandar raya Shah Alam -- satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu - yang dibangunkan PKNS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor dan juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata Lembah Kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti itu cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pemimpin UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti itu.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin terdahulu amat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu atau ketompokan kawasan pilihan raya orang-orang Melayu. Ia bagi memastikan survival politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara de facto oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu, tetapi kuasanya dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC (Pusat Konvensyen Shah Alam, yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam beberapa entiti lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

***
BARU-BARU ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular dipanggil sebagai OO, untuk menghadapnya.
Baginda yang amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku al-Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!
Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas bahawa akhbar-akhbar itu hanya menyebar fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya kompleks itu akan dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan murka mendengar kisah ini.
Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK, kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? Siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu sudah tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. Benarkan ia akan dijual kepada Private Real Estate Company (PREC).

***
AL-KISAHNYA pihak-pihak yang mahu membeli aset-aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama. Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti ‘puak-puak itu’.
Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk urusan transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangat dan roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB Selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

***

SATU sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan lebih dahsyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tapi kesemuanya.
Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung, tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.
Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.
Persoalannya: Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihan raya sudah dekat. Wang kena pakai banyak.
Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.
Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun.
Pacal yang hina ini mohon berundur diri.

53 comments:

Anonymous said...

apa lagi kita kasi perang ler semua puak puak PR laknat tu..jangan bagi sekor pun hidup..

Otak geliga said...

maka...bertempik sorak "GEMBIRA"lah warga Selangor yg dahulunya "BIJAK" memilih perompak sebagai pemimpin

maka....berTAKBIRlah umat Melayu Islam di atas kemenangan MENJUAL HARTA sendiri pada biaDAPigs

utk kesekian kalinya aku mengucapkan TAHNIAH di atas keBIJAKsanaan warga Selangor terutamanya MELAYU ISLAM yg memilih PERAMPOK sebagai ketuanya....sekalung tahniah diucapkan diatas kejayaan membakar rumah sbb marahkan nyamuk2 yg ada.....semoga berbahagia...PEACE!!....hehehehe

Anonymous said...

PKR. =. PEMUSNAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Anonymous said...

PARTI KAKI ROMPAK LA..........

Anonymous said...

Rakyat selangor di"liwat" tanpa sedar....

Konon nak bangga duit banyak masa pemerintahan...kalau dah lelong semua harta memang la duit banyak....PR ni memang dasar penyamun tarbus......Urus negeri macam urus syarikat....tak mau jaga pi kasi jual....

Anonymous said...

Mungkinkah ada yg nampak rumah atas bukit yg ada bendera juga mungkin akan dijual kepada ... ?

Anonymous said...

Dan kpd rakyat di negeri2 len kat Malaysia kalo nak harta hak milik rakyat negeri korng menerima nasib yg sama spt kat Selangor UNDILA PAKATAN HARAMjadah itu....

Utk pengetahuan korg bkn takat harta jer...APA@ SAJA yg brkaitan dgn org Melayu kini di sekat xpon sgl urusan di perSUSAHkn..tapi kalo nak rompak hak org Melayu kalo xbole cara yg sah, mrk akan guna pelbagai cara waima cara BAWAH KANGKANG pon bole...sbb tuh ada tanah milik Yayasan Selangor boleh senang2 di pindah milik Cina....

PR = Perompak rakyat = terdiri dari maharaja lanun, iblis , syaitan dan dajjal2 kecil....

Tu la ..terlajak keter bole undur
terlajak UNDI negeri mundur

muahahahhahahahah

padan muke org Selangor
termasok aq.....
hu hu hu hu hu

Anonymous said...

Hoi Jangan jadi melayu yang terbangang dalam umgok udah lah orang ada mata wahai permakan bangai bloger umgok ho

Otak geliga said...

Anon 11.37am

mata letak celah kangkang buat apa....hehehe

org butapun boleh celik balik tgk cara Pakatan Hantu Haram merompak harta ORG MELAYU ISLAM di Selangor

Anonymous said...

Sekiranya benar bagai dilapurkan dalam artikel itu, maka yang sewajarnya ke hadapan untuk berjuang mempertahankan kepentingan orang Melayu dgn lantang dan berani adalah UMNO, bukannya sultan.Niat dan tindakan sultan nampaknya baik dan akan menguntungkan orang Melayu tapi kita harus ingat institusi Raja tak wajar diheret sewenang-wenangnya ke dalam isu seperti ini. Tanggungjawab utama adalah di atas bahu kepimpinan UMNO S'gor. Jalankanlah tanggungjawab itu sepenuhnya dan dengan seikhlas-ikhlasnya. Mestinya ada sumber dan kekuatan dan hujah intelek untuk menerangkan kpd rakyat jelata kenapa tindakan PKNS, seperti yang didakwa, akan merugikan orang Melayu. Gunakanlah.

hangkedee said...

PAS+ PKR+ Dapig = PAP singapork penjajahan secara halus.Takebeer!Hanya yang bahlol tak kenal Dapig

Anonymous said...

Anon 11:37 AM

Setau aq yg sgp makan bangkai ialah puak korg...sgp brtakbir bila al kafirun mnghina n mncerca serta mmfitnah sodara seagama kamu...malah sblh pihak kamula yg deras mncipta pelbagai fitnah utk mnjatohkn maruah kepimpinan BN/UMNO ..

PR = pembohong rakyat
PR = perompak rakyat
PR = perogol hak rakyat

Ayat pemimpin dlm PR yg xleh blah.....SGP MAKAN BABI DGN LGE DR MAKAN AYAM DGN NAJIB....

muahahhahahahahahahah

Anonymous said...

Kasi MAMPOS Khalid Ibrahim.MB bastard

tobeng said...

Umno Selangor buat apa?Bikin kecohlah biar semua orang tahu.Masuk tv,buat demo depan pejabat pkns,pertahankan hakmilik Melayu.Takkan itu pun nak kena ajar.Ke sibuk main telor,berkira2 siapa nak jadi calon pru?

Anonymous said...

Pkr tak ada maruah langsong.....menjual maruah bangsa rupenya.....ini semua berlaku atas kebodohan orang melayu juga.....kalau melayu sayang kan bangsanya pru 13 unda bn semula....

Otak geliga said...

Tobeng

Mak cik aku ckp UMNO sibuk main TIKAM-TIKAM...almaklumlah PRU13 dah dekat...katanya makin rancak, siap berpencak lagi

haaaa....tikam...tikam...kita tgk siapa yg kena....mcm pernah ku dgr ayat ini dlm satu filem...hehehe

Anonymous said...

memang semua komen pro umnobn ni jelas menunjukkan bengong dan bodohnya sampai kemampus,,tak tau nak kata apa dah dengan kejahilan pecacai umnobn niii,,,

Anonymous said...

Cara lu cakap macam nyah!! Lu milo suam ek? Nyah back up peliwat pasal sama rasa sama citarasa

Anonymous said...

Ibaratnya datuk kau kumpul harta, kau kasi perabis.

Anonymous said...

Sebar-sebarkan...

berikut adalah aturcara bagi majlis pelancaran BERSIH 3.1 di seremban pada 3 november 2012, perhimpunan ini tidak mendapat permit dari polis dan majlis bandaraya seremban kerana umum
tahu mereka adalah agen Barisan Nasional, anak muda 1malaysia di jemput hadir bagi tujuan
menyelamatkan negara dari tangan pemerintah yang ganas dan rasuah.

ATURCARA PETANG 3 NOVEMBER 2012 BERSIH RAKYAT BANGKIT.
3.00 ptg - Konvoi motorsikal berkumpul di perkarangan Stadium Paroi
3.30 ptg - Konvoi bergerak menuju ke tapak Himpunan
4.15 ptg - Konvoi tiba di tapak Himpunan,Sambutan Gendang India,Kompang & Tarian Singa
4.30 ptg - Karnival Rakyat Bermula

1. Pidato Rakyat
2. Bakat Seni @ Konsert Rakyat
3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
6.30 ptg - Tamat program petang

ATURCARA MALAM
8.00 mlm - Pameran Kerajaan Pakatan sehingga pukul 12.00 mlm
8.30 mlm - Aluan Pengerusi Majlis, YB P. Gunasekaran
8.35 mlm - Ucapan YB Mohd Taufik Abdul Ghani
8.45 mlm - Ucapan YB Loke Siew Fook
8.55 mlm - Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abbas
9.05 mlm - Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman PR N9

9.10 mlm - Ucapan YB Mohd Azmin Ali
9.30 mlm - Ucapan Sdr Mohamad Sabu Pengarah Program
9.50 mlm - Ucapan Wakil Hijau Lynas
9.55 mlm - Ucapan Wakil Kuning Bersih 3.0
10.00 mlm - Ucapan Wakil Merah Royalti
10.05 mlm - Ucapan Wakil Oren Felda

10.10 mlm - Deklamasi Sajak: A. Samad Said
10.15 mlm - Ucapan YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
10.45 mlm - Ucapan YB Lim Kit Siang
11.15 mlm - Gimik Muzikal ‘Ubahlah Sekarang’
11.20 mlm - Ucapan YB Dato Seri Anwar Ibrahim Al-Juburi
12.00 mlm - Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

semua di jemput hadir memeriahkan suasana tembakan water cannon fru, libasan cota fru
rusuhan polis di raja malaysia, tembakan gas pemedih mata kerajaan Barisan Nasional.

Anonymous said...

BERSHIT 3.10 turut menjemput kumpulan Carburator Dung bagi menyanykan lagu Bontot.

Anonymous said...

oooiittt .. ada acara tambahan lagi la majlis BERSIH 3.1 di seremban pada 3 november 2012

- pertandingan makan 'aiskrim dlm jamban'
- pertandingan makan 'BABI' dgn LGE
- acara suaikenal sambil pakai 'tuala' sahaja.........

jom ramai2 join....

muahahahhahahhah

Anonymous said...

Anon 11.37 am,brape cina dap bayar mu?????jgn jadi anjing bunuh bangsa sdri dah le....

Anonymous said...

Anon 2.53pm,kerana hasad dengki dan dendam kesumat kamu sanggup gadaikan bangsa sdri.....

Anonymous said...

Acara perasmian islam liberal xde ke?????mesti
Pok nik n hj adi suke.Acara lgbt dgn ambiga xde ker????

Anonymous said...

NENEK AKU CAKAP DIA DENGAR KAPAL DAN MAT SABU KATA NUAR PELIWAT DI PARLIMEN.....TOLONG SAMPAIKAN PD MCK KAU TU.......BAKAL PM BRO.......HUHUHU

Anonymous said...

tahniah kepada rakyat selangor yg menyokong PR!!!!!
selamat datang ke selangor....he..he..he..

Anonymous said...

Kita seharusnya rasa bersyukur kerana semakin hari hari semakin ramai yang meninggalkan perjuangan sia-sia UMNO atau nama yang lebeh sesuai yang diberikan oleh Tun M iaitu parti setan.UMNO hanya didokong oleh sekutu kuatnya Dato Chua Soi Lek!

Anonymous said...

Memang orang Selangor bijak memilih MB. Harapan negeri-negeri lain pun boleh ucapkan Selamat Jalan pada UMNO=APCO.

Anonymous said...

Anonymous said...
NENEK AKU CAKAP DIA DENGAR KAPAL DAN MAT SABU KATA NUAR PELIWAT DI PARLIMEN.....TOLONG SAMPAIKAN PD MCK KAU TU.......BAKAL PM BRO.......HUHUHU

November 2, 2012 4:36 PM
;;;;;;;;;;;;;;;;
memamg ye le tu
Bercakap soal saman menyaman dan kredibiliti Anwar ini dalam isu seksual ini, teman rasa orang yang pertama Anwar patut saman ialah Karpal Singh. Ini kerana Karpal lah orang yang mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar. Jangan lupa pada 22 Oktober 1997, Karpal lah yang mendedahkan Anwar sebagai peliwat didalam Parlimen. Dan Karpal lah yang mendesak Kerajaan supaya membuuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Karpal pada masa itu adalah peguam yang telah berjumpa dengan mangsa liwat Anwar iaitu pemandunya sendiri Azizan Abu Bakar dan juga Umi Hafilda Ali. Bukan sahaja dalam Parlimen, malah Karpal mengulangi dakwaan dia punya bukti Anwar peliwat didalam ceramah. Kata YB Wee Choo Keong, beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh mendakwa Anwar peliwat di Federal Hotel.

Malahan kata YB Wee Choo Keong, disebabkan pendedahan Karpal itu lah PAS mengadakan ceramah di Taman Melewar. Beliau yang hadir diatas pentas dalam ceramah itu mendengar sendiri bagaimana pemimpin PAS mengisytihar dan melabel Anwar dengan gelaran Al-Juburi (tapi hari ni mereka pulak yang mengangkat Al-Juburi ni sebagai pemimpin agong mereka).

Anonymous said...

Anonymous said...
Memang orang Selangor bijak memilih MB. Harapan negeri-negeri lain pun boleh ucapkan Selamat Jalan pada UMNO=APCO.

November 2, 2012 7:11 PM

----------------------------------

Eh, sejak bila orang Selangor pilih Khalid Gagap jadi MB??? Sebelum PRU-12 dah ade exco bayangan PR kat Selangor tu ke???? PRU-13 siapa pulak jadi MB Selangor kalau PR menang lagi??? Ade bayang-bayang???

Anonymous said...

Selangor bijak pilih MB, Kelantan tak reti pilih MB, Kedah terlalu bodoh dapat MB.... tak tau... tak tau....

Kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Kalau KM Penang pun bijak juga.... BIJAK MENIPU...

Kah kah kah kah kah kah

Anonymous said...

Kepandaian MB Selangor yang MB PR lain tak boleh buat

Penganalisis politik tempatan,Prof Dato Zainal Abidin Borhan berpendapat bahawa kerajaan Selangor gagal dalam menjalankan amanah rakyat dalam mengurus tadbir negeri berikutan laporan audit yang melaporkan kerugian yang dialami oleh beberapa institusi di bawah seliaan kerajaan negeri.Beliau mengambil contoh Universiti Selangor (UNISEL) yang dilaporkan mengalami kerugian akibat kemerosotan pelajar sehingga mengalami krisis kewangan yang meruncing.

“Kerugian yang ditanggung oleh UNISEL itu jelas membuktikan bahawa pendidikan percuma seperti mana yang dicadangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini tidak boleh dilaksanakan.Ini kerana,soal pendidikan memerlukan dana yang besar untuk menampung kos-kos pembelajaran,bukan hanya melibatkan kos pelajar sahaja,tetapi keseluruhan kos pembelajaran seperti gaji kakitangan,penyelenggaraan dan sebagainya.Baru-baru ini,penjelasan menteri Pengajian Tinggi juga membuktikan bahawa negara Turki seperti yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang memberikan pendidikan percuma kepada pelajar pengajian tinggi itu tidak benar. Turki hanya memberikan pendidikan percuma di peringkat menengah tetapi tidak kepada pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi,” ujarnya.

Menurutnya lagi,kerajaan Selangor perlu menukar cara dan corak pentadbiran mereka dalam mengurus UNISEL bagi memastikan institusi pengajian tersebut tidak terus mengalami kerugian. “UNISEL merupakan sebuah entiti perniagaan, jadi kelangsungan universiti tersebut bergantung kepada hasil berdasarkan berapa ramai pelajar yang menuntut di situ. Bagi saya, sekiranya kerajaan Selangor tidak dapat mengatasi atau memperbaiki masalah pengurusan di situ,adalah lebih baik UNISEL itu ditutup saja,” tegas beliau.- GPRS

Tukang Komen said...

JUALAN MURAH CLEARANCE SALE ANJURAN MB KHALID BERAHIM BERSAMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR.

CINA DAP SILA HADIR BERAMAI2.

HARTA PUSAKA MAK BAPAK KHALID BERAHIM UNTUK JUALAN...

1. Harta PKNS.
2. Anak syarikat kerajaan negeri.
3. Bangunan Kerajaan negeri
Selangor.
4. Semua kawasan lapang milik
kerajaan negeri.
5. Rumah rasmi MB (negotiable).
6. Lain2 benda termasuk pagar besi
dan sebagainya. Majukan semua
cadangan...

Anonymous said...


copy paste

Utusan..???....jgn terpedaya.. lidah rasmi UMNO itu boleh mengadakan fakta yg tak wujud menjadi betul...ditambah dgn kenyataan 'ulama' UMNO dan 'pemimpin'...yg dihalalkan utk menipu.. maka sebelum individu itu didakwa.. Utusan telah menjatuhkan hukuman... jgn seseakali percaya... kerana Utusan itu sest dan menyesatkan..

Anonymous said...



Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa.

Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya.

"Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu.

"Sebab itu, setiap laporan yang dikeluarkan mesti dibaca keseluruhannya kerana ada terdapat pandangan dan pendapat daripada jabatan atau agensi yang diaudit, diakui memang ada terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.


Anonymous said...


Selain itu, Ambrin berkata orang ramai yang ingin mengetahui laporan berhubung sesuatu agensi atau jabatan yang diaudit boleh membaca terus di lamanweb jabatan tersebut, dan laporan berkenaan boleh dianggap sebagai saluran maklumat untuk kegunaan mereka.

"Menerusi perolehan maklumat itu, orang ramai boleh berperanan dalam usaha mengekang pemborosan, pembaziran dan penyelewengan (3P) sesebuah jabatan atau agensi, seterusnya ia juga boleh digunakan sebagai usaha untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan ekonomi," katanya.

















Anonymous said...

Kalau Utusan lidah rasmi UMNO, Haramkah Haramjadah tu akhbar sapa? Haramkah adalah kitab ajaran sesat si celaka anak haram PAS bodoh bangang babi. Akhbar yg cari makan dgn iklan ubat kuat supaya anak muda pas melancap bila balik dari dengar ceramah abby.

Anonymous said...

Harakah - pekeliling ajaran sesat PAS
Suara Keadilan - general order si kote bengkok
Roket - doktrin komunis

Anonymous said...



Allahu Akbar..

Bravo Hadi... bertemu buku & ruas di Pekan .... Najib sdikit kecutttttttt...... dah la DEBAT berdepan Anwar, dia pun kecuuuttttttttt.. kantoi!


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.



Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.



“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.







insya allah kita akan berkampong di Pekan dlm pru13 ni bersama TGHH , ulamak kena lawan ketua parti setan yg dikenali nih!









Anonymous said...

paper cina, india bela melayu ke ?

Melayu Perak said...

mamat 10.51 pm....

sila baca nih....takat TGHH tuh najib ratah macam ayam goreng....

cuba bagi anwar aljuburi pasti terketak sambil terkencing....

Prestasi Najib di lubuknya
Dalam PRU-11 pada 2004, buat pertama kalinya Najib turun bertanding di lubuknya, Parlimen Pekan dengan bersandarkan kekuatan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang baru disandangnya ketika itu.
Majoriti kemenangan Najib ketika itu telah melonjak dari 241 undi pada PRU-10, tahun 1999 kepada 22,922 pada PRU-11 tersebut.
Peningkatan mendadak majoriti yang diterimanya itu bukan sahaja disebabkan pengaruh jawatan TPM yang disandangnya, ia turut dibantu faktor bertambahnya jumlah pengundi secara mendadak di parlimen Pekan.
Dalam PRU-11 itu, jumlah keluar mengundi adalah sebanyak 41,102 pengundi berbanding PRU-10 empat tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan 27,539 pengundi.
Manakala dalam PRU-12 pada 2008, Najib sekali lagi berjaya mempertahankan penguasaan di lubuknya itu apabila berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding 2004.
Selain faktor jawatan TPM yang masih disandang Najib ketika PRU-12, percaturan pembangkang juga dianggap kurang bijak apabila meletakkan parti yang salah dan calon juga yang salah menentang Najib dalam PRU-12 itu.
Kesan silap percaturan itu dapat dilihat ketika rata-rata calon BN lain mengalami tsunami politik yang membawa kemerosotan undian, sebaliknya undi Najib di Pekan telah meningkat dengan jumlah lebih besar.
Pada PRU-12 lalu, PKR yang bertama kali bertanding di Pekan telah menurunkan calon yang dikatakan ‘setengah masak’, Khairul Anuar
Ahmad Zainudin dan tewas dengan majoriti lebih besar, 26,464 undi.
Berbanding ketika BN menang dalam PRU-11 Najib telah menewaskan calon pembangkang dari PAS, Zakaria Dahlan dengan majoriti 22,922 undi.
Ketika itu, PKR yang ketandusan calon berwibawa dan disertakan keyakinan menebal akan tewas mudah di Pekan telah turun bertanding di Pekan hanya bagi melengkapkan jadual perlawanan dengan menjadikan calon setengah masak mereka sebagai ayam sabungan.
Sekiranya barisan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat memutuskan sekali lagi meletakkan ayam sabungan yang hampir sama kedudukannya dari PKR itu, jelas ia merupakan tindakan berasaskan perasaan penakut berhadapan risiko kekalahan calon ‘heavy weight’ mereka.

Najib akan diturunkan bagi mempertahankan Parlimen Pekan, cuma yang berbeza, kali ini beliau akan turun dalam pakej sebagai PM Malaysia.


Anonymous said...

Pas ni, cakap jee lebih, smpai masa batang hidung pun tak nmpak. Mcm Harun Din dululah, kata nak lwn Dr. M, smpai sudah tak dtg, Dr. M tunggu smpai masa pncalonan tutup, itu mcm lah anak jntan, kalah mng soal kedua, tapi tak lari punya.

Dlm sejarah aku dlm pas, aku yakin dan percaya, hj Hadi tak akan tinggalkan Parlimen Marang, spt Anwar yg tak akan tinggalkan P/Pauh, pondan yg galak bercakap tapi tak tau tau apa yg dia cakap. Kalau hj hadi kata dia ikut keputusan parti, siapa yg paling berkuasa dlm parti dia? Dia sbg Presiden atau nik aziz sbg musangdol pas?

dengar sini aku nak ajar hj hadi cara bercakap, kata mcm ini. "untuk PR 13 ini saya sbg Presiden PAS akan bertanding di Parlimen Pekan bagi mencabar Presiden UMNO", barulah sesuai dgn slogan "Pas Ganti Umno" dan barulah menampakkan hj hadi ada telur 2 biji dan pengikutnya ada nampak sedikit cerdik.

Anonymous said...

satu pertanyaan kpd pengikut matsabu, "mengapa mat sabu tak bertanding di tempat dia sendiri?" takut kalah teruk, asyik brtanding kat luar jee?

Anonymous said...

kpd pengikut pas/pkr bodoh, bila lagi nak repot SPRM pasal cincin rosmah USD 21 juta tuhhhh.

Sbg info kpd pengikut pas/pkr yg bodoh, cincin rosmah tu sebesar kepala mat sabu dan setiap permatanya sebesar kepala kote anwar.

Anonymous said...



Majoriti kemenangan Najib ketika itu telah melonjak dari 241 undi pada PRU-10, tahun 1999 kepada 22,922 pada PRU-11 tersebut.


...................

MACAMANA CARA MELONJAK SECARA TIBA2 NIH melayu perak weahhhhhhhh?


indon?
myammar?
bangla?
vietnan?
undi pos?
undi hantu?
altantuya
zianazin?
rosmahcincin?
dll...................


najib kantoi dah

black out electricity

Anonymous said...

PRU-10 ---> UMNO hampir nak kalah sebab mata lebam Al-Juburi

PRU-11 ---> Barisan Alternatif dah tinggal BATU NISAN

PRU-12 ---> Pak Dollah masih dalam mood honey moon

PRU-13 ----> BATU NISAN BESAR untuk Pakatan Rakyat

Anonymous said...

Habis dah melayu selangor pilih PR dulu. Rasakan lah akibatnye skrg. Mintaklah tlg dgn org yg dipilih.

Anonymous said...

Lu mayak hati busuk. ...lu hidup penuh dengan subsidi umno..sebab tu lah orang melayu memang tak boleh bagi muka..kalau kaya sikit lupa jasa orang yang membantu. .lu punya mak ayah tak ajar cara bersyukur ke. .minta maaf gua melibatkan mak ayah lu tapi apa yang jadi dekat lu adalah didikan mak ayah lu...wa kasi warning sama lu melayu lupa daratan ini malaysia melayu punya. .hanya melayu berhak segalanya...lu jangan putar belit cerita gua dengan isu agama pula..ok lu rembat melayu wa rembat lu..

Anonymous said...

Ye biar aku digelar pencacai umno tapi bukan pencacai dap..bangsat lu...

Anonymous said...

Masa mula-mula PR menang di Selangor, saya sudah tahu perkara ini akan berlaku. Bangsa DAP hanya punya dua cita-cita, menguasai ekonomi negara dan menguasai sebanyak mana hartanah. Memang habisla, Selangor bakal jadi the next Pulau Pinang. Siapa Melayu yang bersekongkol dengan DAP, memang pengkhianat terbesar. DAP = tanah = kuasai ekonomi. Itu kita kena ingat dan faham. Sayang seribu kali sayang Selangorku.

Anonymous said...

1. Penulis artikel ni saya cadangkan belajar lah dulu ttg corporate restructuring & strategy..lepas tu baru bagi pendapat...kalu tak org mcm saya ni baca sambil tersenyum je la...

2. jgn terlampau dibuai dgn sentimen..utk memajukan bangsa kita harus berani berubah & in shrt-term mmg ada mangsa..hilang kerja & perniagaan...tp bagi saya itu ok kalu in long-term ia mengajar melayu jd lebih kompetitif..