Wednesday, March 27, 2013

FOTO PAKCIK DI JOHOR NYAMPAH DENGAN KIT SIANG ! JASON TEOH BERDEPAN DENGAN CABARAN LIMPAHAN WANG LIM KANG HO..



Penasihat DAP, Lim Kit Siang sudah disahkan akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor sekaligus memadamkan hasrat Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang sebelum ini berangan-angan untuk menjadi calon PKR di kawasan tersebut.

Kejayaan DAP mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim supaya memberi laluan kepada Kit Siang bertanding di Gelang Patah agak mengecewakan ramai penyokong PKR sementelah lagi sudah berbulan-bulan Pengerusi PKR Johor itu melakukan gerak kerja kempennya di sana.

Baru-baru ini sumber yang rapat dengan Jui Meng memberitahu akhbar Nanyang Siang Pau yang bekas pemimpin MCA itu berura-ura untuk meletakkan semua jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes berikutan tindakan Anwar yang dianggap sebagai satu pengkhianatan. 

Sama ada ura-ura itu menjadi kenyataan atau tidak, yang pastinya Gelang Patah tidak menjanjikan laluan mudah untuk Kit Siang yang dijangkakan akan berdepan dengan protes secara besar-besaran dari penyokong PKR.

Kit Siang yang sudah acap kali berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain untuk melebarkan pengaruh DAP tidak hanya akan menghadapi protes penyokong PKR pro Jui Meng tetapi juga bakal berdepan dengan masalah penerimaan pengundi selain cabaran sengit dari BN.

Majoriti pengundi keturunan Cina di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO sejak berdekad lamanya terbukti mempunyai sikap unik dan penerimaan mereka juga jauh berbeza dari pengundi Cina di negeri lain. Cabaran ini tentunya sukar di mengertikan oleh Kit Siang.

Apatah lagi Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh yang hampir pasti mewakili BN bukannya kecil anak untuk diperlekehkan oleh Kit Siang. 

Gambaran awal kegusaran DAP dengan keterampilan Teoh dapat dilihat dari serangan awal jentera propaganda DAP yang mula melakukan sabotaj terhadap pemimpin MCA itu melalui sebuah fan page tiruan.
JASON TEOH AKAN BERDEPAN DENGAN CABARAN LIMPAHAN WANG LIM KANG HO

Teoh yang sudah sekian lama dikenali kerana rekod khidmatnya yang cemerlang dan rapat dengan ramai pengundi di sini, sudah tentu merupakan sandaran kukuh untuk BN mengekalkan penguasaan di Gelang Patah. 

Tindakan Kit Siang beralih kawasan sempena PRU 13 dengan bertanding di Gelang Patah sebenarnya boleh diibaratkan seperti menggali kuburnya sendiri. Kekuatan DAP di kawasan Parlimen itu ditambah dengan pengaruh peribadinya sukar untuk meruntuhkan kubu BN di sana.

Malah kekuatan DAP yang kian suram di kawasan ini khususnya di DUN N48 Skudai yang dimenanginya dengan majoriti besar 12,854 undi pada PRU 12 tahun 2008 dulu, meletakkan DAP bukan dalam keadaan selesa untuk merampas Parlimen Gelang Patah dari BN.

Berdasarkan trend terkini menunjukkan pengaruh DAP di DUN Skudai sudah semakin suram dan ada kemungkinan parti itu bakal kehilangan kerusi tersebut. Paling tidak pun DAP cuma berupaya mempertahankannya dengan majoriti kurang dari 2,000 undi, mana-mana satu yang berlaku ia tetap berita buruk untuk DAP.

Sementara satu lagi DUN dalam Parlimen gelang patah iaitu N49 Nusajaya yang dimenangi BN melalui calon UMNO dengan majoriti 7,384 undi pada PRU yang lepas, hampir pasti akan kekal di tangan BN dengan undi majoriti yang lebih tinggi. 

Berdasarkan senario ini, sudah pasti PRU 13 bakal menjadi igauan buruk untuk DAP dan nyawa politik Kit Siang akan tamat di Gelang Patah dek kerana terbunuh di tangan Teoh.

Rakyat Johor tidak sabar menantikan saat itu bagi memberi pengajaran supaya politikus kaki panjang seperti Kit Siang yang gemar berpindah randah sana sini untuk kepentingan kerjaya politik sendiri tidak terus dijadikan ikutan

17 comments:

Anonymous said...

JOHOR AKAN SEKALI LAGI MENYAKSIKAN KEMENANGAN BN DISEMUA KAWASAN DUN DAN PARLIMEN...

ALASAN ?

TSUNAMI 2008 YG.MENYAKSIKAN UNDI PROTES MELAYU AKIBAT KELEMAHAN DOLLAH DAN UNDI ROSAK YG.BANYAK SERTA UNDI KAUM INDIA 80% YG.TERTIPU DENGAN JANJI ANWAR PETUALANG KINI KEMBALI KEPADA BN.

KITTY SIANG! YOU DIG YOUR OWN GRAVE..MORE WORST, YOUR GRAVE LOCATED AT WRONG SOIL. JOHOR IS THE BN FORTRESS..ALONG WE WILL SEE TO COLLAPSED OF NICKKY AJIS IN KELANTAN..

MALAYSIAN LOOKING FORWARD TO SEE THE BN TSUNAMI LAND SLIDE WINNING AGAINS FUCKATOON...

INSYA ALLAH...

gen2felda

Unknown said...

Mesti ingat. Logo negeri Johor Ada tertera, Kepada ALLAH berserah. Jantan main2.

Anonymous said...

Cina tetap sokong DAP

Anonymous said...

Salam..saya orang johor dan saya masih percaya memang cina johor unik sedikit..cina johor akan terus undi BN..tak percaya tunggu keputusan pilihanraya tak lama lagi..kit siang akan gigit lancau dia sendiri..tak pun dia akan suruh nuar tolong gigitkan...awww..tak rela u

Anonymous said...

Ya Allah ya tuhan kami..lindungilah kami rakyat johor dan seluruh malaysia dari fitnah dajjal ya Allah. Lindungilah kami dari pemimpin yang zalim. Tidak rela kami mempunyai pemimpin yang hina seperti ini ya Allah. Kepadamu kami berserah. Bantulah kami ya Allah. Amin yarabbal alamin.

Anonymous said...

Tolong bagi bukti penglibatan lim kang ho secara terperinci. Kerjasama dihargai dari umno gelang patah. Tq

celana biru said...

Hei keonasing?
Lu tak tau kah orang Johor tak suka lu anak beranak?
Lu kepala hantu, sombong, kiasu,tokong.
Lu sana sini jalan-jalan tadak kerja. Lu punya tempat sana apa lu bikin?
Hancai...takda satu pun?

Anonymous said...

pm najib jangan lupa sediakan mb johor yg baru,ghani lantik jd duta atau senator,slow & kurang cergas lawan pakatan taik anwar kunyit

Anonymous said...

ingat jgn lupa, diselatan tu siapa. org2 johor wajib mempertahan bumi johor dari jatuh ketangan dap anak pap. jgn jdkan johor sikembar diselatan tu. merana nanti,

celana biru said...

Soalnya orang Johor tak kenal siapa tionasing ni. Tiba-tiba muncul muka...tak malu tersengeh-sengeh macam orang Johor suka dia pulak.
Ini semua gara-gara anwar ibrahim. Dah puas melantak sana melantak sini nak cuba nasib pulak di sini.
Negeri Johor aman tanpa dap.
Chow lah!

celana biru said...

Soalnya orang Johor tak kenal siapa tionasing ni. Tiba-tiba muncul muka...tak malu tersengeh-sengeh macam orang Johor suka dia pulak.
Ini semua gara-gara anwar ibrahim. Dah puas melantak sana melantak sini nak cuba nasib pulak di sini.
Negeri Johor aman tanpa dap.
Chow lah!

Anonymous said...

Tau x pa

Anonymous said...

KITSIANG lu memang mahu kena siang hidup2 kat Johor..lu mau ingat ar ini JOHOR bkn Melaka,Penang atau Perak.lu ingat ar ini JOHOR!!!

Anonymous said...

Makin dekat nak mati lagi makin mau dekat dengan Singapura. Ayuh pengundi di Gelang Patah jangan bagi dia bersuara lagi di Parlimen. Biar ada ketua pembangkang yang baru dengan tewasnya Kit Siang dan Anwar.

Anonymous said...

PAK CIK TU CKP DLM HATI : 'KALAU MALAYSIA NI TAKDE UNDANG2,LAMA DH AKU BUNUH CINA KOMUNIS NI DGN PISAU POTONG AYAM AKU'

Anonymous said...

Maaf kengkawan. Jangan ambil mudah kenapa LKS ke kawasan ini. Rakyat Malaysia yg bekerja di Singapura lebih kurang 500,000 orang dan majoritinya 80% adalah cina dari luar Johor i.e. NS, Selangor dan Perak yg paling ramai. Majoritinya sudah bermastautin di Johor terutamanya Gelang Patah, sekitar Nusajaya iaitu Pusat pentadbiran baru negeri Johor. Golongan ini tidak akan balik ke kampung masing masing kerana sudah membeli rumah dan hartanah juga kereta. Dan paling utama sebab sudah bekerja di Singapura yg mana gaji mereka adalah sekitar Singdollar 2k-4k (RM5K - 9K). Tidak mungkin balik ke kampung akan dapat gaji sebanyak ini. Semalam LKS turun ke sini, begitu ramai 'orang kampung menunggu' walau dlm hujan. Tanyalah SPR berapa banyakkah pengundi baru di kawasan ini. Kenaikan sekitar 8,000 ke 12,000 dan memeranjatkan mereka berdaftar bukan melalui BN!! Jangan ambil mudah perkara ini kerana dlm 10 cina yg saya kenali dan jumpa di sini, tidak ada yg menyokong BN lagi dan ada juga melayu yg sudah tidak lagi utk menyokong BN.... saya tahu perkara ini kerana saya bekerja di kawasan ini, dan MCA di sini tidak nampak sebarang aktiviti dilakukan mereka. Meeeka sudah mengaku kalah sejak beberapa tahun lalu

Anonymous said...

Betul bro....baca Malaysia Kini, syarikat2 bas besar Singapura akan membiayai pekerja2 Malaysia balik mengundi.....ayuh anak2 jati Johor......turun padang.....bantu BN menang....mulakan dgn kempen bisik2......"pssssst.....jgn lupa undi BN...." kpd seramai mungkin.....smspun boleh......ayuh......!!!! TAKBIIIIIIRR!!!!!