Benarlah kata orang, bahawa untuk menilai seseorang kita perlu melihat kepada rakan-rakannya. Maka, tidak hairanlah apabila Nur Misuari, Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merujuk kepada Anwar Ibrahim sebagai ‘sahabat lama’ kerana ternyata mereka mempunyai perwatakan yang sama iaitu suka berbohong.
Di awal kejadian pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu, dan ketika rakyat Malaysia masih terpinga-pinga, media Filipina dan agensi berita antarabangsa pantas melaporkan sumber risikan yang menunjuk kepada pembangkang Malaysia, sebagai dalangnya.
Bertitik-tolak dari itu, kita menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim yang telah terasa cili begitu ‘bersungguh-sungguh’ menafikan laporan tersebut sehingga membawa kepada ‘parody’ “You ulang, I saman” yang menjadi popular di laman-laman sosial.
Pendedahan tersebut dikuatkan dengan laporan risikan termasuk gambar yang menunjukkan Anwar telah membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari beberapa kali.
Untuk itu, Anwar menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak wajar dianggap bukti kerana bukan MNLF yang menceroboh Lahad Datu tetapi ‘tentera Sulu’. Tidak lama kemudian, Nur Misuari sendiri membuat kenyataan menawarkan bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia berunding dengan pihak Sulu dan ditolak oleh Malaysia.
Namun, perkembangan seterusnya telah membuktikan bahawa kedua-dua sahabat lama ini telah berbohong apabila ramai di antara pengganas yang ditangkap atau terbunuh telah dikenalpasti sebagai anggota MNLF. Sebenarnya, siapapun mereka tiada bezanya iaitu pengganas kejam yang ingin merampas negeri Sabah.
Dan hari ini kita melihat bagaimana Nur Misuari menyerlahkan warnanya yang sebenar apabila menuduh Malaysia sebagai memperalatkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), menjadi penghalang kepada usaha penyatuan bangsa Moro serta tuntutan kemerdekaan wilayah selatan Filipina. Beliau juga turut menuduh Malaysia sebagai telah menjajah Sabah dan Sarawak.
Beliau seterusnya mencabar Malaysia membuktikan hak ke atas kedua negeri itu melalui dokumen undang-undang.
Justeru, siapakah sebenarnya yang menuntut Sabah? Pihak Sulu atau MNLF? Kenapa Nur Misuari berbohong pada mulanya? Apakah cakap seorang pembohong dan pengganas kejam yang tidak bertamadun perlu dilayan secara diplomasi?
Seharusnya, Nur Misuari bersyukur kerana atas usaha Malaysia akhirnya 15 juta penduduk Islam di selatan Filipina kini mampu merasai keamanan dan mendapat hak ke atas bumi yang mereka pijak dan usahakan selama ini iaitu sejak penjajahan Sepanyol pada kurun ke-17.
Perjanjian Damai tersebut telah memastikan tiada pihak yang teraniaya dan atau dipinggirkan tanpa menafikan terus kuasa kerajaan Filipina.
10 prinsip utama telah digariskan dengan intipati penting iaitu mengiktiraf Bangsamoro serta mewujudkan entiti autonomi politik di Mindanao yang membolehkan Bangsamoro mentadbir sendiri melalui sistem demokrasi dengan menggunapakai Undang-undang Asas Bangsamoro seiring dengan undang-undang negeri.
Jelaslah bahawa Nur Misuari tidak suka kepada keamanan. Maka tidak hairanlah beliau mengkritik perjanjian tersebut dan terus mengasak untuk menimbulkan huru-hara di mana saja peluang yang ada. Dan Sabah adalah peluang yang terbaik baginya.
Perjanjian British North Borneo 22 Januari 1878, menjelaskan dengan terperinci penyerahan oleh Sultan Sulu iaitu Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam Bin Sri Paduka Al Marhom Al Sultan Mohamet Fathlon, wilayah dan jajahan di Borneo daripada Sg. Pandassan di pantai barat sehingga ke pantai timur Sibuko di selatan termasuk negeri-negeri seperti Paitan, Sugut, Bangaya, Labuk, Sandakan, Kina Batangan, Mumiang dan semua jajahan dan negeri di selatannya bersempadan dengan Teluk Farvel sehingga Sungai Sibuko dan juga semua pulau-pulau di tiga marina di sepanjang pantai dengan harga RM5,000 setahun, kini ditambah menjadi RM5,300 .
Pada 22 Januari 1878, Sultan Sulu telah melepaskan kuasanya ke atas wilayah dan jajahan seperti yang tersebut di atas secara rasmi. Pada 22 April 1903, satu lagi dokumen telah ditandatangani bagi menambahkan beberapa lagi wilayah yang telah tidak disebut atau tertinggal di dalam perjanjian terdahulu.
Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963, dengan persetujuan rakyatnya, maka Malaysia meneruskan pembayaran wang ‘pajakan’ terhadap Sultan Sulu sepertimana yang termeterai dalam perjanjian-perjanjian dahulu.
Justeru, bagi Nur Misuari untuk bersuara bagi pihak Sulu dilihat sebagai sikap seorang yang gila kuasa.
Dengan percanggahan kenyataan dari pihak Sulu ditambah dengan kekeliruan mengenai waris sebenar kesultanan tersebut maka, apa yang dituntut atau disuarakan oleh Nur Misuari tidak membawa apa-apa makna kerana beliau bercakap tanpa asas dan tanpa hak yang pasti.
Apatah lagi dengan terbuktinya kewujudan tangan-tangan asing yang menaja keganasan yang dibawa oleh Nur Misuari ke Sabah. Ini menunjukkan bahawa tuntutan yang dibuat adalah tidak ikhlas dan mempunyai tujuan yang jauh lebih besar dari sekadar ingin merampas kembali Sabah.
Malaysia tidak sebodoh itu untuk melihat semua ini sebagai agenda sempit sepasukan pengganas MNLF. Tetapi, kita dapat membaca akan agenda kuasa asing untuk menguasai rantau ini melalui pihak pembangkang sama ada di Filipina mahupun di Malaysia.
Jika benar, demokrasi yang dijulang maka, pihak yang menaja Nur Misuari pastinya bukanlah pihak yang layak bercakap tentang demokrasi.
Dan pihak mana lagi yang mempunyai begitu banyak dana untuk dilabur dan dilebur begitu saja demi cita-cita untuk menakluk dunia, jika bukan pihak yang mempunyai kaitan dengan kuasa besar dunia?
Oleh itu, kesimpulan yang kita dapati dari episod Lahad Datu ini ialah Nur Misuari adalah alat Amerika, seperti juga sahabatnya, Anwar Ibrahim.
8 comments:
Hebat sungguh Anwar, Sabah pun sanggup dia jual demi nak jatuhkan DS Najib.
Aku rasa Nur Miuari ni nanti dihukum oleh pengikutnya sendiri. Rasanya ada musibah besar yang akan menimpa Misuari dan Kiram ni. Sebab pengganas yang masih hidup tertipu dan mungkin balas dendam ke atas dua ekoq tapir bengap ni. Yang kawan sorang lagi tu, dia akan mampus beragan sambil berangan nak dok kat atas.
KUATKAN SEMANGAT UNTUK BACA ARTIKEL INI
Artikel ni admin alih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...
2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013
Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.
beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.
Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.
mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam
" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”
" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.
" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran.
Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan.
Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri
Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.
TAK MUAT KOMEN NI..HABISKAN TEXT UTK DIBACA DI
http://kerisputera.blogspot.com/2013/03/kuatkan-semangat-untuk-baca-artikel-ini.html
Kredit to FB The Black Daggers
Posted by KERIS PUTERA at 3:31 PM
Mmg inilah kerja Anwar bro sb dia ngan Nur Misuari mmg kawan baik terutama time dia dlm ABIM dn juga time dia masuk UMNO. Apa2pun, sekarang ni MNLF dh ilang taring tak mcm MILF. MILF perlu berhati2 sb ada kemungkinan MNLF akan mula bkuasa kr tuntutan Sabah adalah tuntutan yg blh membakar semangat kebangsaan yg kuat. Anwar mmg pandai main politik licik dn jahat. Dengan membawa faktor tuntutan Sabah maka ia mengucar kacir banyak perkara yg akan mberi kelebihan pd PR. Tetapi peebuatan ini akan mberi kesan yg amat berat dn dahsyat kepada nyawa, kedaulatan negara, keamanan serantau dn juga perpecahan umah. Filipina tidak akan melepaskan Sabah. Ini adalah kr Sabah dilihat sebagai alat lagaan antara Malaysia dgn org2 selatan Filipina dn juga sebagai alat untuk meraih undi.
Di semenanjung Anwar telah bjaya porak peranda negara kita apabila Melayu lwn Melayu, Islam lwn Islam, Cina dn India benci Melayu sb kaki tangan kerajaan yg lembab dn rasuah. Mereka telah hilang kepercayaan pd Melayu. Lagipun perangai Melayu hisap dadah, rempet dn rogol anak membuat mereka pandang rendah pd org2 Melayu. Agamapun blh main2....boleh beli dgn undi dn kuasa sehingga sanggup jual kalimah Allah. Cyber troopers PR telah bjaya mengujudkan rasa benci dn was2 dgn agama sendiri.....sehingga ada yg tidak peduli siapa perintah asalkan bukan UMNO.
Did Anwar sodomize this two scumbags or did they sodomize Anwar?
Same shit...
Anwar did it in the shitta hole..., shitta hole..., shitta hole...
Anwar did it in the shitta hole..., in Saifuls pretty buttock.
(Song: The three little pigs, check youtube)
Pig 1: Anwar Ibrahim
Pig 2: Lim Guan Eng
Pig 3: Hadi Awang
Jom ramai-ramai kita terajang Nuar Berahi pengkhianat negara dan juak-juak dia dalam PRU13 ni. Gay tua dan juak-juak dia tu tak layak dipilih untuk mencemarkan mana-mana DUN atau Parlimen Malaysia ni.
Kereputan, kerentungan dan kehodohan muka nur masuritaik dan aljuburi dah hampir sama, wajah iblis dan setan laknatullah terkutuk yg di-bakar dan di-rejam oleh Allah SWT.
utk pengetahuan semua umat melayu,sedarlah, Apabila Anuar Jub"s Mula Buka Mulut,'SEMUA NYA PEMBOHONGAN MAHA BESAR'x kan itu pun x tau.
Post a Comment