Friday, April 11, 2014

FITNAH : LEPAS ZAHID HAMIDI, GILIRAN TS MUHYIDIN YASIN MENAFIKAN FITNAH... SIAPA DIBELAKANG DAN APA MOTIF MEREKA ?


Tuduhan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong bahawa YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menghabiskan masa lima hari di Dubai untuk percutian golf berdasarkan satu dokumen yang didakwa jadual lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai adalah tidak benar dan berniat jahat. YAB Timbalan Perdana Menteri sebenarnya berada di Dubai dari 7-12 April 2014 dalam satu acara lawatan kerja rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Dokumen yang didedahkan oleh kedua-dua Ahli Parlimen tersebut bukan jadual sebenar lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai, sebaliknya deraf awal program yang masih dalam perbincangan. Adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke luar negara, akan terdapat beberapa perubahan pada deraf jadual lawatan sebelum ia dimuktamadkan. Ini kerana jadual yang diatur adalah tertakluk kepada pengesahan pihak-pihak yang terlibat di negara yang hendak dilawati. Contohnya, deraf jadual lawatan yang didedahkan oleh kedua-dua Ahli Parlimen tersebut tidak mengandungi acara rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri di Dubai pada 8 April 2014.
Di dalam jadual akhir yang dimuktamadkan, YAB Timbalan Perdana Menteri mempunyai aktiviti rasmi yang ketat sepanjang berada di Dubai. Beliau telah diberikan penghormatan oleh kerajaan UAE untuk menyampaikan ucaptama di Annual Investment Meeting (AIM) pada 8 April 2014 di Dubai. Dalam pertemuan dengan Shaikh Mohammad Rashid Al-Maktoum Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai beserta beberapa Ketua Kerajaan yang menghadiri AIM, YAB Timbalan Perdana Menteri telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam menghadapi persekitaran perniagaan antarabangsa dan menarik pelaburan asing. AIM dihadiri oleh menteri-menteri yang bertanggungjawab mengenai pelaburan luar negara, pakar ekonomi, kewangan dan pembangunan, para pemimpin perniagaan dan ketua-ketua institusi antarabangsa.
Dalam pertemuan yang sama, YAB Timbalan Perdana Menteri telah berkesempatan menyampaikan ucapan terima kasih kerajaan Malaysia kepada Shaikh Mohammad bin Rashid Al-Maktoum atas bantuan kerajaan UAE dalam operasi pencarian pesawat MH 370 yang hilang di Lautan Hindi.
YAB Timbalan Perdana Menteri juga menghadiri Gulf Education and Training Exhibition 2014 dan melancarkan Malaysia Pavillion di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Dubai pada 9 April 2014. Sebelum acara ini, beliau telah menerima kunjungan hormat Shaikh Nahyan Mubarak Al-Nahyan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Sosial UAE dan Humaid Mohammed Al Qatami, Menteri Pendidikan UAE.
Shaikh Nahyan telah merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas hubungan dua hala dalam bidang pendidikan. Lebih-lebih lagi penyertaan 27 institusi pengajian tinggi Malaysia adalah yang paling banyak dalam GETEX 2014. GETEX yang dianjurkan sejak 1983 merupakan forum pendidikan, latihan korporat dan pembangunan kerjaya terbesar di rantau Asia Barat. Malaysia menyertainya sejak 2004. Sehingga kini, lebih 25,000 pelajar dari rantau ini melanjutkan pengajian di Malaysia.
Dalam lawatan ini juga, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meluangkan masa lebih satu jam dalam pertemuan sarapan pagi bersama Sunny Varkey, Pengerusi GEMS Education yang berpangkalan di Dubai. GEMS Education yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam bidang pendidikan mempunyai rangkaian sekolah swasta di 151 buah negara termasuk UAE, Amerika Syarikat dan Singapura. Syarikat ini sedang dalam proses untuk membuka sebuah sekolah swasta dengan kadar yuran yang berpatutan di Malaysia. GEMS Education melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berpotensi di Asia Tenggara untuk syarikat itu membuat pelaburan yang besar dalam bidang pendidikan.
Di samping itu, YAB Timbalan Perdana Menteri juga dijadualkan menyertai dua majlis makan malam rangkaian perniagaan bersama ahli-ahli perniagaan ternama dari Malaysia dan UAE. Majlis makan malam ini dibiayai oleh Syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) yang mempunyai operasi perniagaan di Dubai. Satu lagi majlis makan malam bersama ahli-ahli perniagaan Malaysia dan UAE dibiayai oleh Essa Al-Ghurair, Ahli Dewan Perniagaan Dubai dan Penasihat Panel Antarabangsa World Islamic Economic Forum (WIEF). Segala perbelanjaan bagi kedua-dua majlis makan malam ini tidak ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
Semasa lawatan ini juga, YAB Timbalan Perdana Menteri mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat Malaysia yang mempunyai kepentingan perniagaan di UAE dan Timur Tengah. Antaranya Petronas dan Eversendai Coproration Berhad. Eversendai ialah sebuah syarikat pembinaan terkemuka Malaysia yang terlibat dalam beberapa projek pembinaan mega di UAE. Antaranya bangunan tertinggi di dunia Burj Al-Khalifa, Emirates Towers, Ski Dubai, Rose Rayhaan Rotana Tower, Dubai Mall dan Dubai Festival City.
YAB Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan EMKE Lulu Group of Companies atas undangan pemiliknya Yusof Ali MA. Syarikat ini yang mempunyai lebih 100 hypermarket Lulu di negara-negara teluk merupakan pemilik rangkaian hypermarket terbesar di rantau ini. Syarikat ini sedang dalam proses untuk membuka pasar raya besar halal di Malaysia dengan usahasama bersama Felda. Perbincangan ini diadakan susulan daripada perjumpaan YAB Timbalan Perdana Menteri bersama Yusof Ali MA pada hujung tahun lalu.
Dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan perniagaan dan perdagangan antara Malaysia dan UAE, YAB Timbalan Perdana Menteri telah dijemput untuk menyertai acara golf bersama ahli-ahli perniagaan dari kedua-dua negara. Segala perbelanjaan untuk acara golf rangkaian perniagaan ini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat-syarikat persendirian dan sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan. YAB Timbalan Perdana Menteri juga menyertai satu acara golf rasmi yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia pada 12 April 2014 bagi tujuan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Makan tengah hari bagi acara golf ini ditaja oleh Khalfan Saeed Al-Kaabi, Pengerusi ASCORP Holdings dan Naib Presiden I Dewan Perniagaan dan Industri Abu Dhabi.
Sempena lawatan ke Dubai, YAB Timbalan Perdana Menteri dijemput menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di UAE yang dianjurkan oleh Talent Corporation Berhad. Majlis makan malam ini adalah salah satu usaha Talent Corporation menarik profesional Malaysia di luar negara untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
Lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi pemimpin kerajaan ke luar negara seperti lawatan-lawatan lain yang bertujuan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di dalam persekitaran ekonomi dan politik antarabangsa yang semakin dinamik. Keseluruhan aktiviti YAB Timbalan Perdana Menteri sepanjang lawatan beliau ke Dubai menjurus ke arah meningkatkan hubungan perdagangan dan perniagaan antara Malaysia dan UAE serta menarik pelaburan asing ke Malaysia demi kepentingan negara.
Kedua-dua Ahli Parlimen DAP tersebut telah melemparkan tuduhan melulu yang tidak berasas dan berniat jahat terhadap YAB Timbalan Perdana Menteri. Tindakan mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa dengan hanya berasaskan satu dokumen yang tidak disahkan adalah satu perbuatan yang tidak profesional. Pejabat ini amat kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab kedua-dua Ahli Parlimen DAP tersebut yang seolah-olah menggambarkan lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri ke Dubai bagi memperkukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan menarik pelaburan asing ke Malaysia sebagai satu percutian yang membazir wang rakyat.

12 comments:

Otak geliga said...

Akhirnya KELUAR juga kenyataan yg dah mmg ada FAKTAnya tp diPERAP utk menjadikan RASAnya lebih KAW!

apa MODUS OPERANDI org2 yg bertanggungjawab menjawab isu2 ni perlu memBIARkan isu JIJIK dimainkan oleh pembangkang buat beberapa ketika, kemudian bila dah agak2 senyap baru nak buat DAMAGE CONTROL?

apa ke LEMBAPnya buat kerja?...makan gaji buta ke apa?....dah ramai rakyat yg terMAKAN HASUTAN ni baru nak counter?...heh, baik tak payah counter dgn FAKTA, counter je mcm berbual kat kedai kopi....ISU DAH BASI derrrr.

isu ni SEBIJIK dgn isu PANDA yg baru terHEGEH2 nak dijawab.....dah berLENDIR BUSUK dah isu tu, baru nak jawab. Org2 ni mmg berNIAT nak HANCURkan UMNO. Pemimpin UMNO please TUKAR SEGERA mereka2 yg bertanggungjawab yg LEMBAP dlm menjawab isu yg DAH ADA JAWAPAN dlm POKET.

LEMAU aku perati cara diorang jawab isu...LEMBAP!

Anonymous said...

SAMAN 100 JUTA ...ITU SAJA CARA

Anonymous said...

SAMAN 100 JUTA ...ITU SAJA CARA

Anonymous said...

saman ..

Anonymous said...

Itulah padahnya kalau pemimpin2 melayu lemah sedangkan parti UMNO sebenarnya dalam keadaan kukuh untuk bertindak. Patut 'smash' tapi dok melangut, punyalah baik tarik saman...bertepuk bertampar ketawa dengan guan eng kit siang. Maka jgn salahkan org lain dok hurung nak pedajal kita. BERTEGASLAH dan BERTINDAKLAH lebih DRASTIK utk mengajar mereka ni, PRU14 bukannya lama sangat dah. Kalau melayu karang, satu report dah kena cekup,puak cha tu dok terang2 kurang ajar boleh goyang kaki lagi dgn beratus2 repot. Aku dah meluat gila dgn pemimpin2 yg memalukan UMNO !!

Anonymous said...

BUDIMAN ! BUDIMANLAH SAMPAI SEMUA ORANG MELAYU MENYAMPAH.

Anonymous said...

CONFIRM JADUAL LAWATAN NI DI SEBARKAN OLEH ORG DLM PEJABAT TPM...X KAN NK BIARKAN

Anonymous said...

saman macam leekuanyu saman...sampai bankrap....kalau tak mau saman ,orang kata benda tu betul...ada reti

Anonymous said...

Pemimpin fuckatan buat lawatan luar negara semuanya telus ke?
Lawatan oelaburan mereka berhasil ke?

gen2felda

Anonymous said...

KURANG AJAQnya ejen PKRPELIWAT/DAPBANGKAI yg. ramai dah menyelinap masuk JPA, termasuk Perisikan kita agaknya!

KDN harus menyiasat dan kenakan bwah undg-undg TERORISMA, kerana ini membabitkan KESELAMATAN pemimpin K'jaan kita terutamanya yg. tertinggi dan yg. Islam/Melayu, yg. makin disasarkan si KAPIRBUAS Barat-Zionis; apalagi Mossad-CIA-MI6-NATO, kat Malaysia nikan ada ejen mereka dari EvangeliSStar dan MalaysiaKKKini, serta termasuklah DAPBANGKAI//PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap!

Kalau kat barat pun, tak pernah dengak kebocoran rahsia yg. penting mcm. ni - apalagi yg. boleh membahayakan keselamatan pemimipin negara terutamanya PM/TPM!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Depa x berani ckp luaq dewan.. Takut kena saman kaw2 punya...

Anonymous said...

Diam2 je buat tak tahu mcm kes lembu tu.
Apa salahnya pun guna duit tu kan.Utk rakyat jugak kan.

Sikit je pun gune tu.Sedih tgk org melayu skrg.suke sgt dengki dgn kemewahan orang lain.