Wednesday, January 14, 2015

RADIO ERA DIMOHON HENTIKAN PROMOSI IKLAN K POP .


saban hari aku dengar promosi dj radio ERA tentang keterujaan mengenai kehadiran penyanyi k pop pada 7 feb nanti.

radio ERA memang aku puji beberapa segmen  dan keletah dj nya...

johan dan gang pagi di ERA memang bikin pecah perut .

semasa suzuki cup, radio ERA cukup positif menaikkan semangat penyokong..

cuma buat masa ini, public dan umat islam sedang protes mengenai k pop.

gap harap....

RADIO ERA HENTIKAN SELINGAN SELINGAN PROMOSI PENYANYI K POP YANG NAK DATANG MALAYSIA NANTI.

kaedah promosi dan iklannya terlalu melangit, unsur hedonisme dan nampak agak taksub promosinya..

harap teguran dan pandangan ini diterima radio ERA.

bab lain.. radio ERA ok..

gap; teringat masa raya dulu dulu.. asik asik hindustan siang malam. 

ISU MYEG PENGKALAN DATA PEKERJA ASING MASUK FASA BARU.. SAMSENG BUAT KACAU !


selama 3 hari blogers mainkan ketidapuasan hati pimpinan dap terhadap pemusatan data pekerja asing yang dilakukan oleh MYEG.

hari ni ketidakpuasan hati mereka dah masuk fasa baru.

staf MYEG pulak diugut mengenai perkara ini..


RAKYAT BANGKIT SOKONG PDRM DAN KPN !



Tuesday, January 13, 2015

ISU JUDI PAUL PHUA : NAJIB, TSMY,ZAHID DAN SELURUH KABINET WAJIB BINCANG DALAM MESYUARAT KABINET ESOK .


semalam ts muhyidin yasin kata KABINET TIDAK DIBERITAHU MENGENAI surat KDN kepada FBI mengenai isu paul phua yang ditahan penguasa amarika.

isu ini makin hot bila pengakuan ts muhyidin yang secara telus memberitahu kabinet malaysia tidak diberi briefing mengenai surat KDN kepada FBI.

seluruh kabinet tidak tahu.
tpm tak tahu.

jadi jalan terbaik untuk tahu siapa culprit 'surat' ini maka rakyat malaysia menggesa mesyuarat kabinet esok membincangkan perihal ini.

najib mesti ada.
ts muhyidin mesti ada.
zahid mesti ada.
seluruh kabinet mesti ada.

public nak tanya....
tanya tak salah kan ...
tanya  je.....

benarkah ada draf asal surat itu ?
benarkah / kenapakah  zahid tak layan surat itu selama 2 bulan ?
siapa draf surat itu ?

mesyuarat kabinet wajib bincang perkara ini..
harap takde kambing hitam dalam kes ini..
harap nye lah...

KENAPA MYEG DIHALANG DAP UNTUK MENJADI PENGKALAN DATA PEKERJA ASING ?


ada benda nak sorok ke dap ?
ada benda nak simpan ke dap ?
kenapa benda baik taknak di sokong ?
takut ada benda terbocor ke dap ?
tanya je..

KLIK SINI

HEBAT BLOGER,FB DAN PEMAIN MEDIA SOSIAL PRO BN.


kit siang nampaknya menjadikan alasan agresifnes pemain media sosial pro BN sebagai punca lahabau ah beng perasan jerman kena tahan.

malah ah beng perasan jerman pun dakwa penahanannya berpunca daripada serangan bertali arus pemain media sosial pro BN yang mensensasikan kenyataannya.

dia meneruskan tipikal pemprosesan pembenakan otak di kalangan penyokongnya.

asas cerita dan punca tidak dicerita, sebaliknya orang lain yang dipersalahkan.

tahniah PDRM !




KELUAR AKAUN 2 KWSP BOLEH RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR YANG ROSAK RUMAHNYA.


mungkin cadangan pengeluaran akaun 2 KWSP untuk mangsa banjir yang rosak rumahnya boleh difikirkan kesesuaiannya.

Monday, January 12, 2015

AH SO KOK HANGIN PASAL MYEG APASAL ?


gap pelik kepada matlamat sebilangan pimpinan DAP yang kerap mempersoalkan pengurusan data yang pada hakikatnya takde masalah.

MYEG dah terbukti punyai kapabiliti untuk menjadi syarikat onliners yang kemas dan mantap pengurusannya.

sistem pengurusan collection MYEG adalah telus dan terus dibayar kepada akauntan negara pada hari yang sama untuk kesemua transaksi.

jadi tiada masalah dan tiada persepsi mengenai aktiviti MYEG membuat keuntungan di atas dana yang diserahkan kepadanya.

semalam nyonya kok bising pasal MYEG diberi tugas untuk menyusun dan mengemaskini pengkalan data mengenai pekerja asing yang sah dan tidak sah.

bayaran RM38 yang dikenakan oleh MYEG itu adalah untuk kos operasi pengurusan dan perkhidmatan yang diberikan.

sistem pengkalan data ini akan menjadi lebih kemas dan cukup penting untuk kerajaan dalam menguruskan kaedah pendaftaran pekerja asing yang lebih sistematik.

takde sorok sorok.
kerajaan tahu pekerja asing yang sah berapa.
kerajaan tahu pekerja asing yang tak sah berapa.
berapa pekerja asing untuk setiap majikan.

malah lebih dari itu, kerajaan dapat tahu mengenai sektor utama yang banyak menggunakan pekerja asing.

ini semua kaedah database kemas, bukan untuk sementara waku malah penting untuk jangka masa panjang.

sebenarnya untuk kes pekerja asing ini, tindakan kerajaan menjadikan perkhidmatan MYEG sebagai pusat pengkalan data amatlah penting kerana ia melibatkan lambakan pekerja luar yang perlu didokumentasikan rekod nya.

ia selaras dengan perjalanan konsep dokumentasi 6P yang sebelum ini kerajaan lakukan.

bab lain dan isu lain masyarakat punyai pilihan.

sebagai contoh, kalau nak renew roadtax pengguna ada pilihan nak buat sendiri atau pakai pekhidmatan MYEG.

ini contoh kepenggunaan melibatkan individu yang dikira tak berapa melibatkan public teramai.

mohon nyonya kok tak terlalu analog sangatlah.
kadang kadang isu disensasi tak kena tempat.

baca kupasan mantap blog CTS

PAS SEMAKIN MENUJU PERPECAHAN.

http://www.malaysianewsonline.com/2015/01/bila-harakah-bergolak.html

PASAR TANI SEDIA HARGA LEBIH MURAH.. KASI VIRAL SATU MALAYA !


good job MOA.

ini kaedah kasi kurangkan resah rakyat mengenai spekulasi dan kegiatan segelintir peniaga cekik darah yang naikkan harga barang kepenggunaan.

jadi tugas kita kasi viral satu malaya. 



AH BENG PERASAN OMPUTIH !


Saturday, January 10, 2015

NAMA PERASAN JERMAN, ROPANYA AH BENG...

http://theunspinners.blogspot.com/2015/01/nama-jerman-muka-kopitiam.html

ARTIKEL TUN M : SYUKUR BHG 1

1. Saya bersyukur kerana kesedaran yang ditunjuk oleh orang Melayu terhadap nasib mereka. Terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO sudah sedar akan perlunya UMNO di perbaharui. UMNO sudah nyatakan kesanggupan untuk menerima ahli baru walaupun ini akan mengancam kedudukan ahli lama. Tanpa ahli baru, terutama yang lebih muda UMNO akan susut jumlah keahlian kerana yang tua tetap menjadi lemah dan akhirnya kembali ke Rahmatullah.
2. Tetapi bukan sahaja yang muda yang diperlukan, yang berbakat, berkebolehan juga diperlukan walaupun tidak lagi muda.
3. Namun tapisan perlu juga dibuat supaya yang masuk bukan yang anggap UMNO sebagai batu loncatan seperti yang terdahulu, atau yang nampak peluang bagi diri sendiri. Yang masuk mestilah mereka yang ikhlas dan faham akan perjuangan UMNO, dan ingin menerus dan menjayakannya.
4. Apa dianya perjuangan UMNO? Setelah 400 tahun dijajah hanya apabila berhadapan dengan cadangan penjajah untuk negeri-negeri Melayu semuanya dicantum menjadi tanah jajahan British secara langsung melalui projek Malayan Union, maka baharulah timbul kesedaran di kalangan rakyat Raja-Raja Melayu bahawa tanpa sokongan mereka maka Raja-Raja akan dipaksa menyerah negeri-negeri kerdil mereka kepada British. Jika enggan ada ramai ahli keluarga diRaja yang sanggup menandatangani perjanjian dan dilantik jadi Raja yang diiktiraf British.
5. Ini sudah pun berlaku dengan penyerahan Singapura kepada British. Dan sesungguhnya inilah cara ugutan Mac Michael kepada Raja-Raja Melayu.
6. Tetapi buat kali pertama, rakyat yang dilarang berpolitik, bangun bersatu tanpa mengira mereka rakyat Raja mana dan negeri mana.
7. Kearah penyatuan inilah yang persatuan-persatuan Melayu seluruh negeri-negeri berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
8. Perjuangan mereka bukan untuk sesiapa. Tetapi tanpa pemimpin dan jurucakap perpaduan mereka tidak akan menjadi nyata. Maka dilantiklah Dato Onn Jaafar sebagai kepala perjuangan keMelayuan.
9. Yang diutamakan pada masa itu ialah menggagalkan rancangan Malayan Union British.
10. Yang kedua oleh kerana Raja-Raja Melayu lemah apabila berhadapan dengan penjajah, maka kuasa mutlak Raja-Raja hendaklah dihadkan supaya suara rakyat akan menentukan nasib mereka dan negari-negeri Melayu.
11. Kerana pendirian rakyat yang tegas maka Raja-Raja bersetuju larangan terhadap rakyat berpolitik diketepikan.
12. Pendirian Raja-Raja dan rakyat Melayu merekalah yang menjadi asas politik Melayu dokongan UMNO.
13. Hasilnya ialah pembentukan perlembagaan yang meletakkan Raja-Raja sebagai kepala negeri dan negara tetapi pemerintahan dikuasai oleh rakyat melalui sistem demokrasi berparlimen.
14. UMNO sendiri menerima sistem demokrasi, terutama dalam menentukan kepimpinannya. Yang utama dalam UMNO ialah dasar perjuangannya. Dan dasar ini menekankan kemajuan bagi semua orang Melayu dan semua negeri melalui cara-cara yang akan ditentukan.
15. Pemimpin tidak boleh membelakangkan dasar perjuangan UMNO. Apabila Presiden UMNO yang pertama, Dato Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya. Dan Dato Onn pula menyedari akan amalan demokrasi, menganggap penolakan pendiriannya sebagai “undi tidak percaya” dengan senang hati melepaskan jawatannya.
16. Perkara yang sama berlaku kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku berundur.
17. Inilah kelebihan sistem demokrasi. Di sesetengah negara percubaan dibuat untuk mengekalkan jawatan kerapkali melalui keganasan. Tetapi dalam demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa merosakkan negara.
**Bahagian ke-2 akan menyusul esok