Friday, April 26, 2013

FOTO HUSAM PANTALON...




HUSAM KAMBING JUMPA MINYAK DALAM LUBANG TANDAS PUTRAJAYA ???



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon PAS kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta merta ahli jawatankuasa Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.
 
Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
 
Pegawai Perhubungan Awam Jawi Tuan Asmawi Tuan Umar dalam satu kenyataan semalam berkata dakwaan Husam itu tidak benar.
 
"Isu pemecatan serta merta AJK surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa diFacebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013 (Khamis) adalah tidak benar. 

"Walau bagaimanapun, semua surau sama ada surau biasa, surau Jumaat dan masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling masjid/surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik," kata beliau dalam satu kenyatan.
 
Husam dalam kenyataan laman Facebook semalam berkata beliau diberitahu bahawa pengerusi dan bendahari Surau Abdul Rahman Auf telah dipanggil menghadap Ketua Pengarah Jawi di pejabatnya.
 
Beliau mendakwa Jawi telah mengarahkan semua ahli jawatankuasa surau berkenaan diberhentikan serta-merta.
 
Husam merupakan penyandang kerusi DUN Salor, Kelantan.
 
Pada pilihan raya umum 5 Mei nanti, Husam akan bertanding satu lawan satu dengan Setiausaha Agung Umno yang juga calon BN kerusi Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

ANWAR PIL KUDA BANYAK KALI HINA ORANG INDIA !


Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.

Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.

Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.

Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.

Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?

Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, "ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak."

Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai "pariah" namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.

Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada.

Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis "Undi Keling Siapa Mahu?" yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?

Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.

Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.

Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR.

Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.

http://www.youtube.com/watch?v=527Ccty8AhY
http://www.youtube.com/watch?v=1hmlGFO9pqA
http://www.youtube.com/watch?v=j1qOsJ7vP_Y
http://www.youtube.com/watch?v=4DnVxLTqAZY
https://www.youtube.com/watch?v=wnY4u1B0_AM

RAKYAT JOHOR JANGAN ULANGI SILAP PENGUNDI DI SELANGOR OKAY !




PARLIMEN SHAH ALAM : POSTER GANYANG PAKATAN !


ORANG KELANTAN PUN TOLAK HUSAM JAMNAPARI.

P80 RAUB : CALON DAP AKUI DIA MALAS NAK JUMPA PENGUNDI, BERBANDING CALON BN !




Thursday, April 25, 2013

KIT SIANG PANAS HATI DENGAN ANWAR PIL KUDA.


Sinar Harian hari ini, 25 April 2013, menyiarkan satu wawancara dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bakal bertanding di Gelang Patah Johor dalam PRU-13.  Secara dasarnya, Kit Siang agak ‘realistik’ dalam memperkatakan soal peluangnya di Gelang Patah, soal menunaikan janji dan juga PR menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN.  

Bagaimanapun, kenyataan Kit Siang bahawa PR mempunyai kesedaran politik untuk membanteras korupsi yang mana tidak ada pada BN, menyebabkan kita merasa geli hati.

Mungkin Kit Siang lupa bahawa Mendiang Teoh Beng Hock berada di pejabat SPRM bukan kerana membuat lawatan sambil belajar tetapi kerana menjadi saksi kes korupsi yang melibatkan pemimpin DAP.   Kit Siang juga mungkin terlupa sekejap bahawa bapa dan sanak saudara serta kaum kerabat termasuk gundik-gundik dan anak-anak ikan Ketua Umum PR, iaitu Anwar Ibrahim, kaya raya dalam sekelip mata sejurus Anwar menjadi Menteri.   Kit Siang juga mungkin kurang faham bagaimana berekar-ekar tanah di Kelantan boleh menjadi milik pemimpin DAP dari Perak.   Mungkin ini semua bukan korupsi bagi Kit Siang, tetapi hak asasi pemimpin-pemimpin PR yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Namun, apa yang paling menarik dalam wawancara tersebut, bukanlah soal kenyataan Kit Siang mengenai korupsi, tetapi soal yang jauh lebih asas iaitu tentang ‘Siapakah bakal Perdana Menteri PR?’

Reaksi Kit Siang kepada soalan ini mengingatkan kita kepada reaksi Anwar apabila ditanya tentang orientasi seksnya.  Sama seperti Anwar dalam menangani soalan mudah itu, Kit Siang juga sukar sekali menjawab siapakah bakal PM bagi PR.

Dengan susah payah dan panjang lebar, Kit Siang menjawab seperti berikut:

“Perkara ini sudah mendapat persetujuan dan persefahaman antara pucuk pimpinan DAP, PKR dan PAS malah ia tidak perlu diberitahu umum.  Masalah utama kita harus fikir adalah mampukah kita menang dengan majoriti selesa pada PRU-13 ini.  Mungkin 45 kerusi PKR, 40 kerusi PAS dan 40 kerusi DAP.  Ia sangat seimbang dan kemudiannya kita lihat siapa jadi Perdana Menteri”.

Kenyataan Kit Siang seolah-olah berbunyi, ‘soal siapa Perdana Menteri itu urusan kami, bukan rakyat’.

Sedangkan, rakyat perlu tahu siapa bakal Perdana Menteri sebelum mengundi sebagai kepastian bahawa nasib mereka dan negara ini berada dalam tangan orang yang layak.  

Malah, penyokong DAP sendiri tentu gusar jika Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan memaksa hukum hudud digunapakai dalam negara.  Penyokong PAS pula sudah mula menolak Anwar sebagai Perdana Menteri atas sebab akhlak yang terlalu buruk serta pegangan pluralismenya.   Sementara itu, rakyat Malaysia secara umumnya juga tidak mungkin menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri kerana sifat rasis tegar yang berakar umbi di dalam salur darah keturunannya.

Kalau pun Perdana Menteri PR bukan terdiri dari mana-mana personaliti yang disebut di atas, rakyat masih perlu tahu siapakah dan dari parti manakah beliau.  Ini kerana ketiga-tiga parti iaitu DAP, PAS dan PKR mempromosi cara pemerintahan yang amat bertentangan.

Rakyat juga perlukan kepastian bahawa sekiranya mereka memberi kemenangan kepada PR, maka tidak akan ada perbalahan tentang cara pemerintahan mahupun perebutan jawatan Perdana Menteri yang berpanjangan.

Tidak cukup dengan hanya berjanji bahawa PR akan dapat menyelesaikan perbalahan dan perebutan jawatan itu dalam masa yang singkat selepas memenangi PRU kerana ia merupakan satu persoalan subjektif.   Malah ‘masa yang singkat’ itu sendiri merupakan satu persoalan lain pula.

Rakyat perlukan kepastian yang kehidupan mereka tidak akan terjejas sementara perbalahan dan perebutan jawatan itu berlangsung.

Jika Kit Siang gagal melihat soal ‘siapa Perdana Menteri’ sebagai sesuatu yang penting, maka Kit Siang sebenarnya tidak layak menjadi seorang ahli politik pun.   Lebih-lebih lagi apabila Kit Siang juga boleh jadi antara ‘calon Perdana Menteri’ itu.   Justeru, bagaimanakah PR boleh meyakinkan rakyat bahawa bakal PM nanti bukanlah seorang yang tidak faham akan kepentingan ‘institusi Perdana Menteri’ itu sendiri?

LAGI FOTO KEMPEN TOLAK PAKATAN PIL KUDA..SEBARKAN !


UBAH ? APA UBAH ? BN SUDAH BERUBAH, DAP TAK MAU BERUBAH !