Saturday, December 27, 2008

AL FATIHAH


SEREMBAN 27 Dis. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.


Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor ketika membuat pengumuman itu di HTJ tengah hari ini memberitahu, Tuanku Ja'afar berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.


``Saya ingin memaklumkan, Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ. Kebawah Duli Tuanku mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi.


``Pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

4 comments:

GAP KEMBALI said...

moga roh al marhum dicucuri rahmat yang maha esa dan diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

amin

Taminsari said...

Al-Fatihah.

Semoga roh al marhum dicucuri rahmat yang maha esa dan diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Amin.

a.d.a.m. said...

AL FATIHAH

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh ALLAHYARHAM TUANKU.

Anonymous said...

Moga roh AL MARHUM TUANKU dicucuri rahmat oleh ALLAH YANG MAHA KUASA.

Juga kemangkatan YAMTUAN menjadi asbab PUAK MUSLIM LIBERAL yang di kepalai B.rother A.nwar B.in I.brahim
akan dibinasakan oleh pejuang2 HAK.