Monday, April 27, 2009

2 AHLI ERDOGAN TUMBANG ! KUMPULAN MUZAKARAH SEMAKIN MARA !


dr mariah ahli parlimen kota raja dan dr hatta ramli telah tewas dalam pemilihan jawatan YDP kawasan. dr mariah tewas teruk di tangan bekas cikgu sekolah tinggi klang, cikgu jaafar, seorang aktivis pas yang berpengaruh di kota raja.

manakala seorang lagi ahli parlimen pas dr hatta ramli telah menarik diri daripada bertanding setelah menyedari beliau bakal tewas teruk di tangan timbalan nya sendiri , salahudin.

dua orang penyokong kuat anwar ini ditolak atas sikap agresif mereka cuba membawa 'suara' anwarisme dalam pentadbiran pas.

berdasarkan maklumat pihak gap terima sebentar tadi, kemenangan ini memberikan signal yang cukup kuat kepada kumpulan muzakarrah di selangor pimpinan dr hassan ali untuk terus bergerak laju.
berkemungkinan kumpulan penyokong dr hasan ali akan bergabung dengan kumpulan ustaz nasharudin dan nik abduh pada jun nanti.

pertemuan gap dengan beberapa pimpinan tertinggi pas tadi juga ada menyebut pakatan muzakarah ini akan bertambah kuat dengan kemasukan penyokong mat sabu yang dikatakan bakal meyekat husam !

benarkah ada ARAHAN daripada pimpinan tertinggi pas pusat untuk membunuh kemaraan saki baki kumpulan erdogan nanti ? kabarnya husam,kamarudin jafar,mahfuz akan berdepan dengan masalah apabila beberapa rakan dan penyokong kumpulan erdogan........... akan melompat masuk ke dalam kumpulan muzakarah !


SIAPA KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI YANG AKAN MENJATUHKAN KUMPULAN ERDOGAN NANTI ?

22 comments:

Singh Is Kinng said...

Salam GAP,

Hatta antara penggerak Erdogan yang paling menonjol. Saya masih lagi tak paham apa bodohnya orang Kuala Krai memilih Hatta sebagai wakil parlimen.

Semasa Gobind anak Singh digantung parlimen, Hatta dengan megah berdiri di sebelah tanda menyokong.

Sekor lagi ialah Kamaruddin Jaafar. Amatlah menghairankan seorang pendokong Anwar luar dan dalam semasa dalam UMNO tiba-tiba menyertai PAS, bukan keAdilan.

Inilah muka-muka yang sanggup menggadai maruah agama dan bangsa demi Anwar dan kuasa.

Wassalam.

pisau said...

GAP

Erdogan makan kuah la lepas ni

Anonymous said...

Syukur alhamdullilah!PAS mesti kembali kepada perjuangan asal.

Kalau tidak bermuzakarah dengan UMNO pun tidak mengapa tetapi Islam yang paling utama dan bukan Anwar.

Allahhuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar!

squillaciukm said...

mane lagi baek??
erdogan??
or muzakarah??

share your opinion...

Anonymous said...

KLU BENAR BAGAI DIKATA KITA PATUT BERTAKBIR SAMA!!..CAHAYA DI HUJUNG TEROWONG DH SEMAKIN KELIHATAN!!!...ALLAHUAKHBARR3!!

Anonymous said...

berita-berita macam ini tidak membangunkan ummat Islam langsung.
Lebih baik jika saudara GAP menyiarkan perkara-perkara yang banyak berlaku di negara kita pada masa sekarang seperti isu-isu jenayah, sosial, judi yang semakin berleluasa di negara kita sekarang.
Hari ini berita umat Islam ditangkap berjudi di depan pintu kedai nombor ekor amat memalukan ummat Islam itu sendiri. Malahan, yang ditangkap itu orang-orang yang berusia kebanyakannya di mana sepatutnya mereka inilah yang menunjukkan contoh kepada kaum-kaum muda di negara ini. Kita sepatutnya mebincangkan isu-isu ini dan membawa perkara ini ke hadapan pemimpin Negara Islam tajaan Barisan Nasional Malaysia kita kerana aku sendiri tak mahu anak atau cucu aku kencing atas kubur aku nanti kerana perkaran jahiliyyah yang dilakukan aku atau orang sekililing aku nanti.
SEKIAN!!!

Tuah Derhaka said...

aku xsuka dgn cara PAS tapi adalah lebih baik PAS dgn kepimpinan ulama muzakarah dr PAS erdogan yang lebih mirip kepada jalan Anuar Artatuk ehh..silap Anuar Ibrahim!

House PK III said...

Minggu lepas, saya telah berjumpa dengan beberapa rakan bloggers saya. Kami telah menbincangkan pelbagai isu dari politik hingga la ke dunia kewartawanan.

Dalam pelbagai isu yang diperbincangkan malam itu, saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!

Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahsa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!

Menurut sahabat blogger saya ini juga, selalunya selesai sahaja temuramah maka akan berkumpullah kesemua wartawan itu tadi dan mereka akan bertanyakan sesama sendiri tentang apa yang telah mereka dengar dan faham, kebiasaannya akan ada seorang yang dikira boleh faham sikit-sikit bahasa kebangsaan kita itu dan mereka kemudiannya akan menyalin lah kesemua temuramah tadi!

Biasanya proses sebegini akan mengambil masa dua hingga tiga jam selalunya, saya hampir pengsan bila saya dengar kisah ini, saya sangkakan selama ini semua rakyat Malaysia boleh berbahasa Malaysia! Bukankah itu bahasa rasmi negara kita?

Adalah amat menyedihkan apabila saya dapat tahu masih terdapat orang Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia, bagaimana kita hendak menjadi satu Malaysia sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tak tahu nak berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan kita?

Jadi tidak hairanlah, tidak berapa lama dahulu wartawan dari suratkhabar Cina ini telah salah tulis mengenai penjelasan YAB TPM kita? Ada logiknya bila TPM kita telah mengatakan bahawa kesemua wartawan tersebut harus belajar Bahsa Malaysia!

Memalukan betul bila perkara ini terjadi, kenapa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira dari keturunan apa sahaja, kita tidak tahu berbahasa kebangsaan kita? Bukankah bahsa jiwa bangsa? macamana nak jadi bangsa Malaysia kalau nak berbahasa Malaysia pun tak tahu?

Saya memang amat bersetuju sekali dengan pandangan Dato Mukhriz bahawa untuk menyatu-padukan Malaysia kita perlukan satu sekolah! Tidak ada lagi sekolah cina atau tamil lagi! Hanya satu sekolah yang akan menjadi wadah pertemuan semua bangsa dan ianya akan melahirkan "ONE MALAYSIA"

Kita kena mulakan dari sekarang! Kalau nak bersatu maka hapuskanlah perkauman, langkah pertama untuk menghapuskan perkauman adalah dengan menghapuskan sekolah 'vernacular'

HIDUP SATU MALAYSIA!

House PK III said...

Hidup Piggy Singh

D'Rimba said...

kurniakan kami pemimpin ulama tulen segera ya Allah kerana liberalisasi makin berleluasa...........

GAP KEMBALI said...

piggy singh
hatta watak penting erdogan. pas for all ...tak sangka kamarudin jafar tu berekor. ekk...bro bila mau jumpa..kasi sms saya.tk

megat
makan kuah bersulam kan kopi ke ? tk mboh teman..auw auw

anon
nanti kan artikel aku..terus dpd hati nurani aku.. tentang pas

squilla
selama ini seluruh artikel aku hantam pas, tapi aku berpegang pada pepatah..dalam setandan pisang tak semuanya busuk.

jeffry
cahaya di hujung terowong ? tunggu perbicaraan saiful, di situ kita akan nampak 'spotlight di hujung terowong'.. takbir

tuah
pas patut kembali kepada perjuangan asal.

squillaciukm said...

slagi org2 pas n harakahdaily x hentikan fitnah diorg tmasok fitnah al-tuya 2...

jgn harap r ak nk sokong pas!!!

even though diorg pegang country ak!!

PAPA GOMO said...

EKSLUSIF BUAT PAS http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ekslusif-pertemuan-kami-dengan-pemimpin.html

Anonymous said...

Seronok....nya
Dulu-dulu baca pasai Ameno.
La ni cerita panas dalam PAS.

Tahniah....kepada semua blogger.
Info anda sungguh menarik.

--Suka Dengar Info Terkini--
Kubang Pasu, Kedah.

RAJAWALI said...

Sabda RASULULLAH S.A.W :

IMAN SESEORANG HAMBA ALLAH TIDAK AKAN LURUS SEBELUM HATINYA LURUS DAN HATINYA TIDAK AKAN LURUS SEBELUM LIDAHNYA LURUS.

Hadis Riwayat AHMAD.

Sekarang ni kita boleh lihat siapa yang sebenarnya berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Dari hadis diatas marilah kita renungkan sedalam dalamnya adakah pihak pembankang terutama PAS yang kononnya memperjuangkan agama, adakah Nik Aziz (MURSYIDUL AM PAS) mempunyai IMAN YANG LURUS sehingga LAYAK DIGELARKAN ULAMAK?????

Marilah kita sama-sama renungkan....

Unknown said...

Petikan posting dari blog Kula'S (Ular?)Voice:

"At today’s press conference we launched the posters containing the photo of Pathamanathan the estranged husband of Indria Gandhi. Malaysia Hindu Singham has taken the lead to print an initial 10000 copies of the posters. The posters would be pasted all across the country and it will be done with the help of Pakataan Rakyaat, Hindu Sangam and NGO’s members. We invite any one to come and help us .We can be contacted at 05-2417402 or 052531532."

Nampaknya PAS dgn PKR dah jadi barua hindu pulak tolong murtadkan yang dah masuk Islam!

Anonymous said...

PAS PERGI MAMPOS...
ERDOGAN KE JADAH APE KE...
MMG PAS DAH SESAT...

Anonymous said...

hek eleh...igt kalo puak2 erdogan dah berambus PAS ni dah ok ke???heh..PAS tetap same je...bengap mcm tu jugak..jgn arap le org melayu nak sokong PAS banjingan ni...damn...

TAAVEEKUN PERAK said...

saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!

Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahasa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!

TebuHitam said...

PAS buat la macam mana pun.Kalau dah sesat,akan hancur juga.
Selamat menghadapi hari kehancuran PAS.

Anonymous said...

PAS pin nak jd mcm UMNO gak..
smua parti politik jd mcm ni kalau dah brkuasa.

Harap UMNO dpt teruskan aktiviti turun padand mcm datuk najib dan shabery cheek.

moga jd role model

Zawir Al-Hamidi said...

Apa beza antara Erdogan dengan Muzakarah? Lebih kurang je. Semuanya orang PAS. kelakar pulak bila pakai nama Erdogan. Kan senang kalau straight to the point: golongan ulama dan professional. Kan sedap didengar.