Wednesday, June 10, 2009

KENYATAAN ZUL4KULIM MENGENAI SISTER IN ISLAM: GAP SOKONG DENGAN TAMBAHAN.

Walaupun saya menghormati hak bersuara dan mengeluarkan pendapat, namun tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini memang sangat mengelirukan dan boleh menjejaskan aqidah dan bercanggah dengan syariat dan perundangan Islam.GAP setuju pas juga telah lama dan berjaya merosakkan kesucian islam demi kepeentingan politik mereka.

Tindakan mereka menyokong dan bersekongkol dengan NGO bukan Islam menyokong permohonan murtad oleh Azilna Jailani @ Lina Joy, tindakan dan kenyataan mereka menyokong tindakan wanita Amerika Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat, kenyataan mereka mempertikaikan hukum faraid berkaitan wanita Islam memperolehi satu bahagian sedang lelaki mendapat dua bahagian, kenyataan mereka mempertikaikan hukum menutup aurat bagi wanita, kenyataan mereka mempertikaikan hukum mengharuskan lelaki Islam berkahwin tidak melebihi empat dan banyak lagi tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap bercanggah dengan aqidah, syariat dan perundangan Islam.GAP bersetuju begitu juga dengan tindakan pas yang permainkan hukum hudud, penubuhan negara islam,menghina ketua agama islam (nizar kepada sultan), ide parti pas membenarkan gereja menggunakan ALLAH harus ditentang.

Walaubagaimana pun saya percaya membatalkan atau mengharamkan kumpulan tersebut adalah bukan langkah yang berkesan.GAP bersetuju, mengharamkan parti pas juga tidak akan membawa jalan penyelesaian.

Ini kerana tindakan mengharamkan kumpulan tersebut akan hanya melahirkan simpati berlebihan kepada kumpulan ini. Ianya juga akan dijadikan modal oleh golongan berfikiran sempit untuk memperlekehkan Islam.

Saya berpendapat tindakan yang lebih wajar adalah saperti berikut:

1. Melarang dan membatalkan penggunaan nama ISLAM pada kumpulan ini. Ini adalah kerana nama ISLAM yang digunapakai oleh mereka memberi gambaran dan persepsi seolah-olah mereka bercakap bagi pihak Islam atau mewakili suara Islam.Sesiapa pun boleh bercakap mengenai Islam (tertakluk kepada batas-batasnya), tetapi tiada siapa berhak bercakap bagi pihak Islam (melainkan mereka yang berautoriti saperti para ulama', mufti dan lain-lain).GAP SOKONG. PERKARA INI PERLU DILAKUKAN TERHADAP PAS JUGA KERANA TELAH LAMA MELACURKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK SEMPIT MEREKA.

Tambahan pula kumpulan ini bukanlah sebuah badan NGO yang berdaftar dibawah Akta Pertubuhan. Sebaliknya ia adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Akta Syarikat dengan nama SiS Forum Sdn. Bhd. Kalau dilihat sebenarnya namanya langsung tiada kaitan dengan Islam tetapi mereka memukul canang keliling dunia mendabik dada mereka adalah Sisters in Islam.

Pada saya tindak-tanduk kumpulan ini adalah mengelirukan orang ramai termasuk bukan Islam kerana mereka menyalahgunakan label Islam walhal nama pendaftaran mereka pun tidak begitu. Malahan saya mencadangkan supaya kumpulan ini menukar nama mereka kepada Ikatan Wanita Kosmpolitan (atau singkatannya IWK) agar sesuai dengan imej mereka yang kebanyakkannya tidak bertudung dan ada yang belum berkahwin pun. Bagaimana mereka nak bercakap tentang hak wanita dan soal perkahwinan Islam sedang mereka sendiri tidak mematuhi dan melaksanakan syariat Islam yang terlalu asas!

Oleh itu saya mendesak agar Suruhanjaya Syarikat Malaysia melarang atau membatalkan penggunaan label Islam oleh kumpulan ini.

2. Pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji tindak-tanduk dan kenyataan kumpulan ini serta apa-apa lapuran polis yang telah dibuat terhadap mereka. Sekiranya ujud sebarang kes prima facie, tindakan pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu daripada kumpulan ini perlu diambil termasuk menurut Seksyen 299A Kanun Kesiksaan.

3. Pihak berkuasa Islam saperti bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam perlu mengkaji untuk mengambil tindakan pertuduhan jenayah keatas kumpulan ini dan mana-mana individu dikalangan mereka yang didapati melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa kenyataan yang menjadi kesalahan mengikut mana-mana peruntukan dibawah Enakmen Jenayah Syariah.GAP sokong, tindakan yang sama juga harus dikenakan terhadap pemain2 daripada pas yang cuba mengganggu gugat keharmonian umat islam dengan cubaan meletakkan kalimah ALLAH di gereja. tindakan pemulihan akidah kepada khalid samad perlu disegerakan.

4. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengadakan muzakarah membincangkan tindak-tanduk dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kumpulan ini atau mana-mana individu dikalangan mereka. Sekiranya ternyata perbuatan atau kenyataan mereka didapati sesat atau bercanggah dengan aqidah, syariat atau perundangan Islam, maka mereka hendaklah dipanggil memberi penjelasan. Sekiranya mereka gagal dan atau ingkar setelah diberi peluang, maka Majlis Fatwa hendaklah mengkaji untuk mengisytiharkan kesesatan mereka sebagaimana yang telah dilakukan terhadap kumpulan Al Arqam, Kumpulan Ayah Pin dan lain-lain.GAP sokong, jangan lupa percanggahan dan kontradiksi persendakan agama yang dilakukan oleh anwar,pkr dan pas.

5. Saya juga mendesak supaya kumpulan ini menghentikan kegiatan mereka memperkudakan anak-anak perempuan pimpinan UMNO dalam usaha mereka mengetengahkan kehebatan kumpulan mereka. Saya khuatir penggunaan anak-anak perempuan pimpinan UMNO ini akan melemahkan semangat pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ini. Saya juga menasihatkan anak-anak pimpinan UMNO ini supaya memahami kedudukan dan nama ayah mereka akan terbabit dan terpalit dengan kegiatan kumpulan ini.GAP sokong, pihak bangsa melayu juga mendesak agar pas jangan memperkudakan nik ajis,khalid samad dll dalam cubaan melacurkan kesucian umat islam di malaysia.

6 comments:

YB_ajak said...

GAP,

saya selalu komen kat mamat zul kulim tu...kadang kenyataan dia boleh pakai...kadang2 haprak tetap mengagungkan si anuwar...

tapi dalam soal nie memang aku setuju yang PAS dah banyak mencarut tentang Islam demi kepentingan politiknya....

tentang SIS nie patut dah lama kena banned...memang menyusahkan persatuan nie...tujuan yang tak pasti....ntah sapa yang nak dia sokong....SOKONG GAP TUKAR NAMA SIS, BUANG PERKATAAN ISLAM DALAM SIS....

TUKAR NAMA kepada.....(cadangan dibuka)

YB Ajak

Aku.Pasbuih&Siamang said...

CUKUPLAH.Setakat PAS guna ISLAM!! dah cukup celaru dan haru biru...kini mai pula SIS..untuk apa? setakat ISLAM KULIT saja...
Sister In ISLAM? Jangan mengarut lagi lah..Belambak lagi Istilah boleh diguna..Semua itu untuk mencari dana Politik murahan...semua itu untuk memesong aqidah kita? Sedarkah kita..Yahudi meresap pengaruhnya lebih licik dari politik bangsa...
Tidak cukup lagi ke ABIM..belia Islamm,PAS parti Islam...kini SIS..sister in Islam...???
Untuk apa...Kalau setakat istilah Islam...pennyokongnya mengalah yahudi???
Sudahlah jangan terus mengarut dengan SIS.Jika nak juga pada nama itu buang saja perkataan Islam...jangan terus menyesatkan lagi bangsa dengan istilah itu....Apa itu Sister?..istilah yang diguna pakai oleh siapa? butakah kita? "Siapa Sister"???
Dulu,desak untuk guna nama Allah untuk agama mereka.Hari ini tubuh pula sis,guna pula nama “ISLAM”..besok lusa..Desak pula..masjid untuk dijadikan gereja…!!
Sedarkah kita..Pengaruh islam liberal sudah sampai ke penghujungnya…renunglah jangan terus memBUTA!!!

Anonymous said...

SIS = SISTER IN SEMALAYSIA..AMCM BRO AJAK? HEHEHEHE

Mohd Sufian said...

SIS... SIS. Better diamkan dirilah kalau jahil agama.

Sokong tambahan GAP.

najamarine said...

dah lama aku tak bape suke dengan sister in islam ni...

perjuangan mereka hanya dengan menggunakan akal logik dengan hujahan yg berasaskan pemahaman sendiri..

nama sister tu pun dah macam agama satu lagi yg menggelarkan pemimpin wanita mereka dengan sister.

kunun2 mereka ni berjuang untuk wanita muslim.dah la cetek ilmu agama,ada hati nak berjuang..kesiann..ni salah satu perosak akhlak muslim wanita di bandar membangun seperti kuala lumpur.mereka dengan selumber berhujah untuk kepentingan sosial mereka..

contoh..contoh je,Al-Quran melarang keras orang islam meminum minuman yg boleh memabukkan(arak).hujah mereka 'kami minum tak mabuk so kami tak boleh di persalahkan'.ni contoh paling senang untuk asas perjuang mereka ni..

YB_ajak said...

Jeffry,

Aku setuju dengan nama tu...suruh dia orang jumpa aku dulu untuk buat pendaftaran....

hihihi

YB AJAK