Sunday, June 7, 2009

PERPADUAN UMNO DAN PAS ? MULAKAN DENGAN ISU ARTIKEL 11 !


aku menyelongkar hampir keseluruhan lemari bloger pro umno dan pro pembangkang . pelbagai menu hidangan politik dihidangkan. ada yang memohon agar perpaduan umno/pas dilaksanakan. ada pula yang berpatah arang berkerat rotan tentang ide perpaduan ini.

apa pun alasan kamu aku terima, sebagai menyahut ide kepelbagaian pendapat. bagi aku mudah, perpaduan umno/pas ini perlu dilakukan . tiada salah untuk mencoba ide untuk kebaikan umat ini.

bicara perpaduan ini bukanlah retorik murahan dan cubaan pertama. kalau kamu memegang al quran dan sunah maka kamu sudah pastinya tanpa berdolak dalik akan bersetuju untuk mengulangi semula ide yang pernah nabi saw bawa.

umat islam/melayu hari ini berdepan dengan cobaan terhebat , hampir keseluruhan dosa dan cerita mengenai umat terdahulu sudah ada di depan mata kita. masalah murtad adalah sambungan kisah ar-riddah, masalah gay melayu merupakan kesinambungan kisah pengikut nabi lut, buang anak,peghinaan terhadap islam dll kerosakan moral dan akhlak kini sudah mencapai tahap membahayakan.

inilah masalah umat akhir zaman, dan tuhan menurunkan masalah ini bukan untuk diratapi sebaliknya pemimpin yang BERJIWA BESAR akan kembali memegang sejarah kitab untuk dijadikan panduan. siapa pemimpin melayu yang punyai pengaruh untuk bersama menyelesaikan masalah ini ? tiada lain umno dan pas.

perpaduan islam/melayu sudah lama kita idamkan. muhajirin mekah pernah bersatu dengan golongan ansar di madinah. golongan ansar ini pula adalah gabungan 2 kelompok yang sering berperang iaitu aus dan khazraj. PERISTIWA HIJRAH nabi saw adalah petunjuk kepada umno/pas untuk mengenepikan soal remeh temeh picisan berpolitik.

konteks perpaduan ini cukup luas, sama ianya berpadu untuk menyelesaikan permaslahan umat atau berpadu ke arah menguatkan pegangan umat.

pejuang kebebasan scotland pernah bergabung dengan pejuang irish dalam menuntut kemerdekaan ke atas kekejaman tentera english. kerajaan uthmaniah pernah membantu kesultanan melaka daripada serangan portugis.

mujahidin afghan terbentuk hasil daripada gabungan dua kelompok sunah dan syiah. mujahidin afghan telah bergabung dan bersatu dalam mempertahankan negara daripada diceroboh oleh kesatuan soviet.

burhanudin rabbani,ahmed shah masud,gulbudin hekmatyar,osama laden,aiman zarkhawi,katab antara singa-singa mujahidin gabungan sunah/syiah yang berjaya mengalahkan ketumbukan tentera soviet, kuasa ke dua terbesar pada era itu selepas amarikan.

tanyakan pada jiwa islam kamu sendiri, kenapa mereka bergabung ? tiada lain kerana JIWA IMAN mereka cukup besar, lebih besar mengatasi egoistik politik retorik mereka. kalau mahu disebutkan pada sikap mujahidin afghan sendiri, sebenarnya mereka tiada layak untuk bersatu kerana sememangnya perang berdarah sunah dan syiah tiada pernah terpadam dalam sejarah islam.

jiwa mujahidin afghan besar, kerana jiwa yang besar ini jugalah mereka telah mengenepikan buat sementara 'persengkataan berdarah' sebelumnya.

soalan aku, adakah persengketaan umno dan pas sudah menghampiri tahap mereka ? jawapannya tiada wahai saudaraku, sengketa umno dan pas senantiasa berlegar pada tahap berpolitik sahaja.

apakah quran umno dan pas berbeza ? apakah nabi umno dan pas berbeza ? apakah kitab umno dan pas berbeza ? apakah malaikat umno dan pas berbeza ? JAWAPANNYA SEMUA KITA ADALAH SAMA, TUHAN SAMA,NABI SAMA, KITAB SAMA,SUNAH YANG SAMA,MALAIKAT YANG SAMA..

jadi bermasalahkan kiranya usaha perpaduan umno dan pas ini dilakukan ?

OK GAP , KAU SETUJU DENGAN IDE INI TAPI BILA DAN DIMANA PATUT PERPADUAN UMNO DAN PAS BERMULA ? JAWAP GAP...JAWAP..

lebih lebih la pulak kau ni, nak provoke aku la tuh. macam prof agus lak.. macamni lah bro, asas hujah aku tadi mudah umno dan pas perlu bergabung dalam isu melibatkan kepentingan islam/melayu itu sendiri.

tanyakan pada diri kita, DOSA YANG MANA ALLAH TIADA MEMBERI KEAMPUNAN ?

JAWAPANNYA...MURTAD. selepas wafat nabi saw, khalifah pertama islam abu bakar as sidiq r.a telah diduga dengan satu masalah besar daripada tuhan..bukan diduga dengan isu rempit,ecstasy,pil kuda dll ...sebaliknya masalah murtad.

hari ini jumlah ahli parlimen umno dan pas telah membentuk separuh daripada jumlah kerusi dewan rakyat.

MAKA USAHA PERPADUAN UMNO DAN PAS YANG PERTAMA WAJIB DILAKUKAN ADALAH MENYELESAIKAN ISU DURI DALAM DAGING UMAT ISLAM, IAITU ARTIKEL 11.SELESAIKANNYA ONCE N FOR ALL.

BERGABUNGLAH DALAM MENGHENTIKAN SECARA TOTAL PEMURTADAN ANAK-ANAK MELAYU . MURTAD ADALAH DOSA YANG TIDAK AKAN DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SWT, MAKA UMNO DAN PAS JADILAH PENYEBAB UTAMA TERHENTINYA MASALAH MURTAD DI MALAYSIA.

gap cukup yakin, kiranya umno dan pas bergabung dalam menyelesaikan isu murtad, maka rahmat ALLAH SWT akan melimpah turun dan kita akan dirahmati dunia dan akhirat !

amin

21 comments:

Mohd Sufian said...

Bersatulah UMNO-Pas

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." - AlQuran, Surah AlHujurat ayat 10.

Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit" – Hadith riwayat Muslim

Mohd Sufian said...

Bersatulah UMNO-Pas

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." - AlQuran, Surah AlHujurat ayat 10.

Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit" – Hadith riwayat Muslim

Button Sousa said...

saya amat bersetuju dengan pandangan GAP.Bersatulah demi kesejahteraan umat Islam.Berpeganglah dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

Anonymous said...

Masalah nya ada orang tua yang x suka istilah perpaduan..dia ungkit cerita setengah abad yang lalu..kononnya sejarah pahit...mungkinkah dia tidak tahu masa telah berubah..cabaran telah berubah..orang telah berubah..
pada halal-quraan telah menjelas sejelas-jelasnya...
Orang UMNO ni nampak je rupa tak berapa warak..tetapi ada ilmu..dan tak tunjuk..tetapi kalu di bawa oleh ahli agama secara berhikmah insyaalah...mereka lebih baik dari mereka yang berjangut..tetapi suka kepada fitnah dan adu domba...
mari lah umat melayu bersatu..tetapi x payah bubar pati masing-masing...check and ballance..

cinta perpaduan said...

Sebenarnya tiada masalah perpaduan di antara UMNO dan PAS. Masalahnya adalah batu api dap dan pkr. dap dan pkrlah punca masalah kegawatan politik hari ini terutamanya keghairahan nuar aljub=jub untuk menjadi pm dan membalas dendam terhadap umno.

pak malau said...

Syabas GAP! dan Pyan Kemain.Tapi Iklaskah Agenda ni GAP.Jangan diwaktu terkapit dan tersepit baru kita berpandu pada surah dan hadith.Bila kita merasa diri sudah selamat Hukum dan hadith kita berdalih.

Tapi bagaimana Amanat Awang Hadi GAP?masih Valid lagi ke? atau terbatal begitu saja.

Adakah Agenda perpaduan ini belaku atas dasar kesedaran PAS dan UMNO,ataupun masing2 untuk selamat periok masing2.

Sunah dan Hadith itu sadah pasti yang orang Islam tidak boleh jauhkan diri,cuma selama ini PAS saja yang mempermainkan isu ini.Akhirnya satu khariah dua imam.Imam PAS dan Imam UMNO?

Tapi jika perpaduan UMNO dan PAS setakat untuk menjaga perut masing2 dan untuk menagih jawatan dan tuntutan yang bukan2,pada aku elok PAS boleh jalan dengan Perpaduan yang dicadang dan dirancang ini.Kerana pada aku,biar karam satu nakhoda.Dari tersesat dua nakhoda?

Dan dimana pula kebenaran hadith nabi ini? Jika Ulama' juga sibok dan kemaruk untuk memerintah?


Dalam hadis Nabi,

Sudah jelas memberitahu bahawa sebarang masalah tidak akan dapat diselesaikan sampai bila-bila jika ulama jadi pemerintah.Ulama yang mencampuri urusan pemerintahan Negara akan mewujudkan kesan buruk.

Anonymous said...

ya saya sokong gap..isu ini amat penting cthnya d sabah rata2 isu ini akan di doa kan serta d aminkan maka tdk hairan lah pada setiap solat jumaat dan ceramah kita selitkan juga doa supaya isu murtad ini dapat d selesaikan segera..kedua2 parti ini harus duduk semeja bincang isu ini terlebih dahulu..jng sudah jauh terpesong baru nak terkial2 cari jalan..sama2 parti yg asasnya dan tunjangnya dari agama islam maka tdk salah juga kalau duduk bersama selesaikan soal ini, ahhh persetan itu kerajaan dan persetan juga tu perkataan pembangkan tepis dan letak dulu ia jauh2 dari kamus politik...skg kita bg contoh pelajar2 islam yg belajar d U terutamnaya perempuan betapa jauhnya mereka d murtadkan semata2 kerana cinta...ada d kalangan pemuda bukan islam menyemaikan bibit2 cinta d kalangan pelajar islam maka perlahan2 mereka d murtadkan maka yg lemah iman mereka hanyut d buai cinta dan d murtadkan begitu saja..itu contoh kecil saja..insallah kalau blh kerajaan perpaduan d jalankan semoga isu ini dapat d selesaikan sebaiknya...kami rakyat hanya mampu berharap dan mengaminkan doa dan harpan ini..( suara kecil PAS sabah )

nuar bekas banduan said...

Elok lah berunding dan berbincang sebab kalau dilihat perkembangan sekarang orang melayu telah dihempap kiri kanan atas bawah.Dulu uncle sam je sekarang orang upahan yusof kalla sahabat karib al-liwati pun dah start provoke negara kita kat dalam talian,sikit hari lagi Sifu DAP LKY nak datang melawat memberi sokongan moral kat penang(walau pun program lawatan termasuk perak dengan kelantan tapi matlamat utama penang-faham sendiri la)Kalau pemimpin melayu dok tak faham tak tau la.sama2 kita doakan supaya pemimpin pas dan umno sama2 buang batu besar kat atas kepala.

MelayuBangangLawanMelayuBodoh said...

Dulu 90an aku pas, 99 aku Anuarism, 2009 aku berdiri di atas politik.Tok guru aku kata dulu..
"Macam naik atas helikopter". Nampaklah CATURAN yg menakutkan dibawah tu..

INGAT Dulu: HAMAS pernah tembak menembak ala gerila dgn salah satu lg pejuang palestin (xsilap FATAH)
pakai peluru hidup lg oii main tembak-tembak... depa ni nak LAWAN yahudi ,
ada +/- 4 kumpulan palestin gaduh sama sendiri. (Masa tu DUNIA ISLAM sgt SEDIH peristiwa tu)...
tp nak lawan Yahudi yg cerdik gila tu.. yg Kaya gila tu.. yg Berkuasa gila tu...

THEN...

aritikel oleh Dr Hafidzi : menarik ooo..cukup lebih kurang sama
TANAH PALESTIN case ngan TANAH MELAYU..case

Iktibar Dari Kemenangan Hamas Dalam Pilihanraya
---------------------------
6. Hamas tidak pernah melihat kemenangannya dalam PR legislatif Palestin sebagai kemenangan di atas lawan politik mereka. Bagi Hamas kemenangan yang dicapai adalah kemenangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kerana itu langkah pertama yang diambil oleh Hamas sebaik diistiharkan sebagai pemenang ialah dengan mempelawa Fatah untuk bersama membentuk kerajaan (meskipun Hamas hampir memenangi 2/3kerusi, 62% dari bilangan kerusi yang dipertandingkan). Bahkan Hamas turut mempelawa kelompok-kelompok yang lain seperti PFLP dan Jihad Islami bersama menerajui kerajaan Palestin.

Source: http://www.pacemalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=69:iktibar-dari-kemenangan-hamas-dalam-pilihanraya&catid=19:pace-latest&Itemid=51

MelayuBangangLawanMelayuBodoh said...

Dulu 90an aku pas, 99 aku Anuarism, 2009 aku berdiri di atas politik.Tok guru aku kata dulu..
"Macam naik atas helikopter". Nampaklah CATURAN yg menakutkan dibawah tu..

INGAT Dulu: HAMAS pernah tembak menembak ala gerila dgn salah satu lg pejuang palestin (xsilap FATAH)
pakai peluru hidup lg oii main tembak-tembak... depa ni nak LAWAN yahudi ,
ada +/- 4 kumpulan palestin gaduh sama sendiri. (Masa tu DUNIA ISLAM sgt SEDIH peristiwa tu)...
tp nak lawan Yahudi yg cerdik gila tu.. yg Kaya gila tu.. yg Berkuasa gila tu...

THEN...

aritikel oleh Dr Hafidzi : menarik ooo..cukup lebih kurang sama
TANAH PALESTIN case ngan TANAH MELAYU case..
Iktibar Dari Kemenangan Hamas Dalam Pilihanraya
6. Hamas tidak pernah melihat kemenangannya dalam PR legislatif Palestin sebagai kemenangan di atas lawan politik mereka. Bagi Hamas kemenangan yang dicapai adalah kemenangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara Palestin. Kerana itu langkah pertama yang diambil oleh Hamas sebaik diistiharkan sebagai pemenang ialah dengan mempelawa Fatah untuk bersama membentuk kerajaan (meskipun Hamas hampir memenangi 2/3kerusi, 62% dari bilangan kerusi yang dipertandingkan). Bahkan Hamas turut mempelawa kelompok-kelompok yang lain seperti PFLP dan Jihad Islami bersama menerajui kerajaan Palestin.

Source: http://www.pacemalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=69:iktibar-dari-kemenangan-hamas-dalam-pilihanraya&catid=19:pace-latest&Itemid=51


MelayuBangangLawanMelayuBodoh

amri said...

(apakah quran umno dan pas berbeza ? apakah nabi umno dan pas berbeza ? apakah kitab umno dan pas berbeza ? apakah malaikat umno dan pas berbeza ? JAWAPANNYA SEMUA KITA ADALAH SAMA, TUHAN SAMA,NABI SAMA, KITAB SAMA,SUNAH YANG SAMA,MALAIKAT YANG SAMA..)

Jawapanya:
Memang nabi sama tapi UMNO menolak hadits nabi dan mempertikaikannya.

memang Qur'an sama tapi UMNO tak mahu pakai qur'an bahkan nak kaji semula (Mahadthir dulu).

Memang semuanya sama tapi UMNO tak pernah menerima semuanya, Cuba perhatikan betul-betul, selidik secara ikhlas dan penuh sedar.

UMNO TAK SUKA ISLAM DIMARTABATKAN APATAH LAGI DIAMALKAN DI MALAYSIA.

Hanya mengaku saja ISLAM tapi ISLAM ditentang.

PARPUKARI said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

anti bodoh said...

UMNO menolak quran dan hadith?

Bagang punya statement,

so DAP menerima quran dan hadith?

UMNO TAK SUKA ISLAM DIMARTABATKAN APATAH LAGI DIAMALKAN DI MALAYSIA.

so, DAP suka Islam dan ingin memartabatkan Islam di Malaysia?

???

Fair And Square said...

kepada saudara amri..

jangan menaip seperti orang yang hilang pedoman...niat baik yang disuarakan oleh saudara gap agar kita tak kisah umno atau pas agar membentuk kerjasama adalah untuk demi agama dan bangsa kita juga..

Anonymous said...

Pas sebenar GAGAL mengikut jejak Rasullah yang mana Rasullah berjaya menyatu padukan Umat Islam..tetapi PAS memisahkan umat ISLAM dan takmahu bekerjasma atas alasan berlainan ideologi politik...pelik pelik..

pak malau said...

GAP !!HUsam- PAS Tak RELA jadi Tunggangan UMNO? TAPI lebih rela Ditunggang DAP dan dikaldaikan Makal Sakthi????- ha..ha..ha..Ini semua gara2 Ust Nga di Perak,Ust GoBula di Kedah.Akhir Pas Tak Rela di Tunggang UMNO tapi Lebih rela Ditunggang DAP dan Makal Sakthi....yahooooooooo!!! Hebat Pas?? Tahniah Husang musang!

Dee said...

Salam Gap. .
Saya tertarik dgn komen saudara Amri..kalau dilihat komen saudara Amri ini seolah olah umno gagal dlm menjalankan amanahnya untuk menegakkan syiar islam di Malaysia ini.Gagal kerana tidak menjalankan hukum hudud?..Anda seolah berpendpt islam umno tidak semolek islam pas,walaupun telah dinyatakan oleh Gap yg kesimpulannya islam umno dan islam pas sama saja.Tnya la diri saudara takwah anda bagaimana? Dan takwah org lain bagaimana pulak?? Org yg beriman dan takwah pd Allah dgn mematuhi suruhanNYA dan menjauhi laranganNYA mulia lah di sisi Allah tak kira ianya org islam penyokong umno atau islam penyokong pas. .

Tentang hukum hudud yg umno tidak laksanakan di Malaysia setakat ini. Anda perlu ingt Malaysia ini berbilang kaum dan agama..Adakah kaum2 lain menerimah hukum hudud sepenuhnya.? Sudah tentu tidak bkn . ''Langkah mayat saya dulu-karpal singh'' itu kata karpal singh dan bnyk lagi golongan seperti kapal singh cuma mereka tidak bersuara.Saya percaya kerajaan tidak lah takut dgn suara2 mcm karpal singh tu..Pada pendapat saya sebagai kerajaan pemerintah di Malaysia yg berbilang kaum ini,toleransi,memupuk kesafahaman antara kaum,agenda perpaduan kaum,hidup harmoni antara kaum adalah penting untuk menjamin keamanaan negara.Boleh hukum hudud ditegak kan tpi kita tidak boleh memaksa kaum lain menerimahnya.Kalau hukum hudud ditegakkan juga walau ada bantahan ini akan menimbulkan bnyk masalah.Sudah tentu kaum bkn islam tidak dpt menerimah keputusan makamamah syariah berasaskn hukum hudud sepenuhnya yg dijatuhkan keatas mereka kerana mereka ini bkn islam dan sudah tentu tidak fhm tentang hukum hudud ini..Boleh kah mereka ini dididik tntng hukum hudud ini sedangkan mereka bkn islam?? Sudah tentu tidak dan mereka juga tidak boleh dididik dgn paksa..kaum bkn islam hanya boleh menerimah hukum hudud ini jika mereka sendiri memeluk islam dan patuh pd ajarannya.Sudah tentu pula mereka ini tidak boleh dipaksa memeluk islam semata mata ingin menegakkan hukum hudud.

Kesimpulannya jika hukum hudud ini ditegakkan di negara seperti Malaysia ini ramai yg membantah,kalau dipaksa juga ramai yg akan memberontak.Hubungan kaum akan tegang,,ramai yg memprotes,memboikot dan mcm2 lagi yg akan membawah ketidak tenteram rakyat.Keadaan tidak menentu dan mungkin huru hara..jika ini berlaku maka dgn sendirinya hukum hudud itu gagal dilaksanakan dan sebagai kerajaan memerintah juga gagal melaksanakan tanggungtwbnya untuk menjamin keamanan dan keistabilan hubungan antara kaum.Gagal menjaga keamanan negara

Pada pendapat saya lagi dlm konteks masyarakat majmuk ini adalah lebih baik bersifat sederhana seperti skg dan pd masa yg sama menyebarkan syiar islam dgn berdakwah cuba mendekati mereka ini,mungkin ada yg tertarik dgn keindahan islam dan mendapat hidayah untuk memeluk islam.

Bagi saya pas belum memerintah Malaysia lagi tapi telah gagal menegakkan hukum hudud dgn penangguhan'' Hukum hudud akan dilaksanakan dlm msa 30 thn lagi ''? . .Slogan selama ini yg digenggam erat '' Kerajaan Islam '' telah ditukar kpd '' Kerajaan Berkabajikan ''?? ..

Apapn saya sokong saudara Gap. Kerajaan perpaduan antara umno dan pas perlu dilakukan jika ianya untuk kebaikan masa dpan melayu dan islam di tanah tumpah darahnya sendiri.Saya sokong kerana soal bangsa agama dan tanah air perlu diutamakan dan tiada kompromi dlm hal ini..Saya amat setujuh dan sokong sepenuhnya walaupun saya bkn penyokong pas dan pakatan rakyat. .

Untuk Saudara Gap. .Teruskan perjuangan demi bangsa agama dan negara..

Sekian. .

pak malau said...

Anakbukit. Husam kata PAS tak sanggup jadi Kuda pada UMNO.Tapi Hari ini PAS sanggup pula jadi Kaldai yang di Tunggang oleh DAP,dan Makal sakthi? Anakbukit tolong komen sikit..

THE MOST INTELIGENT MAN.. said...

Husam ni cerdik,cuba tgk mata dia.Tp cerdik ala Nuaq.apa itu cerdik ala Hadi?CERDIK ALA HADI: Dlm hal sembang ng umno sudah menakutkan DAP.apatah lg nuaq yg sgt xsabaq2 tu.jarum indirect DAP rasay bakal sayap non-muslim tu(awat xjoin DAp?).Bila PAS juai mahal..depa dpt demand KRUSI(skaligus jd POWER dlm PAKATAN!)..CERDIK ALA DAP: Pas nanti power, susah dikudakan(ikut ckp). CERDIK ALA NUAQ: Bila DAP xsudi,krusi nanti PKRM yg kena bg,alasan byk sgt krusi..sapa lebih cerdik la ni ..Hadi?Nuaq?DAP? (husam !?¿)

TebuHitam said...

Selamat bersatu Pas dan Umno demi perpaduan kaum melayu dan demi 1 Malaysia.

anakbukithijau said...

Salam sejahtera.
Aku minta maaf kerana mungkin bahasa “aku” agak kasar sedikit. Tapi oleh kerana kebiasaan aku terasa janggal pula nak guna bahasa atau perkataan yang lain. Tak salah kan, sedang dengan Allah pun kita menyebut “aku”
Kalau dapat aku selami maksud dan hasrat GAP ialah untuk MELAYU kembali bersatu dalam satu bentuk perjuangan yang dapat menguntungkan bangsa, dunia dan akhirat.
Dan kebetulan Melayu merupakan ahli kepada dua parti politik yang terbesar dan berpegaruh di Malaysia saat ini. Sayangnya kedua-dua parti tersebut tidak dapat mempengaruhi keseluruhan bangsa Melayu bagi menentukan identiti dan halatuju yang satu. Maksud aku biarlah sebanyak mana parti politik diwujudkan di tanahair tercinta ini, Melayu tetap dengan jatidirinya. Jangan kerana politik Melayu mula hilang identiti, seperti yang berlaku sekarang. Dan yang lebih parah, kerana politik Islam juga turut “bercelaru” dengan berbagai “fatwa”. Kita tidak mahu Melayu dan Islam menjadi mangsa kerakusan politik. Kita tidak mahu Melayu dan Islam diabaikan lantaran kepentingan politik. Politik kita nampak hebat tetapi bangsa dan agama mudah dihina dan diperkuda, khususnya sesama warga. Kita mahu Melayu dan Islam sama-sama kuat dan hebat.
Aku percaya apabila Melayu dan Islam mantap, warganegara Malaysia yang lain tidak akan mudah memperlekehkan kita. Aku juga amat berharap tidak ada pihak yang lain yang terus mempersendakan Melayu dan Islam dan mendapat tepukan yang gemuruh. Tetapi apabila seorang Mufti memberi teguran orang politik Islam sebaliknya akan membuat saggahan yang mengelirukan. Aku benar-benar berharap orang bukan Islam jangan mempengaruhi orang Islam dan Melayu dengan ayat2 suci dan hadith. Kami tahu niat kamu.
Kalau kita benar mahu “membuang yang keruh” usahlah diungkit segala kesilapan yang berlaku. Duduk dan bincangkan sebagai satu bangsa yang menganut Islam.
Aku benar-benar takut kalau kita lambat-lambatkan, bangsa dan agama kita akan menghadapi angkara yang akan memusnahkan segalanya, bangsa dan agama. Lupakan politik sekejap.