Saturday, September 12, 2009

AZAN



lepas pulang dari berbicara bersama penduduk melayu shah alam, aku sempat menonton rancangan rtm. siaran langsung solat tarawih di mekah. memerhati bacaan ayat suci quran dari imam solat tarawih di mekah, menyebabkan hati aku terdetik sebak.

lensa kamera pandai memain peranan.wajah-wajah umat berlinang air mata ada kala kelihatan.syahdu dan pilu. bacaan ayat suci yang sempurna lagi mengasyikkan bisa meruntun jiwa. aku mengetap bibir melayang fikiran.

entah bila aku bisa menghantar emak bapak aku ke sana ? kadang-kadang aku terasa hati bila melihatkan pergaulan orang tua aku bersama jemaah surau di kampung. ramai dikalangan teman orang tua aku senantiasa berbisik berseloka, akan kehebatan mengerjakan umrah dan haji. adakala bila melihatkan wajah orang tua aku medengar cerita sebegitu, aku tahu senyumannya itu pura-pura.

dalam fikiran yang terbang melayang mendengar bacaan imam solat tarawih, aku teringat akan laungan azan.

kisah tukang azan paling mulia dalam sejarah islam. bilal ibnu rabah. dia hamba abdi dan kulitnya hitam legam. bilal antara manusia terawal mengucap kalimah syahadah di depan rasulullah saw. bilal antara 10 sahabat r.a yang dijamin sorga.

kisah bilal bisa meruntun jiwa. bilal tatkala memeluk islam hidup nya didera. siang badannya yang kurus kering itu di himpapkan batu besar oleh tuannya yang kafirin. pada malam hari dia dicemeti. semua kerna gara-gara dia memeluk islam.

namun derita jiwa dan raga ini tiada mampu merobah akidah bilal. dia diseksa kerna memilih islam sebagai jalan hidupnya. tragis hidupnya, setiap kali badannya dilibas cemeti , mulut mulianya tiada lain akan menyebut AHADD ! AHADD! tuhan yang satu.

derita dan seksa bilal menemui titik gumbira tatkala abu bakar as sidiq r.a menebus lalu membebaskannya. pada saat itu bebaslah hidup sahabat mulia. berdakwah penuh semangat di setiap pelosok mekah dan madinah. suara azan bilal berkemundang pada setiap waktu sembahyang.

peristiwa perang saudara (perang siffin) telah melanda, diikuti dengan perang jammal (perang unta). semuanya gara-gara munafikin yang mengadu domba. rasulullah saw,abu bakar,umar,uthman telah wafat pada tika itu.bilal telah lama menghilangkan diri, berkelana bertahun-tahun di bumi syam (syria).

satu ketika beberapa sahabat bertemu bilal di syam. bertanya akan kisah silam hidupnya bersama junjungan besar nabi saw. tatkala nama mulia itu disebut, bilal menitis air mata. gugur berderu jiwanya apabila mengingatkan kisah lama. sahabat yang datang melawatnya juga tanpa segan dan silu menangis kesedihan apabila bilal membuka bajunya, menunjukkan berpuluh kesan luka akibat dicemeti dibadan. maha suci tuhan. sungguh, berderau jantung aku pada saat aku menulis kisah bilal !

satu malam setelah selesai sunat tahajudnya bilal tidur dengan lena. dalam tidur bilal bermimpi, didatangi dalam mimpinya junjungan besar rasulullah saw. "wahai bilal, kenapa kamu tidak mahu menjenguk aku", kata rasullullah dalam mimpinya.

tersentak dan terbangun dari tidurnya. bilal menangis teresak-esak melihatkan petunjuk dari tuhannya.ya sudah bertahun aku tidak menjenguk makam rasullullah saw.

bilal mengemas kelengkapan, bertolak segera dari syam ke madinah. perjalanan panjang akhirnya tiba jua. kedatangan bilal ibnu rabah, disambut penuh gembira seluruh penduduk madinah. hasan dan husin cucunda rasulullah memeluk erat sahabat mulia nabi saw.

tatkala solat zuhur menjelang, seluruh penduduk madinah meminta agar bilal melaungkan azan. desakan maha hebat ini juga datang daripada cucunda hasan dan husin. bilal tidak dapat menolak permintaan sahabat tersayang.

dilangkahnya perlahan kedalam masjid. menghadap kiblat akhirnya suara azan keramat itu sekali lagi berkumandang. suara inilah yang pertama berkumandang pada zaman kebangkitan islam mekah dan madinah. suara inilah yang pernah berkumandang di waktu aus dan khazraj digabungkan dalam peristiwa hijrah.

lebih penting, suara azan inilah yang mengingatkan semula kenangan seluruh penduduk madinah tentang rasulullah saw. tatkala suara azan ini bergema di kota madinah, seluruh penduduknya menangis teresak-esak , ada yang menutup wajah ,ada yang melutut menangis kerana teringatkan kenangan hidup bersama rasulullah saw !

aku tak mampu untuk menyambung kisah tragis ini.inilah sikap sebenar umat apabila azan berkumandang.tetapi hari ini pemimpin islam takut untuk menangkap cina yang selamba menghina azan. islam agama aku dihina dan dicerca. perhatikan sekeliling kamu.

ketuanan rakyat adalah puaka agama.pas adalah pelacur maha gila.bila hero 1 malaysia kata umno pejuangkan agama, aku menggelengkan kepala. hari ini hishamudin menangis mendengar takbir raya di penjara. hishamudin sepatutnya sudah lama menangis bila azan dihina. hishamudin dan hero 1 malaysia sepatutnya lebih banyakkan istigfar daripada menangis, kuasa sudah ada ditangan kamu, tapi kamu tak buat apa !

samada zulkifli nordin si telur separuh masak,pas,hero 1 malaysia atau hishamudin. hentikan permainan politik islam maha plastik. hishamudin dan hero 1 malaysia patut lebih awal menangis tatkala aishah bukhari telah murtad.

sungguh, samada najib dan pimpinan tertinggi umno. kiranya penghinaan lama dan baru terjadi lagi terhadap islam dan bangsa, aku akan menuding jari pada kamu. kamu sudah diberi amanah dan kuasa tapi kamu masih leka ...leka dan terus leka ! SILA BANGKIT DAN BERLAGAKLAH UMPAMA SINGA.. SINGA YANG MENJADI RAJA DI BELANTARA, BUKAN SEPERTI SINGA YANG TAKUT PADA KHINZIR DAN LEMBU ! YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI !!!

17 comments:

Frodo Baggins said...

serius ... sangat sedih


terkesan di hati

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara.

Tulisan yang bererti sekali.

Begini seharusnya kita blogger Muslim menulis.

Ada cara hendak menegur pemimpin. Bukan hanya sekadar memaki hamun mereka sepanjang masa.

Mereka manusia seperti kita jua.

Tidak sama dengan kita dari segi semangat ingin mempertahankan kedaulatan Islam ataupun memperjuangkannya.

Disatu pihak kita melihat puak yang memperjuangkan Assabiyyah. Satu pihak lagi mengaku perjuangkan Ad Deenul Islam.

Pihak Assabiyyah perjuangkan ketuanan Melayu Islam.

Pihak Ad Deen perjuangkan 'rakyat' yang masih belum sebulat suara menabalkan mereka menjadi sang pemerintah seluruh negara.

Didalam perjuangan puak 'Ad Deen' kedudukan Melayu Islam terpinggir ketepi manakala Al Islam di injak dan diperleceh mengikut suka rakan pakatan di atas tiket leberalisasi.

Pihak Assabiyyah tidak empunyai semangat juang seumpama pejung nasionalis terdahulu dan pemimpin yang ada sekarang berpalit sejarah dosa dosa silam.

Walau kokok berderai derai ekor mereka ternyata berpalit tahi.

Saya nampak hanya kehancuran dikedua pihak yang mengaku Melayu beragama Islam.

Ini sahaja tanahair kita yang ada.

Seandainya para pimpinan Melayu Islam terus bersengketa dan mengadu domba senantiasa, saya percaya bahawa tanahair ini akan hilang jua ketuanan Melayu Islam didalam dekad yang akan datang.

Seandainya Melayu Islam terus degil macam nak mampos, tanggung sahaja natijahnya didalam pilihanraya akan datang.

Buat sementara ini, kita yang masih sempat hidup lagi ini mahu tak mahu kena menegur kedua dua pihak demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!

Nak harap ulama?

Mintak maaf le. Ulamak cari makan memang dah terlalu banyak sekarang.

Dok asyik na'am na'am tak sudah!

Hanya suara bloggers seperti kita je yang kedengaran.

Itupun nasib le.

Silap terbit artikel atau terlajak cakap, 'Dalaam masukk!!'

Bukannya nak boleh jadi apa pun.

Duduk berlengkar kat istana pun Malaikatul Maut pasti singgah jadi apa benda nak dihairankan?

Qullu nafsin iza iqatul maut!

Teruskan mujahadah tuan.

Pohon saya cuma satu. Biar menegur dengan berhemah.

Insya Allah akan ada hasilnya.

Selamat berpuasa tuan.

Wassalamualaikum wr wb.

najamarine said...

salam bro..

sungguh..benar kata2 bro..
kita di hidangkan dengan permainan politik yg kronik...

terlalu menjaga hati orang kafir yg menghina ISLAM tanpa mempertahankan..baik dari UMNO dan juga PAS..sampai bila kita hendak bermunafik seperti ini!!!

sedihh..kecewa sangat2..

Anonymous said...

Hati ku menangis.Kasihnya mereka pada agama Allah SWT.

Ekeng A/L Etong said...

Takbirrrrr
Allahu akhbar!

sasha2020 said...

Elok lah menegur. Tapi biarlah dgn hikmah. Bukan sahaja hikmah dlm menegur tetapi dlm tindakan.

Bila tindakan tak diambil, bukan bermakna kita diam. Yang penting ialah perkara tersebut tidak berulang. Mungkin ada pihak-pihak yg telah menggunakan kaedah secara hikmah menegur Cina tersebut. Mudah-mudahan jika cara kita betul , mungkin Cina tu masuk Islam.

Dari zaman rasulullah lagi memang Islam sentiasa dihina dan diperlecehkan. Ini tidak bermakna, rasullullah juga harus menggunakan pendekatan yg sama.

Dengan pendekatan Rasullullah yg berhikmah, maka ramai orang telah mememuk islam dan tertegaknya negara islam di situ.

Anonymous said...

OK GAP...
ada class posting kali ni..azam bro,azammm...

telagi.blogspot

CAK said...

sungguh terkesan jiwa aku bile bace tulisan GAP. kadang2 aku tak paham kenape pemimpin2 kita ni makin lama makin terbuai dengan kekuasaan sampai sanggup menggadai maruah agama dan bangsa? aku sangat geli dgn mainan politik tak kiralah dari kerajaan mahupun pembangkang. parti yg aku ingat boleh seimbangkan keliberan kerajaan terhadap ISLAM dah jadi lebih liberal pulak.

nak mintak kebenaran untuk letak dalam blog hambe. antara tulisan GAP yg sangata berkualiti. semoga saudara sentiasa berjuang demi agama dan bangsa kite..

Nasir_Section 27 said...

bro,
penulisan yg boleh aku katakan "fantastik"..betul2 menusuk kalbu..syabas bro..aku harap pemimpin kita jgn asyik menyalahkn org sahaja..

Poppiapap said...

Sampai hati pemimpin2 dan totok2 Pas melacurkan Islam. Nurakalah untuk mereka2 yg zalim ini.

Me layu said...

Kalau UMNO sedar akan KUASA yang ada padanya sekian lama,melayu dah jadi Tuan dari segenap segi dinegara ni.Bangsa pendatang yang sepatutnya meminta sedekah dan menjadi kuli Melayu.Tapi disia siakan KUASA yang ada.Jangan nanti bila Allah dah tarik KUASA tu barulah nak menyesal dan sedar.

Arif Omar said...

amat setuju

GAP KEMBALI said...

hobit frodo
aku yang menulis lagi rasa sedih.teramat sedih. cerita ini dalam memori aku waktu form 6. org tabligh ceritakan.lagi asyik bisa menikam jiwa.

mahaguru 58
kepada pembaca budiman.aku sudah lama mengenali mahaguru 58,sejak wujud web malaysiatoday.namun sampai hari ini tidak pernah bertemu muka.

mahaguru, aku hargai nasihat kamu. amat hargai.namun sepertimana biasa, lauk yang pedas adakala berguna.

mahaguru , moga mujahadah tuan juga akan diberkati. teruskan hentakan.aku berdoa agar kita boleh bertemu satu hari nanti.salam ramadan tuan.

naja
aku setuju pandangan ikhlas kamu. memang benar politik islam sekarang sekadar kosmetik sahaja. namun aku lihat ada ruang dalam umno.

kalah mereka penuh iktibar,moga kembali kepangkal jalan.

ekeng
takbir

cak
kini waktu menegur perlu lebih agresif. moga islam dan bangsa kembali menjadi raja di bumi bertuah.

nasir
teruskan hentakan

pak arif
moga dapat bertemu di melaka.teruskan hentakan luar biasa.

me layu
teruskan hentakan padu !

Aku said...

salam GAP,

sirah yg amat memilukan hati kita dan menginatkan kita betapa kita mengabaikan Islam dan menyakitkan hati rasulullah dengan perpecahan ummah yg semakin hari semakin teruk..sirah yg saudara GAp sebutkan itu, boleh ditonton di video youtube ini.cara penyampaian habib ali al-jufri yg juga merupakan keturunan rasulullah melalui imam hussein begitu menyentuh jiwa saya..bagi yg berminat boleh click untuk video youtube ini untuk kisah yg lebih detail..

http://www.youtube.com/watch?v=Vddm9vvy_Uc&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=qouZH6O1Dog&feature=related

munkin gap boleh includekan video ini untuk memantapkan lagi penulisan gap dengan bersandarkan kisah 'azan' yg memilukan ini..

wénkt said...

wah
Mcam tak percaya ini gap yg sy kenali
Hehe

Tahniah
Dah lama xdgr cerita agma

Anonymous said...

kepada GAP...
Tahniah diatas tulisan anda itu...
mmg superb!!!
terusik hati saya membacanya... walaupun sebelum ini ia telah terusik dgn kata2 wakil india di dewan yg sy tgk didlm youtube...
bukan mudah untuk memperjuangkan Agama dan Bangsa...
sape lah kite semua nie yg menjadi tuan kepada tanah melayu.. hanya dari atas nama sahaja..

from boyesen

Frodo Baggins said...

salam .. bro GAP ... saya mohon izin cilok sedikit article azan ni .. akan credit blog bro GAP ... tahnkz bro gap