Sunday, November 22, 2009

UMNO SELANGOR TERUS BERDENGKOR , GAP AKAN SEMAKIN RADIKAL !

inilah bola. thierry henry dianggap sebagai penipu dalam perlawanan klimaks penentuan kelayakan piala dunia sewaktu peranchis menentang ireland. tampanan tangan kiri oleh henry sebelum menyilangkan bola dan ditanduk oleh rakannya memang jelas dan nyata.

henry sepantas mungkin mengaku silap dan mahukan perlawanan semula tetapi ia bukan lazim seperti yang pernah FIFA lakukan...tampanan tangan henry meyamai kontroversi hands of god yang dilakukan oleh diego armando maradona dalam perlawanan piala dunia 1986 sewaktu menentang england di mexico..

apa pun hujahnya, peranchis layak ke pusingan piala dunia..samada kontroversi atau tidak, terpulang pada budi bica kamu sendiri..

aku bercakap mengenai peluang dan masa keemasan. opurtuniti yang mendatang digunakan secara penuh (fully utilise) dengan semaksima mungkin..

hari ini pakatan haram semakin menemui ajal politik. pakatan ini adalah gabungan ideologi berlainan akidah dan pendapat.. pas,pkr dan dap melaksanakan perkahwinan mutaah, walaupun pak haji dalam pas tahu mereka telah melanggar perjuangan asal..

mereka melakukan zina politik,berfantasi seksual politik dan sanggup melanggar hukum perjuangan asal mereka. .

lihat sahaja pada posting kesemua bloger anti anwar yang lepas. ia sebenarnya amat banyak dan tak tercakup untuk aku nukilkan..bola tanggung yang bloger berikan kepada umno tidak terkira. kamu sebut sahaja nama kalid gagap,kalid gereja,azmin ali,theresa kok,xavier jayakumar,manoharan,teng chang kim,suhaimi shafie,elizabeth wong,ronnie liu,hassan ali maka akan terbayang betaap banyaknya modal untuk umno selangor melanyak mereka habis-habisan !

tapi mana pergi umno selangor ? dalam hal menyerang pakatan,aku tujukan teguran ini kepada umno selangor..bola tanggung dah banyak..now, mana pergi umno selangor..? kenapa hingga ke saat ini masih takut untuk menyerang pakatan ? aku menyendiri selama 3 hari ini kerna mahu me muhasabah dalam penulisan..

aku mencapai satu konklusi..aku masih tidak jujur dalam menyampaikan hajat/maksud untuk memartabatkan islam dan melayu...ya memang benar aku cukup konsisten melanyak anwar dan pakatan, tetapi membiarkan umno terus menerus melakukan kesilapan juga merupakan satu dosa besar untuk aku..

bayangan aku mudah..aku dan kau umpama peminat bola barcelona yang bersusah payah datang dan hadir di stadium nou camp..sokongan peminat yang hadir puluhan ribu tidak akan bermakna jika lionel messi main macam kalid jamlus ! jadi apa perlu pengurus barcelona perlu lakukan ? kata dua atau buang player..

begitu juga tamsilannnya dengan politik melayu..rakyat sudah berbondong hadir menyokong umno, tetapi playernya (menteri,timb menteri,ketua perhubungan negeri,ajk negeri,ketua bahagian,ketua pemuda,adun dan ahli parlimen) bersahut-sahutan dengkuran mereka.

konsep konvensional memberikan beras STF15 sudah lapok,outdated,ketinggalan zaman dan ia percubaan yang cuba merendahkan ke intelektual anak muda..

anak muda kini radikal pemikirannya..samada yes or no dalam menentukan penilaian politik..tiada tengah tengah.orang melayu mahu pemimpin umno yang lantang,berani menyerang,bersifat offensive..bukan seperti kakak tua yang akan bercakap selepas ds najib dan muhyidin bersuara ! maaf cakap la kamu semua, aku terpaksa melakukan hentakan terhadap umno selangor..masa berehat dah lama tamat. nak menang buat cara nak menang.

kepada ds najib, nak dengar tak lagu baru umno selangor ?
klik sini
http://www.youtube.com/watch?v=58o3Nfav4RA

15 comments:

The Insider said...

A'kum.

The Insider berterima kasih atas kata2 yang tidak mudah untuk ditelan bagi sesetengah ahli politikus BN-UMNO Selangor kita. Kita akan berjumpa percayalah. Dalam strategi peperangan banyak cara yang boleh kita gunakan.Masakan kita berbicara atau menunjuk2 tentang strategi secara terang2 sahabat ku. The Insider percaya akan kebolehan semua blogger, pengkritik, supporter dll yang sentiasa bersama. Terus kan perjuangan, jangan berhenti, jangan merajuk. Terus kan kritikan, I need your feedback. Selangor, Kita Terus Gempur. Salam.

Unknown said...

KHIR TOYO please help us!

Semanggigunung said...

Salam. Aku harap mesej ini dipanjanglebarkan juga kepada seluruh pimpinan UMNO di seluruh tanahair.

UMNO Negeri Kedah juga kena "penyakit" yang sama. Berdengkur.Bangun dari berdengkur bercakaran sama sendiri.

Dan PRK Kota Siputih dah nak mai.

Berdoa, doa juga tapi kerja kenalah buat.

Janganlah biar UMNO menangis kali kedua.

Anonymous said...

ini masalahnya dengan blogger, dia rasa dia ja yang betul. sabar lah, umno selangor pun ada strategy

p/s: jangan ingat kita sorang ja yang cerdik

Cheguman said...

GAP, tendang pungkoq depa! Depa ingat depa tengah berbulan madu ka? Kalu camtu, bagi blogger je jadi wakil rakyat.

Anonymous said...

Nak sangat jumpa UMNO Selangor,nak tendang jumpa salah seorang pegawai biro then aturkan perjumpaan.

UMNO Selangor bukan susah sangat nak jumpa.Melalui pegawai biro yang ada aura dulu then dapat jumpa dan tanya sama ada mereka ni tidur ke atau tidak?

Anonymous said...

Tahniah atas kejujuran tuan. Kami di Ampang terasa sangat sunyi dan tercari2. Semasa UMNO berkuasa PAS begitu berani siang malam ceramah habis surau masjid ditawan. Sekarang memang betul UMNO terlelap dan PAS begitu keliru sekali tiada peluru. UMNO percayalah akan diri sendiri gongjanglah selangor jangan buat tahi mata, kalau tak ada striker importlah. Sumbat gol kerana defence PAS dah kantoi.

Anonymous said...

Cerita menarik.. tak berapa boleh baca la bang.. guna teks wanrna terang.. background tu biarla cerah

UMNO ChaCha Marba said...

UMNO Selangor,UMNO Kedah tidor berdengkor,UMNO Pahang,chief 3 calet,UMNO Terengganu,dpt duit royalti minyak,terus sengap,bila digodak team Idris,baru bergerak sikit...UMNO Perlis,emmm....tak berbunyi langsung...!!! UMNO Johor leka dia kuat,sibuk2 sakau,nanti tersasau....UMNO Perak sibuk/penat menangkis bola canggung dari PR. UMNO Sabah nampak ada gerak2 bah..
UMNO Melaka,jangan leka,puak2 bkn MIM tak leh caya...UMNO N9,walau pun chief dia bekas koperat,tapi jangan bertindak keparat....UMNO Wilayah,S/U Agong patut koordinasi kerja admin tapi file2 depa kucar kacir...tak tau dah OK atau belum??
UMNO PPinang,juga sengap,cm PakLlah
UMNO Sarawak..oops belum ada lgi..!
UMNO Spore..kesian...pasal?kesian..

Ir MIM NUSANTARA said...

Dah lebih setahun(20 bulan),sejak PRU 12.Dalam jangka masa kurang dari 40 bulan,PRU 13 akan diadakan.
Apa yang merisaukan,bila UMNO nak brgerak maju??Nampak masih lesu je!
Macam yang blogger2 risaukan,masih
TIDOR BERDENGKOR ke?? Ni lah dia akibat budaya cantas mencantas (termasuk cantas anak2 muda yg nak aktif dlm UMNO)hinggakan susah nak cari pemimpin PELAPIS(25-40)..!!!
Anak2 muda rata2 dah"FED UP" agak
nya..!!! Lari,pi main jauh2....
Satu lagi budaya,;pegang jawatan sepanjang mana yg bolih,kalau nak lepas,leggo pada anak2...nepotism!
Satu lagi perangai yg perlu dibenteras ialah PHD:Penghasut Hasad Dengki....satu penyakit sebagai kanker yg menular....
Kembali lah kepada PERJUANGAN sejati,ikhlas tanpa hasad dengki, PERJUANGAN FARDHU KIFAYAH..!!!

Blogger Veteran said...

The Insider

Orang dah buat kerja diam2 dan tunggu masa untuk serang.

Ahmad Maslan serta Noh Omar dan Nawawi pergi sibuk lancar macam2. Pecah lubang.

Strategi kau orang banyak untuk menaikkan diri sendiri bukan untuk parti dan perjuangan.

Kau orang buat peel seperti yang berlaku di PRK tempat2 lain, kami kerjakan ramai-ramai.

Akan kami telanjangkan sampai tak da satu helai benang boleh diselindung!!!!!!!!

melayulupalagi said...

Anonymous said...
ini masalahnya dengan blogger, dia rasa dia ja yang betul. sabar lah, umno selangor pun ada strategy

p/s: jangan ingat kita sorang ja yang cerdik

November 23, 2009 10:56 AM

AS'KUM BRO,

STRATEGI YG MACAMMANE???

DA DEKAT PILIHARAYA BARU NAX KELUARKAN KE STRATEGI 2 KE???

NAX KALAH LAGI???

Aku Darah Anak Melayu said...

setuju dengan Ir. MIM nusantara..

umur saye sekarang 23 tahun..permohonan saya untuk menjadi ahli umno dah 2 tahun tidak ada jawapan..sedangkan cawangan ada kat belakang rumah saje..

mungkin ketua pemuda takut sebab saya engineer dan dia lepas spm saje..bukan nak rendah2kan beliau..tapi ada ramai lagi rakan saya hadapi masalah yang sama..

kalau ini berterusan..maka dalam pru13..tiada lagi kuasa pelapis pemuda dalam umno..

The Insider said...

Sahabat, aku cuba anta ni ke kerisputera tapi tak dapat le. SOS. tq

A'kum.

Bab mengipas ni pulang lah kepada yang pandai mengipas, tak kipas kecik dia guna kipas besar. Adat politikus yang sentiasa dipraktik kan sampailah sekarang. The Insider, memang pelik kenapa mereka suka sangat pergi ke negara jiran. Excuse paling bagus...main golf le apa lagi. Tak kira lah kat mana dia orang ni pergi, tapi pelik sepatutnya seorang ADUN masanya penuh bersama dengan masyarakat, ini tidak dok keluar masuk menghabiskan tax payers money. Kita di Selangor ni silap haribulan jadi dengan Kelantan. Tak kerja pun tak apa duit peruntukan bahagian, Jabatan-jabatan dan Kementerian turun direct ke dio ore. Peruntukan sama aje dengan negeri2 yang menang.

Rileks lah jadi pemimpin2 macam ni. Duit masyyukkkk kerja ala kadar, kaki kipas banyak. Sebab tu lah dio ore bermati matian nak jadi ketua bahagian,wanita,pemuda dan puteri. Janji power kuasa mesti ada, Warloads yang aku tahu dio ore panggil disana. Selangor nak jadi macam ni jugak ke??!! Tapi ada segelintir pemimpin di sana yang elok, kira boleh kita dengan satu tangan je le.

Najib sepatutnya dapatkan maklumat dari Immigresen sape yang slalu sangat keluar negara ni. Penat lah dia kalau buat kerja sorang sorang. Dato Noh yang aku tengok memang sibuk dengan Kementerian, Tetapi masih ada masa turun ke padang di Selangor. Tak kira lah guna Kementerian ke, Jabatan ke, agensi dan lain2. Abis buat apa jadi Menteri kalau tak boleh guna Kuasa Kerajaan. Kita masih berkuasa, hanya tinggal ini sahaja yang dapat kita gunakan. Janji kerja jalan. Tak semua kerja boleh di ceritakan, ada yang tersirat, gerak kerja dia orang ni. Underground ke, undersea ke yang penting mesti laksanakan.

UMNO Selangor dan UMNO tak kira mana2 lah, memang miskin. Yang kaya nya orang UMNO tu sendiri. Tapi tak semua orang UMNO yang kaya. Hanya segelintir sahaja. UMNO Selangor...dulu duit berjuta juta, tau tau abis lesap tah kemana. Sian gak tengok dia orang ni, terkial-kial cari duit sana sini nak menampung kos. Yang aku pelik lagi kalau lah kita hitung aset kita yang ade , Ya Allah... sangat memalukan, mengaibkan. Nama aje negeri maju, yang menjaganya dulu pun orang UMNO, aset dari tahun pak kadok sampai sekarang tu je lah. Dah cukup lah sampai di sini. Selangor, Kita Terus Gempur.Salam.

anaklangkawi said...

syabas GAP..
harap UMNO selangor mmg hampeh.. depa nak credit ja bila isu naik