Wednesday, April 7, 2010

PRK-P94: ANWAR DAH TAKDE MODAL.

masa aku dalam pkr,antara kempen politik paling hangat pernah aku hadapi adalah pilihanraya kecil ijok. kalid gagap lawan cekgu partiban. tahun 2006.

satu malam aku pernah masuk ke dalam ceramah mic,kelolaan semi value.semi value tengah berucap depan orang kampung,kebanyakannya pekerja estet dari ladang sungai darah.

dia punya hujah cukup dangkal.katanya....mak cekgu partiban dah tahu awal-awal anaknya bakal jadi calon prk ijok sejak dilahirkan, tu pasallah mak dia letakkan nama anaknya PARTI-BaN yang bermaksud parti-bn..

apa punya mangkok la kempen si semi value.nasiblah ceramah semi value kurang penonton.kalau tidak pasti ia akan diangkat sebagai lawak ceramah terbaik mengatasi kesilapan calon pkr kalid gagap yang menyuruh agar rakyat memangkah BN.

aku bukan nak cerita pasal sinopsis ceramah dua indivudu diatas. cuma bila aku memerhati stail anwar attaturk menghuraikan hujah longlai isu APCO di parlimen, maka aku teringat kembali cerita lama.

cerita di simpang tiga pekan ijok,di satu restoran cina yang penuh sesak sewaktu kononnya ada pengumuman gempar anwar attaturk. dia kata dia ada bukti penglibatan najib/rosmah dalam pembunuhan altantuya...

bla bla bla..kempen serangan makin hebat.ditambah cerita raja munafik si petra,katanya dia ada gambar rosmah berada di lokasi terbunuhnya altantuya..

semua orang ternganga. kecoh satu malaya najib ada kaitan dengan altantuya.

dah 4 tahun perkara itu berlalu. petra telah melarikan diri dek kerana sudah terkantoi dengan dakwaan palsunya..gambar yang kononnya rosmah berada di lokasi terbunuhnya altantuya telah dinafikan...rupanya pada malam altantuya mati, rosmah bersama anak yatim. berbuka puasa dan menyerahkan bantuan hari raya.klik sini untuk artikel lengkap.

...haha..kantoi, petra kantoi tu pasal dia lari ke london..

tinggallah anwar kesorangan. ditemani dengan bekas tiub ky jelly,karipap dan tuala putih, teman setianya berbicara dikala sunyi.

najib pun telah bersumpah 2 kali di masjid sewaktu kempen prk permatang pauh. anwar sampai sekarang takut nak bersumpah sebagaimana jantannya saiful bersumpah. anwar tahu kalau dia bersumpah maka dia akan dimakan sumpah.

kes tunda solat hajat di shah alam 2 bulan lepas jugak membuktikan anwar sebenarnya pemimpin yang hanya berani meliwat,meliwat agama,meliwat bangsa ! kenapa solat hajat mempertahankan diri ditunda, sedangkan itulah sebaik-baik perkara yang perlu dilakukan untuk meminta petunjuk kebenaran.

hari ini kisah APCO,kisah agen mosad dan agen cia bergentayangan keluar dari mulut kepala munafik. dia sebenarnya keluh dan kesah. kisah palsu ini dikeluarkan bagi menutup kelemahan pimpinan partinya sendiri apabila ramai ahli parlimennya telah keluar menjadi bebas.

APCO akan dijadikan modal ceramah di hulu selangor,kononnya untuk slow down kan momentum cerita ahli parlimen pkr jadi bebas..satu kaedah diversion yang mudah dibaca..

jangan terkejut jika selepas ini anwar kata malaysia akan diserang makhluk asing,atau mungkin raksasa garuda yang bersembunyi kat hulu selangor akan keluar dan makan orang kampung..macam biasalah, orang pas pasti akan percaya cakap si utimutraraja dari permatang pauh ni.cerita APCO akan menjadi sejarah populis bahan kempen dari rostrum pakatan,sama seperti cerita altantuya..

tolonglah anwar,tolonglah pas.tunjukkan contoh terbaik anda sebagai pembangkang.rakyat dah muak dengan cerita fantasi lancapan politik sebegini.pakatan ni makin membosankan.hmm..hari ni aku turun hulu selangor,nak kempen kat orang kampung mintak umno jadi calon parlimen..selagi tak berjaya,selagi tu aku akan berusaha.orang nak kata apa katalah,aku peduli apa !

16 comments:

HemiSfera said...

Salam GAP. Rasanya, walaupun Anwar tu nmpk cam dah takde modal, tapi segala isu yang dia dah taburkan pasal kaitan Kerajaan dan polis Malaysia dengan Zionis, nmpk cam makin menjadi2. Skang Anwar dah nak approach SPBYD Agong untuk campur tangan dalam hal ni. Maybe kita boleh baca auta si Anwar tu, tapi macamana pulak dengan rakyat-rakyat kat luar sana, apabila sumber maklumat utama mereka datang dari suratkhabar, tv dan mulut orang. Tapi nampak cam tak banyak yang dibuat pihak kerajaan untuk melawan balik segala cakap2 Anwar ni. Jangan dijadikan alasan yang semua tu hanya tuduhan tanpa bukti... kita tak boleh nak agak pernyataan siapa yang akan lebih dipercayai oleh orang ramai.
Memang dalam blog merata2 kita boleh explain, boleh bangkang tuduhan Anwar, tapi lagi ramai yang kat luar tu dapat maklumat bukan daripada blog macam GAP, rbf dll lagi ni.
Nampak sangat segala pendedahan yang berlaku dalam blog2 macam tak disambut dalam ruangan media perdana kat Malaysia ni. Tulis dalam blog, cukup semua dokumen bukti, tapi habuk apa pun takde naik kat dalam suratkhabar.
Contoh macam cite APCO ni, memang bergegar pendedahan dibuat dalam blog, cukup untuk tunjuk yang Anwar tu membohong aje. Tapi apa cerita pulak dalam suratkhabar?
Macam dah terlebih panjang lak menulis... kesimpulan, walau Anwar dah takde modal, still kena make sure yang kebanyakan rakyat dapat terima berita yang sewajarnya, bukan hanya limited kepada pembaca blog...macam kita-kita ni...

Galo said...

hehe...PR mmg camtu, xde kualiti lgsg nak jadi pembangkang, kerja diorg membangkang jer. Nak kondem org lain tp kain sdiri ternganga nampak kemaluan kat org lain hehe... Bodo lah klu ade yg sokong pembangkang ni lg.

Tp GAP, slps pengumuman calon BN t dharap sume menerima keputusan dgn hati yg terbuka. Kita smestinya menghormati kptsn tertggi kita. Galo percaya segalanya di gerakkn oleh ALLAH, ALLAH lbh mengetahui. Walau sape pun calon BN perjuangan akan diteruskn & percaya lah, calon BN akan tetap menjalankn tugas dgn berhemah.

Teruskn usaha GAP

Anonymous said...

Helo Mr Gap..

Jangan lupe masukan byk cerita Unisel.Tempat rekrut student.Dah tentu ramai student Unisel akan menyamar jadi penyokong BN buat hal..Nak letak kroni DSAI tentulah DS Wan Ajijah as Cansellor ganti DS Rosmah..terlingkup Unisel dikerjakan.

Anonymous said...

Teruskan usaha saudara GAP

Kami ahli UMNO Hulu Selangor masih menaruh harapan supaya calon UMNO dipilih untuk bertanding nanti.

Malaysiakini telah menulis kononnya terdapat beberapa pemimpin UMNO di DUN Batang Kali yang telah mula kendur dengan tuntutan asal dan bersedia untuk menerima calon MIC asalkan bukan Dato Palanivel.

Selagi keputusan belum diumumkan, kita punya hak untuk berusaha terus mempromosi pemilihan calon dari UMNO. Usah pedulikan orang lain, mari kita terus berusaha.

Pertama UMNO, Kedua baru BN.

pis said...

gap betulke anwar nak bersumpah di ulu selangor?jadi ke?

Anonymous said...

hehe..kesian kau GAP, begitu bersusah payah sekali kau nk pastikan calon umno tanding PRK hulu selangor...hairan aku dgn bekas penjilat anwar ni...skrg nk jd hero bagi org Umno plk..awat!!org UMNO tkdak teloq ka? atau si bekas penjilat anwar ni jenis muka tak malu nk ganggu urusan dalaman Umno...kau siapa????yang kau terhegeh2 nk kacau hal dalam UMNO ni apahal???jd ahli pun tidak...lebih sudu dari kuah plk...hehe.. alahai kesian kau GAP..tak do kojo cari kojo!!!

ahliumno

noormalaysia said...

Salam GAP.

1) Perjuangan Anwar sudah tersasar dari usaha menegakkan Islam dalam Bangsa Melayu khasnya kerana bagi dirinya itu bukan matlamat utama. Islam hanyalah untuk dirinya mencapai Kuasa (PM), Harta (Hidup Mewah)dan Wanita (Nafsu Songsang).

2) Ditambah pulak rasa irihati dan dendam kepada seorang yang telah dapat mengalahkannya dalam 'perebutan jawatan' ia itu Tun Dr Mahathir.

3) Perkara 1 dan 2 diatas telah menjadikan diri DSAI tidak malu kepada dirinya sendiri, keluarga, sahabat handai,rakyat dan ALLAH SWT.

Sebab itulah kita dapat perhatikan gelagat DSAI tak siuman, dengan cubaan menggunakan pelbagai isu asalkan nafsu songsangnya puas.

Balasan Tuhan kepada segala kerosakan yang DSAI lakukan di bumi daulat ini ( Tanah Melayu) sedang berlaku.

" ANWAR HARUS BERTABAT" kata KARPAL SINGH.

Unknown said...

salam..semua. Anwar tu memang muka menipu.Dia saja nak cover line,buat cerita yg sedap sikit nanti macai2 dia pun hebohla satu malaya

manbatik said...

ya terus maju GAP..kita bukan pencacai..tapi mahukan kebaikan..TERUSKAN..

kingnek said...

Anwar ni, pasal projek Altantuya dah terbongkar, dia terpaksa buat bahan baru untuk menyerang BN.

Jadi APCO lah bahannya. Tapi aku memang benci yahudi, jadi kalau nak selidik hal ni pun bole jugak.

Tapi yang peliknya, Anwar sebagai agen yahudi nombor satu Malaysia yang suruh siasat hal ni. Pelik benar, mungkin Anwar jeles ada yahudi yang digunakan Najib untuk kepentingan BN?

Pasal Anwar ni barua yahudi, jadi dia jeles lah si Najib ni pulak menggunakan yahudi.

Anwar atau nama glamernya Brader Anwar Bin Ibrahim tetap jantan CIFUT yang suka nama Mokhtar tapi mak bapak dia bagi nama Anwar.

utuh said...

BN akan kalah kali ini.kah kah kah..ko tgk je lah

Pemikir said...

memang dah tak de moddal pun... mula lah nak buat cerita baru... http://www.suarapemikir.blogspot.com

Bingai @ Bangang said...

GAB yg baru kuketahui,
Pertama-tama aku nak ucap tahniah dengan gaya penyampaian ko walaupun banyak sangat typing error. hehehe... nak cepat aa tuu.

Tapi, yang PERTAMA dari yang pertama-tama aku nak salute ko sebab kerajinan ko turun padang memberikan kesedaran pada rakyat. Ramai yg aku tengok kat internet nih pandai cakap tapi bila kat luar terkedu-kedu.

Betul kata HemiSfera tu. "macammana pulak dengan rakyat-rakyat kat luar sana?". Jadi adalah tanggungjawab semua terutama blogger-blogger yang sering mendapat kefahaman dari internet memberikan maklumat tersebut kepada orang di luar sana jangan hanya bertingkah jari mengetok kibod.

Bagi aku yang tak pernah pecaya ngan mangkuk ayun tu sejak dia kata tak nak lawan (arwah) Tun Ghafar Baba (al fatihah untuk beliau) tapi lawan gak, tetap tak pecaya. Dan perjuangan aku dalam UMNO (secara bersendirian selama ini) akan aku teruskan secara bersendirian.

Cuma aku nak bagi sket pandangan. Jangan perjudikan nasib rakyat dalam Pilihanraya. Sebarang penentangan yang dirasakan perlu hendaklah dilakukan di dalam pemilihan UMNO. Kalau Pak Lah boleh turun, siapalah DSN? Jadi, gunakan hak sebagai ahli UMNO sebaik-baiknya. Bagi aku, ahli UMNO yang mengundi pembangkang sebagai undi protes adalah PETUALANG! Buat protes dalam UMNO bukannya dalam PILIHANRAYA!

Pemikir said...

http://www.suarapemikir.blogspot.com

Anonymous said...

Anwar memang Pak Pandir dan Mat Jenin !! Tin kosong Milo!! Cakap macam ular sendok bebelit-belit !!

Tapi ada juga manusia yang mulutnya tercopong dan terlopong khayal dengar "kaki auta besar" ini hingga terpegun kena tipu bulat-bulat.

Anonymous said...

Anwar ni sama juga macam Lingam. Korek, korek, korek !!!