Wednesday, May 26, 2010

PAS-BERG : JUDI DIBANTAH TAPI ARAK ?


ARTIKEL INI AKU TULIS PADA 8 september 2009. kronologi rampasan arak ini bukti pas lebih takutkan dap.

1) dalam kawasan pentadbiran MBSA terdapat 42 premis perniagaan 7 eleven, 24 daripada premis ini menjual minuman keras jenis beer yang mengandungi kadar alkhohol hingga 8.8%.

2) dalam mengatasi permaslahan ini, pihak MBSA telah melakukan inisiatif dengan mengadakan 4 mesyuarat khas mengatasi isu ini. mesyuarat ini berlangsung sejurus perlantikan ahli majlis baru MBSA dilangsungkan. iaitu untuk sesi 2008/2009. aku harus tegaskan disini bahawa ahli majlis baru ini adalah dikalangan penyokong pakatan haram pas,pkr,dap dan kumpulan ngo-k daripada hindraf.

3) pakatan haram di selangor adalah hipokrit.menjanjikan bulan dan bintang sebelum menang pilihanraya,sayang tatkala kuasa berada dalam genggaman perjuangan hilang dan iman pun boleh melayang.

4) 4 mesyuarat perlaksanaan mengharamkan penjualan arak di kawasan melayu berlangsung selama beberapa bulan, iaitu pada tarikh yang dinyatakan dibawah :-

(4a) mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 2 bertarikh 19 ogos 08 dan mesyuarat majlis pada 29 ogos 08.

(4b)mesyuarat jawatankuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar MBSA kali ke 3/2008 bertarikh 15 september 08 dan mesyuarat majlis pada 25 september 08 (cabutan kertas)

(4c)mesyuarat jawatan kuasa perlesenan dan perkhidmatan bandar kali ke 4/2009 pada 22 april 2009 (turut dihadiri oleh wakil 7 eleven)

(4d) INI KLIMAKS NYA.KEPUTUSAN TELAH DITETAPKAN. mesyuarat majlis kali ke 4 pada 28 mei 09. mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua ahli majlis MBSA daripada pakatan haram.antaranya adalah

1)tan ah kow-pkr kota raja 2)tuan mazalan 3)mokhtar hani 4)adnan jambori-pkr shah alam 5)ang leng kiat 6)norhalim sirome -pas kota raja 7)mariam abdul rashid 8)sivarajan 9) haris bin abu bakar -ketua bahagian pkr shah alam 10) adzhar maludin -pkr 11)zukefli bin mohd nani 12) datin norini bt md top 13)ahmad suyuti bin bashiron.


5)pada mesyuarat terakhir ini (mesy ahli majlis 28mei 09) ketetapan penguatkuasaan ke atas penjualan arak dan minuman keras di kedai 7 eleven akan berkuatkuasa pada 1jun 2009.

6)pihak jabatan perlesenan MBSA telah memberikan notis bertarikh 13 julai 2009 kepada pegurusan 7 eleven untuk tidak menjual arak di shah alam bermula daripada seksyen 1 hingga 24.

7)29 hb julai 09, pihak penguatkuasa MBSA telah mengadakan pemeriksaan terhadap sebuah kedai 7 eleven di jalan liku seksyen 8 shah alam. didapati kedai tersebut masih lagi menjual arak dan minuman keras walaupun arahan MELARANG PENJUALAN telah pun berkuatkuasa pada 1 jun 2009.

8)rampasan telah dilakukan pada hari yang sama (28 julai 08 hari rabu) jam 4.30 petang.barang rampasan telah disimpan ditingkat 12 MBSA. asas penguatkuasaan MBSA berdasarkan keputusan mesyuarat seperti di atas.

9)PERJUMPAAN DENGAN RONNIE LIU.

telah berlangsung sehari selepas rampasan iaitu pada 30 julai 09 jam 12.45 tengahari. MBSA telah dipanggil mengadap ke bilik timbalan datuk bandar untuk memberikan penjelasan isu rampasan arak. selain MBSA di dalam bilik tersebut ada 3 orang ahli DAP dan tan ah kow (pkr).

10) selepas perjumpaan jam 12.45 tengahari, sekali lagi MBSA dipanggil mengadap oleh ronie liu pada jam 2 petang.kali ini suasana lebih tegang. didapati 4 orang dap kelihatan di bilik tersebut.MBSA TELAH DIMARAHI DENGAN CUKUP KASAR DAN KERAS OLEH RONNIE LIU !

11) dua kali mesyuarat pada hari yang sama (30julai) iaitu pada jam 12.45 tengahari dan 2 petang...pada jam 4.30 petang MBSA telah diarahkan oleh ronnie liu untuk memulangkan semula arak yang dirampas.

hasan ali bersandiwara, menyuruh agar khalid berahim menggugurkan ronnie daripada portfolio exco pbt. jumaat minggu yang sama khalid berahim menyambut sandiwara hasan ali , khalid kata tiada arak isu.

yang menjadi mangsa adalah MBSA dan yang menjadi hero islam juga MBSA. ahli majlis MBSA (dari pakatan) yang terbabit sama dalam memutuskan pengharaman penjualan arak membisu, hari ini pas membantah judi, tapi sayang kontroversi arak disembunyikan dalam lemari.


mana pergi kerandot pemimpin pas ketika itu ? pembohong politik tahap tertinggi !

11 comments:

Anonymous said...

Bila masa pkr,dap atau PAS pernah telus semuanya sandiwara, rakyat selangor pun semua menyesal dah

Anonymous said...

GAP,
WA RESPECT SAMA LU,YOU BETUL2 GENIOUS DAN BOLEH DIHARAP.PANDAI YOU HENTAM BALIK PAS MUNAFIKUN DAN PUAK2 KAFIR.WELL DONE GAP,HARAP YOU TAK PUTUS ASA DAN TRUS BERKEJE DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Uda said...

En GAP saya salah seorang peminat blog tuan, boleh tak tuan cerahkan sikit background ruangan tuan supaya mudah orang ramai membaca agar tidak sakit mata. Tambah kalau pakai laptop yg kecil, kalau tulisan tuan panjang2 letih mata membacanya. Macam blog rbf mudah membacanya bukan nak mengangkat dia cuma contah sahaja, harap tuan dapat menerima cadangan ini untuk keselesaan pembaca. Terima kasih

kifli said...

DOA MEMOHON TAUFIQ DARI ALLAH






"Wahai Allah, Engkaulah yang menguasai hati manusia, kami hanya membuat seruan. Engkau bukakanlah hati pemimpin UMNO, penyokong UMNO, ahli UMNO, veteran UMNO, Ustaz/ustazah UMNO supaya menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS dan mereka melihat bahawa UMNO adalah mungkar. Wahai Zat Yang Maha Berkuasa perkenankanlah permohonan hambamu ini." AMIN

Anonymous said...

TEST

paktam said...

Cuba cek fancise 7 Eleven hak sapa?

Sama ada ahli Majlis tidak tahu atau semuanya sandiwara. Kalau tak tahu tarik diri sajalah.

Yang peliknya Ronnie Lau, adakah dia tidak tahu? atau dia kaki hentam ala ketua kumpulan haram tanpa periksa asalkan ianya menguntungkan cina kononnya?

Nak tahu siapa tuan punya francise 7 Eleven tanya KJ.

Kalau 7 Eleven outlet tu kawasan Melayu sudah tentu jumlah jualannya kurang. Kalau banyak maka banyaklah ahli PR Islam kena sebat. Lengoh tangan Hasan Ali.

Sungguh aneh: Inilah kuasa Allah swt. Saya confuse!

paktam said...

Ada orang telah jadi Tuhan, kerana tahu siapa yang mungkar. Tepuk dada tanya selera. Itu cara PAS. Mana hukum?

Anonymous said...

May 26, 2010 3:59 PM..

Hendaklah bertaubat jika anda berdoa sebegitu..

Tiada di dalam quran atau kitab yg mengatakan PAS itu yg perlu kita ikuti.. sebaliknya ajaran Rasul dan kitab-Nya..

Tidak kira UMNO atau PAS, jika berlaku kemungkaran, kita tidak harus ikuti. Sebagaimana isu judi bola oleh BN atau isu arak yg PAS tak mampu banteras..

Bukan 100% BN itu betul, bukan 100% PAS itu betul. Takde dlm kitab.

Kita sebagai rakyat suarakan apa yg patut seperti yg GAP tgh lakukan sekarang ni.

Jgn akidah terpesong kerana ketaksuban terhadap parti.

Tuhan sudah katakan.. syurga dan neraka adala hak-Nya, begitu juga dgn dosa dan pahala.

Aku mohon kau mengucaplah syahadah banyak2..

-x-PAS-

Anonymous said...

PAS kena muhasabah sikit . .pasal apa doa susah atau tidak dimakbulkan Allah . . walau pun KOPIAH KETAYAP putih melepak bagaikan dicuci dengan dynamo . . . .Tapi hati korang tu HITAM legam dan malap bagaikan tak ada cahaya iman . . Allah itu maha pengampun .. .Jangan musuhi kami sesama islam . .Sampai bila hangpa nak macam ni . .Tak habis2 mengata orang . .

Nik Jeez said...

Hek eleh....



Kita dah ada arak jenama PASberg...

Kita pun dah tengok bercambahnya rumah2 urut PASti PuAS di selangor dan KL...

Maka apalah salahnya, demi memenuhi keperluan ahli2 kelab penyokong PAS dan sekutu2 PR yang bukan islam, untuk PAS menubuhkan pusat judi khusus untuk mereka....PASino!!!

Seharusnya PAS membenarkan pembukaan pusat2 judi sebagaimana PAS membenarkan penggunaan kalimah allah oleh agama lain sejajar dengan slogan PAS FOR ALL

takbirrr!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

u can learn from here, read until the end
http://kotaraja.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=480&Itemid=1