Wednesday, June 9, 2010

ANAK KECIL INI PERLU DIBANTU.

anak comel ini namanya airen nurain bt nazemir. panggilan manja ain. adik ain berumur 3 tahun. anak comel ini mengalami masalah kesihatan yang memerlukan kita membantunya.

pertemuan encik nazemir dan gap hanya sekali. disitu dia menceritakan segalanya. selesai sahaja pertemuan selama 5 jam, aku tak bertangguh lama lagi. anak kecil ini wajib dibantu.

ini kisah penderitaan adik ain, aku permudahkan kronologi nya.

BANTUAN MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN RAWATAN DIALISIS CCPD

pada 13hb april 2010, adik ain telah dirujuk dari hospital besar tengku ampuan rahimah,klang ke wad unit rawatan rapi (ICU) hospital selayang. pada waktu itu adik ain memerlukan bantuan pernafasan dan juga rawatan haemodialysis (cuci darah).keputusan darah menunjukkan bukti darah adik ain kotor didalam tahap merbahaya dan perlu di cuci dengan segera.

adik ain telah dikeluarkan dari ICU hospital selayang selepas 4 hari dan telah menjalani rawatan haemodialysis selama 4 minggu tetapi buah pinggangnya masih belum pulih.

pengambilan tisu daripada daripada buah pinggang awal bulan mei menyatakan bahawa kerosakan ini kekal dan tidak mempunyai peluang cerah untuk pulih.

keputusan telah dibuat untuk mendapatkan rawatan dialysis dalam bentuk CCPD.CCPD bermaksud kaedah mencuci melalui peritoneal dialysis tetapi ia perlu dijalankan pada waktu tidur selama 8 hingga 10 jam sehari. kaedah CCPD ini memerlukan mesin cycler yang disewa dan penukaran tiubing pada setiap malam.

kaedah haemodialisis pula membebankan keluarga kepada encik nazemir. jika kaedah ini dilakukan maka, perbelanjaan ulang alik dari klang ke hospital selayang memerlukan lagi satu kos tambahan.

pakar yang merawat adik ain menyarankan agar kaedah CCPD lebih sesuai untuk kanak-kanak kecil seperti ain, berumur 3 tahun dan beratnya sekitar 12 kg sahaja.

kenyataan diatas aku ambil daripada surat rasmi pakar yang merawat adik ain.iaitu dari
dr wan jazilah wan ismail
no pendaftaran penuh : 27343
ketua jabatan pediatrik dan pakar perunding buah pinggang kanak-kanak
hospital selayang
lebuhraya kepong selayang
batu caves 68100 selangor.
email : wanjazilah@selayanghospital.gov.my

konklusi kepada artikel penting ini.

1) keluarga adik ain memerlukan bantuan kewangan untuk bayaran kos CCPD
2)surat-surat rayuan telah dihantar kepada beberapa agensi.jawapan dalam proses
3)dokumentasi surat rasmi/masuk wad/sebutharga dll yang berkaitan ada banyak.namun gap telah lihat dan menyimpan kesemua salinannya.tak sempat scan pasal banyak sangat.
4)mohon yang bermurah hati menolong meringankan beban keluarga ini.
5)mohon bloger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan.

hubungi bapa adik ain : en nazemir 012 620 7010 untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan boleh terus disalurkan kepada akaun bank islam beliau. 120100 2463 6941






11 comments:

Wake UP! said...

Marilah kita sama-sama membantu anak kecil ini semampu yang boleh.

Forced to stop proceeding to Gaza.

Anonymous said...

saban tahun kita dengar PPZ kutip duit beratus juta ringgit..slain bantuan org rmai,diharapkan PPZ juga turut serta membantu adik kecil ini..duit zakat perlu digunakan untuk bantu manusie yg memerlukan dan bukan untuk melakukan pembangunan..buan jugak nak ambil duit baitulmal dan bg pd bukan islam..tlg bantu saudara sesama islam kita yg brada dlm ksusahan..

Anonymous said...

Masalah org melayu ialah tak suka ambil insurans perubatan utk anak..bukan nk cakap besar tapi inilah masalahnya jikalau anak kena penyakit kritikal..kita sbg ibubapa yg b'pendapatan sederhana, b'korbanlah sedikit wangringgit utk jaminan kesihatan anak..sesiapa yg nk ambil kad perubatan PruBSN Takaful boleh hubungi sy-0133411744 - hanafi

Anonymous said...

Masalah org melayu ialah tak suka ambil insurans perubatan utk anak..bukan nk cakap besar tapi sbg ibubapa kita hendaklah b'korban sedikit wang ringgit utk jaminan kesihatan anak..klu tidak inilah jadinya, tambah lg org melayu ramai yg b'pendapatan sederhana..sesiapa yg ambil kad perubatan PruBSN Takaful sila hubungi sy Hanafi - 0133411744

Anuar said...

salam bro...
aku dh pun posting pic si kecil n link web ko kat wall fb aku.harap2 adalah kwn2 aku yg leh tlg si kecil nih..sama2lah kita berdoa pada allah agar si kecil nih sihat seperti sediakala

GAP KEMBALI said...

anuar

tkasih tuan

Anonymous said...

ape perasaan bila perkara yg sama berlaku kepada anak kita..Ya ALLAH, sesungguhnye DUGAAN Mu amat besar tidak tertampung olehku..

Anonymous said...

Tuan 0133411744 Hanafi... orang nak minta tolong untuk adik kecil nie.. bukan nak lariskan perniagaan Takaful anda!!! bukan semua orang mampu nak beli insuran walaupun bayaran RM10-20 ringgit sebulan... kalau nak berniaga cari cara lain bukan ambil kesempatan disini! Prihatin ler sikit dengan kesusahan orang lain!

datura ai said...

maaf bertanya,mana no akaunnya?

datura ai said...

oh ada2...maaf..tak perasan

nyonyacyber said...

kita perlu membantu adik kecil ini.. kepada en hanafi.. bukan semua org mampu beli insurans.. walaupun nampak sedikit, tp bg mata yg mampu, pd yg tak mampu rm20 pun cukup besar dan susah utk dicari..