Saturday, June 19, 2010

KRITIKAN BLOGER TERHADAP UMNO SELANGOR MASUK UTUSAN LAGI !


hari ini umno selangor telah memberikan respon terhadap kritikan bloger gap,rbf,warisan 2057 dan medan info kita.

kenyataan balas umno selangor disiarkan di dalam akhbar utusan malaysia hari ini. terimakasih gap ucap kepada media arus perdana, kerana balance menyalurkan maklumat.KLIK SINI

aku baca respon noh omar, jawapan dia adalah jawapan politik. terimakasih kerana menegur umno selangor.

bloger mahu tindakan responsif dan pimpinan umno selangor. yang ada sekarang tidak proaktif.pimpinan umno selangor cukup lemah dalam gerakan menyerang pakatan. terlalu banyak bola tanggung yang sepatutnya boleh dilibas oleh umno,tetapi mereka tidak lakukan.

rakyat sudah bijak menilai isu politik. pengundi paham situasi politik. seharusnya serangan bertali arus terhadap kelemahan pimpinan pakatan selangor wajib dilakukan dalam skala yang berterusan, bukan pada 10 hari waktu berkempen pilihanraya.itu perkiraan politik yang silap.

pimpinan umno selangor tidak outspoken,lemah dalam menggarap kelemahan pakatan untuk dijadikan isu berterusan.

setahun sudah berlalu, jun muncul kembali. tapi sayang kelibat serang tidak langsung kelihatan. ini mengecewakan bloger dan mengecewakan rakyat.

rakyat sudah bersedia untuk menghukum pakatan, yang perlu dilakukan oleh umno selangor adalah senantiasa memastikan 'bara' itu senantiasa terbakar.sayangnya umno selangor gagal menyahut suara rakyat !

umno selangor gagal. rombak segera.

29 comments:

bobtnb said...

diorang tido pasal boring dgr pemimpin umno berucap. baik dgr khutbah jumaat lg best.

Aku Anak Malaysia said...

Aku ucapkan syabas kepada blogger kerana berjaya menarik perhatian UMNO Selangor untuk meninjau perkembangan prestasi diorang yg semakin hari kelihatan makin menjunam. Kita menegur supaya mana2 sakit yang ada perlu diubat sebelum terlambat.

Kita jgn berada di kelas yang sama dgn ahli PR totok, tau angguk jadi burung belatuk. Atau jadi anjing suruhan DAP.

Siapa kata kita hanya menyalak sesama sendiri di dalam blog sahaja. Siapa kata apa yang kita perjuangankan di sini TIADA hasil? Buktinya, apa yg kita bincangkan dah sampai ke akhbar perdana.

Aku percaya, dikalangan kita ada juga pemimpin UMNO yg meninjau blog ni.

Sekarang dunia IT, bukan satu golongan sahaja yang terlibat malah ahli totok PR yg takde kaitan pun ada sama di sini.

Kita juga harus ingat, PRU yang dahulu pun puak2 totok ni semua menang sebab kecanggihan IT jugak. Menyebarkan ideologi totok diorang sampai ramai rakyat termakan dgn hasutan.

Jika kita dulu kalah kerana perang siber, sekarang kita kena bangkit guna perang siber. Kita kene bijak ikut arus zaman.

Aku sebagai pengundi atas pagar berharap agar GAP teruskan usaha utk bongkarkan kegiatan UMNO yg dah lari dari perjuangan asal.

Jangan lupa juga, walaupun kita menang di kebanyakan negeri, tak mustahil juga kita boleh kalah jika kita tidor.. sebagaimana jadi kat Selangor, yg kononnya kubu kuat BN selama ni. Jgn hairan jika nasib Selangor akan berjangkit pada negeri Pahang, Melaka & Johor.

P/S:

GAP, sergah UMNO Melaka lak. Aku dah lama tunggu ni.

Anonymous said...

tahniah bro GAP dan rakan2 atas usaha ini , tepat seperti kata pepatah lama 'sudah terhantuk baru tengadah ' , pemimpin2 UMno harus dengan segera bangun dari tidur , jgn harap keajaiban berlaku tanpa usaha yg berterusan ,

kes selangor akan jadi panduan pada negeri2 yg lain , KP negeri lain jgn happy , giliran anda akan tiba ..

kedua , tahniah pada Utusan yg menyiarkan artikel saudara2 bloggers ,UTUSAN harus lebih berani dan tegas dalam memperjuangkan nasib bangsa , agama dan negara , Utusan harus menyaingi media pembangkang yg ternyata semakin mengiggit dari masa kesemasa biarpun pada hakikatnya 99% dalam media Harakah ddan buletin keadilan adalah bohong dan fitnah belaka ,
tahniah UTUSAN MELAYU , teruskan tindakan dengan lebih berbisa ,

Negaraku , Agamaku , Bangsaku ...

mat spring said...

Dah tersentak dari tidur? Baguslah dan lepas ini kita nak tengok respon Umno Selangor. Dah bangun jangan tidur balik dahle.

mat spring said...

Macam tu okaylah YB Noh. Dah bangun terus buat keje sunggu2. Ketua2 Bahagian jangan ego dan syok sendiri. Kalau tak serik jadi pembangkang atau belum puas jadi pemerhati buatlah perangai lama.

YB.Noh,gua caya lu. Jangan sampai pengundi tak caya Umno!...

Anonymous said...

dia tidur sebab boring dgn bloggers2 yang perasuah, depa tak dapt apa pun!

Anonymous said...

Depa tidur sebab bloggers buat cerita spin, propaganda dan fitnah semata2. Depa lena lah.

Anonymous said...

UMNO Ampang lagi sedap tido. saya dah lama tunggu UMNO Ampang, sebab dah bosan dengan PKR dsb.Tapi tak ada apa. jumpa rakyat tidak, apatah lagi nak beri ceramah, beramah mesra dengan rakyat, tanya khabar. apa nak jadik ni. kalau macam ni, kalau ada calon berok, saya undi berok la. dah sure tak perfom.

Anonymous said...

UMNO Selangor sangat malap dan lemah.

ini mungkin kerana dulu tak banyak buat kerja,tak turun padang tengok wakil2 penduduk sebab waktu itu dah cukup SELESA DIBUAI KEKAYAAN.

Jadi bila nak kena buat kerja semua YB2 UMNO Selangor rasa cukup liat dan rasa teramat malas.

kan dulu cukup MEWAH walaupun tak payah buat kerja.

Kerja paling berat pun usung fail tender. kerja paling pening pun jalan jemm waktu nak balik rumah.

Ms Pearl said...

GAP? any idea bagaimana nak menyertai PERKASA? I tiba tiba berminat nak join. Share with me any info bout it okey? Thank You :D

Anonymous said...

DS Najib dah serahkan tugas pada pemimpin Selangor. Sepatutnya pemimpin yg diamanahkan jlnkan tjwb.Selangor rumah mrk sendiri, takkan DS Najib yg nak buat kerja. Mungkin byk sgt jwtn yg dipegang..Menteri, MT, Timb PP Negeri dan Ketua Bhgn. Tmbh lagi nak jaga 5 Bhgn Angkat setiap MT. Sehinggakan Bhgn-Bhgn yg tiada ketua di Selangor pun nak juga. Inilah mslhnya..sepatutnya Bhgn2 yg ketua digantung, biarlah Timb Ketua dan pemimpin Bhgn itu yg jaga & buat kerja. Takkan mrk nak biarkan rumah yg mrk duduk kacau bilau, haru biru..pandailah mrk.Kpd pemimpin UMNO S'gor, jgn smpai yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran..Jgn hangat2tahi ayam shj..panas sekejap. Semasa mula kalah mcm2 retreat dibuat, nak buat mcm2 'turn'..la ni senyap terus, lemah, layu & tak bermaya..mcm nak kalah je. Berubah atau rebah...- PANGLIMA HITAM

arif omar said...

umno selangor ni senang je kalau nak suroh dia orang bangun tidor. beri projek aje. 1 minit terus sampai.

Noh Omar said...

Ngko sape... nak nasihat UMNO Selangor!

AbgTuah said...

SALUTE BRO..

PENDEDAHAN YG BAIK UNTUK PENAMBAHBAIKAN.

Anonymous said...

PRU 13 sudah semakin hampir. Tun Mahathir kata ini masa yg terbaik. Nik Aziz kata PAS sdh sedia, buatlah jika BN nak kecundang. DS Najib kata tarikh PRU 13 akan jadi satu kejutan. Hari ini 'arahan' siap siagakan jentera pilihanraya tlh dinyatakan oleh pucuk pimpinan parti. Apa persediaan & gerakerja UMNO Selangor jika 2011 PRU 13?..Apakah kejayaan boleh diperolehi dlm kempen 10 hari pilihanraya? Bolehkah BN mengekalkan kerusi yg menang majoriti di bwh 500, apatah lagi nak dpt balik kerusi yg kalah di bwh 500?..LUPAKAH BHW PR KERAJAAN MEMERINTAH S'GOR & BN/UMNO ADALAH PEMBANGKANG..SIAPA YG ADA KELEBIHAN..Berubah atau rebah - PANGLIMA HITAM.

Anonymous said...

diaorg tu pemalas...keje tido jerrr... kalau mcm ni perangai diaorg,sampai bile pun umno selangor susah nk bangkit.... mereka leka dgn apa yg ada sekarang... diaorg terlalu selesa dgn apa yg ada...tak sedar diri yg diaorg tu skrg dh jadi pembangkang di negeri selangor tp berangan mcm dia pula yg memerintah selangor.... korang layan gambar nih.... klakar aku tgk.... hahahahaha
http://img651.imageshack.us/img651/8766/bbp.jpg

GAP KEMBALI said...

ms pearl

nak join perkasa ? bagus. contact kawan gap namanya afiq, ketua wira perkasa daerah petaling.

daerah petaling ni include shah alam. gap dah call dia dan dia kata boleh bg borang direct kat che pearl.

sms dia kat no ni.012 2222 056. ajak megat join skali..haha

Anonymous said...

Gua baca gelak beb...

kenyataan akhbar
" Apa yang dilakukan tak perlu dihebahkan"

Kenyataan paling bangang///yang PASTI tak ada apa yang dilakukan ..sebab tak ada apa nak diceritakan...dan kenyataan lemah , bengap dari seorang yang bergelar KETUA PEMUDA UMNO ..tak dak telorrrrrrrrrrr woiii...kena hantar pi kursus motivasi monyet nie..

ada kenyataan Noh Omar dalam komen ni?...btulker lu Noh Omar kalau betul lu bagi hp nombor..sebab kenyataan lu ..tanya kiata sapa nak tegor umno selangor..adalah kenyataan paling bodoh kalau lu noh omar..memang lu layaka jaga lembu jer..tok sah jaga manusia..kalau cam ni lar sikap umno selangor...memang tak layak kami pimpin kamu...kamu GAS (Gerakan Anti Satim)..akan pastikan Noh Omar PUN BUNGKUS dan GULUNG TIKAAAAR...PIIIIIIIIIIIRAAAAAAAAAAAAAAAAAH...kalau tak boleh terima teguran korang lah pemimpin PALING HAPRAK pernah wujud dalam UMNO...

Anonymous said...

Buat Noh Omar!

kerana kami lah UMNO terus wujud sampai sekarang.

Jangan cepat melatah bila orang tegur. Ramai tahu kelemahan UMNO S'gor skrg ni.

Jgn tanya sapa kami! you buat kerja you, kami akan menilai kerja kerja orang you.

PRU 13 dah dekat!!!!!!

Jangan sombonggggg!!!!!

Nak jadi PEMBANGKANG di tempat sendiri lagi!!!!!!!

Unknown said...

teguran yang baik untuk kebaikkan.Biar aku komen serba sedikit pasal umno selangor nie.actually diaorg bukan tak buat keje tapi kurang mantap dari segi strategi..strategi perang saraf kene mantap..jadi itu kelemahan yang diaorg kene ambik berat.Kita harus tengok dari sudut positif jgn nampak negatif saja..apa yg positif kita hebohkan dan apa yg negatif kita tegur supaya diperbaiki.Itu cara terbaik kalau kita sayangkan umno selangor.Dari segi kegagalan pemimpin aku rasa PM Najib memantau setiap gerak geri kerana telah wujud jawatan pegawai jasa dan juga spy2 yg dilantik untuk memberi laporan terus kepada beliau.

tentang noh omar memangku jawatan ketua bahagian, sebenarnya dia dilantik oleh MT kerana dalam perlembagaan umno ada klause mengatakan bahawa MT berhak melantik pemangku ketua bahagian sekiranya ketua tersebut digantung dan noh omar ada melantik seseorang dalam membantu beliau memantau perjalanan bahagian tersebut.Ini merujuk kepada kes yang berlaku di bahagian sabak bernam dan pandan.Ini info yang aku dapat dari org umno sendiri.

Apa yang perlu sekarang adalah umno selangor perlu lebih agresif berbanding dulu.sokongan dari blogger aku rasa diperlukan oleh mereka.Noh Omar dah ucapkan terima kasih walaupun dikatakan jawapan politik.Orang politik menjawap soklan politik dengan nada berpolitik..itu perkara biasa bagi aku.

Anonymous said...

ni smuer adalah kija org2 yg rasa x puashati terhadap pimpinan noh omar. mungkin jugak blogger2 ni diupah oleh puak2 khir toyo utk attack umno selangor...

ramlialias

Anonymous said...

Hasrizam,

Gua setuju dengan lu..akhirnya ada juga kenyataan yang positif dan bijak..gua memang kutuk satim..tapi setelah berapa lama..lama dah gua tahan dengan dia ni..tapi dia langsung buat tak tahu...sebab terlalu percaya kaki ampu keliling dia..orang yang betul betul bekerja untuk dia ..dia tak pedulik..ramai yang bagus telah meninggalkan umno serdang ni sebab di anak tirikan oleh penyokong satim..kalau setakat di anaktiri tak per..tapi di layan seperti anjing kurap ..saya antara yang mengagumi noh omar pada mulanya..tapi jika benar kenyataakn yang noh omar begitu..mencabar kita yang menegur umno selangor..maka beliau tidak layak memimpin umno..biar wajar letak jawatan... kami kutuk sebab kami sayang kan umno..saya dah penat bersuara dari dalam umno sendiri..tapi orang tak berjawatan memang tak pernah dipandang segala pandangan dan pendapat...inilah masalah lama umno yang telah berakar umbi menyebabkan ramai yang mahu perubahan..kami hentam umno pru12..dengan harapan umni akan bangkit dengan lebih kukuh..malangnya..apa yang berlaku umno terus dibuai mimpi indah dan terus menyalahkan orang lain...PM cuba memberi isyarat...bangkit..tapi nampaknya yang lain terus tidor..dan satu lagi saya minta GAP kejutkan Ahmad Mazlan yang saya rasa MASIH TERUS LENA ...entah apa yang dibuat selama nie..tak tahulah...

Ms Pearl said...

che GAP

thank you :)
Any official website ?

GAP KEMBALI said...

che pearl

blh hubungi kawan gap tu atau bukak website rasmi perkasa..ajak member sekali join ok.

Anonymous said...

Salam GAP,

Tahniah. Suara bloggers menarik perhatian media.

Semoga UMNO Selangor bangkit...

-Melayu Bangkit!!!-

aimdaim said...

Tahniah GAP,
Mmg UMNO Selangor Tidur,semua UMNO bhg dlm Selangor pun tidur. Eloklah di kejutkan, klu boleh selalu kejutkan pasalnya mudah sgt tertidur (ingat pesan saya ni).
UMNO Selangor masih mcm dulu, tak boleh di tegur, bila ditegur melenting. Org yg menegur akan di cop 'lawan tauke'.
Begitulah jadinya, khususnya di bhg Puchong. Ketuanya sibuk buat kerja negeri, org bawahan (AJK bhg) sibuk politik, cari tag team nak bertanding nanti.
KP Puchong jadi Ketua Penerangan Pemuda Negeri Selangor, sibuk terangkan kat org luar, spi lupa program kat bhg/caw sendiri, org bhg sendiri tak de penerangan, kena cari sendiri.
Ada AJK Pemuda bhg yg tak pernah nampak btg hidung kat cawangan sendiri, nak meeting setahun skali bru nampak btg idung, program kat caw pun tak de.
Masih ada anak melayu yg tak daftar beranak, tak sekolah & miskin dia org buat tak nampak aje. Katanya tak de duit pasal jd pembangkang, tp apa salahnya bg sokongan moral.
Moral of the stori mmg tak buat kerja dia org ni, dr Negeri spi ke cawangan. Ingat pesan saya tadi, selalulah kejutkan, sedap sgt tido agaknya.

Esperalzi said...

GAP, kau kena tegur UMNO Kedah juga! Aku balik Kedah baru2 ni, tengah minum teh tarik kat warung, terdengar puak2 kat warung tu bercakap politik..

Diorang kata kalau Bashah yang jadi MB Kedah, lebih baik biaq PAIH (PAS) saja perintah Kedah! Depa meluat sungguh dengan Bashah. Tapi kalau Mukhris Mahathir yang jadi MB, mereka akan sokong UMNO..

Diorang kata Bashah sekarang ni mengada2, asalkan rumah terbakar, muka dia sampai dulu sebelum bomba! Tapi dulu sebelum 2008, dia langsung tak pernah amik peduli kawasan dia, nak tengok bayang dia pun susah.

Kendian ada lah lagi yang diorang cakap2 kat warung tu. Tapi aku tak tau lah samada yang diorang cakap ni betul atau tidak. Aku pun jarang balik Kedah..

Esperalzi said...

Dalam bab serang menyerang, UMNO ni lembab dan lurus bendul! Mereka cuma akan serang balik bila musim PRU saja. Di luar musim PRU, mereka banyak tido...

Puak Phuckatan Rosak pula menyerang UMNO/BN 24/7/365...tak pernah berhenti! Tak tau lah mungkin dalam blog2 UMNO, puak2 UMNO ni menyerang balas. Tapi aku tak baca blog2 UMNO..boring!!! Hehehe!! Blog PASbodoh lagi lah boring!

Kita kena serang Phuckatan Rosak 24/7/365 biar mereka tak menang tangan..baru betul!

Anonymous said...

DS Najib kena tunggu sehingga UMNO S'gor betul-betul mantap, buat gerakan spt Gelombang Biru di T'ganu baru boleh isytihar PRU 13. Jika tak, malu besar DS Najib jika BN klh lg di S'gor krn DS Najib adalah Peng. Perhbgn Ngri. Malu negeri yg PM/Presiden jaga pun kalah..APA TUNGGU LAGI, AMBIL TINDAKANLAH..DIUBAH ATAU REBAH LAGI - PANGLIMA HITAM