Friday, July 23, 2010

FAKTA PENTING PAC & IKYS

artikel ini aku petik daripada blog ds khir.

1. Adun-adun BN Selangor tidak menolak secara total perlantikan ADUN Sungai Burong, YB Dato' Shamsuddin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC). Yang dipertikaikan ialah komposisi dalam PAC yang tidak memungkinkan Dato Shamsuddin menjalankan tugasnya dengan baik. Dalam PAC yang mempunyai tujuh orang, hanya dua orang (termasuk Dato' Shamsuddin)yang merupakan ADUN BN.

2. Bagi saya, komposisi ini tidak mencerminkan kekuatan Pengerusi PAC dan ia tidak lebih daripada satu lagi perubahan kosmetik yang bermotifkan politik semata-mata.

3. Namun oleh kerana usul ini telah diluluskan dalam sidang Dewan Negeri Selangor, maka saya fikir Dato' Shamsuddin perlu menjalankan tugas beliau sebaik mungkin dalam kekangan-kekangan yang ada. Adalah penting untuk menghormati keputusan Dewan Negeri terutama membabitkan jawatankuasa sebesar ini.

4. Saya percaya sebagai bekas pentadbir yang berpengalaman, Dato' Shamsuddin akan menggunakan pengalaman dan kepakaran beliau sebaik mungkin mengatasi kekangan yang ada bagi membantu memperbaiki kelemahan kerajaan negeri yang sangat ketara sekarang ini.

Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

5. Saya berasa sangat terkilan dan sedih dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk menutup IKYS di Sabak Bernam. Keputusan ini merupakan satu langkah kebelakang kerajaan negeri dalam memajukan belia selangor yang tercicir dalam pelajaran.

6. Sungguhpun pelajar sedia ada akan dipindahkan ke Kolej INPENS di Kuala Selangor, namun pada masa akan datang tentulah jumlah belia Selangor yang boleh mengikuti latihan kemahiran akan berkurangan kerana satu tempat telah ditutup.

7. Adalah tidak benar Kenyataan Akhbar Yayasan Selangor bahawa perkara ini telah dirancang sejak sebelum 2008 lagi. Seingat saya tiada sebarang perbincangan dalam Lembaga Pemegang Amanah Selangor sebelum 2008.

8. Saya juga dimaklumkan oleh bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Tuan Haji Takril Tasuki bahawa tiada sebarang perancangan dan perbincangan di peringkat pengurusan Yayasan sebelum 2008 untuk menutup IKYS.

9. Justeru saya berharap Yayasan Selangor sebagai sebuah badan profesional mengendalikan isu-isu mengenai mereka secara profesional bukannya secara politik. Jangan buat kenyataan seperti ahli politik terutama jika ia bukan sahaja menjejaskan krdebiliti Yayasan tetapi juga kemungkinan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

10. Sesungguhnya penutupan IKYS dan menyerapkan pelajar sedia ada kepada Inpens merupakan satu titik hitam dalam usaha kerajaan negeri membangunkan modal insan di Selangor.

11. Alangkah anehnya, sebuah pusat latihan kemahiran ditutup dan akan diganti dengan pusat latihan kem bina semangat. Saya tidak menafikan keperluan motivasi dan kursus siasah diri. Namun jika dibandingkan keperluan kursus bina insan dengan kursus kemahiran, saya fikir seluruh rakyat akan setuju bahawa kursus kemahiran perlu jadi keutamaan dan kursus modal insan ini hanyalah sebagai tambahan sahaja.

12. Malangnya kita mendapat kerajaan negeri yang suka bercakap perkara-perkara yang indah dan retorikal tetapi tidak realistik dengan kehendak pembangunan.

13. Saya hanya boleh mendedahkan, namun terserahlah kepada rakyat untuk menilainya.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Bro GAP,

Aku rasa fuckatan haram ni nak gunakan tempat tu untuk sebarkan dakyah fitnah dan pemikiran liberal tahap sial ke anak-anak muda area kuala selangor. Perlu diingatkan bahawa Sg Besar dan Tg Karang menjadi kubu kuat BN. DUN Jeram pun masih milik BN lagi. So, dgn adanya tempat tu, maka mudahlah mereka untuk bergerak atas nama BINA SEMANGAT!

Anonymous said...

penutupan ini merupakan satu langkah yg perlu di lakukan demi memastikan anak anak muda melayu terus menjadi mat rempit & bohsia...bodoh dan tak ada pelajaran..dan banyak melahirkan anak luar nikah..ianya perlu di lakukan dengan seberapa segera...bagi memastikan bangsa melayu kekal lemah dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan dan berpecah ....dalam masa yg sama, kita samada yg berada dlm kerajaan atau di luar akan terus bersatu dalam memastikan anak anak kita sentiasa maju dalam pelajaran,berjaya memperolehi biasiswa dll ke istimewaan yg di janjikan oleh kerajaan BN, walaupun secara kasarnya nada suara kita nampak berbeza..tapi hati kita tetap sama..Keldai tunggangan kita akan di arahkan untuk melakukan kerja kerja ini dan akan menepis segala macam maki hamun org melayu berkenaan dgn perkara ini...lagi pun kaldai kita itu bangsa melayu juga..biar mereka berbalah sesama mereka..kita tidak perlu berbuat apa apa...pantau sahaja dari jauh...ibarat main layang layang...biarkan layang layang itu terbang, tetapi kitalah yg memeggang benangnya..sama juga macam kes berbaring di atas jalan utk meng hadang kereta di raja lalu...itulah contoh terbaik permainan politik kita telah berjaya...di sana pun kita telah ada seorang melayu yang telah kita sumpah menjadi anjing buruan kita...anjing sumpahan ini di dapati begitu setia...hingga sanggup mencemarkan akidah nya dengan memeggang lilin sebagai memperingati kematian seorang ahli kita yg dah mampos tu..pada hal kita tahu dalam agama islam mana ada upacara membakar lilin sebagai memperingati orang yg dah mati..ini ber makna bukan sahaja anjing sumpahan kita itu sanggup berbuat apa saja dgn arahan kita tetapi sanggup juga menggadaikan akidahnya..lagi satu tidak perlu di khuatirkan dgn sebuah lagi parti org melayu...parti itu telah berjaya kita tarbiahkan..dan kini mereka sangat setia dengan kita sebagai tuan mereka, sedikit pun tidak menyalak...ini lah agenda tersembunyi kita...kalau berjaya sudah pasti negara ini akan dapat kita perintah di satu masa nanti dan kita akan jadikan bangsa melayu ini sama dengan nasib saudara mereka di negara yg telah berjaya di tawan oleh saudara senior kita itu dulu..