'Perang besar' boleh berlaku di Malaysia jika kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.
Kita tidak perlu bercakap mengenai tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja. Kini kita bercakap mengenai 'perang besar' yang boleh meletus, jika keadaan gagal dikawal (oleh kerajaan).
Pelbagai pihak kini sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain. Ia termasuklah cubaan untuk menukar Perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu Perlembagaan yang baru.
Apakah cubaan itu dilakukan kerana pihak-pihak tertentu itu merasakan mereka sudah cukup besar kepala? Apakah cubaan itu dilakukan kerana mereka merasakan kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dua tahun lagi?
Jika benar wujudnya dokumen seperti itu, maka benarkan andaian itu. Ini kerana mereka terlalu yakin mereka boleh memerintah kerana pegangan politik Melayu yang dibela oleh Perlembagaan lama, semakin luntur dan mulai terhakis.
Satu lakaran baru Perlembagaan Malaysia perlu ditulis cepat bagi menggantikan Perlembagaan lama yang mereka anggap lapuk sebagai persiapan seandainya mereka memerintah kelak. Mereka mahu melukis semula Perlembagaan atas nama sama-rata dan mengeluarkan istilah kontrak sosial, agama Islam - dan mungkin kedudukan raja-raja Melayu - yang bunyinya bagi mereka terlalu kolot?
Harussani yang mendedahkan kewujudan Perlembagan baru itu menjelaskan: ''Perlembagan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang."
Orang yang mempunyai idea ini cukup berbahaya. Kerajaan harus menanganinya, jika ia terbukti benar, bagi mengelakkan tercetusnya 'perang besar'. Saya, kita dan semua rakyat Malaysia terlalu takut untuk menghadapi situasi 'perang besar' itu. Tiada tempat yang boleh saya lari jika tercetusnya 'perang besar' itu. Bolehkah saya lari ke Singapura, Australia atau New Zealand? Saya tiada sesiapa di situ, apatah lagi tanah sekangkang kera.
Jika ia berlaku, maka ia akan tetap berlaku. Hanya Tuhan Yang Maha Esa sahaja yang akan menentukan nasib negara ini. Jika itu yang Dia mahukan, maka jadilah 'perang besar'.
Tapi, siapa yang akan untung jika berlaku 'perang besar' itu. Orang Melayu, Cina, India atau Pribumi lain? Sekali lagi hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
Malaysia sebenarnya dibentuk oleh satu denominasi yang berbeza. Bukan satu, tapi membabitkan pelbagai kaum dan warna kulit serta anutan kepercayaan yang berlainan.
Sukar untuk membentuknya untuk menjadi satu denominasi yang unggul. Usaha ke arah itu sedang dilakukan melalui gagasan 1Malaysia. Mungkin akan tercapai 50 ke 100 tahun lagi, bukan semalaman sebagaimana kepercayaan kebanyakan orang sekarang?
Bangsa Amerika mengambil masa selama 250 tahun untuk melantik seorang yang berkulit hitam sebagai Presiden mereka. Tapi ada syaratnya juga. Orang berkulit hitam itu haruslah seorang yang beragama sama dengan kaum dominan kulit putih. Bolehkah Presiden Amerika seorang yang beragama Islam, misalnya? Mungkin boleh, tapi ia memerlukan 250 tahun lagi?
Kaum Arab, walau macam mana sekali pun mereka berperang mereka masih Arab - satu bahasa, satu agama mungkin sedikit berbeza dari segi aliran mazhab. Begitu juga dengan bangsa Jepun, China dan India. Walaupun mereka bergaduh sekalipun mereka masih merupakan satu denominasi yang unggul, sama warna kulit dan yang penting sama agama.
Tapi, di Malaysia ia berbeza. Melayu, Cina dan India dengan majoritinya (setakat ini masih) Melayu hidup dalam satu negara. Jika kerajaan yang dipimpin oleh majoriti itu kuat, ia hanya boleh mengharmonikan keadaan sahaja. Itu pun jika majoriti itu dapat diterima oleh sesama majoritinya yang lain.
Selama beberapa dekad ini Malaysia cukup harmoni. Melayu, Cina dan India serta Pribumi lain hidup dengan harmoni kerana majoriti yang memimpin mereka itu kuat. Namun, sejak kebelakangan ini situasinya sudah berbeza. Ada golongan mahu menangguk di air keruh setelah melihat sistem pertahanan golongan majoriti itu mulai melayu.
Masing-masing mula mahu menegakkan hak masing-masing. Mereka mahu lebih. Masing-masing mahu kelihatan mereka itu dominan. Kaum Y berkompromi dengan Kaum Z untuk menjatuhkan Kaum X bagi membolehkan, mungkin, Kaum Y menguasai negara ini. Jika Kaum Y tidak berkuasa pun mereka mahu diberi peranan yang lebih lagi.
Maka itu, pelbagai taktik halus yang cukup strategik sedang dirangka secara teliti untuk membolehkan cita-cita itu dicapai. Rakyat harus dikelirukan. Kaum X,Y dan Z harus dikelirukan. Golongan majoriti yang terkeliru itu kini tercari-cari ranting untuk berpaut. Jika mereka merasakan Kaum Y itu kuat maka majoriti yang sudah minoriti itu akan menyambarnya.
Amat malang sekali kaum majoriti yang kuat satu ketika dulu kerana keupayaannya dapat mengharmonikan X,Y,Z tadi tiba-tiba menjadi minoriti. Mereka sudah berpecah-pecah. Malah ada yang sudah berani dan terbuka mempersendakan dasar DEB yang dibuat khusus untuk kaum majoriti itu dulu!
Tapi persoalan besarnya sekarang, apakah kaum yang dikalahkan tadi akan berdiam diri? Apakah pada ketika itu situasi yang kita semua tidak mahu ia berlaku, akan berlaku?
Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia, nauzubillah...
10 comments:
UMNO YG MULAKAN UMNO LAK YG BIMBANG.?? PADAN MUKO KO SELALU BUAT ISU RASIS... KALU NAK MELAYU SAHAJA MEMERINTAH...PM ESTI HAPUSKAN WARGANEGARA SEMUA KAUM BUKAN MELAYU... GAP MESTI BERTANGGUNG JAWAB MENJAYAKANNYA.. AMCAM CADANG YG GENIUS SEMOGA GAP RASA BERPUASHATI....
perang dah wajib. jika dap trus disokong 2laknat melayu anwa kencing dan nik hancing. pilihanraya akan jadi tak adil ! TBH bunuh diri depa tekan melayu bunuh..apa Tak geram cina. kita takan commit pru13 jika dap trus nak printah negara ni! kita mesti yakin dan percaya. dap naik pasti Melayu Cina Perang jugak! buat apa depa dpt tukar pelembagaan baru nak perang. masa tu polis tentera dah mcm singpork..payah nak jumpa Melayu! Jasa Melayu amankan negara tidak dihargai bro..
Cadangan menghapuskan keistimewaan bumiputra sebagai stu langkah kebelakang.
walaubagaimanapun Kita orang melayu perlu menerima kaum cina dan india sebagai kaum bumiputra juga.
DS Najib perlu bertindak segera, proses penerimaan dan kemasukkan kaum cina dan india ke dalam bumiputra perlu dilakukan dengan perlahan-lahan
orang melayu harus terima kenyataan
Persoalaan disini mengapa harus ada dasar dasar pemisahan pada setiap kelahiran anak-anak yang dilahirkan oleh setiap ibu bapa berstatus rakyat Malaysia??
TAK PERLU HAPUS DASAR KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA.
APA YANG PERLU ADALAH MEMBERIKAAN KEISTEMIWAAN BUMIPUTRA KEPADA BANGSA CINA DAN INDIA.
ORANG JOHOR
pada anonAugust 22, 2010 11:16 AM,
saudara tak paham ke ayat pertama anon August 22, 2010 10:50 AM jelaskan? parti UMNO yang mulakan isu perkauman nie.. nak salahkan orang lain apasal. tanya diri kita sendiri UMNO memerintah selama 50 tahun, tapi mengapa ada isu melayu mundur, berpecah dan sebagainya. apa dia buat selama 50 tahun untuk memperkayakan setiap orang melayu?
Fikir ahli UMNO dan penyokong mereka
tolong bagi bukti umno yg mula dulu? isu kepentingan bangsa ni lks yg mula2 dok nyanyi dulu2. check balikla ucapan2 lks dulu2, awal 70'sn, 80'an & berterusan hinggalah sekarang & semakin dirancakkan dgn pertolongan melayu pkr & pas yg teringin sgt nak buang bangsa mereka sendiri!...jgn nak buat tak tahu budak!
masa kecik2 tak rasa sgt rasis2 ni, main dgn geng campur cina, india.
tapi bila dah tua ni, kalau melayu bercakap atas kapasiti melayu, mesti kata rasis.
selama ni pemimpin2 kaum india bercakap dgn kaum dia dlm bahasa yg kaum puak dia shj faham, menghentam maki hamun pemimpin2 & orang melayu, menggesa kaum dia berjuang nak itu ini, tidak rasis?
jika pemimpin2 cina bercakap dlm bahasa cina didepan kaum mereka mengutuk, mencerca, mencarut orang melayu, menggesa menuntut itu & ini walaupun bertentangan dgn perlembagaan, tidak rasis?
pengalaman aku belajar matematik dari sekor cg cina ni, dia asyik guna bahasa cina saja masa mengajar kelas kami yg ada beberapa kerat pelajar cina tapi 2/3 pelajar melayu & kami budak2 melayu langsung tak paham apa satu..
satu saja aku nak tau..namawee bangsat tu pasai apa tak diambil tindakan pun?
CANTIKKK!!!!
Semuanya berpunca bila ada orang secara terang-terangan berkata " Malaysia ini Cina yang punya, Malaysia ini India yang Punya, Malaysia ini bukan Melayu yang punya". inilah kata-kata hasutan yang tersangat besar hingga mewujudkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat kita.
Orang Melayu tiada tempat lain di muka bumi ini kecuali negara ini,tanah air ini, hidup mati,perang besar dan lain sebagainya mereka tidak akan lari kemana pun seperti pandangan penulis.
anos 5:49pm yang mengaku orang Johor, aku dah penat baca komen kau yang macamtu...tak pe lah aku terima juga atas dasar kebebasan memberi pendapat.
Boleh bagi hak keistemewaan dan menerima kaum cina dan India sebagai bumiputera dengan SYARAT HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN INDIA, NO MORE BAHASA MANDRIN DAN TAMIL, NO MORE NAMA CINA DAN INDIA. NO MORE KEBUDAYAAN CINA DAN INDIA, NO MORE PERAYAAN CINA DAN INDIA.Satu Malaysia macam Indonesia dan Thailand.Adakah mereka semua sanggup, ayuh kita mulakan.
Hak keistemewaan perkara 153 perlembagaan memang memperuntukkan untuk melayu dan bumiputera so cina dan india jadilah bumiputera dengan melupakan segala adat istiadat,budaya,bahasa dan lainnya yang memperlihatkan perbezaan kaum cina,india dengan bumiputera malaysia, kalau ini berlaku anda adalah bumiputera dan terlindung dibawah perlembagaan segala hak keistemewaan adalah milik anda.
Siapa yang mempertahankan budaya bangsa kaum masing-masing? siapa yang menolak sekolah satu aliran?
sedarlah pengorbanan kaum melayu,wakil rakyat cina dan india yang tak pandai cakap bahasa melayu pun kita angkat sebagai wakil rakyat untuk kaum melayu nak apa lagi.
sorry bro GAP, terlebih cakap dalam blog kamu.Panas hati.Nak suruh beri tapi orang yang nak kita beri itu tak mahu menerima bahawa mereka adalah rakyat Malaysia yang mesti taat dan setia kepada kerajaan. Tak tahu roh dan semangat rukunegara.
anwar
Kebodohan pemimpin2 UMNO:
1. Bersetuju memberi kerakyatan pada bukan melayu dan sebagai balasan bukan melayu hendaklah memperakui hak istimewa orang melayu.....melayu BERI......bukan melayu AKU.
2. Membenarkan penubuhan sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil hinggakan sekolah kebangsaan tiada nilai..hanya melayu yang patriotik secara syok sendiri.
3. Bagi pemimpin UMNO kepentingan diri mesti diutamakan... kemudian baru tolong melayu....berapa nilai kepentingan diri? RM1juta,RM10juta,RM20juta,RM50juta,RM100juta RM500juta atau tiada had..bila masa nak fikirkan hal melayu.
4. Pemimpin UMNO terlalu kedekut nak beri tapak rumah dan tanah kebun pada melayu..melayu yang berkeluarga terpaksa membuat pinjaman bank dan dibelit hutang berpuluh tahun untuk mendapat seunit rumah..
5. Pemimpin UMNO berkata melayu akan turut maju jika negara maju..oleh itu wang negara dibelanjakan untuk projek2 mega..yang terbesar, yang tertinggi, yang terpanjang, yang tercanggih, dan macam2 yang....yang untung bukan melayu..melayu hanya menang sorak kampung tergadai..
6. Graduan2 melayu yang berjumlah 50,000 setahun terpaksa dibelit hutang PTPTN..syarikat swasta yang menyambutnya sangat sedikit..kerana syarikat melayu terlalu banyak ditimpa masaalah.
7. Pemimpin2 UMNO suka kepada pengikut2 yang bodoh dan mengampu..itulah sebabnya ramai bijakpandai melayu menyertai pembangkang.. yang tak pernah pergi kelaut dapat lesen laut dalam, yang tak pernah bawa teksi dapat permit beratus2 teksi, yang tak pernah berniaga dipasar dapat tempat dipasar borong..
8. UMNO, Utusan Malaysia dan RTM sama saja yang bertujuan memperbodohkan orang melayu agar pemimpin2 bodoh UMNO terus berkuasa.
Akhirnya UMNO akan lenyap pasa PRU 13..orang melayu sendiri sudah tidak mempercayaai UMNO lagi..Pemimpin UMNO telah salah dari mula lagi...
Dulu aku selalu menyanyi lagu Warisan ini bila masuk kem. Hati sering tertanya, boleh ke berlaku apa yang dikatakan dalam bait puisi ini...? Tapi nyata bayang-bayang ngeri ini dah mula mengintai..
'Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa...
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah lalai, teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara...'
Semoga kita terus dipelihara Allah.
Post a Comment