Wednesday, September 15, 2010

ANWAR TERPERANGKAP DENGAN KEBIJAKSANAAN SYED HUSIN ALI.





otai punya politik. aku kenal secara rapat syed husin ni masa zaman reformasi, di jalan setiamurni satu.

aku mulanya tak paham agenda PRM, pasal pada waktu itu PRM ni sekadar hidup hanya pada waktu mesyuarat agung tahunan mereka, itu pun pasal ikut undang-undang akta pertubuhan. tak buat mesyuarat tahunan, parti akan dibatalkan.

syed husin adalah otai politik, stailnya lebih condong kepada agenda perbincangan intelektual pasal dia bekas pensyarah UM. pada waktu itu syed husin kerap ditemani oleh allahyarham rustam a sani, anak kepada pejuang melayu dan pemidato pra kemerdekaan malaya paling hebat, ahmad boestamam.

syed husin,rustam dan dr sanusi adalah 3 serangkai utama PRM atau parti rakyat malaysia. PRM lahir setelah berpecah dengan satu lagi kumpulan dalaman parti yang diketuai oleh dr nasir (sekarang adun kota damansara).

PRM berpecah dua kerana perbezaan pendapat. dr nasir mahukan PRM lebih fokus kepada agenda perjuangan sosialis, hak buruh, gaji minima dan segala yang berkaitan dengan perjuangan kelas pertengahan. manakala idelisme syed husin pula lebih condong kepada persoalan pendemokrasian.

mereka tidak sependapat dalam segala isu. kerana itulah dr nasir menubuhkan PSRM atau parti sosialis rakyat malaysia. orang kanan utamanya adalah aruchelvan yang biasa kita nampak wajahnya dalam apa juga isu estet.

dr nasir menuntut agar perjuangan PSRM ber agendakan perjuangan hugo chavez dan fidel castro. jadi tidak menghairankan lah sekiranya 'ikon sosialis' ini banyak kedapatan dalam 'lambang tangan' yang dijulang.

syed husin adalah manusia penyabar. anwar adalah manusia gopoh, meliwat apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu politik songsangnya.

syed husin telah berkorban.PRM telah dibubarkan demi memenuhi keperluan anwar untuk menggabungkan parti keadilan nasional dan PRM. pengorbanan syed husin membubarkan parti yang diperjuangkan sejak puluhan tahun berlaku semasa kongres kemaman lagi.

kerana penggabungan inilah, parti keadilan nasional ditukarkan namanya kepada parti keadilan rakyat, nama 'rakyat' diambil sempena nama parti rakyat malaysia.

hari ini mereka telah memenangi banyak kerusi parlimen dan menguasai negeri. namun harus diingat mereka menang dek kerana undi protes rakyat dan kerana umno/bn itu telah 'terlupa' akan permaslahan rakyat.

saat ini rakyat sudah sedar siapa lebih banyak retorik dan siapa lebih bercakap faktual. walaupun pilihan raya ke 13 masih jauh, namun diyakini pada saat ini rakyat sebenarnya telah membuat pilihan. namun 'pilihan' itu tidak mahu dipamerkan di khalayak umum .

begitu juga dengan pemilihan PKR. secara aktifnya mengikut maklumat yang kami terima, PKR kali ini adalah berbeza dengan PKR yang dulu dikuasai secara majoritinya oleh orang melayu.

PKR kali ini adalah gabungan campuran pelbagai idelisme dan akidah rojak. ada islam,ada syiah,ada sunah,ada islam liberal,ada peliwat bangsa,ada free thinker,sosialis,komunis dan pelbagai lagi kelompok oputunis.

pemilihan PKR kali ini cukup penting, kerana ia bakal menentukan corak dan halatuju parti terutamanya sewaktu mencanang idelogi semasa kempen pru ke 13 nanti.

akidah politik mana yang PKR mahu tampilkan ? inilah persoalan utama yang berlegar dikalangan pemerhati politik dan pemain politik.

adakah PKR akan kembali islam dan melayu ?
adakah PKR akan terus menjadi penyangak demokrasi ?
adakah PKR akan semakin lebih liberal ?

syed husin hari ini telah checkmate anwar. benar dia nampak lemah dan letih dari segi fizikalnya, namun menafikan keupayaannya membaca game politik adalah satu perkara yang silap.

setuju atau tidak, PRM (nama asal PRM adalah parti buruh) yang pernah menjadi kuasa politik bandaran pada pilihanraya pertama 1955,yang telah mati sejak 1969 tiba-tiba boleh menjadi kuasa politik yang baru pada 2008.

bijaknya syed husin berpolitik adalah terletak pada sifat sabarnya. aku harus akui perkara ini. sabar tidak ada pada anwar, dan atas sifat inilah semalam syed husin dari segi moralnya berjaya menumpaskan anwar di hati penyokong bukan melayu.

jangan kita pandang enteng pemain politik baru dalam PKR. gelojohnya kem azmin mengumumkan kabilah sudah dijangka oleh kumpulan bukan melayu dalam PKR. perkara ini telah membesarkan lagi peta pemisahan idelogi dalam pemilihan PKR kali ini.

zaid ibrahim terus menerus merendah diri. kesilapan zuraidah kamarudin menggelarkan zaid sebagai 'agen umno' di khalayak umum telah mengguris perasaan kumpulan bukan melayu yang menyokong zaid. adakah ini caranya parti memperjuangkan demokrasi ? apa ertinya demokrasi dalam PKR jika nama zaid awal-awal lagi dipancung bagi menaikkan nama azmin.

kronologi ini berterusan bila syed husin umum tidak bertanding jawatan timbalan presiden. dia pernah mahu bersara dan berundur pada kongres PKR di ipoh, tetapi syed husin tak jadi buat....dia berpandangan jauh.

syed husin melihat kumpulannya masih belum kuat untuk bertarung dengan kabilah azmin. kerana itulah syed husin 'hold' dulu pengumumannya menarik diri dari jawatan timbalan presiden sewaktu kongres di ipoh.

hari ini, pasca 2008 PKR bukan lagi parti yang melayunya dominan. keadaan sudah jauh berubah.

hari ini puak bukan melayu yang pelbagai ideloginya sudah semakin kuat mencengkam PKR. perhatikan barisan yang wujud, sivarasa,tian chua,elizabeth wong dan puluhan ahli parlimen dan adun PKR bukan melayu lebih outspoken dari kumpulan azmin.

kerana legasi baru inilah, membuatkan syed husin kelihatan tersenyum riang sewaktu mengumumkan penarikan dirinya bertanding kerusi timbalan presiden.

kerana apa ?

kerana zaid ibrahim sudah sedia menjadi penyambung suaranya.zaid ibrahim orang yang layak meneruskan ideologi perjuangannya. lebih memburukkan keadaan, apabila kalid ibrahim secara indirectly nya meminta kombinasi anwar-azizah memegang jawatan nombor 1 dan 2....bukannya azmin ali.

kenapa mereka mendesak anwar menjadi presiden PKR ? kerana mereka tahu selepas anwar dihumban ke penjara atas hobi meliwatnya, secara automatiknya zaid ibrahim akan berkuasa.kalid ibrahim pernah berkata azmin ali kena banyak belajar lagi, itu signal perli dan hari ini kalid ibrahim perli anwar pula. kalid dan zaid kombinasi 'hidden hand' yang baik.

syabas syed husin, anda memang bijak daripada anwar !

No comments: