Monday, September 13, 2010

UMNO DAN PERKASA..

seminggu ni banyak cerita pasal keenganan beberapa pemimpin umno untuk dikaitkan dengan perkasa. tun m pun dah beri pengkisahan teknikal bahaya sekiranya umno terus menafikan kepentingan perkasa.

aku nak cakap mudah. permudahkan cerita supaya kita tak semak kepala.

yang aku nampak 2-3 orang pimpinan umno je yang keras menolak perkasa. nazri aziz ,khaled nordin dan ku nan.

kalau nak jadi politician, perkara pertama yang wajib di katam adalah subjek sejarah. adakah kamu lupa sejarah kelahiran umno itu pun datangnya daripada gabungan NGO melayu seluruh tanah malaya ?

malah tuntutan puluhan NGO melayu itu lebih kuat paksinya mewakili kepentingan bangsa melayu dan pertahankan maruah islam.

sejarah itu berulang kembali. perkasa kebetulan menjadi umno yang dulu. ini adalah hakikat dan harapan aku perkasa tak mati cepat. kadang-kadang itu yang menjadi kerisauan aku.

kita harus paham perkasa lebih bersikap responsif. mereka tidak bertindak sebagai punca isu.mereka respon terhadap kebiadapan guan eng,tony pua,anwar dan pas.

perkasa respon terhadap pencemaran politik,penghinaan terhadap maruah islam dan melayu dan sekali sekala membalun kepada isu yang perlu.

perkasa sekadar bergerak atas platform respon, sesuatu yang amat ditunggu oleh seluruh umat melayu sejak 'sepeninggalan sementara' kelesuan pimpinan umno.

manakala pemuda umno yang diharapkan menjadi suara melayu dah lama mati.pemuda umno sudah lama meninggal dunia. kubur pemuda umno pun orang taknak jengok. dulu pemuda umno begitu kuat. tapi sekarang sudah mati.

orang melayu menunggu tindakan pimpinan atasan tegas menangani isu politik,kaum dan agama. ramai orang melayu setuju 2 anak melayu dihadapkan ke mahkamah bila isu gereja dilempar molotov koktel, dengan harapan sokongan ini pimpinan atas jugak tegas terhadap kaum lain yang menghina melayu/islam.tetapi itu tidak berlaku. yang berlaku adalah amaran keras, amaran keras pertama, amaran amat keras daripada menteri kabinet terbaru menteri amaran dalam negeri.

hishamudin menteri amaran satu lagi lambang kegagalan umno. hingga hari ini namawee masih bebas,budak perempuan cina yang menghina ALLAH terus bebas..senarai ini berterusan.

jadi kepada beberapa pimpinan umno menyalahkan kekuatan perkasa adalah silap. perkasa sedikit sebanyak telah mengubati luka hati orang melayu yang selalu dilukai.(buat masa ini, tak tahu jika masa depan perkasa hilang fokus)

hari ini perkasa memenuhi isu perjuangan melayu. umno pula menjaga hati rakyat. saling melengkapi. ini yang sebenarnya ditakuti oleh gerombolan bohsia politik dari pakatan.

jangan lah kita di dungu kan dengan mainan bogey oleh pihak sana. nun jauh di sudut hati pakatan, aku tahu di hati mereka terdapat sekelumit kerisauan menggila. mereka tahu mainan politik fitnah mereka telah dipatahkan dengan begitu banyak sekali oleh kumpulan tertentu, bukan sekadar perkasa tetapi bloger juga memainkan peranan.

jadi..fokus kan kepada mematahkan serangan mereka daripada dok sibuk 'menjaga' hati orang lain. serang mereka habis-habisan sampai kita menang ! kepada perkasa, jangan lari dari landasan asal. aku lebih suka jika ada lebih banyak lagi NGO melayu yang perjuangkan hak islam/melayu di malaysia.

6 comments:

Anonymous said...

Salahkan PERKASA memperjuangkan intipati Perlembagaan Persekutuan?

UMNO jangan jadi macam PAS. Sbb kemaruk undi ultrakiasu, sanggup jual agama.

Pak Din said...

aku suka la ayat ko GAP.. hebat!

Anonymous said...

pada pendapat aku UMNO memang memerlukan PERKASA tetapi bagi menjaga hati komponen BN terpaksalah UMNO mnegalah. UMNO juga amat memerlukan sokongan dpd kaum lain...contohnya di Sabah & Sarawak kerana isu ini juga memberikan kesan kepada mereka. Aku terlalu sangat bersetuju jika PERKASA terus menjadi NGO pendesak sebagaimana NGO Cina berfungsi.

Orang Melayu mesti terus diberikan kefahaman akan hak-hak istimewa seperti yg termaktub dalam perlembagaan. Hari ini yg menjadi masalahnya bila orang Melayu sendiri yg mempersoalkan hak tersebut. Generasi muda yg berpendidikan dr institusi pendidikan tinggi pada hari ini yg semuanya adalah hasil daripada manafaat hak istimewa tersebut perlu sedar dan bantu pertahankannya, ini kerana pengaruh mereka kepada masyarakat adalah amat besar sekali. Mereka ibarat orang yg berilmu boleh mempngaruhi pemikiran masyarakat untuk memahami hak-hak mereka.

Namun begitu yg sedihnya kebanyakkan pemikiran pelajar ini telah dipengaruhi oleh puak pembangkang seperti PAS & PKR. Ada juga dikalangan mereka seakan tidak sedar bahawa segala kemudahan yg diperolehi ini bukan hanya bersandarkan kelayakan sahaja tanpa kuota bumiputera kerana jika dibandingkan kelayakan bukan bumiputera lebih baik daripada mereka.

Oelh yg demikian aku berharap supaya isu UMNO & PERKASA ini tidak didebatkan secara terbuka kerana ia akan melemahkan orang Melayu. Belajarlan dpd NGO Cina yg bertindak dibelakang tabir tetapi kesannya cukup besar dimana ia boleh menyatukan MCA,GERAKAN & DAP.

Suara-suara sumbang dpd orang-orang politik baik UMNO & PERKASA tidak seharusnya dijadikan halangan demi menyatukan bangsa Melayu dan orang Islam ini.

Bantulah DS Najib yg sedang bekerja keras bagi memastikan perjuangan UMNO tidak gagal, secara peribadi aku berpendapat jika tumbangnya perjuangan UMNO kesannya juga lebih buruk akan dialami oleh PERKASA.

Umpama " bagai aur dengan tebing " yg saling amat memerlukan demi Agama,bangsa dan negara. Akhirkata " Ayuh!! la orang Melayu rapatkan saf dan bersatulah kerana kita sudah tidak punya banyak masa lagi menjelang PRU 13".

Kenn said...

DS Najib wajar mencontohi serta mengikut jejak Datuk Onn Jaafar, apabila beliau sebagai Presiden UMNO tidak lagi memperjuangkan matlamat perjuangan orang Melayu dan Bumiputera setelah membiarkan UMNO berselisihan dengan Perkasa dan memperjuangkan 1-Malaysianya yang nampak memberi lebih keutamaan kepada kaum-kaum lain daripada orang Melayu dan Bumiputera sendiri..

Tai said...

ya, biarlah Perkasa menjadi sebuah NGO pendesak. Aku setuju sangat tu. NGO Perkasa ni, mesti kuat dan orang melayu mesti sokong. Dan benarlah orang muda la ni, dah lupa sejarah. Depa dah tak kenang. Ni semua, gara-gara PR yang diketuai oleh manusia durjana, DSAI.

Unknown said...

Salam,

Kita semua sedar, bahawa pada hari ini UMNO tidak dapat bersuara bagi pihak orang melayu. Pada hari ini UMNO hanya mampu untuk CUBA mempertahankan HAK orang melayu sahaja.

Saya melihat orang melayu telah ditekan secara sopan oleh kaum 2 yang lain. MCA mendesak agar hak keistimewaan orang melayu di kurangkan, sedangkan mereka tahu itu adalah salah satu perlembagaan negara. Kita sepatutnya menilai semula hak keistimewaan orang melayu sebanyak 30% ini. Sehingga kini berapa kah peratusan orang melayu yang berjaya untuk maju dangan kuota 30% itu? sekiranya peratusan itu tidak seimbang dangan populasi orang melayu, maka kita orang melayu seharusnya mendesak supaya kuota itu di naikkan kepada 35% atau 40%. Tetapi pada hari ini, bukan sahaja kuota itu tidak berjaya mambawa perubahan yang adil dan menyamai kekayaan kaum cina. Malah kaum cina mendesak pula agar kuota itu dikurangkan.

Sehingga hari ini kaum cina begitu mendesak agar kuota yang termaktub didalam perlambagaan itu dikurangkan malah dimansuhkan. Saya sungguh tidak faham apa sebabnya dan apa keburukannya kuota 30% ini kepada kaum cina.

Pernahkah UMNO mengkaji dan mendesak agar kuota itu dinaikkan? Sudah tentu UNMO tidak akan mendesak agar kuota ini dinaikkan demi menjaga perasaan dan sensitiviti kaum lain. Ini adalah berpunca dari kesilapan orang malayu sebenarnya. Orang melayu tidak bersatu dan menyokong bangsa sendiri. Maka UMNO perlu mendapatkan bantuan kaum lain untuk memerintah.

Pada hari ini orang melayu seharusnya bersyukur dengan adanya NGO seperti PERKASA yang berani mempertahankan hak dan bersuara bagi pihak orang melayu.

UMNO harus melihat PERKASA sebagai pihak katiga yang mendekati dan mendengar suara orang melayu. UMNO seharusnya mendapatkan suara dan pandangan PERKASA bagi menilai kelemahan dan punca UMNO ditolak oleh masyarakat melayu.

Pada hari ini, orang melayu telah terbahagi kepada beberapa puak/parti yang membenci satu sama lain.

UMNO , PAS , PKR , DAP adalah antara beberapa parti politik yang memecahkan orang melayu kepada beberapa puak. Sebaiknya orang melayu yang berada didalam parti2 ini juga menjadi ahli PERKASA demi menjaga HAK meraka sabagao prang melayu. Ingat, PERKASA bukan parti politik tetapi NGO yang bersuara bagi pihak orang melayu kerana UMNO dan parti lain tidak lagi mempertahankan hak keistimewaan orang melayu.

Ingat lah, sekali negara ini di perintah oleh orang bukan melayu maka lenyaplah bangsa melayu dari TANAH MELAYU ini.

Lihatlah Singapura..