Monday, October 25, 2010

FITNAH PAS KEPADA NAJIB/ROSMAH. ALLAH ANGKAT DARAJAT HAMBANYA

 makin kuat pas mereka cipta fitnah, makin meningkatlah kepercayaan rakyat terhadap najib..aku anggap ini dugaan ALLAH swt terhadap kemahuan najib yang kerap kali bersumpah akan mempertahankan maruah islam/melayu dalam perjuangannya.

bukan semua orang boleh mengatasi atau melalui rekacipta fitnah yang datang melanda.

sudah hampir 5 tahun sejak anwar dan petra menjanjikan bukti bergambar tentang keterlibatan najib dalam pembunuhan altantuya. sudah 5 tahun rakyat menunggu foto-foto rosmah berada di tempat kejadian pembunuhan altantuya sepertimana didakwa petra..

namun hingga kini mereka tak mampu melaksana bukti yang dijanji..

aku antara orang pertama mendengar fitnah anwar/petra tentang cerita fitnah mereka mengaitkan najib/rosmah dengan altantuya.. ia berlaku semasa prk ijok..

aku mual dengan mainan fitnah yang makin menggila sebegini. mana pergi kualiti pembangkang (melayu) dalam membentangkan hujah menguntungkan islam/melayu ?

jika umno burok, kenapa mengulangi perangai yang sama..? malah lebih jijik daripada yang disangka.

hari ini najib/rosmah difitnah lagi.. fitnah yang di spinkan dengan sebegitu bodoh hingga merendahkan ke intelektualan rakyat.. KLIK SINI

aku tak kisah jika kita berbeda pendapat dalam politik.. ini biasa. tapi isu yang dibawa perlulah ada batas dan aturannya..

MOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADA KAMU..NAJIB DAN ROSMAH. aku tetap akan sokong kamu selagi kamu mempertahankan maruah islam/melayu/raja-raja dan rakyat di malaysia. !

13 comments:

ISAC said...

Kawan pun sokong GAP!!!

Megat Alam Gempita said...

Insya Allah teman akan sokong sesiapa sahaja yg membela Melayu, Islam dan Malaysia

Anonymous said...

aku bersama GAP dalam soal ini.
Mereka yang terus memfitnah akan dibalas dengan setimpal oleh Allah di neraka jahanam kelak.

Kepada mereka yang suka memfitnah, aku ucapkan selamat memakan daging jijik lagi bernanah dan berulat di alam akhirat kelak. Makanlah sampai muntah dan muntah dan muntah..

Anonymous said...

Tapi yang sedehnya ada bloger mesra BN yang menentang IFF terus sebab katanya ada fesyen yang ketat dan tudung tak tutup dada. Walhal, ada juga fesyen jubah yang longgar dan tudung labuh. Semua itu terpulang pada kita untuk membuat pilihan dan sesuaikan dengan tuntutan ugama. Pereka hanya melahirkan ilham mereka.

Yang lebih menghirankan, kita boleh mengubahsuai ciptaan pereka2 barat yang terkenal tapi mengeji ciptaan fesyen pereka Islam sendiri. Bloger ini juga berkata menyokong IFF bermakna bersubahat menghina Islam.

Nampaknya orang Islam akan terus ditekan, dianggap terorist, ekstrim, tidak berkembang dan maju kerana apabila ada usaha2 untuk memperlihatkan 'kesederhanaan islam', mereka telah dihukum terlebih dahulu.

Anonymous said...

Saya minta GAP tanya PAS, bahagian mana yang menghina Islam tu...

1. Tulisan grafik yang seakan2 tulis Arab? atau

2. Fesyen tidak menutup aurat yang diilham kan oleh pereka BUKAN ISLAM?

Tindakan PAS terus menjatuhkan imej Islam.

pacat said...

sokong tetap sokong but lain kali kena la hati2 supaya tidak nampak jangal di majlis yg tak brapa sesuai. terkejut gak yg monitor iff fesyen show melayu.. si rezza tu takkan la tk leh tegur sikit n beri guide line pakaian islam macam mana!! huuu!!! apapon dah berlaku sesama perbaiki diri!!1

Mat Jeng said...

Haji Hadi juga berjanji mendedahkan berlori-lori penyelewengan kerajaan BN terengganu semasa menawan Wisma Darul Iman dan memerintah Terengganu... sehingga sekarang satu cawan penyelewengan pun tak dapat didedahkan!!! Itu PAS, nuar Berahim/RPK lagilah besar bohongnya!!!!! :-(

Anonymous said...

“It might take time, you might think that it’s the wrong approach, but believe me, my ultimate aim is to change perception of Islam. If one day I decide to take this Malaysian event and stage it in another country, ‘you nak marah siapa? (who are you going to blame?)’
(Shah Reza)
........................

Malaysia akan sentiasa rugi bila ada pembangkang yang hanya tahu membangkang sahaja tanpa memikirkan kesan. Mungkinkah IFF akan dibawa keluar dari Malaysia?

Anonymous said...

Kahkahkah ! perjuangkan Islam ? aku nak tengok rosmah bertudung dulu, baru aku tak gelak dah. janji ! hehehe.

Anonymous said...

I am with you GAP.aku mual baca comment pasal Rosmah tak bertudung macam Anon 156am tulis.bini aku pun bertudung.pasal rosmah bertudung ke tak dia ada suami.so kalau seseorang perempuan Islam tu x bertudung maknanya akhlak orang yang bertudung ni tak bagus ke? Itu ke maksud yang cuba disampaikan oleh Anon 156am?mmg la berdosa tak bertudung tapi apakah dengan berdosa x bertudung dgn otomatik akhlak org tersebut pun teruk? Kalau berserban bagai tapi maki orang sana sini tu pulak macamana?berserban tapi baring atas jalan macam org gila ok ke? Siuman ke kelakuan macam tu?

Rosmah ni bukan la kakak aku tapi aku fedup la bila bab Rosmah asyik2 dia kena tibai pasal tak pakai tudung.dia ada suami tau la suami dia handle benda ni.

Anonymous said...

Aku pn setuju dgn GAP. Tak kan lah semua perkara nk salahkan rosmah. Aku pn bknnya suka sgt kat rosmah tapi agak2 lah kot ye pn. Kesian aku tgk rosmah nie...apa nk buat. Sabar je lah.

Anonymous said...

PAS memang kaya dengan fitnah. Otak dia orang sejak bangun pagi hingga masuk tidur malamnya asyik mereka cipta fitnah. Dulu serang Dr. Mahathir dan Dr Hasmah. Semua fitnah berkaitan dengan peribadi. Yang kayunya, mereka pun tak ada keindahan peribadi, malah lebih hodoh dari Che Det dan isterinya.
Kerana fitnah juga membawa Shahnon Ahmad ke arah dosa. Sebab seorang sasterawan negara tak sepatutnya menulis tanpa siasah.
Bila Shahnon sakit teruk, semua orang membisu. Tapi jika yang sakit teruk tu orang UMNO, mulalah menuduh sebagai balasan Allah. Oh PAS, bila nak rasional ni? Bila nak tobat dari menjadi wakil tuhan?

Anonymous said...

Kahkahkah ! perjuangkan Islam ? aku nak tengok kelantan n kedah laksanakan hudud dulu, jgn ckp jer berdegar2, tp habuk pun tarak.. baru aku tak gelak dah. janji ! hehehe.