Saturday, December 11, 2010

KATSUMOTO

memang layan cerita the last samurai lakonan tom cruise dan ken watanabe. ini bukan filem ciptaan sebaliknya ia berlandaskan kepada pengkisahan benar riwayat terakhir ketuanan samurai di jepun.

ini adalah story epik yang cukup berjaya. samurai adalah rangkaian sistem pertahanan teragung maharaja jepun selama 900 tahun. 900 tahun samurai melindungi sistem maharaja dan rakyat di jepun.

cerita ini mengkisahkan riwayat panglima samurai terakhir,katsumoto yang tetap mempertahankan maruah perjuangan pahlawan samurai hingga ke akhir hayatnya. 

dia menentang konsep liberalisme dan keterbukaan jepun yang jurus menolak budaya yang selama ini mempertahankan sistem maharaja selama 900 tahun.

mr omura adalah watak pengkhianat yang membawa unsur liberalisme dalam istana jepun. dia menolak budaya berambut panjang samurai, pakaian tradisi. modenisasi menentang sistem yang dianggap kuno.

katsumoto adalah lagenda samurai. omura meneruskan watak judas iscariot yang senantiasa ada dalam mana-mana sejarah perjuangan bangsa.

maruah,integriti dan daulah perjuangan mereka sungguh eksotik, amat mengasyikkan kepada mana-mana anak muda yang mahu mempertahankan sistem kita yang ada.

tidak salah untuk menjadi terbuka, adaptasi kepada pembaharuan adalah penting untuk meneruskan kehidupan. namun jangan sesekali kita lupa asal usul kita, apatahlagi cuba untuk menjahanamkannya.

hari ini samurai sudah menjadi bahan sejarah yang hanya dipentaskan di mana-mana pertunjukan kebudayaan. bukan sahaja samurai, malah keperwiraan kerajaan islam terakhir uthmaniah juga akhirnya dimuziumkan di muzium top kapi. 

jangan kita ulangai kesilapan mereka melenyapkan sejarah pusaka bangsa.

7 comments:

PARPUKARI said...

Aku setuju dengan kau GAp, kadang2 sejarah ni kita elok jadikan teladan

AKu pun layang Last Samurai tadi, pergghhh memang power bro!

UjangRanggi said...

Salam Perjuangan GAP...
Sejarah memang perlu diketahui dan difahami oleh golongan muda supaya mereka menghargai kedudukan mereka di bumi merdeka ini.

harap Tuan linkkan saya di
http://www.ujangranggi.blogspot.com/

GAP KEMBALI said...

parpu

tiba masanya seluruh rakyat malaysia KHATAM SEJARAH.

Ayah Man said...

Melayu takan hilang di dunia kata Hang Tuah
Tapi Tanah Melayu dah taada. Kita ni sebenarnya di bumi mana? Raja masih ada. Kalau lalai dan bila di tolak kita beransur2 lama2 sampai terkeluar pintu habislah.
Betulah kata Hang Tuah tetapi menumpanglah di tanah sendiri.
Nasib tak baik kita jadi pendatang macam Palestin di Palastin bertukar taukeh.

Anonymous said...

aku cadangkan cerita hati malaya dijadikan cerita kebangsaan, pastu peristiwa 13 mei catatan Tun Abdul Razak wajib jadi silibus sejarah,
biar semua bangsa tahu posisi masing2

panji perak

Wake UP! said...

panji perak. cadangan kau amat bagus. wajar dilakukan segera.

Live in a zoo Namewee.

Anonymous said...

but again, idea nie, mcm dipandang sepi....
melainkan kalu aku wat kontroversi sikit, mcm hina agama ker, bakar apa2 ker, baru akan dapat perhatian..
tapi xder la aku sampah mcm tu.

harap2, perjuangan kalian diberkati Allah selagi berpaksi pada alif, ba, ta ^^

panji perak