Tuesday, December 7, 2010

KENYATAAN MEDIA GAPS.



Kenyataan Media
MB Selangor asuh rakyat jadi Ganas

Gagasan Anti Penyelewengan  Selangor (GAPS) amat kesal dengan sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam yang gagal untuk mengawal pengikut-pengikut nya dalam demontrasi pasukan MB Selangor di masjid negara. Lebih malang dari itu apabila ramai pengikutnya gagal untuk mematuhi arahan dan undang-undang negara sebaliknya menggunakan hukum rimba untuk berhimpun.

Ganas bukan lah perkara baru dalam PKR. Rakyat sendiri telah menyaksikan bagaimana kerusi melayang dan kertas undi bertaburan serta ada yang dimasukkan ke hospital kerana bergaduh dalam pemilihan Cabang parti itu di Selangor 2 bulan lalu.

Mengimpot mendekatan ganas dalam parti ke dalam pentadbiran dan pengurusan isu kerajaan negeri  Selangor sekarang seperti yang dipamirkan di perkarangan Masjid Negara semalam merupakan satu kemaluan yang amat besar kepada seluruh umat dan rakyat dinegeri Selangor. Gambaran yang diberikan adalah rakyat Selangor tidak bertamadun, ganas dan berperangai samseng.

Tamadun Selangor bukan baru lahir sehari atau seminggu atau sebulan atau setahun dua ini. Tamadun Selangor lahir sejak zaman Hang Tuah lagi diabad yang ke 14. Tun Perak Bendahara agung Melaka berasal dari Kelang dan pernah berkhidmat sebagai Penghulu di Kelang. Sejarah ketamadunan Selangor yang beratus tahun ini merupakan usaha gigih pemimpin terdahulu yang penuh hemah, hikmah dan bijaksana dalam menangani pelbagai isu dan kemelut bangsa, agama dan negeri.

Peristiwa ganas semalam 5 Dec 2010 di Masjid Negara merupakan peristiwa hitam kepada Pentadbiran Kerajaan Khalid Ibrahim. Ia merupakan produk kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Selangor malu dengan tindak tanduk dan perlakuan Menteri Besar Selangor dan pengikut-pengikutnya semalam. Tan Sri Khalid wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor.

Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
6 Dec 2010

3 comments:

JoeZuax said...

Boss.. Baca Sini http://anwaribrahimblog.com/2010/12/07/rekod-buruk-pertama-kpn-baru/

dan sini kalau sudi

http://joezuax.blogspot.com/2010/12/gaps-wajib-ambil-tindakkan-perundangan.html

Harapan saya agar GAPS amil tindakkan sewajarnya. tutup mulut pengkhianat negara ni TQ

Anonymous said...

Bodoh Sejarah....

Anonymous said...

Khalid tu MB, masih lagi nak berdemo. Bongok sungguh sebab dia adalah kerajaan dan selesailah dengan cara kerajaan bukan cara samseng. Oleh itu ternyata PR tak mampu mengurus dan menyelesaikan masalah