IKLAN BERBAYAR

Thursday, December 30, 2010

KENYATAAN MEDIA GAPS !


Menteri besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk melantik setiausaha kerajaan (SUK) negeri atau menubuhkan sebarang suruhanjaya berkaitan, apatah lagi dengan menubuhkan panel temuduga bagi tujuan itu, kata NGO antikerajaan negeri.

gaps demo 051210 hamidzun khairuddinPengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin (kiri) berkata, untuk menubuhkan sesuatu suruhanjaya hendaklah diluluskan parlimen.

"MB (menteri besar) juga tidak ada kuasa bawah undang-undang negeri untuk menubuhkan suruhanjaya. Apatah lagi bila MB 'bermain pondok-pondok' dengan mewujudkan 'panel' menemuduga bakal SUK.

"Lawak sungguh. Apa dia fikir nak lantik SUK ini macam nak lantik ketua kampung JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) ke? soal Hamidzun dengan nada menyindir.

Semalam, Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin menjelaskan, kerajaan negeri turut membuat pemilihan untuk jawatan itu melalui sebuah panel pemilihan yang diketuai oleh Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim.

Dalam satu kenyataan hari ini, berbeza dengan hujah wakil rakyat Pakatan Rakyat, Hamidzun berkata, dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, secara spesifik dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

"azlanSuruhanjaya di sini bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun perkataan 'awam' tidak ada disebut, namun ia membawa maksud SPA kerana jawatan SUK itu adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kanan.

"Jawatan pegawai PTD kanan ini lahir melalui sistem SPA," katanya sambil menegaskan ia amalam lazim dan diterima konvensyen di Selangor.

Hamidzun juga memberitahu, pertikaian berhubung perlantikan SUK bukan pertama kali berlaku di Selangor, malah di zaman pemerintahan BN pernah berlaku apabila Sultan ketika itu tidak memperkenan perlantikan seorang SUK.

Sambil menegaskan Sultan cuma melaksana kuasa yang diberikan undang-undang agar pentadbiran berjalan lancar, Hamidzun Selangor akan lebih sejahtera sekiranya kepimpinan negeri bersifat dinamik, terbuka dan kurang politiking.

GAPS, lebih dikenali sebagai "kumpulan baju hitam" menjadi terkenal apabila menganjurkan perhimpunan, serentak dengan demonstrasi kerajaan negeri pada 5 Disember lalu.

 

1 comment:

kulatlapok said...

Menurut jabatan audit negara ..tiada penyelewengan oleh kerajaan selangor malah ianya lebih baik tadbir urus kewangan dengan negeri yg diperintah oleh BN seperti klik dibawah nie....
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/12/perbezaan-negeri-pr-dan-b-end.html