Wednesday, December 15, 2010

SELAMAT BERJUANG SKUAD BOLASEPAK MALAYSIA !

sekejap lagi pertemuan bolasepak piala suzuki antara malaysia lawan vietnam.

piala suzuki ni adalah sambungan piala tiger yang pernah mencipta ribut tak lama dahulu. semoga kita menang dalam perlawanan pertama separuh akhir ni.

dah lama aku rindukan persembahan menarik daripada skuad bolasepak malaysia. kelibat azman adnan, dollah salleh,shukor salleh,zainal abidin,khan hung meng,a anbalagan, p ravindran semuanya dah jadi catatan sejarah.

ini masanya pemain baru mengukir nama..nama untuk menaikkan semula maruah pasukan bolasepak malaysia !

5 comments:

Anonymous said...

Kalau asyik berpolitik boring gak...malam ni pi layan bola seplak plak. wooo....

* dapat rembat kepala al-jub pun best nih...

Anonymous said...

tahniah malaysia kerana menang 2-0 dan tidak melepaskan gol.. semoga momentum kemenangan ini terus ditingkatkan di vietnam nanti...

Anonymous said...

2-0! doakan kejayaan mereka di hanoi pula ..!

GAP KEMBALI said...

tahniah...

malaysia menang. gol shafie sali mengingatkan aku pada kisah lama aku..

dulu aku pun main bola. antara department.

main bola siap pakai cermin mata lagi, alah rabun jauh.

sekali datang sepakan koner pasukan lawan.

aku punya tanduk mak aii tinggi..

melambong..

last-last masuk gol sendiri..

muahahahaha..

aku punya muka selamba..

terus kutip bola bawah tengah padang, macam takde apa-apa berlaku,

tu last aku main bola. sekarang main bowling, konpem takde goal sendiri..

hahahahaha..

Anonymous said...

cerita yang menarik. haha....

tahniah Malaysia.