Wednesday, February 9, 2011

KALID GEREJA GELABAH BEROK ! MUAHAHAHA

Khalid Samad akui tersalah hantar Twitter
SHAH ALAM 8 Feb. - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui beliau tersalah menghantar mesej melalui laman interaksi sosial, Twitter, Khamis lalu yang memberikan maksud bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membela pembunuh Teoh Beng Hock.

Sebaliknya, beliau berkata, apa yang ingin dimaksudkan adalah pembela pembunuh Beng Hock dan bukan seperti pesanan dalam Twitternya yang berbunyi 'pm bela'.

"Pendirian saya tetap menyatakan saya membetulkan pesanan Twitter tersebut yang pada awalnya berlaku kesalahan dalam ejaan.

"Pembela boleh jadi sesiapa sahaja dan saya tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Petaling, Zainal Abidin Ahmad membuat laporan polis terhadap Khalid ekoran mesej Twitter itu kerana disifatkan berbaur fitnah dan hasutan.

Mesej Twitter Abdul Khalid kepada seorang bernama Jasonbhlee pada pukul 10.26 malam 6 Februari lalu berbunyi; "Mrk saja nak cari pasal. Sbenarnya yg biadap dan x hormat Cina, pm bela pembunuh TBH dan Dr.M dlm ucapan CNYnya".

Bagaimanapun, mesej itu diperbetulkan oleh Ahli Parlimen Pas tersebut melalui jawapan balas Twitter kepada Zainal Abidin pada pukul 10.40 malam dengan menyatakan; "Oops-Yg dimaksudkan 'pembela' x 'pm bela' walaupun bleh dkatakan bgitu apabila sistem kehakiman fail. Harap2 RCI better".

Laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut Zainal Abidin sebagai berkata, kenyataan Khalid berhubung sistem kehakiman negara merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan mendahului suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian Beng Hock.

Beliau juga menganggap pesanan Twitter kedua yang mengandungi pembetulan perkataan 'pm bela' kepada pembela oleh Khalid sebagai satu cubaan memperbodoh-bodohkan pengikut laman sosial Twitter dan atas sebab itu laporan polis dibuat semalam.

8 comments:

gin tonic said...

mentang2lah menteri amaran skrg dah kecut telur, buat2 tersalah ejaan lah pulak...

Anonymous said...

terlajak perahu boleh diundur, terlajak enter buruk padahnya.

amieiezam said...

pembela yang berucap atau pm yang berucap semasa CNY? porah khalid

Anonymous said...

Salam...

Tiba-tiba tersalah eja pulak!!!!

atau...

Dia memang dah kecut... keh..keh..keh

Dot said...

sudah terang lagi bersuluh... takyahla dia berselindung disebalik typo error ka, tertwitt ka...sampai masa mulut dia & tangan dia bertanggungjawab. lama sangat dah bertindak ikut suka mulut dia saja. dari membiarkan kalimah Allah dipermainkan hinggalah nak sabitkan pm plak dlm kes tbh nih! melampau sgt dah....

Anonymous said...

manusia munafik memang macam tu ler..........

Anonymous said...

Pendusta berkata:

"Pendirian saya tetap menyatakan saya membetulkan pesanan Twitter tersebut yang pada awalnya berlaku kesalahan dalam ejaan.

"Pembela boleh jadi sesiapa sahaja dan saya tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini

Apakah masa menulis atau taip boleh salah perkataan apa yang ada di dalam kepala otak beliau, satu jer peringatan saya.....sesama manusia kamu boleh berbohong tapi niat tu Allah Ta'ala Maha Mengetahui.
tq.

Anonymous said...

tapi takda tindakan pun akan dibuat nya..menteri keselamtan pondan..kena provok PKR nak polis sendiri dh tak tentu arah..alahai.mamat ni dpd dulu dh mcm2 buat..elok jer..dgr citer project kuat mamat ni kat shah alam