Sunday, April 3, 2011

KENYATAAN TERBARU RAHIM TAMBY CHIK.


Kenyataan ini aku terima melalui kiriman sms yang panjang.

Dengan pengesahan tentang ketulenan video sex oleh pihak PDRM tanpa mengenalpasti 'pelakon' di dalam video itu, adalah amat perlu demi kepentingan rakyat malaysia sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengenalpasti 'pelakon' yang terlibat di dalam video berkenaan.

Usaha ini akan menjadi lebih penting dan mustahak kerana jika kegawatan akhlak seseorang pemimpin yang senantiasa bercita-cita tinggi menjadi pemimpin utama di negara ini cuba disembunyikan bukan sahaja rakyat malaysia akan disogokkan dengan tokoh yang lemah,tidak islamik,hipokrit, korap moral malah perilaku atau tabiat seperti yang dirakamkan itu terlepas ke tangan musuh seperti negara-negara yang tidak senang dengan kepentingan negara kita atau agensi perisikan luar yang senantiasa bergerak untuk membinasakan kestabilan dan keharmonian rakyat di negara ini. Apa akan jadi kepada masa depan rakyat dan malaysia satu hari nanti ?

Amat menyedihkan kepada seluruh rakyat malaysia pemimpin yang dikaitkan dengan video ini masih ingin mempertahankan diri walaupun pendedahan itu membawa keaiban dan penghinaan kepada dirinya,keluarganya,partinya,malaysia,ummah dan islam itu sendiri.

Kita suka memberi pujian kepada chua soi lek kerana negitu 'gentlemen' apabila beliau mengaku melakukan seks haram dan melepaskan jawatannya supaya tidak menyusahkan orang lain.

Malah chua sendiri telah menasihatkan anwar supaya letak jawatan seperti yang telah dilakukannya. bagaimanapun, chua soi lek sekarang adalah presiden MCA.

Pendirian pas dalam kondisi sekarang amat tidak menentu dan menghadapi satu dilema yang mungkin menjadi 'laughing stock' kepada rakyat malaysia apabila dia cuba berlakon menjadi opputunis dan bernaung di bawah tokoh yang mungkin didapati tidak bermoral.

Dato nik aziz yang sedang dikepung kuat dan erat oleh kuncu-kuncu anwar yang telah disemai dalam PAS sejak beliau menubuhkan PKR masih khayal dengan kenyataan belia tidak mahu terlibat dengan kerja-kerja yang mengaibkan sesama islam, beliau mungkin lupa bahawa perjuangan menegakkan kebenaran adalah satu daripada perjuangan islam yang amat unggul dan abadi sejak diwahyukan Allah kepada nabi muhammad saw !

Biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya,biarkan biarkan...

Berbalik kepada penubuhan suruhanjaya diraja, saya berpendapat keanggotaannya hendaklah terdiri , demi menegakkan kebenaran dan kepentingan negara, dari pemimpin-pemimpin utama pembangkang seperti presiden PKR,PAS,DAP, wakil NGO,media,wakil negara asing dan lain-lain pihak yang dianggap berwibawa.

Ini perlu dilakukan kerana setiap inisiatif penyiasatan yang dibuat oleh kerajaan untuk mencari kebenaran akan senantiasa ditohmah satu konspirasi,dinafi dan diputarbelitkan di kaca mata rakyat.

Terma rujukan kepada suruhanjaya diraja ini hendaklah tertumpu kepada pemerhatian rapi terhadap teknik-teknik dan metadologi forensik yang munasabah, tepat dan boleh diterima pada standard yang ada,serta proses pengenalpastian yang eksklusif bagi menentukan siapakah pelakon di dalam video seks ini.

Itu sahaja yang hendak diketahui oleh rakyat malaysia dari perlis sampai ke sabah.

Sebagai rakan seperjuangan dalam team wawasan tahun 1993, nasihat saya pada anwar ;

' hai sahabat,undur diri sahajalah, apa nak tunggu lagi ? lakonan pun dah tepu, dah tak laku ! takkan seluruh rakyat malaysia asyik nak bercerita tentang aksi depan belakang saja. jagalah hati kak wan dan anak-anak. carilah kerjaya lain dan carilah keredhaan Allah !'

4 comments:

Anonymous said...

aku rasa gap ko pun kenal sapa rahim thambi,potong jari kalau ko tak tau,tapi demi pulus ko sanggup jd barua

Unknown said...

Buang masa je bagi nasihat kat Anwar, dia ni memang jenis tegar, tak dengar cakap orang.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Allahu Akbar, perkenankan doa kami..lindungilah kami dan bantulah kami menyelesai masalah yg telah melanda negara kami semenjak 1998.. tunjukkan kebenaran, yang hak dan yang batil, amin Ya Rabb Alalamin

burung helang2 said...

dulu gua cukup takut dgn blog lu...argument lu kuat... skrg lu sudah tender olang lain maintain blog ke...' lu sudah tgk ke itu video...how come so pasti......i pun x berani. lg komen2 utk balun depa...sebab xkompident...lu punya blog sudah hilang itu helang la kena tukar ayam...sudah manyak masuk... homework tarak buat lg ka...