Wednesday, May 11, 2011

HARI INI ULANGTAHUN UMNO.

aku mahu rakyat komen.
pro atau kontra.keluarkan komen anda.
apa yang perlu umno lakukan.


75 comments:

Anonymous said...

Didik ahli-ahlinya agar mengamalkan perintah suruh dan larang Allah tanpa kecuali. InsyaAllah pertolongan Allah pasti datang.

Saudara segamamu
~ZM~

Anonymous said...

Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -Belantan..

Berpeganglah pada kata diatas .

Anonymous said...

Salah satu doa Nabi Muhammad yang ditolak oleh ALLAH iatu.... antara isinya Nabi Muhammad memohon semoga umatnya tidak berselisih faham dan bergaduh sesama sendiri selepas kewafatannya. dan doa ini telah ditolak oleh ALLAH.... dan sekarang membuktikannya umat islam bergaduh, berselisih pendapat antara satu sama lain.PAS dan UMNO akan bergaduh sampai bila2 dan tak mungkin ade penyatuan lagi dan mmg org kafir akan berkuasa....mungkin Sunnatullah....Balik kpd hadis Nabi Muhammad yang lain umat islam pada akhir zaman seperti buih dilautan dan akan diratah2 oleh orng kafir sehingga imam bahdi turun..... mungkin dimalaysia cina akan memerintah satu hari nanti......

Nasionalis1982 said...

UMNO memperjuangkan Islam dan Melayu.

Tapi PAS pusing sana sini mengatakan bahawa UMNO cuma memperjuangkan Melayu.

Habis tu..siapa yang bina Masjid dan Surau? Siapa yang menyediakan pelajaran subjek Pendidikan Islam?
Siapa bina Sekolah Agama? Siapa wujudkan jawatan Mufti? Siapa tubuhkan Majlis Fatwa? Majlis Agama?

anak muda said...

UMNO sekarang jauh lebih diterima berbanding 10 tahun yg lepas. Tapi elakkan diri dari meniru perangai PAS; membina kekuatan daripada kelemahan orang lain.

UMNO mesti lebih ke depan dalam memperjuangkan orang Melayu. benar kita ada toleransi tapi ada limitnya. Kita mahu suara UMNO lebih garang daripada NGO spt Perkasa.

Trend anak2 muda sekarang dah tak mcm dulu. Mereka sudah mula mendekati UMNO. jadi dekatilah golongan muda ini.

Sayang UMNO dulu, kini dan selamanya :)

Anonymous said...

Sayangi Islam dahulu kemudian sayangi Melayu. Jangan putus asa untuk mengajak PAS dan yang lain bersatu. Ajak mesti ikhlas. Biala ada program tu jemput pemimpin PAS sekali.

zsk69 said...

SATU SAJA CADANGAN ----> TUKAR MANA-MANA MENTERI YANG LEMAH DAN BISU YANG MEMBUAT RAKYAT MEMBENCI DAN MUAK DENGAN UMNO. BUKAN TAK SAYANG UMNO, TAPI MARAH DENGAN MENTERI MACAM INI.

Anonymous said...

Jangan jemput Anwar...... Kita pakat ramai-ramai ludah Anwar. Ptuiiii Ptuiii Ptuiii Anwar si perosak negara.

Anonymous said...

Menteri yang perabis beras kasi gugur. Yang kena gugur jangan pergi masuk PKR sudah lah ye :-)

Anonymous said...

rajin la turun ke padang..jenguk la semua rakyat..buat mcm PM..lepas tu banyakkn aktiviti ke arah keagamaan..pemimpin tunjukkan teladan yang baik..jangan riak, sombong n bongkak atau kelihatan geli geliman nak jumpa orang susah, orang kampung, orang miskin..jangan tunjukkan kekayaan walaupun dah memang kaya..insyaallah kalau ikhlas Allah akan bantu..

Anonymous said...

UMNO perlu berubah untuk tidak selalu menjaga hati parti komponen lain dalam BN. Mana hak melayu/bumiputera yang dipertikaikan, perlu lebih agresif UMNO pertahankan. Pemuda perlu penjenamaan semula.. kasi lebih taring.. lebih dasyat dari PERKASA!! pastu mana2 kawasan majoriti Melayu hendaklah diletakkan calon Melayu untuk PRU 13 nanti.. sebab parti komponen lain x buat kerja, biar diorg susah sikit kali ni..

Anonymous said...

Aku dari Sinapura.Aku peminat sejsrah Tanah Melayu. Aku baca sejarah Tanah Melayu sejak di bangku sekolah peringkat sijil tingi. Aku sanjung perjuangan UMNO sejak tahun 1946. Sehingga sekarang aku percaya hanya UMNO lah sahaja yang sanggup dan berkecekapan tinggi untuk membela masa depan orang Melayu,Bahasa Melayu dan ugama Islam. Pemimpin seperti TS Muhyiddin Yassin,Dr Rais Yatim adalah tokoh UMNO masa ini yang sangat hebat mempertahankan bangsa kita. Syabas semua tokoh-tokoh UMNO aku bertabik akan semua jasamu dimasa ini dan akan datang. Kamu berjuang kerana tanah air mu walaupun di Singapura ini kehilangan tokoh UMNO.

Anonymous said...

UMNO itu sendiri ditunjangi oleh sekalian makhluk yakni Manusia, dan sifat manusia sendiri adalah 'Pelupa'...Jadi sama-sama kita berpesan dan ingat mengingati untuk kebaikan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.

Anonymous said...

Aku kekal ahli UMNO wp dalam 2 PRU lalu aku undi PR tapi tidak untuk PRU 13. Bukan kerana UMNO telah jadi sangat baik tetapi seperti tiada pilihan kini.

Hanya UMNO terbaik buat aku sekurang-kurangnya untuk PRU13 ini. Saranan aku;

1. UMNO nampat lembik (akibat pantulan aura sesetengah orang kuat dlm kabinet dan barisan tertinggi UMNO sendiri).

2. Terlalu berlembut dan mengalah dalam hal-hal jaminan hak dan keistimewaan Melayu.

3. Jika sayang akan sokongan ahli, JANGAN terlalu sayangkan pemimpin UMNO yang mencemarkan dan lembik. Rakyat bukan bodoh menilai dewasa .

4. Jangan hampakan rakyat (Baca Melayu) kerana sesungguhnya UMNO yang terbaik masa kini wp memangnya ada kecacatan sana-sini dengan cara dengar dan fahami kehendak rakyat dan ahli UMNO sendiri.

5. UMNO nampak GAGAL memenangi hati penjawat awam. Kebajikan dan suara mereka TIDAK dilayan. Mereka seperti PATI gamaknya.

6. Berusahalah untuk terus berubah dan menjadi lebih baik serta terbaik!

mazlan said...

Presiden UMNO perlu bertegas. Walau ada saudara sendiri yang lembik, tukar dengan yang jujur dan tegas. UMNO mengaku perjuangkan Islam. Buktikan. Selesaikan masalah khilaf agama, hudud, buat fatwa peringkat antarabangsa, selesaikan macammana mangsa rogol gagal bawa 4 saksi macam kes pakistan. Bila selesai benda hudud ni, PAS tak boleh menyalak lagi. UMNO sahaja yang boleh buat benda ni, PAS hanya bercakap tapi tak reti buat. Baru semua melayu kembali ke UMNO.

Anonymous said...

Pemimpin atasan (Presiden, Timb, Naib dan AMT) - ubah cara hidup barat, dekali Islam dan masjid

Sayap pemuda - berfikir 2saat menyelamatkan keadaan

sayap wanita - tinggalkan hasad sesama

sayap puteri - usah gedik dan tolong jaga tatasusila remaja islam

sayap putera - pandanglah teguran di atas kerana kamu semua bakal pemimpin Malaysia masa hadapan.

UMNO AKAN TERUS RELEVAN DULU KINI DAN SELAMANYA

Anonymous said...

No means no, yes means yes, ketegasan! Ini menunjukkan kredibiliti sesebuah parti.

Anonymous said...

Salam, UMNO memang perlu berubah. bukan saja dari peringgkat tertinggi, tetapi mesti bermula dari kampung lagi.

Ketua kampung jangan nak kenyangkan diri sendiri ajer, kejar tanah mana-mana tempat yang masih kosong untuk kaum keluarga dia. Contoh kat Kg.Changkat Jong Teluk Intan (sebelum PRU12), Ketua kg yang lepas habis bolot tanah untuk kaum kerabat dia ajer. Anak beranak dia hidup senang kat kg. Berlambak lagi org susah kat Kg Changkat Jong tu. Sebab tu kalah DUN changkat Jong pada PAS.

Pemimpin di peringkat DUN pulak jangan la nak berlagak mcm semua org kenal anda. Keraplah turun padang kalau boleh 1 miggu 3 hari turunlah padang. Kalau turun padang pun jangan asyik pergi tempat/rumah kroni ajer (Ketua kg). Kat kg changkat Jong contoh ade org tahu saper ADUN sebelum ni. Dato ONN aper ke namenye. Ropa pun kume tak kene.

Sekadar pendapat rakyat marhein. Berubahlah untuk rakyat. Nescaya rakyat kan menyokong anda. Perangi rasuah habis-habisan, dahulukan yang berhak.

Pandangan org kg dari perspektif Anak kg Changkat Jong teluk Intan.

Salam Nizam.

Anonymous said...

MAJU UMNO UNTUK MELAYU.....

Jackson Thomas said...

GAP, Aku ade berita tergempar. Tuduhan mengatakan eskay adalah pelaku tidak benar. Kerana eskay adalah org ketiga tersebut. Wajah eskay siap berkaca mata bulat ada pada video saat ke: 18,19 minit ke: 1:07, 1:08, 1:09....1:15,1:16

Anonymous said...

Selamat Ulang Tahun UMNO.Tahniah kepada Presiden yang sedang membuat perubahan di dalam dan luar UMNO.Komen saya:
1.Seluruh ahli UMNO perlu memegang kata-kata presiden untuk berubah kearah kecemerlangan.Jangan tengok saja.
2.Jauhi sikap sombong dan selesa .Sebaliknya bekerja lebih kuat dan kreatif dll
3.Membina pengaruh di dalam masyarakat/rakyat bukan sesama ahli semata-mata.
4.Jangan melupakan yang menyokong.Memberi atau menumpukan golongan penentang menghilangkan pengaruh sendiri.Yang bangkang dah tentu tak sokong.
5.Jauhi sifat mazmumah.Kerana musuh dalam diri lebih bahaya daripada musuh luar.
6.Semua pemimpin perlu memperkemaskan nilai kepimpinan yang lebih menarik serta bersesuaian dengan zaman dan kehendak rakyat.
7.Janji perlu dikota.Memungkiri janji akan menjadi fasik.Org fasik tak layak memimpin.

Anonymous said...

Martabatkan Melayu

Jangan dilayan sangat orang Cina dan India...Menteri yang x perform dan takut memperjuangkan hak melayu digugurkan...
Lanyak PAS bebetul...parti sesatkan melayu...Bagi bantuan kepada kawasan yang menyokong dahulu baru...biar kawasan kalah dipimpin oleh wakil mereka sendiri...
Peniaa melayu yang diusir dijaga kebajikannya...
Martabatkan Penjawat awam...banyak penjawat awam menjadi duri dalam daging kepada kerajaan....pecat sahaja mereka...
Pastikan ketua2 jabatan adalah orang UMNO...sudah ada gerakan menaikkan pangkat ahli2 parti pembangkang dalam kakitangan kerajaan terutama guru...
Mohon bertegas sedikit dalam segala tindakan...
Mengurangkan subsidi bukan cara untuk menjimatkan wang kerajaan yang mana akhirnya kerajaan yang akan rugi ....sila perhatikan gesaan mengurangkan subsidi ini....adakah ianya betul2 menguntungkan kerajaan atau akhirnya merugikan...fikirkan kesan kepada masyarakat kg sama...
Tukar ketua2 kg yang telah terlalu lama berkhidmat...tetapkan kalau boleh jgn melebihi 20 tahun...ada yang dah sekarang 30 tahun lebih pun ada...akhirnya tidak perform dalam menjalankan tugas


Tolonglah ambil tindakan sewajarnya...

Anonymous said...

Salam.. dari perspektif pendidik, keperluan dalam memperluaskan dan memperkasakan sumber ILMU seharusnya diutamakan.. Sudah tiba masanya UMNO dan KERAJAAN bergerak ke satu tahap memperkasakan rakyat dgn sumber ILMU yg BERMANAFAAT..Taraf pendidikan di Malaysia masih lemah berikutan kebanjiran hiburan dan campurtangan politik.. UMNO perlu jadi pemangkin untuk mengangkat martabat ILMU di di Malaysia dan tidak berkira untuk melaksanakan dan mewar-warkan 'out-comes' dari thesis2 sarjana kita yg terlalu banyak terperuk di rak rak dan hanya menjadi koleksi di kutub khanah IPTA/IPTS negara untuk dikongsi dan dapat menjadi rujukan untuk masyarakat dan pemimpin.. - Pagar Bukit Tinggi

Anonymous said...

Martabatkan Melayu

Jangan dilayan sangat orang Cina dan India...Menteri yang x perform dan takut memperjuangkan hak melayu digugurkan...
Lanyak PAS bebetul...parti sesatkan melayu...Bagi bantuan kepada kawasan yang menyokong dahulu baru...biar kawasan kalah dipimpin oleh wakil mereka sendiri...
Peniaa melayu yang diusir dijaga kebajikannya...
Martabatkan Penjawat awam...banyak penjawat awam menjadi duri dalam daging kepada kerajaan....pecat sahaja mereka...
Pastikan ketua2 jabatan adalah orang UMNO...sudah ada gerakan menaikkan pangkat ahli2 parti pembangkang dalam kakitangan kerajaan terutama guru...
Mohon bertegas sedikit dalam segala tindakan...
Mengurangkan subsidi bukan cara untuk menjimatkan wang kerajaan yang mana akhirnya kerajaan yang akan rugi ....sila perhatikan gesaan mengurangkan subsidi ini....adakah ianya betul2 menguntungkan kerajaan atau akhirnya merugikan...fikirkan kesan kepada masyarakat kg sama...
Tukar ketua2 kg yang telah terlalu lama berkhidmat...tetapkan kalau boleh jgn melebihi 20 tahun...ada yang dah sekarang 30 tahun lebih pun ada...akhirnya tidak perform dalam menjalankan tugas


Tolonglah ambil tindakan sewajarnya...

Jangan Kalot said...

:)

Anonymous said...

Martabatkan Melayu

Jangan dilayan sangat orang Cina dan India...Menteri yang x perform dan takut memperjuangkan hak melayu digugurkan...
Lanyak PAS bebetul...parti sesatkan melayu...Bagi bantuan kepada kawasan yang menyokong dahulu baru...biar kawasan kalah dipimpin oleh wakil mereka sendiri...
Peniaa melayu yang diusir dijaga kebajikannya...
Martabatkan Penjawat awam...banyak penjawat awam menjadi duri dalam daging kepada kerajaan....pecat sahaja mereka...
Pastikan ketua2 jabatan adalah orang UMNO...sudah ada gerakan menaikkan pangkat ahli2 parti pembangkang dalam kakitangan kerajaan terutama guru...
Mohon bertegas sedikit dalam segala tindakan...
Mengurangkan subsidi bukan cara untuk menjimatkan wang kerajaan yang mana akhirnya kerajaan yang akan rugi ....sila perhatikan gesaan mengurangkan subsidi ini....adakah ianya betul2 menguntungkan kerajaan atau akhirnya merugikan...fikirkan kesan kepada masyarakat kg sama...
Tukar ketua2 kg yang telah terlalu lama berkhidmat...tetapkan kalau boleh jgn melebihi 20 tahun...ada yang dah sekarang 30 tahun lebih pun ada...akhirnya tidak perform dalam menjalankan tugas


Tolonglah ambil tindakan sewajarnya...

Anonymous said...

Martabatkan Melayu

Jangan dilayan sangat orang Cina dan India...Menteri yang x perform dan takut memperjuangkan hak melayu digugurkan...
Lanyak PAS bebetul...parti sesatkan melayu...Bagi bantuan kepada kawasan yang menyokong dahulu baru...biar kawasan kalah dipimpin oleh wakil mereka sendiri...
Peniaa melayu yang diusir dijaga kebajikannya...
Martabatkan Penjawat awam...banyak penjawat awam menjadi duri dalam daging kepada kerajaan....pecat sahaja mereka...
Pastikan ketua2 jabatan adalah orang UMNO...sudah ada gerakan menaikkan pangkat ahli2 parti pembangkang dalam kakitangan kerajaan terutama guru...
Mohon bertegas sedikit dalam segala tindakan...
Mengurangkan subsidi bukan cara untuk menjimatkan wang kerajaan yang mana akhirnya kerajaan yang akan rugi ....sila perhatikan gesaan mengurangkan subsidi ini....adakah ianya betul2 menguntungkan kerajaan atau akhirnya merugikan...fikirkan kesan kepada masyarakat kg sama...
Tukar ketua2 kg yang telah terlalu lama berkhidmat...tetapkan kalau boleh jgn melebihi 20 tahun...ada yang dah sekarang 30 tahun lebih pun ada...akhirnya tidak perform dalam menjalankan tugas


Tolonglah ambil tindakan sewajarnya...

Anonymous said...

Salam.. dari perspektif pendidik, keperluan dalam memperluaskan dan memperkasakan sumber ILMU seharusnya diutamakan.. Sudah tiba masanya UMNO dan KERAJAAN bergerak ke satu tahap memperkasakan rakyat dgn sumber ILMU yg BERMANAFAAT..Taraf pendidikan di Malaysia masih lemah berikutan kebanjiran hiburan dan campurtangan politik..

UMNO perlu jadi pemangkin untuk mengangkat martabat ILMU di di Malaysia dan tidak berkira untuk melaksanakan dan mewar-warkan 'out-comes' dari thesis2 sarjana2 hebat kita yg terlalu banyak terperuk di rak rak dan hanya menjadi koleksi di kutub khanah IPTA/IPTS negara. Sekurang kurangnya ia boleh dikongsi dgn masyarakat dan boleh menjadi rujukan para pemimpin di dalam UMNO sendiri..

- Pagar Bukit Tinggi

jo said...

Tq UMNO. Tahun 60an, 70an, Keluarga aku dulu nobody...ape pon tak de, bapa kerja ladang, emak toreh getah, aku tolong kerja kutip biji kelapa sawit petang pegi sekolah menengah........tapi alhamdulilah ada kerajaan dan pemikir umno dapat aku belajor tinggi...jadi injineer...kalu tidak jolok kelapa sawait kat ladang le aku sekarang ..jadi kuli.....Anak-anak yang baru ni tak tahu asal usul semua dah tersedia dan senang sebab itu mereka tidak menghargai jasa UMNO...sebab itu bencikan UMNO...mereka tidak didedahkan dan dimotivasikan dgn perjuangan ayah datok kita dulu.Mereka hanya dipantakkan dengan dendangan oleh AnuarSibaji Pandikuty dan anatara Ulamak sesat PAS..

otaistillkick said...

KP UMNO ni macam tak de tempat dalam BN. Macam mane pandangan umum. Yang kalah pun di beri keprcayaan ... ini kan pula pemimpin bertaraf Naib Presiden.

Anonymous said...

....PERHATI LAMBANG UMNO...ADA RAHSIA DI SEBALIK LAMBANG...

Jika Lambang tegak...."Wau bertemu wau" lambang penyatuan dan perpaduan..mendokong "titik" mendokong agama Islam yang satu(muktamad), teratas dan terpenting.

Lambang benteng perahu adalah raja-raja melayu, menyokong dan merangkumi kekuatan tanjak melayu. Menaungi semua rakyat. Raja perkasa rakyat makmur.

Lambang keris bersilang terpasak di bawah, melayu yang berkekuatan adalah melayu bertoleransi melambang rakyat dan panji benteng melayu(askar dan kepolisan). Makmur utuh lambang melayu. Berbilang kaum aman sentosa. Perhatikan keris disisip kemas, bukti kemasnya kekuatan melayu, bukan untuk ditunjuk-tunjuk, asal pegangan(Islam) dan hak-hak melayu terpelihara dan dijagai.

AMAT SEDIH BILA DIKALA BLOG PEMBANGKANG MENTERBALIKKAN LAMBANG UMNO. ADAKAH MEREKA FAHAM TINDAKAN YANG TERSURAT ITU MENGUNDANG BALA.

PUNAHNYA ISLAM, RETAKNYA PERPADUAN, HURU-HARALAH SISTEM BERAJA DAN HILANGLAH KEAMANAN...JIKA KERIS TERJULANG KE ATAS.

INSAFLAH MELAYU KU...PERPADUAN ADALAH KEKUATAN...

Anonymous said...

Kerajaan UMNO-BN kena dekati anak muda, selalu2lah menjadi juara rakyat, dan jangan suka ambil tindakan yang tidak populis. HIDUP UMNO! HIDUP UMNO! HIDUP UMNO!

http://pengundibaharu.blogspot.com

jo said...

Dari pandangan dan pengalaman bersama pengikut totok PAS dan PKR, aku nampak anak-anak /pelajar Universiti/Pelajar Institut Pendidikan/kakitangan Kerajaan/Pelajar sekolah Agama telah di pantakan oleh PAS bahawa ,UMNO ini tak Islamik.Jadi aku rasa untuk buat counter attack UMNO mesti nampak Islamik dan Mesti islamik (tak mesti cerita pasal hudud) tetapi kesedaran agama.
Juga anak-anak ini mereka nampak DS najib tak berapa nampak islamik.

Caranya:
i. DS najib sendiri buka mulut meminta...setiap mesjid dan surau sebulan sekali mesti adakan sembahayang hajat untuk kesejahteraan dan kemakmuran negara.
ii. Selalu adakan ceramah agama PERDANA di perkarangan rumah DS najib @ Putera jaya dekat bulatan tu (Atas permintaan DS). DS tak semestinya hadir kadang kala sibuk tetapi ceramah mesti tidak putus.
Ceramah bukan dalam masjid dan jangan terlalu formal cukup dengan sistem PA yang baik. Panggil Ustaz yang berkelibar dan boleh menarik penonton , saya cadangkan Us. Kazim elias dari Perak saya biasa menghadiri ceramahnya yang dapat membuka minda.
Saya yakin dengan kaedah ini akan dapat memberikan gambaran siapa dan apa kah UMNO itu nampak islamik walaupun tak pakai jubah dan kopiah.

Teras (Bukan Akar Umbi) UMNO said...

UMNO tidak perlu berubah..
Apa yang perlu adalah PEMBAHARUAN..

PERUBAHAN mungkin daripada yang tidak baik kepada yang lebih tidak baik.

Tapi PEMBAHARUAN adalah daripda baik kepada lebih baik..

Fahami Istilah..jgn terikut rentak sebelah sana.

Satu lagi pesanan.. biar kita korbankan seorang pemimpin untuk menyelamatkan (undi) ribuan yang dipimpin!! - Khas Untuk Ahli Parlimen Sembrong merangkap Menteri KDN.

rohdijasad said...

UMNO dibenci bukan kerana parti, tapi dibenci kerana pemimpin2 parti. Berebutkan jawatan bukanlah sangat nak membela bangsa, agama dan negara tetapi sebenarnya nak mengayakan diri, kawan2 dan saudara mara. UMNO sepatutnya bukan setakat mempertahankan hak org2 melayu tetapi wajib memastikan dan menentukan bahawa TANAH MELAYU ini dikuasai sepenuhnya oleh org2 MELAYU dalam semua sektor dan aspek kehidupan baik dari segi politik, ekonomi dsbnya. Tetapi apa yg berlaku kini adalah sebaliknya... dari dulu lagi UMNO terlalu lembut dan bertolerensi. Ungkapan spt "takpa la", "biaqpi la", "sabaq2" membuatkan banyak hak2 dan kepentingan melayu terhakis dan terlepas. Pada hari ulangtahun UMNO ini sewajarnyalah UMNO menoleh ke belakang dan menilai semula fungsi dan objektif penubuhan. Perbetul dan perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan yg lalu. Buatlah 'bleaching n cleaning' dlm kepimpinan UMNO. Pastikan yg benar2 berjiwa MELAYU dan ber roh ISLAM sahaja berada dlm barisan kepimpinan UMNO. Mewajibkan pemakaian baju melayu kpd semua pemimpin sebagai pakaian rasmi semasa didalam mahupun diluar negara. Mewajibkan pemimpin wanita dan isteri2 pemimpin menutup aurat dan bertudung kepala. Tulisan jawi dihidupkan semula i.e. semua papan tanda wajib meletakkan tulisan jawi. Semua SJKC & SJKT ditukarkan kpd SEK. KEB. Mewajibkan pegangan saham sekurang2nya 51% melayu didalam semua syarikat yg di daftarkan dan banyak lagi hal2 yg tidak tersenaraikan disini yg perlu UMNO buat utk memertabatkan bangsa MELAYU.. INGAT!!!! Apakah matlamat perjuangan UMNO.... yang mana lebih utama?? MELAYU maju dan NEGARA maju atau NEGARA maju tapi MELAYU layu..????

Anonymous said...

Counter pandangan agama sempit yg dibawa oleh PAS dengan hujah2 bernas dan berdasarkan AlQuran & hadis.....Jika kita lihat,pandangan Dr. Uthman El Muhammady mengenai Malaysia Bukan Negara Sekular belum ada jawapan dari pihak PAS secara terang-terangan.....Ini harus diwar2kan kepada rakyat semua supaya tidak mudah tertipu ngan PR...

Pendekar Siber said...

Salam,

UMNO tidak ada langsung cacat dan celanya. Yang menjadi masalah adalah terdapat segelintir ahli-ahlinya yang mempunyai agenda peribadi yang melebihi agenda perjuangan parti. Pemuda UMNO tidak memperjuangkan isu ini kerana mereka lebih sibuk sesama mereka mengejar projek.

Perbalahan dalaman UMNO dan BN masih tidak selesai. Nampak ‘at the surface’ seperti OK tetapi di dasarnya bertokak bagai perang saudara. Boikot memboikot di antara kumpulan akibat dari pertandingan merebut jawatan masih tidak sembuh sepenuhnya malah ada bahagian-bahagian yang makin parah.

Pengundi-pengundi Cina tidak boleh diharap langsung. Pada bila-bila masa mereka boleh ‘swing’ parti mana yang mereka suka dan pada ketika dan saat ini DAP merupakan pilihan mereka. Pengundi-pengundi Melayu masih terpinga-pinga di antara PAS dan UMNO. Mereka berpecah teruk seperti rincik-rincik timun yang nampak lahiriah sahaja banyak tetapi mudah diratah.

Mohon dilink blog www.pendekarberapi.blogspot.com ke blog tuan.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

BUDAK PEKAN...

UMNO ni partinya kuat, cuma segelintir Pemimpin dan ahlinya sahaja yang tak mahu menang. Contohnya di Parlimen PERMATANG PAUH tempat ANUWAR... ahlinya sahaja jelas menunjukkan UMNO boleh menang dengan mudah. tetapi buat dak cah keting, tamak, gila jawatan.. yg menjadi mangsa adalah orang UMNO yang benar2 menyokong UMNO. Bilakah keadaan mcm ni akan pulih dan PERMATANG PAUH kembali ditawan.

Anonymous said...

SINGKIRKAN YG LEMBIK DAN KORUP..
KALAU NAK UMNO KUAT, LANTIK YG BERANI DAN TEGAS.
SEKIAN

Anonymous said...

AKU ORANG UMNO.....

Ada beza antara AHLI dan ORANG UMNO.

*** Ahli UMNO dikehendaki membayar yuran tiap2 tahun. Tetapi sokongan terhadap UMNO belum tentu.. Sementara Orang UMNO pula ialah, kadang2 mereka kecewa dengan pemimpin terutama di peringkat bahagian, tidak membayar yuran keahlian pun, akan tetapi sokongan mereka terhadap UMNO tidak berbelah bahagi dan biar dicincang lumat sokongan tetap tidak berubah sedangkan yg banyak merosakkan nama UMNO adalah AHLI UMNO iaitu golongan yang membayar yuran..

NOK said...

aku adalah ahli umno,tapi sokong yg berfakta:
1.Pemimpin UMNO mesti ikhlas,jujur,dlm mempertahankan bangsa melayu.
2.Pemimpin UMNO jgn korup,jgn rampas hak melayu,mesti senantiasa mempertahankan ajenda melayu.
3.Mesti berakhlak, kuat beragama,jgn menipu,jaga kebajikan rakyat, turun padang,jgn masa nak mengundi sahaja..
4. Jgn jadi penakut mcm Hishamuddin Tun Razak yg tak ada buah pelir....PM kena tukarkan dia jadi menteri perlancungan....
5. PM pun kena tegas pada mereka yg menentang kerajaan, jgn buat tak tahu aje pekak telinga.....
6. Dengar keluhan rakyat,jgn pekak badak.rakyat di dahulukan mesti di ikut dgn perbuatan..tak ada maruahke isu saman ekor hanya selesai apabila pembangkang nak bawa ke mahkamah...apa guna Hishamuddin bapok Menteri KDN???

Kalau semua diatas tak dapat di laksanakan maka pada PRU13 nanti banyak le kerusi BN kantoi.....

Anonymous said...

UMNO MESTI ADA WAWASAN MELAYU. BUKAN HANYA BERIKAN TONGKAT TAPI JUGA TUNJUKKAN JALAN.

UMNO MESTI TIDAK SOMBONG DAN BONGKAK

UMNO MESTI RELEVAN DAN TAK NYANYOK

UMNO MESTI BERANI DENGAN MELAKUKAN SENDIRI DAN BUKAN MENGHARAP ORANG LAIN

UMNO MESTI PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN BANGSANYA SENDIRI

UMNO MESTI TEGAS WALAUPUN ADAKALA IA TIDAK POPULAR.

SEROJA HOMESTAY KANGAR NO. 10 LORONG 2, TAMAN BUNGA SEROJA KANGAR PERLIS said...

PAK MAK AKU ORANG UMNO DAN AKU BUKAN ORANG UMNO/PAS/PKR/DAP DAN SEBAGAINYA, AKU ORANG ATAS PAGAR DAN AKU PENGUNDI BERDAFTAR DENGAN SPR.

MINTA SANGAT2LAH PEMIMPIN UMNO/BN DI PILIH DARI ORANG BERSIH DARI SEBARANG SKANDAL SAMADA SKANDAL SEX, SKANDAL HUTANG, SKANDAL RASUAH, SKANDAL ADA SPECIAL GIRLFRIEND (kalu dia nak buat bini aku sanggup p meminang) SKANDAL BAGI PROJEK PADA KRONI2NYA DAN LAIN-LAIN SKANDAL YANG AKU TIDAK SEBUTKAN DI ATAS.

PEMIMPIN MESTILAH IKHLAS DALAM PERJUANGANYA DAN DIPENUHI DENGAN IMAN DAN TAKHWA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA. INSYA ALLAH UMNO AKAN BERJAYA KEKAL SELAMA2NYA SEKIRANYA SOKONGAN BERTERUSAN DARI PENGUNDI2.

TERUSKAN PERJUANGAN ANDA WAHAI ORANG2 UMNO, AKU SOKONG DARI LUAR.

Anonymous said...

SAUDARA ANON 12:31PM
PEMBETULAN BRO, POINT NO4 KO TU SALAH. HISHAMUDIN TUN HUSSEIN LA...BUKAN TUN RAZAK. HEHE

Anonymous said...

UNTUK MENGUATKAN DAN MEMPERKASAKAN UMNO - PADA PEMILIHAN UMNO AKAN DATANG AHLI2 UMNO DIAKAR UMBI(BAHAGIAN) PILIH LAH KETUA BAHAGIAN YANG PALING BERSIH DARI SEGI AKHLAK. KALAU MASIH DIPILIH YANG KAKI ZINA, YANG PERNAH ADA KES ROGOL, YANG PERNAH MELIWAT. YANG PERNAH SONgLAP WANG, YANG KAYA TIBA2 DAN MACAM2 LAGI YANG JAHAT . BERMAKNA AHLI2 UMNO BERSEKONGKOL DGN BAKAL KETUA YG JAHAT. APAKAH DGN HULURAN WANG DAN SEBAGAINYA ANDA SANGGUP MENGHANCURKAN UMNO. INSAFLAH SAUDARA SAUDARI AHLI2 UMNO. NYAHKAN HAPRAK DARI MENJADI KETUA ANDA. JIKA MASIH MEMILIH BERMAKNA ANDA MENEMPAH SIAL UNTUK UMNO YG MEMBAWA KELEMAHAN PADA PARTI KERANA KETUA YANG DIPILIH DARI KALANGAN Yg DIMURKAI ALLAH. SELIDIK LATAR BELAKANG CALUN2 YG BERTANDING, SALAH PILIH, MERANA AHLI2 UMNO DIBAHAGIAN ANDA. BERTINDAK SEBELUM TERLEWAT.

Anonymous said...

Bersihkan Umno dari dalam, kick-out pengkhianat melayu ini sebelum PRU13..
Pemimpin2 yang tak relevan dan menjadi tikus mondok @ siput babi jangan dipilih lagi..
Bagi aku UMNO masih relevan menjadi tonggak kekuatan orang melayu islam sepanjang zaman..

Anonymous said...

mahu UMNO teguh dgn prinsip perjuangan yang jelas...jangan terlalu memberi kepada yg beri betis hendak paha...insyaalah UMNO akan tetap mendapat sokongan majoriti...sebab yg sokong pun selama ni siapa???

hartanah said...

AKU NAK UMNO BERPEGANG BALIK PADA SUMPAH MELAYU..

SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum laindengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk :

* Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;
* Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
* Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan
* Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera

Inysa Allah..akan relevan smp bila2....dulu..kini..dan selamanye..

zsk69 said...

APA-APA PUN, HISHAMUDIN MUST GO!!

Kami tak perlu Pemimpin Melayu lembik, bacol, penting diri sendiri.

"TAK BOLEH TAHAN"

Anonymous said...

kenapa penjawat kerajaan tidak menyokong UMNO?

semuanya bermula semenjak mereka bergelar pelajar-pelajar universiti. sudahlah sepanjang persekolahan peringkat rendah dan menengah, kerajaan menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma, masuk sahaja ke universiti, mereka didedahkan dengan politik kotor dari PAS. sejak aku di universiti dahulu di zaman 80an sehinggalah sekarang, aku dapati pendekatan PAS tetap sama iaitu mempengaruhi pelajar-pelajar universiti untuk menentang UMNO dan kerajaan. semua kita sedia maklum bagaimana PAS menggunakan "kuasa" pelajar universiti untuk menjadi barisan hadapan mereka contohnya ketika melakukan demotrasi. dibakar perasaan pelajar melayu untuk menentang segala yang dilakukan hatta memberikan pinjaman pengajian juga dijadikan modal utama. sedangkan PAS sendiri sebenarnya tidak mampu untuk menampung pinjaman pelajar-pelajar tersebut (hinggakan meminta sedekah ketika ceramah politik mereka semata-mata untuk meneruskan perjuangan mereka)

malangnya, bila tamat pengajian, graduan-graduan didikan PAS inilah yang beria-ia mencari pekerjaan di dalam kerajaan. contoh terbaik, kebanyakan dari mereka menjadi guru-guru dan pelbagai jawatan lain. dan bila menjadi guru, fahaman ini disebarkan seterusnya kepada rakan-rakan sejawatan dan juga pada pelajar-pelajar. memalukan sungguh kerana mereka sudah mencampur adukkan fahaman politik ketika bertugas sebagai penjawat awam. umpama anjing yang mengigit tangan bila diberi makan.

bagi penjawat-penjawat awam, sebagai graduan yang dilantik sebagai pegawai kerajaan, fahaman politik disebarkan kepada orang-orang bawahan. masalahnya, bila ada kuasa, mulalah menekan mana-mana pekerja bawahan yang menyokong kerajaan. dan mulalah menyerapkan kawan-kawan "sefahaman politik" untuk mengisi jawatan-jawatan kosong dan akhirnya walaupun mereka itu adalah penjawat kerajaan@awam, tetapi sikap mereka seperti menyekat dari merealisasikan matlamat kerajaan.

jadi UMNO .. sedarlah ... sesungguhnya semenjak dari tahun 80an lagi kamu ditikam dari belakang oleh penjawat-jawatan kamu di kesemua jabatan dan kementerian, termasuk juga syarikat-syarikat di bawah naungan kamu seperti PETRONAS. sedarlah kamu, orang-orang UMNO, orang-orang yang kamu berikan gaji untuk makan dan minum merupakan orang-orang yang menikam kamu dari belakang.

kesimpulannya, untuk menyekat dari fahaman politik sempit PAS ini menular, seharusnya UMNO harus mengawasi kegiatan pelajar di peringkat universiti kerana dari sinilah SEMUANYA BERMULA.
DARI UNIVERSITI, PEPECAHAN MELAYU BERMULA.
DARI UNIVERSITI JUGA PAS MERACUNI GENERASI MUDA DENGAN HARAPAN PALSU.
DARI UNIVERSITI JUGA MELAYU MULA DIAJAR UNTUK BERTINDAK SECARA MELAMPAU.

Anonymous said...

SELAMAT ULANG TAHUN KE 65.... UMNO DULU, KINI SELAMANYA........

Anonymous said...

Semua kena balik ke jalan yang telah rasul kita Muhammad SAW contohkan. Tolong belajar dari kesilapan lalu dan cepat2 kita betul kan. Manusia memang sentiasa ada kelemahan dan kesilapan. Tapi jangan sampai tidak ada yang mahu berubah dan merubah ke arah kebaikan.

UMNO telah banyak berjasa jangan sampai jasa yang diberi dilupa dan tidak dihargai dek alpa dengan kemewahan.

Anonymous said...

Selamat Ulantahun UMNO semuga kita sentiasa berusaha dan berdoa semuga Allah memberi penyatuan kepada seluruh umat islam di negara kita dan diseluruh dunia.

Anonymous said...

Selamat ulang tahun UMNO...
Satu je harapan aku.... Semua pemimpin UMNO dan penyokong kena kuat semangat, berani dan tidak perlu gentar dengan pihak lawan atau kawan dari kaum lain... Pertahankan hak kita Melayu, fikirkan pendidikan dunia dan akhirat untuk anak cucu kita, utamakan rakyat dari pocket sendiri, kamu di pilih bukannya anugerah....
Kalau kamu lembik, penakot dan macam pondan... Kami tak takut untuk hentam dan singkirkan kamu...

Mana2 pemimpin yang lembik tu... Siap Siap la yek...

Anonymous said...

Kembali pada Al quran dan sunnah.

Lupakan status,harta, duniawi.

hamba allah said...

Aku setuju semua pendapat pendapat yang yang keluar kat blog ni.UMNO perlukan pembaharuan untuk survival politik bangsa melayu dan islam.Harap harap ada lah orang orang kuat UMNO tengok blog ni.

Anonymous said...

tolong bersihkan UMNO di peringkat akar umbi. ambil tindakan kepada cawangan & bahagian yg bukan saja tidak membantu UMNO memenangi pilihanraya, malah mempunyai reputasi buruk di kalangan masyarakat setempat.

watak seperti Dato' Yusoff Kassim (bt gajah) & konco-konconya sejak dulu lagi telah melakukan character assasination terhadap golongan intelek melayu yang ikhlas ingin berjuang atas nama UMNO. begitu ramai sekali yg telah kecundang - kebanyakannya kecewa dan keluar menyertai PKR & PAS. ada juga yg masih meneruskan perjuangan bersama PPP. bayangkan betapa ruginya UMNO kerana kehilangan tenaga muda yang cerdik pandai ini akibat perbuatan terkutuk seorang pemimpin usang yg sebenarnya bekas ahli Parti Komunis Malaya yg diberi pengampunan oleh kerajaan.

apa yg dilakukan oleh ketua UMNO batu gajah ini hanyalah bersuka ria di negara jiran (hatyai) tak kurang 2 kali setahun - membelanjakan wang yg dikikis daripada ahli baru UMNO yg tertipu serta menghabiskan peruntukan yg sepatutnya dimanfaatkan untuk kepentingan melayu setempat

Anonymous said...

Kembali pada Al quran dan sunnah.

jgn sombong

hamba allah said...

Janganlah satu hari nanti kita orang melayu ni jadi mcm PAK KADOK menang sorak kampung tergadai.

Anonymous said...

assalamualaikum
Saudara
Kejatuhan parti keramat ini adalah disebabkan oleh ijazah phd yang terdapat dikalangan ahli umno itu sendiri. Perkara begini lah yang tidak dapat diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin yang ikhlas. Kerana phd inilah juga ramai dikalangan orang muda yang berketrampilan sebagai pemimpin menjauhkan diri dari parti keramat ini. Maka usahakan kembali untuk menarik pemimpin2 pelapis ini dari terus membawa diri supaya parti keramat ini terus gagah dipersada dunia

zamsalam said...

Makna UMNO?
1. Persatuan elite dan autokratik;
2. Lubuk mencari kekayaan;

Selamat UlangTahun UMNO.
Jangan ulang kesilapan!

Anonymous said...

Saya setuju dgn cadangan2 diatas. Kesimpulannya dpt difahami. Pemimpin diperigkat Bahagian Mesti berakhlak mulia dan disenangi ramai ahli. Yang kaki sontot anak bini orang bole gi jauh2. sontotlah sepuas2nya, jgn nak mengotorkan UMNO dgn sontotan kamu. KAMI TAK RELA KETUA UMNO BAHAGIAN KAMI TAK BERMARUAh DAN BERSYAITAn DIHATI. SEKIRANYA KAKI SONTOT MENANG SEBAGAI KETUA UMNO BAHAGIAN ELOK LAH KITA KELUAR DARI UMNO DAN MASUK DAP.

Anonymous said...

harap umno tlg hentikan interest PTPTN yg amat membebankan bekas mahasiswa. tak pyh la hapuskan ptptn, hapuskan bunga pun jadi la,,..

fulisiakantora said...

Assalamualaikum para2 pejuang, UMNO mesti IKHLAS utk berubah, bukan hanya retorik atau propaganda semata2. Setiap perubahan yg dijanjikan itu haruslah dicerminkan dgn perbuatan. Kembalikan UMNO kpd Allah dgn mengikut KitabNya & Sunnah RasulNya. Jadikan Rasulullah SAW sbg contoh. Jadikan para2 Sahabat r.a sbg ikutan. BERSEDERHANA, AMANAH, JUJUR, MEMBERI CONTOH YG BAIK, BIJAK, TIDAK SOMBONG, JGN RIAK, HAMBA KPD ALLAH, JADI KULI KPD RAKYAT, adalah sebahagian dari resepi utk UMNO menjadi RELEVAN sepanjang zaman. Lambakkan parti UMNO dgn ORANG2 UMNO (para pejuang), bukan AHLI2 UMNO (isi borang semata2 nak peluang). Bersihkan UMNO dari pemimpin2 yg KORUP, BACUL, 'YES MAN', TAKDE WAWASAN, PENGUMPUL HARTA, TAKDE S.P.M (hu, hu..kes ni ada kat hulu langat), PENJILAT dll. Semoga ALLAH melindungi Parti Keramat Tanah Melayu ini dari DALAM dahulu supaya UMNO lebih kuat utk memperjuangkan apa2 yg patut diperjuangkan. ALLAHUAKBAR!!

Anak Watan said...

Selamat Ulang Tahun...dulu, kini dan selamanya...hidup UMNO.....walau aku ni hanya yang jauh dari mata -> iaitu rakyat biasa... namun Undi aku amat penting... "hahaha"... harapan aku untuk kali ini ( seperti tahun2 yg lepas )Umno jadilah seperti sorang insan yg sempurna mesti baik, amanah, jujur, tegas dan lain-lain lagi...apa pun yang penting Perjuangan bangsa dan agama didahulukan

Anonymous said...

sebagai salah seorang golongan muda yang juga seorang remaja...

ak bgtahu cmne cara pas menyebarkan dakyah di kalangan remaja...

sebagai remaja kami masih mencarik hala tuju hidup...dan kami selalunya x bace berita2 dari media mainstream...

pas bijak dengan mengambil pendekatan secara bawah tanah...melalui ceramah...melalui artikel2 yg diedar kepada pelajar...melalui video2 keburukan orang umno...

remaja yang terpengaruh dan yakin inilah berita yg benar akan sebarkan pula kepada rakannya...

remaja amat tertarik dengan berita2 yg bukan dari sumber media mainstream

sy x bohong..tapi itulah yg saya pernah lalui sepanjang bergelar pelajar sekolah asrama dan pelajar u....

komandomelayu said...

MODUS OPERANDI UMNO WAJIB DIUBAH:

1-UMNO HARUS BUANG IMEJ PARTI ELIT
HANYA UNTUK GOLONGAN ATASAN, BANGSAWAN,USAHAWAN DAN ORG KAYA MENGAUT KEKAYAAN NEGARA DENGAN BERPURA-PURA BERJUANG UNTUK RAKYAT!

2-UMNO MELETAK MATLAMAT UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM MAJU YANG SOFISTIKATED DENGAN BERTERASKAN HUKUM AL QURAN DAN LAKSANA HUKUM ISLAM UNTUK UMAT ISLAM DAN UNDANG2 PENJAJAH UNTUK GOLONGAN BUKAN ISLAM
BUKAN SEPERTI PAS YANG MEMUNDURKAN NEGARA DENGAN FAHAMAN ISLAM YANG SEMPIT DAN GAGAL MELIPUTI SEMUA ASPEK SPT PELAN EKONOMI,PELAN PERTAHANAN,PELAN PENDIDIKAN DLL

3-PEMIMPIN UMNO DARI MAJLIS TERTINGGI HINGGA KETUA CAWANGAN HARUS KENAL SEJADAH,SURAU DAN MASJID DENGAN PEMAHAMAN ISLAM YANG MENDALAM DAN MAMPU MEMIMPIN UMAT KE JALAN LURUS!-
BUKAN KELAB MALAM DANGDUT DAN COFFEE HOUSE DAN HANYA MINUM DI WARUNG BILA PILIHANRAYA!

4-PEMIMPIN UMNO TIDAK MENONJOLKAN KEKAYAAN DENGAN RUMAH MEWAH BERPAGAR TINGGI DAN BERKENDERAAN MEWAH KERANA AKAN MENGUNDANG PERSEPSI RAKYAT TERHADAP RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA!
-SIBUK DENGAN URUS KEKAYAAN SENDIRI TIADA MASA UNTUK RAKYAT BAWAH YANG MISKIN!

5-UMNO HARUS MERAPATI SECARA KOLEKTIF GOLONGAN PASCA MERDEKA DAN PASCA 13 MEI KERANA RAMAI TIDAK MEMAHAMI SEJARAH DAN JASA UMNO TERHADAP AGAMA DAN BANGSA
-BUKAN BUANG MASA SIBUK DENGAN PROGRAM BELIA BERKUMPULAN KECIL SAHAJA DAN SIBUK DENGAN BANTUAN2 KELUAR NEGARA TETAPI BELIA DALAM NEGARA TERABAI!

INSYAALLAH UMNO MARA!

Anonymous said...

aku Melayu tapi aku tak minat umno walau bagaimanapun aku sokong BN 100%..aku akui tanpa umno tiada BN..bagi aku banyak yg tak kena dgn umno..berubahlah demi bangsa agama & negara...mungkin suatu hari nanti aku akan join umno...!!

Anonymous said...

Hidup Tun Dr Mahathir!

ahli umno setia said...

alhamdulilah umno hari ini menyambut ulangtahunnya yang ke 65,ianya sesuatu yang menakjubkan buat mana2 parti yang memerintah diseluruh dunia kerana masih lagi mampu untuk mentabdir negara...dah berusia 65 tahun hari ini masih lagi kelihatan manusia yang begitu rakus untuk memegang jawatan yang mana dilihat sebagai laluan untuk menjadi wakil rakyat telah hilang rasa hormat kepada pemimpin yang sedia ada dan membuat pelbagai onak agar kepimpinan yang sedia ada akan dilihat oleh masyarakat adalah pemimpin yang tidak berguna langsung walhal telah banyak perkara kebaikan yang dibuat untuk rakyat tetapi tidak diterima ....ini lah pemimpin yang harus kita keluarkan daripada parti dari menjadi duri dalam daging...ingat lah kita ini hampir tergadai dek kerakusan bangsa asing yang ingin menguasai negara slogan yang kita ada BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT GUNAKAN DAN HAYATILAH UNTUK KEBAIKAN BANGSA KITA MELAYU AMIN AMIN AMIN YARABALALLAMIN

Anonymous said...

INI IKHHLAS HATI AKU PADA NAJIB TUN RAJAK...

MULA-2 Si kj tu kena masuk.Kursus ESQ.SATU. KALI MASUK.SERIBU LEBIH (tp ada diskaun tu) ..semua geng2 kuat pemuda mesti pegi sekali...mukris pun..'
'lepas 3 hari INSYAALLAH COMPOM LA MEREKA AKAN BERSATU PADU...

LEPAS TU SUB 2 Leader bawak anak buah leadership masing2..anjurka. bersama umno kawasan masing2.. comporm isyallah NAIK SEMANGAT MEREKA UNTUK PERTAHANKAN

AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR NI DARI DAP.LAKNATULAH TU..

stratus14 said...

Hari ni ulangtahun parti paling celaka dlam sejarah..parti maha syaitan...

zaman merdeka dulu ok la..lepas je mamakutty mahathir amik alih, habis hancur satu parti..ketua syaitan paling hina..

Anonymous said...

stratus 14 . ANWAR KONGKEK dgn JALANG tak HINA ker? HANg NI BETUL2 PUKI MASAM .

Anonymous said...

Selamat ulangtahun kepada UMNO.

Marilah kita mengamalkan Al-Quran dan Sunnah.

Buang pemimpin yang lembik.

Support ketua yang berwawasan dan mendukung Islam.

We will be victorious! Insha Allah!

-Servant of God-

Anonymous said...

As Salam Saudara Saudari UMNO. Anugerah Allah telah memberi markah yang baik terhadap UMNO dimata masyarakat. Adalah menjadi harapan daripada rakyat terutamanya Melayu agar UMNO dpt dipilihara keaslian dan ketulenannya dgn baik demi kelansungan anak cucu seterusnya. Segala kemungkaran2 yg dilakukan oleh segelintir pemusnah UMNO wajiblah dikikis dan dicuci jika perlu dibuang lakukanlah. Kepada pendokong2 yg berbakti kepada UMNO wajib dipuji dan saji lah mereka dgn semulia hati. Semoga UMNO tetap dihati...Wassalam