IKLAN BERBAYAR

Monday, June 13, 2011

LIVE DARI MAHKAMAH : KES KHIR TOYO !


LIVE DARI MAHKAMAH: KLIK SINI

Melihat persembahan kes Dr. Mohamad Khir Toyo sepanjang minggu ini kita akan mendapati apa yang didakwa oleh Peguam Negara sebagai mempunyai bukti kukuh tidak lebih daripada cakap-cakap seorang ahli politik bukannya cakap peguam negara. Pada hari pertama perbicaraan isnin lalu, orang ramai dikejutkan dengan tindakan Peguam Negara menggugurkan tuduhan terhadap Datuk Shamsuddin Haryoni yang sebelum ini dituduh bersama Khir.

Pada hari kedua perbicaraan seperti dijangka pendakwaraya memanggil Saiful sebagai tuan punya lot 8 dan 10 banglo dan tanah yang sekarang dimiliki oleh Khir. Saiful menjelaskan bahawa beliau menawarkan harga RM 7 juta kepada Dr Khir tetapi ditolak oleh bekas Menteri Besar tersebut atas alasan terlalu mahal.

Saiful juga menjelaskan Datuk Sumardi Ismail merupakan broker kepada rumah tersebut. Empat bulan selepas Sumardi membawa Khir, beliau membawa pula Datuk Shamsudin dengan tujuan yang sama iaitu untuk membantu Saiful menjual rumahnya tersebut. Saiful menawarkan harga yang sama tetapi diminta kurang oleh Shamsuddin kepada RM 6.5 juta sahaja. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju dengan harga tersebut dan transaksi tersebut berlaku. Menurut Saiful sepanjang perbincangan itu tidak timbul langsung bahawa shamsuddin membeli rumah tersebut bagi pihak Dr. Khir.

Saiful juga bersetuju dengan peguam bela Dr Khir, M Athimulan, bahawa jualan tersebut bukan berdasarkan harga nilaian pasaran tetapi lebih kepada willing seller, willing buyer. Saiful mengakui bahawa beliau tidak membuat sebarang penilaian terhadap rumah tersebut.

Selepas Saiful, pendakwaraya mengemukakan saksi kedua yang juga merupakan “star witness” mereka, Datuk Shamsuddin Haryoni. Pendakwaraya terpaksa menwarakan pembebasan Datuk Shamsuddin bagi membantu mereka mendapatkan satu cerita bahawa Dr  Mohamad Khir membeli rumah tersebut dengar harga yang murah daripada harga pasaran daripada seseorang yang beliau mempunyai hubungan rasmi sebagai Menteri Besar.

Datuk Shamsuddin memulakan kenyataan di kandang saksi dengan mengejutkan mahkamah bahawa beliau berjumpa Saiful bersama Dr. Khir dan Datuk Sumardi. Kenyataan ini bertujuan mewujudkan hubungan antara Dr. Mohamad Khir dan beliau dalam urusan jual beli tanah dan banglo tersebut sejak awal lagi. Ini bagi mengesahkan dakwaan Pendakwaraya bahawa terdapat elemen rasuah dan pecah amanah dalam pembelian rumah tersebut. Malangnya bagai sebahagian orang awam di Mahkamah yang mengikuti sejak saksi pertama mendapati kenyataan Shamsuddin sangat bertentangan dengan kenyataan saiful.

Saiful dengan jelas menyatakan bahawa Dato Sumardi dan Shamsuddin hanya berjumpa dengan beliau empat bulan selepas Dr. Khir tidak jadi membeli rumah tersebut. Pertentangan kenyataan antara Saiful dengan Shmasuddin ini menimbulkan pertanyaan besar kepada kerja pendakwaan.  Sudah tentu kenyataan Saiful sebagai saksi pendakwa yang tiada kepentingan politik mahupun dari segi undang-undang lebih kuat dan mempunyai wibawa berbanding kenyataan Shamsuddin yang sudah ada kepentingan kerana dakwaan ke atas beliau digugurkan.

Kenyataan Shamsuddin kemudiannya ditangguhkan apabila beliau sukar menerangkan situasi mengenai urusan ual beli tersebut apabila ditanya oleh pendakwaraya. Beliau membuat kenyataan yang bertentangan antara satu sama lain mengenai proses pembelian rumah dan harga tersebut. Beberapa ketika beliau terpaksa berhenti beberapa kali seolah-olah cuba mengingati apa yang hendak diceritakannya.

Pada hari ketiga perbicaraan  (Khamis), Shamsuddin tidak hadir ke mahkamah atas alasan sakit.  

Pendakwaraya membawa seorang lagi “star witness” mereka, Nasir Ismail. Nasir merupakan kontraktor yang dilantik oleh Ditamas Sdn Bhd dan Shamsuddin untuk membuat pengubahsuaian. Dalam kenyataannya Nasir mendakwa beliau mendapat bayaran berjumlah RM 500 ribu setiap kali membuat tuntutan. Menurutnya sebanyak lima enam kali dibayar oleh Shamsuddin dan tujuh, lapan kali dibayar oleh Dr. Mohamad Khir.
“Pembayaran seterusnya saya terima kira-kira RM500,000… setiap kali pembayaran di mana empat atau lima kali pembayaran diserahkan oleh Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni manakala tujuh atau lapan kali pembayaran diserahkan oleh Dr Khir Toyo sendiri,” katanya.

Kenyataan beliau menimbulkan kegemparan kepada galeri mahkamah yang sebahagiannya tersenyum kambing mendengar dakwaan tersebut. Ia kemudiannya menjadi bahan jenaka di luar mahkamah apabila memikirkan bagaimana Dr. Mohamad Khir dan Shamsuddin boleh membayar begitu banyak wang tunai kepada Nasir yang merupakan seorang yang muflis ketika itu.

Nasir kemudiannya berhadapan dengan M. Athimulan dalam sesi soal balas. Beliau mengesahkan bahawa mempunyai perselisihan dengan Dr. Mohamad Khir mengenai kos pengubahsuaian lot banglo tersebut sehingga menyebabkan beliau tidak menyelesaikan kerja-kerja di rumah tersebut.

Pendakwaraya kelihatan agak terkejut apabila Nasir mengakui beliau ada menandatangi satu kontrak pengubahsuaian rumah dengan Dr. Mohamad Khir pada 2007 dengan harga RM 600 ribu sahaja.

 M. Athimulan juga bertanyakan beliau mengenai apakah terdapat sebarang bukti atau saksi penerimaan wang yang begitu banyak. Nasir menyatakan tidak ada. Apabila ditekan berulang kali oleh Athimulan yang menyatakan adalah mustahil beliau menyimpan wang yang begitu banyak secara tunai, nasir menjawab hanya tuhan yang tahu. Ini menimbulkan kemarahan Athimulan yang menyatakan, “Saya bukan mahu kasi tuhan tahu, saya mahu mahkamah dan tuan hakim tahu.”

Melihat keadaan yang agak panas, Hakim menangguhkan kesnya untuk makan tengahari. Pada sesi sebelah petang, M. Athimulan meminta Nasir mengesahkan sekumpulan invois kerja-kerja beliau yang dikemukakan oleh pendakwaraya pada sebelah pagi. Nasir pada mulanya mengesahkan invois tersebut adalah untuk kerja-kerja beliau lakukan di rumah banglo tersebut. Namun apabila Athimulan bertanya, “Adakah anda pasti semua kerja di dalam invois ini dilakukan oleh kamu?” Nasir tidak menjawab sebaliknya menyatakan invois tersebut disediakan oleh pekerjanya. Hakim mula masuk campur dan beberapa kali cuba menerangkan maksud soalan peguambela kepada saksi setelah beberapa kali Athimulan bertanya soalan yang sama tetapi tidak mendapat jawapan Ya atau Tidak.

Setelah melihat Athimulan berterusan mendesak Nasir mengesahkan setiap item dalam invois tersebut, Hakim mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut memandangkan pertuduhan terhadap Dr. Mohamad Khir ialah dituduh membeli rumah dengan harga RM 3.5 juta walaupun mengetahui harga pasaran RM 6.5 juta daripada seseorang yang beliau mempunyai hubungan rasmi.

Athimulan kemudiannya meninggikan suara kepada Hakim dengan menyatakan antara lain membawa maksud mengapa Hakim membenarkan invois dan kenyataan kos ubahsuai rumah oleh Nasir dikemukakan oleh Pendakwaraya jika ia tidak relevan kepada pertuduhan. Sungguhpun cuba dibantah oleh Pendakwaraya, namun Hakim akhirnya akur dengan hujahan Athimulan. Hakim kemudiannya menangguhkan sesi tersebut selama tiga puluh minit untuk membolehkan Nasir membaca dan mengesahkan setiap invois beliau.

Namun kemudiannya Nasir menyatakan beliau tidak memahami kandungan invois dan sukar membaca di dalam mahkamah. Hakim akhirnya menangguhkan sesi kepada hari Isnin ini bagi membolehkan Nasir mengesahkan semua invoisnya. Peguam bela M. Athimulan turut memohon Hakim mengarahkan Nasir mengesahkan akaun syarikat isterinya apabila datang ke perbicaraan hari isnin nanti bagi membolehkan sesi soal balas berjalan lancar.

Nasir akhirnya menyatakan ia tidak pasti dan perlu membaca secara teliti. Sebahagian orang awam dan peguam mula berpandangan sesama sendiri. Mungkin ada tertanya-tanya bagaimanakah Nasir tidak boleh mengesahkan dokumen-dokumen yang beliau serahkan kepada SPRM dan dijadaikan bahan pembuktian

25 comments:

Anonymous said...

Awak adalah seorang yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .


.

Anonymous said...

baru tau ke gelagat mahkamah bila nak selamatkan org2 umno....apa nilaian anda dgn kes ini.bagi saya mcm bukan dlm mahkamah.bercelaru...last tiada kes.hakim berpuashati tiada kes.bila kene pd org pr lembu sekor rioh satu dunia dicanang.silap2 khir toyo terlepas....yg heran mana khir toyo dpt duit juta2 nak beli rumah dan tanah.duit gaji ciritla...bolih simpan byk tu.bagi org2 umno takde heran mana khir toyo dpt duit dari mana.

Anonymous said...

haloo...bro...ini baru khir toyo..ramai lagi org ternama yg lbh teruk dari khir toyo balun duit rakyat...sapa bolih bagitau pemimpin mana yg tak makan rasuah...cuba jujur sikit

Anonymous said...

ada 4 saksi ke main tuduh2...heheheh

Anonymous said...

Mengikut Undang2 M'sia, seseorang yg dari parti sekutu PR (PKR, PAS & DAP), boleh dan dibenarkan menuduh apa2 shj kepada seseorang dr parti BN (UMNO) tanpa apa2 bukti, saksi atau membuat laporan polis dan ianya mestilah diterima oleh rakyat m'sia dan hakim sebagai benar tanpa apa2 keraguan, tetapi apa2 sahaja perlakuan dan tuduhan jenayah kepada seseorang yang disahkan keanggotaannya dari parti sekutu PR (PAS, PKR & DAP) ianya memerlukan bukti dan 4 saksi (rekod menunjukkaan 7 saksi pun belum tentu diterima - kes mat sabu). sekiranya ia ditulis dalam akhbar Harakah (akhbar paling tepat dan tak pernah silap) maka betullah tu (Hadis pun ada jugak yg palsu, lemah & diragui kesahihannya) tetapi tidak bagi harakah. Barang diingat, bukti video tidak boleh diterima kerana ianya besi (bukan aluminium atau lain2 logam), selain tidak boleh bercakap dan tiada mata/telinga. Ingat video ingat besi, ingat besi ingat hj hadi, ingat hj hadi ingat al-juburi.

pak jabit kg pisang said...

next time pilih pkr...semua mahsum...bersih suci & bermutu.....ha ha ahaaaaaaa betul ke?

Karl said...

Anon June 13, 2011 6:39 AM:

Ko tak pernah dengar pasal "bank loan" ke?. Mahkamah nak selamatkan orang2 umno? Ko baca ke tak baca? Pertuduhan pun celaru. Saksi pendakwaraya pun tak paham invois sendiri. Bagi aku, kes ni baru bermula, Dr Khir pun tak mintak tangguh, bukan macam idola ko anugayrah yang dah 50++ kali dok mintak tangguh, mintak buang hakim, mintak gugur dakwaan.

Kita tengok perjalanan kes, kalau Dr Khir salah, eloklah dia dihantar ke sg buluh.

ko tak heran ke azmin kaya?

Anonymous said...

ye betulll....!!!! itulah kerajaan pakatan yang 'bertamadun'..aku sokong 8.23.

Anonymous said...

aku tak peduli umno ke pas ke dap ke, jika rasuah, hukum seberat2nye.
tp senang2 je anon2 mangkuk pr nak salahkan org yg masih bicara seolah2 tak pernah buat pinjaman bank. bodoh sgt gamaknye.tengok saksi tu, invois sendiri pun tak pasti. pasti ke dia tak kena upah jugak? lagi satu, org2 umno yg kena bicara ada mintak tangguh? itu baru gentleman beb. anugerah tuhan? lu piki la sendiri beb!hehehe
aku tak sokong membabi buta mcm mangkuk2 pr, yg salah hukum. toksah bagi chance. tp mangkuk2 pr ape cer?

Anonymous said...

betullah apa yang hangpa semua cakap. aku nak jadi baik, bersih dan bakal ahli syurga, oleh itu aku kena sokong pakatan, parti tersuci dan tiada lain yang lebih suci, hanya ujud di malaysia, made in malaysia. ayo semua umat dunia, tubuhkan parti seperti pakatan. suci dan menyucikan

Anonymous said...

KARL ..

LU ROCK BRO. BEZA KHIR TOYO DIA TAK MINTAK TANGGUH.

ANWAR..YA AMPUN !

PASesat said...

Jangan percaya pada semua tu...
itu semua konspirasi umno...
umno dah bayar pada tok hakim...
bayar saksi...bayar polis...
bayar kerani dan tukang stesen mahkamah...bayar makcik tukang sapu...tukan kebun...
Hai...berapa banyak mau bayar la...
Itu sebab la ANUwar kalah kes...

Anonymous said...

hehe..DOG BITE DOG..SKILL EAT SKILL!!

SIAPA KENA CHECK MATE? kekeke..

GAP,
BOLEH BUAT NARATIVE PERBICARAAN TAPI JGN CUBA BUAT JUDGEMENT..SUB-JUDICE TU!

BIAR ORG MAKAN NANGKA TERKENA GETAH,JGN KITA YG DIK TERCOPONG KAGUM DGN HARTA BENDA ORG TERPALIT..NAYA BOSSSS! HE..

JGN LUPA JUGA Parti Kaum Rakus YG SEDANG GALAK MEMPERKOSA SELANGOR, DAH BANYAK ISSU..JGN TUNGGU LEMAU BARU NAK CERITA..

APA GILA ORG CERDIK DAN ANUGERAH TUHAN DPT GANJARAN RM1.00.. BUKAN MANGKUK TU BAHLOL KITA YG SEBENARNYA BAHLOL KALAU PERCAYA MAKHLUK PEROSAK SEMURAH ITU!

Anonymous said...

Terlebih sudah sudu dari bubur.....Jangan nak campuri urusan Mahkamah. kamu2 semua tiada hak utk berhujjah. Teringin sangat nak jadi DPP . Peguam atau Hakim bolih sambung belajar......... Jangan nak memandai2, Sedarilah siapa diri mu mu semua...!

Anonymous said...

anon 10.17, ko marah ke? apsal plak ko melenting? sebab rmai kat sni ckp khir berada ditempat btul kan??

Anonymous said...

cuba ckp gn aku, siapa yg campur utusan mahkamah dlm ni?? yang ckp dlm ceramah sana sini tu apakebenda plak?..suruhlah manusia tu p sambung study lau brani lepastu suruh pulak mereka sedar siapa diri mereka.

Anonymous said...

APA KELULUSAN MU MU SEMUA ???? NAK BERHUJJAH TENTANG HAKIM DAN MAHKAMAH??? - SEDARILAh DIRI TU....

Anonymous said...

yeah..marah bro..marah lagi..porknik ada kelulusan alazhar sebabtu dia boleh bg hujah pertahan aljuburi yang sedang dibicarakan. cakap hakim tak betul, pendakwaraya penipu dan bagai bagai dalam ceramah. jadi maksud ko, rakyat yang tak ada kelulusan mcm porknik tu x boleh komen, mcm tu?.
releks bro.kita dalam blog buat apa emosi? ko masuk blog ni, baca dan buat penilaian..bukan melatah bro.aparaa..

Anonymous said...

Kalau tiada kelulusan Undang Undang jgn nak menyibuk berbicara tentangnya....... nampak mcm bodoh sombong yer......

Anonymous said...

kpd anon 10:48am
jgn ditanya siapa kami dan apa kelulusan kami,
fyi, aku seorang profesional, lulusan kursus profesional, bekas pelajar cemerlang..kerja swasta..7hari seminggu takde rehat sabtu ahad mcm gov servant.tapi aku seronok dgn kerja aku. cari rezeki halal utk sara anak isteri aku.aku tak terlibat rasuah atau unsur maksiat. kerja aku kerja yg suci lagi murni.byr income tax/zakat yg banyak setiap tahun.itu semua hasil jika negara kita aman dan makmur tahu tak?
siapa yg galak menghina mahkamah sebelum ni? jgn pura2 tak tahu. dah la asyik tangguh, maha penakut lagi maha penipu termasuk pencacai dia sekali..

Anakku Sazali said...

MCM NILAH, TAK PAYAH PANJANG2 CERITA KHIR TOYO NI, KLU DIA BERSALAH DIA KENALAH, KLU TAK DIA SELAMATLAH...

BY THE WAY PERSEPSI RAKYAT KAT BEKAS MB SELANGOR NI DAH MELUAP2, KHUSUSNYA PENJAWAT AWAM BILA KENA PENYAPU SIAL DULU...

UMNO/BN TIDAK KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS, DAH KAYA DAH SENANG DAH KAUT OKLAH... LU PUNYA NASIB LU MAKAN...

RAKYAT D SELANGOR MAHUKAN WAJAH BARU, HARAPAN BARU, CHEIF COMAND YG BARU, TAIKO YG BARU...

RAKYAT SELANGOR HAUSKAN PERUBAHAN, MEREKA DAH BERTEKAD UTK KEMBALI KE PANGKUAN UMNO/BN, JGN BUAT SILAP LAGI DS NAJIB, SIA2 SHJ PENAT LELAHMU MENGEMUDI PANJI2 SELANGOR...

TAK TAHU PLAK AKU BERAPA SI GAP NI DAPAT UPAH DARI KHIR TOYO NAK ULAS CERITA DIA NI... SUKA HATI KAULAH GAP...

Melayu Perak said...

anon 6.39 am.....

apa salahnya dapat diskaun dari rm 6.5 juta kepada rm 3.0 juta tak ke itu willing buyer.. willing seller
mana ada rasuah...????

kalau nak disiasat sumber duit rm 3 juta....ramai pemimpin umno sudah berjaya sebelum masuk umno...khir toyo ada simpanan rm 10 juta sebelum join umno...aku ni orang biasa tak masuk umno pun ada simpanan rm 4.5 juta dalam asb...
apa nak heran...lagi boleh ambik loan rm 10 juta...tak kan itu rasuah...lain la kalau macam pencacai pr tengok rm 10,000 pun dah gelap mata...

Melayu Perak said...

kalau nak tau lis orang umno yang paling kaya di malaysia tengok forbes list of millionaire ada tak senarai nama umno dalam nya...

kalau tak ada duduk diam...diam la bro..jangan kata orang umno ambik duit rakyat...yang sah kerajaan pr selangor dah menyelewengkan duit rakyat...sila tengok pos sebelum ini ada berpuluh-puluh senarai kesalahan kerajaan fuckatan...

Anonymous said...

YANg BONGOK TENTANG UNDANG2 DUDUK DIAM2....

Anonymous said...

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6500