Wednesday, September 14, 2011

ISA : MENUNTUT PANDANGAN JUJUR DARI RAKYAT.


singapura sekali lagi melaksanakan penahanan ISA ke atas 3 suspek yang disyaki pengganas. macam biasa, syak dan istilah pengganas digunapakai bagi memberikan justifikasi akan perlunya ISA wujud di singapura.

pada masa yang sama, dikabarkan, berkemungkinan implementasi ISA akan dikaji semula oleh kerajaan malaysia. dakwa pembangkang, ia sebagai salah satu aturcara najib untuk menarik sokongan rakyat di atas keterbukaan pendemokrasian.

singapura sudah, malaysia pun sudah.

di indonesia atau lebih tepat di ambon, ada ura-ura peristiwa berdarah pergaduhan agama antara islam dan kristian akan berulang kembali selepas kematian seorang pemandu teksi beragama islam.

dalam insiden 2 hari lepas, 3 orang mati dan hampir 80 orang cedera sewaktu pengkebumian mayat.

beberapa hari lepas, amerika menyambut peristiwa serangan 11 september yang berlaku pada tahun 2001.

hasil daripada peristiwa 11 september, amerika telah melaksanakan akta patriot act yang lebih mirip kepada penahanan tanpa bicara.

ISA di malaysia setakat ini telah berjaya mengekang peristiwa tidak baik yang boleh terjadi terhadap rakyat malaysia.

amerika dan singapura sentiasa melaksanakan ISA.
indonesia mungkin boleh berfikir untuk menggunakan kaedah yang sama.

di malaysia, perlukah ISA dimansuhkan ?

48 comments:

Anonymous said...

Kekalkan ISA demi untuk menjaga keamanan. Jangan seperti Amerika sudah terhantuk baru terngadah.

whiteorange said...

Menghapuskan ISA sama lah dengan menghancurkan Malaysia

muhammad said...

setuju dengan opinion diatas. ISA penyelamat negara

Dot said...

kekalkan ISA krn setiap perkara yg merbahaya & memberi ancaman kpd negara perlu dicegah sebelum parah!!
bg kita yg biasa2 ni tak ada yg perlu kita takut dgn ISA.

takkan lah makcik pakcik, abang adik dok menanam sayur di kampung kena tahan bawah ISA? atau kakak adik yg kerja menjahit baju tiba2 di tangkap bawah ISA?

jika tidak terbabit dlm perkara2 yg mengancam keselamatan negara takkan lah nak ditangkap?

hanya mrk yg suka membuat kacau sj bencikan ISA!! hanya mrk yg suka membelot sj marahkan ISA!! hanya mrk yg gemar mengkhianat kpd bangsa agama & negara sj yg nak ISA dihapuskan! dan hanya mrk yg suka menyebelahi mrk yg kurang hajar sj yg tak suka ISA!!

Anonymous said...

tahan mat sabu!!

Anonymous said...

Kekalkan ISA demi masa depan Malaysia yang aman.

Anonymous said...

ISA boleh dimansuhkan selepas Anwar Ibrahim & Mat Sabu di masukkan dlm kandang rimau.

Wau Janak said...

ISA dihapus, anak cucu komunis ketawa.

Anonymous said...

sebelum berkuasa pembangkan kata hapuskan isa lepas berkuasa habis puak umno yg hapuskan isa kena tahan kat isa baru tahu sapa cerdik sapa bodoh dak gitu !

Anonymous said...

sapa yg cerdik kita belum tahu, tapi sapa yg bodo kita dah tahu... PAS...!

usin said...

ada sapa2 yg tetiba kena isa? ada? ada? aku ulangi ada? apa pasal bodoh nk buang akta yg paling bnyk gunanya utk jaga kesejahteraan rakyat. aku berani jamin, kalau pr yg pegang putrajaya nanti (hrp2 tidak), akta isa akan bertambah ketat.

Anonymous said...

ada isa pun bukannya menteri kdn berani pakai.

Anonymous said...

KEKALKAN ISA.

rakab said...

KEKALKAN !!!!

Itu yang buat negara kita aman!!

Anonymous said...

Aku tak takut ISA..sbb aku tak buat salah

Anonymous said...

Kalau tak buat salah, buat ape nak takut ISA.. ISA patut dikekalkan, cuma, perlaksanaan mungkin boleh diperbaiki..

Anonymous said...

Kekalkan....Hanya org lebih cenderung kepala membuat perkara yg salah jer suruh hapuskan ISA nie...

Anonymous said...

belum ada lagi negara yang tak mengamalkan akta macam isa. negara china memang la takda isa tapi akta serupa diperkenalkan dibawah fungsi tentera. nama saja lain, fungsi semua sama.

amerika meletakkan akta yang serupa dengan isa ini dibawah fbi dan england meletakkan kuasa isa di bawah queen elizabeth.

nama-lain-lain, cerita semua sama. kalau malaysia hapuskan, maknanya kalau militan jemaah islamiah tu masuk malaysia, takde bukti kita terpaksa lepaskan dia. takkan nak buat macam tu?

isa masih relevan. cuma puak-puak haramjadah ni je yang mau akta ini digugurkan sebab diaorang nak buat huru-hara dalam negara.

Anonymous said...

ISA patut dikekalkan ... tapi menteri yg kehilangan telo tu kena tukar dulu ... sebab banyak kali guna ISA tapi kemudian lepas.

Bakal Menteri KDN perlu berguru dgn TMM dulu ... bila TMM kata OK ... beru boleh jadi Menteri.

TMM pun dah tak nak masuk+ kut.

Anonymous said...

ISA perlu dikekalkan.

Tak perlu bimbang kalau tidak me lakukan perkara yang boleh disabitkan dengan tindakan ISA.

Pelaksanaan ISA di Malaysia telah melalui proses kematangan, bukan sewenang wenang.

Rakyat bukan bodoh nak ikut fobia tak tentu pasal bila sebut ISA.

Tauke Ikan said...

kenapa nak hapuskan perkara yang menjamin keselamatan negara? habis tu, kalau isa dihapuskan, ada cara yang lebih baik ke untuk gantikan isa? kalau takde kekalkan sahajalah. tak payahlah nak cari penyakit.

rakyat malaysia said...

secara logik la,

hanya penjahat dan pengkhianat negara je nak sangat isa dihapuskan..
hanya pemaksiat je nak sangat pihak berkuasa agama malas buat kerja..
hanya penjenayah je nak sangat polis duduk diam2 kat balai..
hanya yang takde dokumen je yang nak sangat pihak imigresen dan jpn tak buat operasi..
hanya anak murid malas tak buat homework je nak sangat guru tak datang kerja..
bla bla bla...
yang tak bersalah? for sure tak takut pun.. kan ?

Anonymous said...

sekarang ada pihak nak isa dimansuhkan lepas ni aku tak heran kalau ada pihak minta mansuhkan penjara pula.

Anonymous said...

ini baru betul undang2 rimba!

Anonymous said...

yg nak ISA dimansuhkan ialah PR saja, sbb mereka ni suka langgar undang2.

Anonymous said...

anon 5:10,

ini baru betul undang2 rimba sbb yg suka langgar undang2 ialah jenis yg sepatutnya duduk di rimba.

suara pun dah sebijik macam penghuni rimba, saling tak tumpah...!

Anonymous said...

Tidak perlu. ISA telah berjaya mengekang banyak kemungkinan kejadian yang mengancam keselamatan negara. Ingat, kita tidak perlu takut kepada ISA jika kita ikhlas dalam perjuangan untuk mempertahankan negara.

Anonymous said...

Tiada ISA ibarat tiada balasan neraka untuk mereka yang berbuat dosa.. Tiada ketakutan..
Kekalkan ISA untuk kesejahteraan rakyat Malaysia!

Jebatdurhaka

Anonymous said...

-ISA WAJIB DIKEKALKAN

-TAPI YANG YG TAK WAJIB DIKEKALKAN IALAH KERISMUDIN WALAU APA JAWATAN SEKALIPUN DLM KABINET JGN DIBAGI

-NANTI KALAU DIA DPT JADI PM HABISLAH NEGARA NI,KALAU KENA SERANG NEGARA NI DIA AKAN BAGI AMARAN KERAS JE

Anonymous said...

biarkan sahaja najib nak ubah atau bubarkan terus isa. lepas tu nanti negara akan jadi huruhara baru seronok kita tengok cina melayu dan india bergaduh dan berbunuh2an. siapa kuat dia dapat. aku dah meluat dengan cakap2 politik selama ini. pemimpin2 melayu samada pemerintah atau pembangkang semua nak jaga hati bukan melayu demi mengekalkan kuasa. hak dan pendapat orang melayu diperlekehkan. pemimpin pukimak, sial dan bangang

akalil said...

never abolished ISA

Anonymous said...

ISA diwujudkan utk mengekang komunis, selepas komunis meletak senjata ISA seakan2 sudah tak releven utk dikekalkan.

TETAPI... komunis muncul kembali, ISA wajar dikekalkan. Komunis dulu dlm rimba, komunis sekerang berjiran dgn kita, lagi bahaya.

Anonymous said...

isa kekal... hishamuding sj dimansuhkan

Anonymous said...

BILA PAKTAN BERJAYA NAIK PUTRAJAYA

ISA AKAN DIPERKASAKAN NNN

SAPA DAPAT NAK NAFIKAN

....NAK TGK CONTOH...

HAL GEREJA...GERAKAN antiMURTADDDDD JAGA UMNO!!!!
LEPAS DPT KUASA..MURTAD DIPERKASAKAN.MAKAN DIGEREJA DIBENARKAN

MANUSIA BILA XDAK KUASA..MULUT DIA LE MAHARAJALELA

BILA ADA KUASA...HATI LAH YG BERKUASAAAAAA!!!

Anonymous said...

GAP KO MASIH SIASAT LG KA BUALAN MAT SABU TU ??

MEMANG CERMAT LA KO GAP ...XGOPOH GAPAH ...BUATNYA FITNAH ....SATU BLOG DT DOSA BERAT

komen sabu...asyik no komen saja...

kalu kominis herooo. fuh. cepat kata hero.wira

YG PALING KELAKARNYA...JIKA RAKAMAN TELEFON ITU BETUI..ANWAR 'SAHABAT' BAIK DIA LA PUNYA DAJAL...TP TK TAU LAGI KENA TANYA ANWAR PULAK...

HANG ANWAR HANG ADA REKOD KA MAT SABU PUNYA STORY NI.'?HEHHEHE

Anonymous said...

ISA sememang perlu di teruskan, dgn adanya ISA manusia yang berniat untuk melakukan jenayah merasa gentar.

mohamed said...

Dato Sri Najib,kesayangan kita, mesti ingat, tiap2 desakan pembangkan yang disokong oleh rakyat minority adalah untuk melemahkan Dato, untuk melemahkan UMNO/BN. Bukan untuk memperkasakan.

Tak payahlah layan.

Rakyat majority rasa selesa dengan ISA. Sebabnya satu aja.. tak payahlah kami mengambil tindakan diluar undangan2 dan menghancur kan bangsat2 yang menghinakan, Ugama Islam, Bangsa Melayu dan Raja2 Melayu.

Anonymous said...

Di Negara China tak ada ISA

TAPI ada Peluru hidup untuk penjenayah

Ikat tangan belakang , letak papan,, doooommmmm mampus ..

lagi dahsyat

Anonymous said...

Aku hidup sebelum merdeka lagi

tak ada apa yang aku nak risau tentang ISA sebab aku tidak pernah mengancam negara

Tetapi ISA telah membuat anak cucu aku semakin selesa tinggal di Malaysia

Anonymous said...

bahan terlarang bukannya bertambah sedikit edarannya malah bertambah banyak. baru-baru ini kastam merampas syabu bernilai 24 juta.

makanya bukankah baik kalau ISA diperluaskan meliputi pengekangan aktiviti-aktiviti yang merosakkan minda dan fizikal masyarakat seperti pengedaran dadah dsbnya?

Anonymous said...

KALAU ISA NAK DIMANSUHKAN MAKA SAH KERAJAAN SEKARANG SUDAH HILANG ARAH DAN TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN CEMOHAN PEMBANGKANG, OLEH ITU BERI APA PEMBANGKANG HENDAK. ELOK RASANYA SERAH SAJA PUCUK PIMPINAN KERAJAAN PADA PEMBANGKANG KERANA TAKUT UNTUK BERTANGGONGJAWAB.

Anonymous said...

Demi keselamatan negara, berdasarkan kesesuaian,

MUSANG SOKONG ISA !!!

Jalut said...

Kekalkan ISA,singkirkan Menteri Amaran!

ANACONDA said...

KORANG CUBA TANYA DGN SI HISHAMUDDIN TU SAMA ADA MAMAT NI RETI ATAU TIDAK APA ITU ISA...

Anonymous said...

ISA...
tak salah apa nak takut..

Cik Sue said...

Buat secara rasional, fikir masa depan negara bukan kepentingan diri. Kalau tidak, Melayu menang sorak, negara tergadai.

Karl said...

Kominis je takut dengan ISA ni. Sebab tu penyokong2 kominis ni dok beriya2 suruh mansuh ISA. Patriot Act tu lagi teruk dari ISA, siap boleh phone-tap tanpa waran. Boleh hack pc orang tanpa waran. Setakat ada nama "bin" je pun dah boleh tahan tanpa bicara. Tengok Guantanamao Bay, berapa tahun orang islam merengkok dalam tu?

Anonymous said...

ape najib ni i.s.a dimansuhkan