Tuesday, December 27, 2011

BUKTI HJ HADI IZINKAN HASAN ALI BALUN PAS !

kalau hj hadi pernah keluarkan kenyataan membenarkan pemimpin diaibkan....


JADI APA SALAH HASAN ALI BILA DIA KRITIK PAS ?


hipokrit dalam darjah tertinggi.


pas dengan ronald reagen sama je, dua-dua ada penyakit nyanyuk !

14 comments:

Anonymous said...

sokongan Tuhan lebih besar ertinya bagi seorang individu yang ada agama.

dalam konteks ini Hasan Ali banyak benarnya. jangan terlalu bergantung pada sokongan parti kalau ia merebahkan akidah!

ATAS PAGAR

Anonymous said...

parti tidak mampu hantar insan ke syurga tak kiralah banyak mana parti menyayangi seseorang itu.

fikir-fikirkan

Anonymous said...

Pas sepatutnya terima satu balunan yang keluar dari mulut cendekiawan seperti Hasan Ali lebih bernilai dari seribu ampuan yang keluar dari mulut Mustafa, Mahfuz atau Mat Sabu.

Entahlah.

Anonymous said...

Saudara GAP,

Kami sekeluarga bercuti balik keMalaysia untuk berjumpa dengan Mak Bapa, Adik Beradik, Sanak saudara, ditambah dengan cuti sekolah diAustralia dan diMalaysia.

Menghadiri kendhuri kahwin, melihat anak-anak saudara yang baharu lahir secara live, bersalaman dengan Aunties, Uncles dan Datok, Nenek yang masih lagi bernafas.

Makan durian kampong, durian Segamat Series, XO yang pahit tetapi sungguh lazat. Makan masakan dan makanan Johor yang kami rindu sentiasa.

Anak-anak kami bergurau, usik mengusik dengan cousins, berbahasa Melayu Johor diselangi dgn berbahasa Oz (untuk perkara-perkara dan terms yang mereka dah lupa) membuatkan kami bangga dengan Malaysia.

Jauh dilubuk hati kami, adakah rakyat Malaysia tahu dan bersyukur diatas segala nikmat pembangunan yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada kita semua.

Adakah mereka tahu akan kesengsaraan dan keperitan kami hidup diperantauan dan diklasifikasikan sebagai SECOND CLASS CITIZEN?

Adakah mereka tahu dan sedar bahawa usaha untuk menegakkan Islam dan menjalankan Dakwah Islam selalu disekat diOz.

Azan dimasjid tidak boleh kedengaran lebih drpd kawasan masjid. Parking pada hari Jumaat diMasjid untuk solat Jumaat, jikalau salah parking, menjawablah dengan fine atau kena rantai. Sudah ada Masjid yang diperingatkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan Oz untuk memastikan Jumaah solat Jumaat meletakkan kereta dengan betul dan tidak menggangu masyarakat setempat, failing which, permit Masjid akan ditarikbalik.

Disekolah, anak-anak orang Islam hanya dibenarkan keluar sebulan sekali untuk solat Jumaat. Solat zohor disekolah pun dicelah-celah rak buku atau ditempat-tempat yang kurang selesa.

Kami yang bekerja memang banyak cabaran dan cubaan untuk menegakkan Islam, mengerjakan solat, mengerjakan puasa dan ibadah lain. Alhamdulillah, so far, kami tetap mengerjakan apa yang disuroh dan meninggalkan apa yang ditegah. Jihad tetap Jihad.

Adakah Rakyat Melayu Islam Malaysia sedar akan akibat jika mereka tersilap langkah didalam membuat keputusan memilih masa depan mereka sendiri atau memilih salah orang untuk menjadi wakil mereka.

Fikir-fikirkan lah sebelum terlambat.

Jimmy Hillhead
Asal: Negeri Johor
Tempat tinggal kini: Freemantle, Western Australia
Kerakyatan: Malaysia

Anonymous said...

Jimmy,

tq kerana mengesahkan fahaman ini: 'hujan emas' di negeri orang rupa-rupanya 'hujan batu' lebih sesuai untuk mukmin!

Bawah Tempurung

Servant of God said...

Jimmy Hillhead!

Great to hear from you again brother. I hope this time around bukan kau (please excuse my crude language) je yang merasa durian. Sian isteri ko dulu bau pun tak dapat.

Tetapi, betul apa yang kau cakap. Kutu2 PAS cuba memujuk orang2 Melayu dan Islam supaya memilih orang kafir sebagai ketua, walhal mereka sendiri tak tau bagaimana hidup dibawah orang kafir.

Aku bertegas, pada waktu ini PAS merupakan lidah kepada Iblis. Tak payah nak sangkal.

Anonymous said...

SoG.... kalau dah jadi lidah iblis, maknanya samalah dgn iblis, tak payah sangkal2 lagi.

Anonymous said...

cakap tak serupa bikinnn.....

ckp org munafik bro...mcm ni laaa..

fatwa pas ni berubah2 mcm pasaran saham tgk sokongan mcmana, kalau sebelah dia semua betul, kalau disebelah sini semua salah...

mereka penjual ayat al quran dan penjual syurga dan neraka paling effective di malaya...

jahanam malaya kalau ikutkan pala pas nihh...

Anonymous said...

Saudara Bawah Tempurung & Saudara Servant of God,

Adalah menjadi tanggungjawab kita, orang-orang yg dikurniakan ILMU oleh Allah SWT untuk memberi kesedaran kepada mereka-meraka yang lalai dan tertipu oleh godaan Iblis dan Syaitan.

Oh yeah, isteri dan anak-anak makan durian sehingga menolak masakan ikan jenahak masak asam pedas. Pun kena sound dgn auntie yg menyediakan asam pedas tersebut. Macam tak pernah jumpa. Anak-anakku menjawab, dah lama tak jumpa.

Oh, berkenaan Rakyat Malaysia terutaman Melayu Islam yang tak sedar diri ini, mereka cuma perlu mengetahui bagaimana hidup dibawah pemerintahan orang kafir dan bagaimana mereka menindas Umat Islam secara halus dan tersusun.

Mereka-mereka ini mempunyai syndrome SOS - Semua Orang Salah. Ini saya pinjam drpd kawan saya diJohor Bahru.

Thanks

Jimmy Hillhead
Johor Bahru
Summer 2011

Anonymous said...

J Hiilhead .....

aku sokong cakap cakap ngko ...

aku cukup takut anak cucucucu aku akan merempat kat kg sendiri ...
udah lee tanah yg ada habis dijual ...

berumah bawah flyover laaa ...

Anonymous said...

J Hiilhead .....

aku sokong cakap cakap ngko ...

aku cukup takut anak cucucucu aku akan merempat kat kg sendiri ...
udah lee tanah yg ada habis dijual ...

berumah bawah flyover laaa ...

Anonymous said...

isalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 27 Dis: Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily.

NAH INI LAH BUKTI FITNAH YG SEMAKIN MENJADI2 DARI UMNO SENDIRI..GAP DAN KAWAN2 SEWAKTU KAU..TAK TAKUT MATI KER..TAK TAKUT BALASAN ALLAH KER..MEMFITNAH SIANG DAN MALAM...HIDUP DIDUNIA NI SEMENTARA..AKHIRAT YG KEKAL..TAK PUAS2 LAGI KER MEMFITNAH DAN MENCACI MAKI..LU FIKIR LAA SENDIRI..

Anonymous said...

Anon December 27, 2011 4:45 PM

Orang yang kau sokong tu lagi kuat caci maki. Jubor lembu kepala hotak kau berjambul

GAP KEMBALI said...

wasalam jimmy
harap anak bangsa kita sedar !