Thursday, January 19, 2012

ANALISA PENULIS TIONGHUA.



Analisis 15 Jan — Selepas lebih setahun memperkenalkan Buku Jingga, Pakatan Rakyat kini bergerak sedikit selepas mengadakan konvensyen di Pulau Pinang tahun lalu.
Dengan tidak lagi mengetengahkan langkah-langkah berani dalam Bukut Jingga, Pakatan Rakyat kelihatan kurang memandang serius semasa konvensyen kali ketiga di Alor Star semalam dengan hanya menawarkan idea sama seperti buku reformasinya itu.
Ini adalah bukti paling jelas dalam keputusan Pakatan Rakyat apabila memperbaharui empat polisi dalam perancangan 13 bulan sebagai “Tawaran Jingga”, diiringi dengan ucapan-ucapan yang baik selain menjaja kejayaan-kejayaan di negeri pimpinan pembangkang.
Mungkin Pakatan Rakyat berasa bangga dengan pembebasan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang sering melanda parti perikatan itu.
Isu yang gagal diselesaikan
Pembentukan Kabinet bayangan, yang dijanji akan ditubuhkan Anwar pada 2009 semasa pilihan raya kecil Bukit Gantang sehingga kini masih menjadi persoalan.
Pakatan Rakyat berdepan dengan pelbagai masalah sejak mengumumkan perkara itu, dengan sumber mengatakan ia adalah sebab Pakatan Rakyat tidak boleh membentuk Kabinet yang selari.
Juga isu yang gagal dijawab adalah soal hudud, yang mana mempunyai pelbagai insiden dan menepis hubungan mesra antara pejuang Islam PAS dan sekular, majoriti kaum Cina DAP.
Walaupun kedudukan amat bahaya namun Pakatan Rakyat tetap bersama, mengungkit semula perpecahan Barisan Alternatif — gabungan pembangkang pada 2001.
Suara lantang yang menjadi perhatian adalah Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh semalam: “Kita mesti selesaikan isu hudud dengan segera. Jika tidak, kita akan berdepan dengan masalah.”
Pihak satu lagi
Barisan Nasional (BN) berusaha keras untuk mematahkan sokongan kepada Pakatan Rakyat dengan melakukan reformasi mengenalpasti demografi pengundi baru.
Pentadbiran Najib juga turut memberi perhatian kepada penduduk luar bandar dan miskin tegar dengan memperuntukkan jutaan ringgit walaupun berdepan dengan inflasi yang meningkat.
Sementara pembangkang telah menembusi tembok-tembok penting seperti Negeri Sembilan dan sebelah timur Malaysia, seperti Kelantan di mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menjadi Menteri Besar sejak 20 tahun lalu atau Kedah yang dilihat saingan paling lemah.
Menurut penganalisis, Perak kekal menjadi keutamaan, di mana BN telah bekerja keras untuk mengukuhkan cengkaman di negeri itu dan mengambil alih pentadbiran pada 2009, setahun selepas tewas pada pilihan raya 2008.
Ke mana selepas ini
Pakatan Rakyat perlu bergerak untuk mencapai lebih banyak kejayaan sebagai bukti dan menyelesaikan isu-isu utama daripada membazirkan masa peluang kedua yang diberikan.
Parti komponen mesti duduk bersama dan mencari kesepakatan, mengemukakan masalah daripada membiarkan begitu sahaja, supaya boleh bergerak ke depan dengan matlamat yang jelas.
Jika mereka tidak boleh melakukan untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya lakukan untuk pengundi yang ingin tahu tentang perjanjian tiga parti itu : “Tetapi apa yang akan terjadi selepas itu?”
Tetapi dengan pilihan raya yang semakin hampir, hanya masa yang akan menentukannya, mungkin agak terlambat untuk Pakatan Rakyat yang mengadakan konvensyen terakhirnya sebelum pilihan raya umum dengan matlamat yang salah.

9 comments:

aloya said...

PR hanya pandai menabur janji! Aku masih tersengih dengan janji Anuwar untuk turun harga minyak besoknya lepas dia jadi PM..

Alangkah kaldainya pencacai2 PAS mengangguk2 mendengar kelentong Anugay tu..

Servant of God said...

Hmmm.. aku pun dah terlupa pasal Kabinet Bayangan kaler jinggay nih.

Kabinet Bayangan nih amat penting. Antara tujuannya ialah untuk memperlihatkan kesediaan parti pembangkang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dengan pantas dan lancar.

Kabinet Bayangan yang mempunyai barisan pemimpin yang kuat juga akan memberi keyakinan kepada pengundi. "Oo.. mamat nih jadi menteri kesihatan. Dia ni pun doktor nih. Patut pandai jaga nih. OK laa nih..." Contohnya laa..

So.. benda yang penting camni pun.. lebih setahun ditangguh?

Macam gini nak aku yakin yang Pakatan Rakyat nih mampu tadbir Malaysia nih?

Haii... bengap, bengap.

tobeng said...

Pakatan yang tak sepakat ni cuma kumpulan bermusuh yg pura2 bersatu untuk menumbangkan musuh bersama.

Sebab itu sampai ke sudah atau sampai pru13 diumumkan pun PR tak mungkin sesekali berani untuk mengumumkan barisan kabinet bayangannya.

Sungguh bodohlah penyokong2nya termasuk penulis cina artikel di atas yg menuntut kabibet bayangan diumumkan oleh pimpinan pakatan.

Diorang pura2 tak tahu yg kabinet bayangan ini akan menjadi senjata makan tuan pada mereka.

Bayangkan kalau jawatan TPM diberi pada LGE,menteri kewangan diberi pada LKS,menteri pertahanan diberi pada tony phua,menteri dalam negeri diberi pada karpal singh dan seterusnya.

Ini kabinet bunuh diri yang cuma akan direalisasikan apabila pakatan benar2 berjaya menawan putrajaya.Waktu itu bila kuasa sudah di tangan apa yg boleh dikatakan lagi..

Itulah hakikat bentuk pemerintahan pakatan yg dibangga2kan oleh pencacai2nya.

Melayu Perak said...

Kerajaan BN Halalkan Wang Dicuri Anwar Ibrahim Dahulu


Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober lalu mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong.
Sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan Anwar sekarang merupakan aktivis parti pembangkang.

Beliau juga mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen-elemen asing.

Menurut beliau, Anwar memberikan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah agensi kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington untuk menaikkan imejnya di negara-negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.

Katanya, beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta kepada agensi itu yang diketuai oleh seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Douglas H. Paal.

Abdul Murad, 46, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic di sini hari ini. Dalam nada kesal beliau mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang ''kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan.''

''Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 akaun induk lain yang diwujudkan untuk Anwar oleh pelbagai kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana-dana dalam 20 akaun induk itu mencapai lebih daripada RM3 bilion.

Anonymous said...

hai adakah peguam negara akn failkan rayuan terhadap keputusan saiful bukhari azlan, ada sapa2 tahu tak? enko tau tak GAP

Anonymous said...

Semua parti kat malaysia ni semua tak betul... gila kuasa..dan suka salahkan org jer...
yang ni kata UMNOBn yang tu kata PR... ahhh... walau wujud parti baru pon still keparit juga...

Anonymous said...

baca tulisan analisis tiongwha ni teringat akan surat berantai dari komunis pada awal2 tahun 70an dulu...

mcm ni la gaya bahasanya.... propaganda halus nyg dimainkan pun sama saja...

tahun2 70an dulu cengkaman komunis dan dap cukup kuat pada masyarakat tinghua, mana2 yg tidak menyokong ideologi cina dan komunis akan diancam nyawa mereka...

pernah berlaku di kg aku, ada satu cina penoreh getah ditikam berkali2 tapi masih sempat menyelamatkan diri, tapi tidak mahu buat report pada polis...

semasa ditikam diwaktu subuh masih gelap dia sempat merapatkan lutut ke dada dan peluk erat2, masih terbayang2 aksi cina tu walau dah lebih 35thn berlalu...hehe..

lagi satu, sekolah2 cina thn 70an dulu cukup kuat edar ideologi komunis, anak2 murid dibawa ke dlm hutan oleh guru mereka utk berjumpa dgn ketua komunis...

sehinggalah operasi besar2an polis tangkap talibarut komunis di sekolah2 tionghwa pada lewat 70an dulu...

bukan semua cina yg sokong komunis, masih ramai dari mereka yg menyokong kjaan dan mca, lama kelamaan ancaman komunis semakin lemah..

masyarakat tionghwa yg rata2 menyokong kjaan dari thn 80an-2010 mengecapi kejayaan yg gilang gemilang selama 30thn....

tapi org melayu tak byk mencipta kjayaan, rata2 masih ditakuk lama kerana didlm masyarakat ada penyakit...

barah yg disemai oleh pas selama 50thn cukup merosakkan struktur masyarakat melayu di msia, semangat, perpaduan dan keharmonian sudah habis musnah dan hanya tinggal sejarah..

Anonymous said...

aloya,

anuar janji nak turun harga minyak..

the question is, turun brapa? 10 sen, 5 sen, RM1? kalu dia turun 10 sen, dan lepas tu, naikkan harga balik, bgaimana? kalu ade phm, harga minyak naik bukan kerajaan yg tentukan, ianya permintaan pasaran..

perlu diingat, Perkataan "turun" itu sgt subjective..

kite kena berhati2 dgn setiap patah perkataan anwar spy tidak termakan budi, akhirnya nyesal tak sudah....jgn salahkan anwar sekiranya, kita gagal menyelidik dan pham apa yg tersirat yg cuba disampaikannya..

anwar sentiasa menggunakan ayat2 yg tergantung, spy tafsiran boleh arguable..

Nok said...

PR sememangnya dah kantoi terutama pas,dah takada apa nak di bukti kan lagi....segala2nya telah terbukti yg fakta hancusss....streteji allah lagi sempurna...dari fatwa nik aziz.... yg amat amat menghairankan kita semua, nik aziz yg dikatakan begitu bijak dan pandai agama..tak boleh ke mengenalpasti yg anuar ibahim tu memang peliwat dan penzinah???atau sengaja memekakkan panca indera kerana politik?

nik aziz pasal menfitnah bukan main pandai lagi...tambah2 terhadap org umno...inilah balasan dari tuhan"nak kata daun paku serpih, nak kata org awak yg lebih"...jadi tuhan bagi tunai...nik aziz muka memang takmalu..macam haram jadah..padan le parti pas tak dapat barakah...kerana prinsip perjuangan dah lari.....