komen menarik seorang yang faham projek NERS 6P kelolaan KDN.
komen dilakukan pada bulan disember 2011 .
ia dilakukan di laman blog rakan blogers.
yang menarik dalam isi kandungan komen tersebut adalah hujahan komentar terhadap sistem NERS yang digunapakai oleh KDN dalam proses pemutihan 6P.
dikabarkan oleh komentar tersebut, sistem NERS ini tidak pernah diuji terlebih dahulu.
kenyataan komentar ini akhirnya terbukti akan kebenarannya.
pada 14 jan 2012, dalam akhbar online utusan telah disiarkan kenyataan permohonan maaf oleh KSK KDN, tan sri mahmood adam mengenai kegagalan sistem NERS tersebut yang berpunca daripada kesesakan maklumat yang dimuat naik dalam kapasiti yang melebihi jangkaan.
projek ratusan juta gagal nak selesaikan permaslahan upload data ?
sungguh memalukan.
kami nak tanya dato seri hishamudin tun hussein, siapa di belakang projek NERS yang gagal ini ?
syarikat melayu atau syarikat cina ?
betul ke share holder ini ada kaitan dengan syarikat luar ?
bagaimana pulak dengan proses penganugerahan projek ?
kenapa kos implementasi/maintenance lebih rendah jika dibandingkan dengan kos selepas tamat konsesi ?
34 comments:
...ada je jalan nak menyeleweng duit rakyat...GAP SILA DEDAHKAN JIKA ADA UNSUR2 PENIPUAN ATAU GUNTING DALAM LIPATAN yang boleh mencemar imej kerajaan BN agar lebih bersih & telus...jgn kerana nila setitik rosak imej kerajaan seluruhnya!
-nik ajis tua ganyut xnak bersara-
Apa PTD buat? Takkan pandai buat majlis shj? Teknikal aspek hancur? Habis duit rakyat asyik kena kencing dgn private co.
Bongkar kan gap... teruskan pembersihan ini.. menteri KDN harus ambil perhatian dan bukannya suruh diam jer!!!
anon 10:23am - SETUJU 200%... pandai makan duit jer... kerja hampehhh...
...bonus itu ini nak, bila bagi laporan semua nak sedapkan hati bos saja...bila dah terdedah baru menggelabah...kelak yang rugi imej DS Najib & KDN, jgn diam saja, org mcmni perlu DINYAHKAN!...ke mereka2 ni jadi ajen2 tali barut?
-nik ajis tua ganyut xnak bersara-
bro,
khabarnya NERS dimiliki bersama oleh menantu seorang menteri paling kanan. nilai projek ialah RM1.2 bilion. jika kerajaan sudah membayar atau akan membayar sejumlah itu kepada syarikat ini, bermakna segala peralatan yang digunakan dalam program 6P adalah hakmilik kerajaan dan KDN/imigresen.
malangnya, NERS atau pihak tertentu mengambil kesempatan menyewakannya kepada lebih 300 ejen yang dilantik KDN pada kadar RM14,750 bagi setiap set. setiap ejen pula menyewa di antara 5 hingga 10 mesin. ejen yang tidak mampu terpaksa bergolok bergadai untuk membayar deposit yang tinggi ini kepada KDN.
KSU yang pada mulanya tidak terbabit dengan program ini tiba2 muncul di saat2 akhir dan 'merosakkan' segala-galanya. daripada ejen dibenarkan mengutip RM335 daripada setiap PATI, beliau mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi mereka akan mengumumkan ianya boleh dibuat secara percuma di pejabat imigresen, MYEG, pejabat pos dan tempat lain. akhirnya, hampir semua ejen mengalami kerugian besar.
ingat lagi bagaimana kes hisham menerima kiriman peluru? ia bersabit dengan rasa tidak puas hati ejen 6P ini.
KSUlah punca segala-galanya, merosakkan semua rancangan yang sudah disusun dari awal. apa guna KDN melantik ejen terbabit jika akhirnya mereka sendiri menjadi mangsa kepada keputusan berat sebelah KDN, terutamanya KSU?
ini semua akan menjejaskan kedudukan hisham pada PRU akan datang, malah pada pemilihan Umno hujung tahun ini. NERS adalah parasit yang membunuh ejen 6P yang dilantik KDN.
sistem ini memang gagal kerana masih ada 2.6 juta warga asing yang belum mendaftar. malah, tidak ada usaha untuk mewajibkan majikan mendaftar agar kita dapat data lengkap mengenai berapa sebenarnya keperluan bagi tenaga asing ini. ia perlu dirombak semula dan satu sistem baru harus diperkenalkan.
banyak lagi ingin saya tulis tetapi cukuplah setakat ini dahulu.
t kasih
SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL!!!!!
Jangan tanya2 soalan, GAP. Tuduh terus kalau berani.
Dulu kau dah salah tuduh polis. Kau dah ada kes polis dan menunggu akan kena.
Entah kes apa lagi kau akan kena.
Tulisan kamu dah tiada kredibiliti. Reputasi kamu adalah blogger demand duit. Samalah kau dengan Det.
Sapa bayar kamu untuk hentam Hishamuddin????
Gap timbul persoalan dan komentar anon 10:47 AM tukang dedah. Macam Azmin gosok dan Anwar lipat.
Ingat kami di KDN dan MCMC tak nampak taktik kamu nak kenakan Hishamuddin.
Jangan ingat 'amaran korang bertanggungjawab pada setiap komen korang buat' akan melepaskan kamu.
Hehehe ... kamu tetap bertanggungjawab kerana menyiarkannya.
Memang layaklah bekas-bekas PKR ini disumbat dalam lokap. Mereka ini tiada maruah punya manusia.
Konon bantu UMNO tapi buat posting nak jatuhkan UMNO.
Anon 10:52
Bukan saja bahagian buruh asing jer, bahagian tingkat 3 pas pegawai dagang juga terkena tempias akibat sistem baru ni. Pemohonan kelulusan jawatan dp10,drpd 1 hari dah jadi 7-10 hari, permohonan pas bhg dp11 drpd 3 hari dah jadi 14 hari. Nak tarik data drpd bhg dp10 dah tak boleh mcm dulu, terpaksa la cetak dulu kelulusan , baru boleh submit kat bhg dp11. Menyusahkan betul. Website semak kelulusan pun nampak kelakar... rujuk : https://eservices.imi.gov.my/myimms/PDStatus?type=36&lang=en&module=jkpd
lebar bebeno yop web page.
Pegawai kul 8 baru terhegeh2 nak datang dan on komputer. Pastu kuar lak pi sarapan. Sepatutnya 7.30 dah sampai on komputer, dan kuar pi sarapan. kul 8 tepat mesti ada di kaunter. Tak caya korang pi tgk laa sendiri. Apa K.P Imm buat dlm tranfomasi jabatan??? Kalau aku buka cerita byk lagi yg tak kena.
Dedah, jangan tak dedah.
Kepada yang konon dalam KDN tuh, korang tak malu ke nak cover orang yang buat salah?
Tak takut Tuhan ke?
Kalau dah buat salah, kena laa ambil tanggungjawab.
Kita tidak taksub pemimpin. Kalau nak UMNO terus berkuasa, tidak boleh simpan pemimpin dayus dan kotor.
Apa laa bodoh nyer korang nih...
salam,
tak apa la bro. projek tak betul pasal menteri dok harap kat ksu jadi pelapor. menteri tugasnya pi rasmi dan bukan baca kertas kerja. baca pun tak faham. apa kata ptd, itu la kata menteri. tak ubah langsung. projek bagus tapi banyak sangat kot tang bahagian pelincir. projek bahagian besar data dan kelajuan rm ciput. tang untung kat pengarah banyak. mungkin kot. persepsi sahaja. tapi rasanya itu la yang berlaku.
gap mu jgan takut.. Allah swt akan melindungi mu.. ambo percaya mu dedahkan salahlaku org dlm KDN dan bukannya Menteri KDN... tetapi ambo lihat ado yg terasa plak? kenapa?
ambo percaya menteri tak tahu pun mengenai hal ni mcm anon 11.43am cakap tu.. ini semua pegawai2 atasan yg punya kije..
kpd yg penjilat menteri tu jgn lah berbuat demikian.. mu semua bakal merosakan nama baik dato hisham!!
bersihkan pegawai2 seleweng ni semua... pegawai punya hal, menteri dapat nama busuk...
teruskan gap!!
KDN punya pasal, sedara aku yg keje penguatkuasa imigresen tu bertambah pening
p/s: aku join kastam lagi bagus. minggu depan nak exam. kali ni, gerenti pass punya lps khatam nota ni
PTD yg jaga projek kelulusan apa? Ijazah bahasa melayu kot. Tp jaga procurement berbilion. Confirm senang kena kencing dgn private company.
SIASAT SEGERA!
Salam suma…
Nampaknya dlm jabatan/agensi kerajaan skrg ni memg trlalu ramai yg jadi parasitnya..
Sayang seribu kali sayang..perkara ni sebenarnya dh lama berlaku ttp disbbkan kurang alert & tiada tindakan serius diambil, maka parasit dh jadi draculaaaaaaa !!!
aku nak komen sikit la hal PTD ni..kalau salah tolong betulkan aku..
kt sekolah..pelajar2 yg pandai dan cemerlang..masuk aliran sains dan teknikal..masuh U luar negara dan juga tempatan...
kuar jadi doc, jurutera dan sebagainya...
pelajar yg sederhana & yg tak berapa cerdik..belajar sastera, sejarah..
than masuk local U kuar jadi PTD
then puak2 PTD ni jadi bos kt pejabat/kementerian...org yg lebih cerdik dari depa ni dah betukar jadi org bawahan mereka...
pelik sistem pekerjaan di negara kita ni...
at the end..org yg separuh cerdik time sekolah mjadi bos..org yg cerdik sebenar menjadi pekerja dibawa mereka...
dan pegawai PTD ni cepat je naik pangkat..umur belum 45 tahun..dah pegang Gred 52...tapi akai kurang cerdik...
kalau ada PTD kt sini...
sila jawab...
aku amir
ITULAH DALAM KERAJAAN ADA RAMAI COMP PROG. TAPI MASIH KENA TIPU DENGAN PRIV CO. APA DAH JADI NI. TAK AKAN LAH BAGI PRIV. CO. TIPU KERAJAAN DENGAN MENJUAL PRODUCT YANG TAK DA KUALITI. APA DAH JADI NI
wa nak tambah lagi sikit hal PTD ni..
skg ni PTD sibuk nak masuk dlm Pengurusan Sekolah dan Insitut Pendidikan...sebab jawatan mereka ini menjadi sedikit/sempit bila makin naik pangkat...
so bila dah gred 48/52...ruang nak mengisi ruang kenaikan pangkat dah semakin mengecil...sb itu mereka ini nak masuk ke sekolah dan institut pendidikan...kerana mereka ini masih muda2...dah gred 48/52...
sedangkan guru2 dan pensyarah di institut pendidikan memerlukan 10 tahun dari gred 41 untuk naik 44...
then memerlukan lagi 10 tahun untuk naik gred ke 48...dan menunggu klu ada kekosongan baru dpt naik ke 52...
puak2 PTD ni senang2 aja nk potong queue guru2 tu...
haloba...otak tak la berapa pandai sgt pn puak2 PTD ni...
ada puak2 PTD nak komen?
betulkan saya klu saya salah...
tq
aku amir..
Apa yang tak betul kita dedahkan.Kita bukan taksub tahap gaban.Klau salah tu salah la tak kira sapa.
Amir
dah rezeki kami nak buat cm na. takkan kami nak tolah rezeki pemberian Allah
kenapa anon 10.52am? dah panas bontot ke? ini tak panas lagi, aku dengar copy segala transaksi ada di tangan gap dan sprm...
Gap sy cadangkan anda melaporkan kpd SPRM supaya siasatan telus terus dijalankan dan segala andaian boleh di lupuskan..
Teruskan gap..
Kpd anon 10.52am : anda jgn riak dan takbur, org seperti anda inilah yg akan menghancurkan kredibiliti KDN dan seterusnya membusukan nama Dato Menteri.. Walhal Dato Menteri bekerja siang malam.. Sy kenal siapa Dato Hisham... Anda jgn nak cuba buat ugutan dan membusukan nama Dato hisham!!!
Klau anda pegawai KDN, anda patut berheti sekarang juga!!
GAP
Kalau berani, buatlah pertuduhan secara formal ...
Laporlah kepada SPRM dan Polis.
Kalau ko tak lapor, maknanya satu saja. Kau saja nak tembak kaki UMNO dari dalam.
Kau tak lain dari Trojan Horse PKR menyamar konon dah menyesal sokong Anwar, Dah buat duit bayak-banyak kini kamu nak lompat baik ke PKR.
Kamu dan group blogger kamu tak lain dari budak-budak yang hidung ditarik Ezam. Tak hairan Ezam nak kenakan Menteri Kanan itu dulu sebelum balik ke PKR.
Saya tak tau apa yg terjadi di atas nun tapi biar sy beritahu apa yg terjadi di bawah ini..
PATI mendaftar utk proses biometrik dgn ejen2 ini, dikenakan RM350 seorang - RM500 seorang. Saya sebagai majikan kalau boleh nak juga daftarkan ke Imigresen tapi ejen2 kata hanya ejen berdaftar dgn KDN shj yg boleh daftar 6P. Maka semua PATI daftar dgn ejen yg entah betul ejen atau penyamar.
Skrg majikan daftarkan PATI yg berslip 6P dgn imigresen. Stgh PATI yg betul berdaftar dgn ejen boleh tukar majikan. Ada PATI yg berdaftar dgn majikan bukan ejen semasa proses biometrik tapi enggan daftarkan atau caj melampau (sehingga RM5000 seorang) utk daftarkan dgn Jabatan Imigresen sbg pekerja sendiri. Maka PATI2 ini cari majikan lain seperti saya yg mmg perlukan pekerja. Tapi kena dptkan surat pelepasan dari majikan lama i.e majikan semasa proses biometrik. Caj dikenakan RM250-RM800 seorang.
Mmg betul2 memperdagangkan manusia! Peluang yg diberikan kerajaan pd lintah2 darat!
Peraturan berubah2 dan tidak diwartakan atau diwar2kan dlm laman web kerajaan. Majikan sebenar sprt saya ini sprt anak ayam kehilangan ibu, tak tahu mana nak cari cara proses yg sebenar dan mengikut undang2.
Pening.
Amir
dah rezeki kami nak buat cm na. takkan kami nak tolah rezeki pemberian Allah
January 25, 2012 6:36 PM
..................................
klu dh rezeki tu...
jgn la haloba..smpai nak masuk ke sekolah dan institusi pendidikan..
wa pn ada kawan PTD...keja pn bukan bagus sgt...
terus terang wa cakap..prestasi keja cm tu...wa berani saing la dengan geng2 PTD ni...
aku amir
Amir
dah rezeki kami nak buat cm na. takkan kami nak tolah rezeki pemberian Allah
January 25, 2012 6:36 PM
.................................
ok bro...
tapi wa cuba maksudkan tentang sistem kerja kita...
wa percaya guru2 kt sekolah dan institusi pendidikan pn bole buat mcm org PTD buat..tapi kena la ubah sistem yg ada...
mereka jg sangat bpotensi buat dengan baik...tak perlu PTD masuk sekolah or insitusi pendidikan.
PTD ni org yg sederhana kt sekolah...bole mjadi bos bila bkerja..
sebaliknya org yg betul2 cerdik...tak bole jadi bos plak..
bila dah jadi bos tu..pikul la tanggungjawab tu dengan baik..
semoga aspirasi kerajaan tidak rosak apabila tiba masa implement..
hanya seposen dari aku amir...
peace bro
amir pantat,
ni ptd nak jawab. aku tau kau ni cikgu. biasala cikgu mmg suka prasan bagus sbb tiap2 hari ngajar budak. tp masalahnya dia x sedar setinggi2 bumi, tinggi lg langit tu. bila dah kluar sekolah keje jg pej pelajaran daerah/negeri, prestasi2 cikgu sgtlah bangsat pd pandangan aku yg penah keje kerani kat kem pelajaran. sampaikan kem pelajaran terpaksa bagi kontrak utk daftar aset ict kat sekolah2 sbb pegawai DG yg jg ppd lembab bab pengurusan dan masih bermentaliti cikgu dalam kompaun sekolah. diulangi utk daftar ya bukan maintain. ko tu cikgu takkan nak bebankan rakan sejawat ko yg susah payah ngajar budak2 kat sekolah dgn keje2 inventori ni?
aku ptd carik pasal
aku ptd carik pasal
January 26, 2012 7:17 PM
Hahahaha
Bijak laksana batu.
MENGIKUTI TINDAKAN, PENYELESAIAN DAN PENGUATKUASAAN KDN TERHADAP PATI (dulu sebut pendatang haram - lebih TEPAT dlm bahasa yg mudah semua org faham). TIDAK BANYAK KESAN DAN KEMAJUAN YG DICAPAI OLEH KDN SEJAK SEMUA OPERASI DAN PENGUSIRAN DIBUAT BELASAN TAHUN BERLALU......
SEBAB PALING JELAS: KDN TIDAK MAMPU BERDIRI SENDIRI, CAMPOR TANGAN PELBAGAI PIHAK MEROJAKKAN SEGALA KEPUTUSAN MALAH TINDAKAN YG BERKESAN. SEMUA PIHAK MENCARI KESEMPATAN DARI SISTEM YG LEMAH SEHINGGA METALAMAT PENGUATKUASAAN AKHIRNYA GAGAL.....
SANGAT BANYAK KELEMAHAN BERLAKU DI KDN, SEDANGKAN JABATAN MEMPUNYAAI TENAGA MANUSIA YG RAMAI DAN SEGALA KELENGKAPAN YG MODEN.
APAPON SISTEM YG DIREKA AKAN SIA-SIA BELAKA, JIKA KETEGASAN TIDAK DIUTAMAKAN, BIARLAH 6 P BERLAKU APA JADINYA?????PATI BELUM MENAMPAKAN HUJUNG JALAN YG TERBAIK...
Sahabat-sahabatku,
Bagilah orang Melayu untuk hentam kerajaan sendiri.
Bagilah orang Melayu untuk menghentam kaumnya sendiri..
Kaum lain tergelak-gelak.
Begitu degil ker kaumku untuk berubah?
Dalam kamus Koloni, kita dipanggil kaum pemalas. So bila dah malas, banyaklah alasan-alasan yang diberi.
Tun Mahathir kata Melayu mudah lupa.
Bila kita ni nak berubah? Asyik hentam sana hentam sini. Hentam kalau dapat habuan takper.. Ni hentam dapat dosa sebab maki hamun jer kerja.
Kepada yang dah lama dalam bidang outsourcing lebih daripada 20 tahun. Nak tanyak sikit bole? Dalam dunia ni, ada ker satu sistem yang lebih elok daripada sistem 6P yang sedia ada? Kalau ada ketengahkan. Korang juga untung nanti. Yang korang hentam dalam blog macam orang bodoh ni apasal? Orang putih kata "Don't be a shit head!"
Bila dah buat silap, mengakulah salah. KDN memohon maaf keatas kesilapan sistem 6P yang diguna pakai sekarang dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaikinya di masa akan datang. Tabik spring daripada aku! Tidak ada satu benda pun didunia ni adalah sempurna kecuali Tuhan. Ni kalau kita ni negara komunis, korang yang hentam kerajaan ni dah kena tembak dah.
Statement tak boleh bla "Ni semua salah UMNO" - korang daripada planet mana ni? Nama pun Politik. Politik mana yang tak tipu. Kerja orang politik ialah menipu dan menghentam. It is not a gentlemen's game. Reti bahasa?! This applies equally to all political parties! (kalau tak reti baca bahasa inggeris, sila pakai google translate)
Statement basi "Hishamuddin dengan KSU kena tipu bulat2 ngan private sektor" Orang Cina kata "seng yien gok min" Dalam situasi ni semua orang menang.
KDN-Masalah PATI berkurangan. Otak Menteri dengan PM pun lega sikit.
Majikan-dapat memutihkan PATI2 yang nak dan sedang kerja ngan dorang. (Awal2 dah tahu salah, tapi buat jugak sebab nak murah punya pasal)
NERS-duit tu. (Sistem korang ni tak berapa cantik lagi. Perbaiki dan bergerak kedepan. Jangan layan sgt komen orang bodoh2 ni)
Syarikat Pengurus - Dapat duit register PATI. Dorang pandai sebab sokong BN.(Ada jugak SP BN yang bodoh, nakal dan yang nak dapat keuntungan yang lebih dengan macam2 cara sebaliknya merugikan dorang balik)
SP yang kena blacklist tu, saya ingin mengucapkan, PADAN MUKA!
Korang ni kalau tak nak jadi orang bodoh, sila bagi komen yang bernas2 sikit yer.
Salam
-Aku yang sayangkan keamanan, kestabilan dan kemajuan negara-
Banyaklah pulak 'grammar mistakes'.
Mintak maaf yer. :)
Salam
-Aku yang sayangkan keamanan, kestabilan dan kemajuan negara-
Harap ada yang buat siasatan mengenai sistem E-Tanah yang masih belum berjalan seperti yang dijadualkan.
Post a Comment