Wednesday, January 25, 2012

KOH TSU KOON...SUDAH LAH APEK !

pada 16 oktober 2011, koh tsu koon mengejutkan banyak pihak apabila sedia BERKORBAN DAN MENGORBANKAN DIRINYA demi parti gerakan.

jikalau ditafsirkan pada istilah korban dalam politik, ia memberi maksud yang mudah. takkan bertanding dalam pemilihan parti dan pru 13 serta menyediakan pengganti untuk pru 13.

koh tsu koon wajar memikul tanggungjawap di atas kekalahan penang pada pru 2008.

di atas adalah tafsiran politik sepanjang proses kata-kata BERKORBAN oleh koh tsu koon.

pada 23 januari 2012, lain pulak nada koh tsu koon.

koh tsu koon menafikan beliau digantikan oleh teng chang yeow sebagai pengerusi BN penang yang baru. 

aiyak apek...sudah-sudahlah..

12 comments:

Servant of God said...

Alah.. dah overdue lama dah... Bukan dulu pun dah sebut benda sama ke? Haiya...

Anonymous said...

Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

Anonymous said...

rakyat selangor adalah antara rakyat yang cerdek kat malaysia kerana memilih paktan rakyat yang dipimpin oleh PKR yang memerentah negeri elangor pada PRU yang ke12 yang lalu begitu juga pada ru ke13 ini rakyat selangor akan terus menolak UMNOBEND dan menyokong penuh pakatan rakyat terus memipin negeri selangor dan malaysia hancurrrrrr UMNOBEND

Anonymous said...

Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.

Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.

DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.

Keterlibatan tokoh Melayu itu mampu menonjolkan kesungguhan DAP untuk dilihat secara praktikal sebagai parti bukan perkauman. Tokoh terkini Melayu dalam DAP yang mula mengukir nama ialah seperti Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), Prof. Arifin Omar, Mohd Arif Sabri seorang blogger yang terkenal dengan nama samaran Sokmongkol AK 47, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hatta Wahari dan mungkin ramai lagi yang sudah memasang niat untuk bersama DAP.

Ramai yakin untuk memastikan Melayu dilihat ada tempat dalam DAP, mereka akan diberi kedudukan tertentu untuk ditonjolkan sebagai tokoh Melayu dalam DAP.

Kalangan yang menyertai DAP ini sudah tentu mempunyai persepsi yang sama bahawa masa depan politik Malaysia bukanlah politik perkauman. Justru mereka melihat Pakatan Rakyat – di mana terdiri dari PAS, DAP dan PKR – mempunyai potensi yang sangat baik.

Menurut Dr. Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS dalam tulisannya di Merdeka Review baru-baru ini, bahawa usaha ‘mesra Melayu’ oleh DAP menjadi mudah apabila ia menjadi parti yang memerintah di Pulau Pinang.

Kata beliau, DAP menzahirkan hasratnya itu melalui dasar berkebajikan kerajaan negeri di mana golongan yang paling bermanfaat dalam dasar ini ialah orang Melayu selain daripada bangsa lain.

“Pengagihan ini memperlihatkan betapa DAP bukanlah hendak meminggir orang Melayu atau mendiskriminasikan mereka di Pulau Pinang, malah penonjolan Lim Guan Eng yang lebih memahami kehendak Islam berbanding dengan Ketua-Ketua Menteri sebelum ini pada kadar tertentu, telah mencairkan chauvanisme DAP. Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah satu alat taktikal yang paling efektif untuk DAP menggerakkan strategi 'mesra Melayunya'," kata Mujahid.

Anonymous said...

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir kelmarin ada menyarankan agar menteri-menteri kabinet bersifat telus dan jujur,.. ini termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),.. kerana katanya badan seperti SPRM adalah berkecuali dan tiada kepentingan politik !,

Dr. Mahathir juga berkata, jika ada menteri yang enggan bersikap telus termasuk mengisytiharkan harta, mereka sepatutnya meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat.

Wah !! bukan main gentlemen bunyinya, tetapi persoalannya, adakah kenyataan bekas PM ini ikhlas? atau hanya cakap-cakap politik?.Siapa menteri Umno yang mahu mendengar saranan Tun? Najib? Mampus dia takkan berani buat !!

Berbalik kepada Mahathir,.. waktu mudanya memang dia bijak dan cekap,.ideanya bernas ! Berbohong pun tak kurang hebat !!! Sekarang ni dia berani cakap pasal istihar harta pada SPRM sebab dia bukan lagi PM, dia dah bersara !, usianya dah lanjut ! dah senja, kadang-kadang nyanyuk pula, Mana mungkin ada orang mahu mendengar buah fikirannya lagi !

Mahathir kata SPRM bersikap telus berkecuali dan boleh dipercayai ! Itu hanya kata Tun, siapa yang nak percaya? Setahu kita selama Tun menjadi PM terlalu banyak badan-badan dan jabatan kerajaan telah di peralat oleh UMNO pimpinan Tun dan sekarang ini salahguna kuasa diteruskan oleh Najib.

Kalau badan-badan tertinggi seperti institusi kehakiman, institusi Raja, PDRM, Jabatan Penerangan, Imigresen, akhbar, RTM dan banyak lagi telah diperalat, apakah jaminan benda yang sama tidak akan berlaku? Apakah SPRM itu dari keturunan Malaikat? Seluruh rakyat Malaysia sudah tahu! bahawa Umno boleh berbuat apa saja, Umno boleh selewengkan kuasa ! Umno boleh rasuah, malahan menggadai agama pun Umno sanggup !!,

Justeru, bab istihar harta menteri ni,.. sebaik-baiknya eloklah istihar saja pada rakyat atau setidak-tidaknya di depan jemaah kabinet, bukan istihar pada PM sorang seperti yang pernah dibuat oleh Mahathir !!

Anonymous said...

Bekas Pemimpin Umno Dakwa Pemimpin Melayu Menipu Bangsanya Sendiri
Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara.

Bekas wakil rakyat Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.

Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet.

Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.

Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya.

Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.

Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.

Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.

Dato' Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno.

Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya.

Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian.

Dato' Mohd Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.

Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya, dan hubungan baiknya dengan Najib, adakah ia memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno.

Baru-baru ini juga, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi.

Beliau berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalamannya sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

"Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,

"Ia secara terang-terangan untuk membeli undi," katanya.

Abdul Kadir masih memegang jawatan dalam Umno, berkata, beliau mahu mengingatkan rakyat tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.

Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.

"Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia, Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah, Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan," tambahnya.

Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral

Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar, selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar,"tegasnya.

Abdul Kadir manambah, semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.

Kedua-dua mereka yang menyuarakan kebenaran adalah mereka yang pernah memimpin jutaan ahli-ahli Umno.

Walaupun pendedahan seperti ini telah banyak dibuat oleh bekas-bekas pemimpin Umno, namun adakah orag-orang Melayu dikampung-kampung tahu?

Adakah oang-orang Melayu yang pernah mereka pimpin itu percaya? -apakhabarganu

Anonymous said...

Soooo Kuuuun, walk the talklah. Don't give more headache to Najiblah. The whole world know that you are a liability to BN. Ingatlah kata-kata, pesanan dan permintaan your Ketua Wanita (Lian Hor). Sendili mau ingatlah. Kalau you lupa kita orang boleh kasi ingat.

Anonymous said...

Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), <== Abah kau! Dia cuma anak tiri Tan Sri Khir sahaja!

Anonymous said...

Mesti cungkil Koh T K sama ada dia berasaskan intergrity dengan kerajaan BN. Mungkin Koh T K mahu biarkan Deepshit Asshole Party bekerjasama dengan People Asshole Party di selatan Malaysia.

Tun Teja said...

anom January 25, 2012 9:07 PM copy and paste kah?
Lain kali check dululah sebelum publish artikel kau, bikin pembaca pening kepala sahaja.
Nonsense..!