Monday, January 16, 2012

EMAIL: KENAPA PWTC BENARKAN KHAWARIJ PAS BERSIDANG DALAM BANGUNAN UMNO !



Dapat email dari seorang sahabat. Tentang ketidak puasan hati terhadap pihak PWTC yg membenarkan ustaz² PAS yg menggunakan dewan PWTC. Kesemua panel @ ustaz² tersebut menghalalkan demonstrasi bersih tempoh hari dan giat menentang kerajaan. meniup api kebencian terhadap pemerintah dan menggalakkan mengkritik pemerintah secara terbuka serta mempunyai pengaruh tersendiri. Sahabat telah menghubungi pihak PWTC tapi tiada tindakan lanjut dari pihak berwajib.. 


 Info Konvensyen:
 Tarikh: 18-19 Februari 2012
 Hari: Sabtu & Ahad
 Jam: 9.00 pagi - 11.00 malam
 Tempat: PWTC Kuala Lumpur.
Website: http://k-fiqh.com/


 Konvensyen yang julung kali diadakan.gabungan 18 tokoh ilmuwan tempatan. Mmengupas isu fiqh pada abad 21 dan solusinya. Turut diundang tokoh ilmuwan antarabangsa.

lihat Website: http://k-fiqh.com/ 


dalam ni mempunyai senarai ustaz tempatan yg dimaksudkan. Saya tidak pasti berkenaan syaikh dari luar. Saya kurang arif dalam hal ini. Mungkin boleh rujuk kepada Ulama Muda UMNO. Saya dengar mereka belajar di sana dan mungkin mereka kenal..

Pendokong demonstrasi
 1. Ustaz Zaharuddin 
2. Ust. Zahazan 
3. Ust Dr Abdul Basit 
4. Ust. Dr Maszlee Malik 
5. Ust Nizam Abdul Kadir
 6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie?
 7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
 8. Ust. Dr Zulkifli al-Bakri
 9. Ust. Khairuddin aman Razali
 10. Imam Muda Ust Ashraf
 11. Ust Ramadhan Fitri
 12. Dr. Wifaq


 Mereka telah mengeluarkan fatrwa halal demonstrasi BERSIH 2.0 sebelum ini


 Tulisan Ustaz Hasrizal: Demi Mengelakkan BERSIH 3.0> http://saifulislam.com/?p=10158 tetapi telah dijawab oleh blogger Abu Naila, malangnya tidak mendapat publisiti kerajaan atau mungkin terlepas pandang atau sebagainya. 


Tulisan di bawah di tulis pada waktu isu demonstrasi BERSIH 2.0 Tulisan saudara Hasrizal adalah tulisan yang dihiasi dengan sindiran-sindiran kepada kerajaan. Pada pandangan saya, tujuan tulisan ini disiarkan secara terbuka adalah untuk:


 1.Menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan


 2.Mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.


 3.Mempromosi ideology pembangkang (Pakatan Rakyat)


 4.Menghina sebahagian usaha-usaha murni kerajaan dalam membangunkan Negara.


 5.Mempertahankan ideology Khawarij (kumpulan anti-pemerintah)


 6.Mendapat perhatian masyarakat dalam rangka meningkatkan followers di blog juga “like” di Face Book


 7.Memperjuangkan demokrasi terlampau mengenepikan sistem Islam.


 8.Menghina kerajaan.


 8 sebab di atas hanyalah tanggapan saya, di mana mungkin sahaja Hasrizal berpegang dengan salah satu sebab di atas atau sebahagian daripadanya atau keseluruhannya. Saya tidak mahu menghukum niat beliau.


 Kelapan-lapan perkara di atas adalah hal yang amat berbahaya. Ia mampu memupuk bina pemikiran NEO-KHAWARIJ, LIBERAL dan SEKULAR terlampau. 


Di sini saya ingin mencadangkan juga 12 perkara seperti yang beliau cadangkan, tetapi dengan nada dan langkah berbeza:


 PERTAMA: Mengawal penghantaran pelajar ke Timur Tengah, kerana kebanyakan pelajar sibuk berpolitik dan tidak menghadiri kelas pengajian di university. Khususnya Mesir. Pelajar-pelajar sibukkan diri dengan PMRAM, sehingga ramai dari kalangan mereka tidak pernah ke kelas, sebaliknya sibuk dengan politik, melancong bahkan ada yang pulang bekerja di Malaysia dan setahun sekali ke Mesir untuk menghadapi peperiksaan tahunan. 


Tetapi Hasrizal bukan merupakan pelajar Mesir sebalik beliau adalah graduan dari Jordan. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan ideology IKHWAN AL-MUSLIMIN berada di mana-mana. Jika di Mesir ia bergerak secara rahsia, manakala di Jordan agak sedikit terbuka


 KEDUA: Pantau pelajar-pelajar yang menyertai atau yang dipengaruhi oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN. Kerana gerakan inilah yang memusnahkan cara berfikir manusia. Dan penghasilan pengganas kebanyakannya adalah daripada aliran ini. Bahkan penulis artikel di atas pun adalah daripada aliran IKHWAN AL-MUSLIMIN. Pemuja Hassan al-Banna dan Syed Qutb, juga DR YUSOF AL-QARADHAWI adalah ciri-ciri mereka. Musuh mereka adalah WAHHABI. Selamanya IKHWAN AL-MUSLIMIN bertentangan dengan AL-WAHHABI. Kerana IKHWAN menyeru kepada pemberontakan terhadap pemerintah manakala WAHHABI menyeru kepada mentaati pemerintah.


 KETIGA: Gamkan kelompok-kelompok yang mendokong BERSIH samada dengan perbuatan, penulisan atau perkataan daripada media-media kerajaan. Khususnya ustaz-ustaz yang jelas menyokong ideologi pembangkang di media-media kerajaan. Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat di TV, tv3,tv9,tv1 dan astro demi untuk mempromosikan ideologi-ideologi mereka. Setelah mereka popular dan mendapat peminat, mereka akan meninggalkan media-media ini, dan membangkang kerajaan. Media-media hanyalah batu loncatan untuk mereka. Mereka sempat buat duit banyak dengan program-program tv.


 KEEMPAT: Wujudkan subjek khusus tentang kepentingan mentaati pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah sesuai dengan petunjuk ulama-ulama muktabar. Kerana pemberontak sering berhujjah dengan al-Sunnah al-Dhoifah (hadis lemah dan palsu)


 KELIMA: Jelaskan juga metodologi sebenar dalam memahami Al-Quran dan Al-Sunnah al-Shahihah. Di mana petunjuk Salaf al-Shalih dijadikan sebagai teras kefahaman. Berbeza dengan pemberontak, mereka mengulas Al-Quran dan al-Hadis sesuka hati mereka, kemudian mereka mencipta kaedah-kaedah sebagai alas an untuk mengharuskan pemberontakan seperti demonstrasi bersih. 


Patutkah hujjah keharusan berdemonstrasi adalah solat berjamaah dan berhimpun di padang arafah? Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit, Ashraf Imam Muda. Di mana suara-suara anda????? Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib.


 KEENAM: Fokuskan kepada usaha memartabatkan agama. Islamisasikan UMNO. Jadikan Islam tonggak perjuangan UMNO di samping mempertahankan hak-hak bangsa melayu. Jangan jadikan agama untuk kepentingan politik seperti pembangkang yang jelas menjual agama demi politik. Tetapi PAS sekarangpun dah belakangkan suara “NEGARA ISLAM”. Di mana suara-suara ustaz-ustaz PAS seperti Ustaz Zaharuddin, Hasrizal, DR. Abdul Basit ketika pemimpin PAS tawarkan syurga bagi sesiapa yang pangkah PAS? Di mana suara-suara anda????? 


Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Tok Guru yang kata? Atau adakah kalian nasihat Tok Guru dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Tok Guru? Aib, aib. Tolong jawab dalam program TANYALAH USTAZ


 KETUJUH: Perkenalkan kepada masyarakat siapakah KHAWARIJ. Kelompok antic inilah yang merosakkan ideology manusia. Mereka telah muncul di zaman Nabi. Kini yang tinggal adalah ideology mereka. Abad ini, KHAWARIJ terbesar adalah IKHWAN AL-MUSLIMIN. Penyokong dan pendokong mereka ada di mana-mana. Mereka memanfaatkan ngo-ngo juga parti-parti politik dalam usaha penyebaran fikrah. 


Di mana ada mereka di situlah ada pemberontakan kepada kerajaan. Mereka suka kepada popularity. Mereka meng”ayat” pembaca melalui tulisan-tulisan cintakan agama walhal matlamat mereka adalah JATUHKAN KERAJAAN. Bahkan usaha merosakkan minda pelajar telah bermula di peringkat sekolah hingga ke university. Dengan bertopengkan nama “USRAH” mereka memasukkan elemen-elemen anti-kerajaan ke dalam silibus-silibus pengajian. Antara tag-line mereka “WAJIB BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH”. Hal ini, telah disebut oleh para sahabat Nabi SAW zaman berzaman.


 KELAPAN: Wujudkan hubungan langsung antara ulama dengan pemerintah. Ulama yang rabbani. Yang berpijak teguh di atas Al-quran dan al-Sunnah berdasarkan petunjuk salaf, Ulama-ulama inilah yang akan memberi nasihat dengan telus, tanpa kepentingan, tanpa populariti


 KESEMBILAN: Hati-hati dengan tokoh-tokoh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti Dr Yusof Al-Qaradhawi dan konco-konconya yang memperjuangkan ideology memberontak kepada kerajaan. Fatwa Al-Qaradhawi: sesiapa mati dalam demonstrasi di Mesir, maka dia mati syahid!!. Fatwa ini sangat berbahaya. Fatwa mempromosi demonstrasi jalan yang mengakibatkan huru-hara. Di mana suara-suara Ustaz-ustaz PAS? Ustaz Zaharuddin, Ust Hasrizal, Dr.Abdul Basit. Di mana suara-suara anda????? 


Betulkah penghujjahan di atas? Atau kalian takut nak bersuara sebab Al-Qaradhawi yang kata? Atau adakah kalian nasihat Al-Qaradhawi dengan cara sir? Atau kalian juga bersetuju dengan hujjah Al-Qaradhawi? Khususnya pd Ust Zaharuddin yang sering menyebut dalam ceramah-ceramahnya “Syaikhuna Dr Yusof Al-Qaradhawi” maksudnya “guru kami Dr Yusof Al-Qaradhawi”.


KESEPULUH: Kerajaan tidak perlu bimbang kepada isu-isu khilafiah fiqh. Tetapi TAKUTILAH isu-isu AQIDAH yang diFIQHkan juga dirasionalkan oleh IKHWAN AL-MUSLIMIN seperti isu JIHAD, DEMONSTRASI, MENJATUHKAN PEMERINTAH, KUTUK PEMERINTAH SECARA TERBUKA dan lain-lain. Ketahuilah wahai pemerintahku bahawa isu yang berkaitan dengan ketaatan kepada pemerintah adalah sebahagian dari dasar-dasar aqidah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.


KESEBELAS: Perbanyakkan program-program agama di media, masjid dan tempat-tempat terbuka. Biarlah bersilibus dalam memastikan keberkesanan program.


 KEDUA BELAS: Pemimpin-pemimpin kerajaan perlu diberikan penjelasan tentang isu-isu Islami agar tidak memberikan pandangan sesuka hati.


 KETIGA BELAS: Kerajaan tolong pantau senarai nama Ustaz-ustaz ini kerana mereka adalah pendokong demonstrasi: 1. Ustaz Zaharuddin 2. Ust. Zahazan 3. Ust Dr Abdul Basit 4. Ust. Dr Maszlee Malik 5. Ust Nizam Abdul Kadir 6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie? 7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil 8. Ust. Dr Zulkifli al-Bakri 9. Ust. Khairuddin aman Razali 10. Imam Muda Ust Ashraf 11. Ust Ramadhan Fitri 12. Dr. Wifaq


 Berikut adalah senarai nama Ustaz-ustaz yang menyokong demonstrasi. Nama-nama mereka disebut satu persatu oleh Ust Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) beserta gambar latar di link www.youtube.com/watch?v=ObSmxjnQNxY 


 Mereka menamakan kelompok mereka sebagai Ulama Wasathiyyah dan perhimpunan mereka sebagai USRAH ILMUAN SYARI"AH. Mohon pihak berkuasa memantau perkembangan ideologi mereka. Cukuplah di sini. 13 vs 7
>

28 comments:

Anonymous said...

hang aja lah yg betoi.....

Anonymous said...

BAGUS GAP...

BARUA KAT ATAS NI TERLEBIH MINUM AIR KENCING JUS TOK GARU...

SEBAB TU BINGAI SAMPAI BUTA PERUT...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

OH-START PAS KHAWARIJ.

TEPAT.

Anonymous said...

JAKIM sendiri dah dipenuhi dengan puak khawarij. telah terang2 lagikan bersuluh perkataan dan stement yang khawarij nik ajis dan PAS keluarkan menyalahi ajaran sunnah waljamaah, tapi takde satu pun statement pembetulan daripada JAKIM. malah JAKIM tak ambik port pun. biar je. tu pasal khawarij nik ajis naik kepala.

mufti2 setiap negeri pun macam tu jugak. sepatutnya kalau JAKIM ikhlas perjuangkan islam di malaysia dia dah bagi mufti2 ni ruang kat tv supaya bercakap tentang satu2 isu. sampai sekarang isu kafirkan sesama islam (PAS kafirkan UMNO) mana statement dan penjelasan JAKIM? TAKDE.kosong.

sama macam bersih 2.0, mana penjelasan JAKIM tentang demo tu haram. aku kalau tak pasal ulama umno yang bagitau, aku pun tak tau demo tu haram. nasib baik aku ni jenis rasional skit. kalau jenis yang tak rasional ape nak jadi.

'menghadirkan diri ke demo harus dan menghalang demo itu haram'. ape ni. sunnah waljamaah ke. menyeru kepada kehancuran sesama manusia.

aku kalau ikut sedap mulut aku (macam ikut sedap mulut nik ajis), khawarij ni aku panggil kafir je. tapi pasal Nabi Muhammad SAW larang. aku tak buat lah. malah ajaran Rasululah SAW menyuruh mendoakan kesejahteraan mereka.

aku harap PM dapat ambil berat soal ni. ini adalah perkara wajib yang perlu PM ambil kira untuk kelangsungan dan survival agama islam dan masyarakat Islam di malaysia. kalau perlu pecat, pecat je mereka tu. adakan soalan2 yang akan menerangkan tentang pegangan mereka. you will see it. sunnah waljamaah atau ahli bidaah. jangan takut pasal undi. jika kita benar dan benar dalam menegak agama Allah maka Allah akan jaga kita, jaga kerajaan dan jaga negara.

HIDUP ISLAM
HIDUP UMNO

Anonymous said...

Kepada pihak pengurusan (PWTC),
Tuan-tuan semua seharusnya lebih peka apabila menerima permohonan dan dalam meluluskan permohonan penggunaan PWTC. Diharap dapat juga disemak selain dari apakah program, isi kandungan program secara terperinci. Saya merasakan keadaan ini boleh menghalang kemasukan anasir yang tidak diingini. Mengapakah begitu mudah meluluskannya? Adakah kerana faktor ekonomi, wang dsb...wallahuallam....

Anonymous said...

layak sangat ke ostat2 ni nak forum peringkat antarabangsa. tak macam antara bangsa pun 2 orang je orang luar.

akhil hayy mabok tu buat ape. nak mabok lagi. pigi da mabok

lulusan mana ostat mabok ni. setakat jordan dengan mesir. tak payah lah. PWTC patut reject je diorang ni.

lulusan madinah dengan mekah ade tak. kalau takde tak payah datang. lagi bagus BOIKOT


BOIKOT, BOIKOT OSTAT KHAWARIJ
PEGI MAMPOS OSTAT KHAWARIJ


LAGI BAIK BUAT FORUM PERBINCANGAN DENGAN USTAZ MUDA UMNO. LULUSAN MADINAH TU. ADA BERANI KE OSTAT KHAWARIJ?????

KALAU SETAKAT PAPER DEGREE SEMESTER 4 UNIVERSITI MADINAH SAMA DENGAN PAPER PHD (DR)UNIVERSII JORDAN. BALIK UMAH JE LA TIDO, LAGI BAIK.

JANGAN DATANG NANTI KITA JADI KHAWARIJ = PENIPU = DITIPU

Anonymous said...

KALAU SETAKAT PAPER DEGREE SEMESTER 4 UNIVERSITI MADINAH SAMA DENGAN PAPER PHD (DR)UNIVERSII JORDAN. BALIK UMAH JE LA TIDO, LAGI BAIK.

JANGAN DATANG NANTI KITA JADI KHAWARIJ = PENIPU = DITIPU

January 16, 2012 6:16 AM
-----------------------------------

aku sokong anon kat atas, semua paper degree di universiti madinah kebanyakannya adalah paper master dan phd di universiti lain (pengajian islam) termasuk di universiti di malaysia, jordan dan mesir.

menunjukkan ketinggian ilmu islam di madinah. bayangkan kalau ambil phd di universiti madinah. tapi mesti score lah.

Anonymous said...

Ustaz Zaharuddin
2. Ust. Zahazan
4. Ust. Dr Maszlee Malik
6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie?
7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
10. Imam Muda Ust Ashraf


Ini semua PEMUKA WAHHABI-dalam forum di klgn ustaz Islam ASWJ mmg mengenalpasti metreka adalah Wahhabi

Anonymous said...

naikan lagi ELAUN kakitangan mesjid dan surau yang aktif bersama pemerintah dan pantau

Jeepers Creepers said...

islamisasikan UMNO? hahaha panas je pemimpin UMNO yang kaki perempuan, kaki minum,kaki rasuah.

Langsi said...

La... dah terbukti teruk bebeno UMNgOk Be-eNd ni!

Ramai betul ustaz2 yang bertentangan dengan fahaman UMNgOk Be-eNd ni...

Sape yang betul ni... ustaz ke UMNgOk Be-eNd? Dalam UMNgOk sendiri masih ramai lagi ustaz yang nak mentarbiah dari dalam kot?

Jgn sampai ustaz tu plak yg tertarbiah dgn "RASUAH; SALAHGUNA KUASA; PEREMPUAN; KRONI dll..."

To Live Again said...

GAP aku mnta maaf la kalau statemenet aku ni slh..Tp senarai ustaz2 tertentu yg disebut mgkn ada khilaf..Aku x fikir ustaz2 berikut pendokong PAS@Khawarij:

a)Ustaz Zahazan..Aku follower FB dia dn selalu dgr ceramah dia.Sepanjang pengamatan aku dia nmpk neutral.Ceramah dia cukup suka aku dgt sbb xder makiu hamun atau sindir saper2.Soal dia undi saper 2 hak dia sbgai warganegara.Tp aku x nmpk dia pendokong khawarij atau menggalakkan demonstrasi.

b)Dr.dzulkifli al-bakri-Aku selalu jugak follow ceramah dia.Dulu aku pnh dgr dia bentangkan paper pasal Islam Hadhari.Dia byk mengupas kebaikan Islam Hadhari.Tak mungki dia penganut khawarij.

c)Imam Muda ashraf 2 aku x pasti sbb jarang dgr ceramah dia.So, no comment.

Kalau ustaz Dr.Abd.Basit ker Ust.Zaharuddin ker aku mmg x nafikan la.Mmg Dr.zaharudin bgs dn master dlm islamic banking.Tp aku selalu baca kupasan dia mengenai isu2 sensitif mcm liwat,saksi zina dn demo nmpk mcm condong sgt ke arah sana.

Kalau Dr.Basit 2 mmg x pyh citer lg la.Kalau follow ceramah dia blh nmpk la stand dia.

Anonymous said...

Maaf bro, lari tajuk sket... tapi memang patut bro GAP siarkan juga...

Dasar Ulama hamPAS berlidah bewak

KOTA BHARU 15 Jan. - Kerajaan akan berbincang dengan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan pengusaha bas henti-henti swasta di negeri ini tidak tercicir daripada peruntukan bantuan RM400 juta yang disalurkan melalui suruhanjaya itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kerugian yang dihadapi syarikat pengangkutan awam di sini dan akan berusaha membantu bagi mengelak rakyat terutama golongan yang tidak berkemampuan terjejas.

Beliau berkata, kerajaan sudah menyediakan bantuan sebanyak RM400 juta melalui SPAD sejak awal tahun ini kepada pengusaha pengangkutan awam di seluruh negara kerana menyedari beban kewangan yang dihadapi akibat kos operasi yang melambung, sedangkan tambang tidak berubah.

"Sudah pasti kita bersimpati dengan rakyat Kelantan yang bergantung kepada pengangkutan awam, pemberhentian (perkhidmatan) ini sudah pasti akan menimbulkan masalah kepada penduduk khususnya yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar.

"Saya akan semak beberapa keperluan perkhidmatan ini di Kelantan dan berbincang dengan pihak SPAD esok atau lusa.

"Kita difahamkan (pengusaha bas) telah bincang dengan kerajaan negeri tetapi kerajaan negeri mendakwa tidak mampu kerana ia melibatkan peruntukan berjuta ringgit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM840,000 kepada pelajar Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Seramai 4,200 orang pelajar diploma, prasiswazah dan pasca siswazah kampus itu menerima baucar bernilai RM200 setiap seorang bagi membantu mereka membeli buku dan bahan rujukan.

Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas masalah pengendali bas Cityliner, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Berhad (SKMK) di mana 31 daripada 37 laluannya tergendala bermula hari ini, disebabkan kerugian teruk sehingga menjejaskan ribuan pengguna.

Menurut Mustapa, beliau tidak pasti sama ada peruntukan sebanyak RM400 juta kepada pengusaha bas bermasalah kewangan di seluruh negara itu mencukupi, namun, memberi jaminan kerajaan akan berusaha sebaik mungkin.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan daripada Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim mengenai kerugian teruk yang dialami oleh SKMK, anak syarikat KTB.

Tengku Hasmadi berkata, SKMK yang merupakan satu-satunya penyedia perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini, mengalami kerugian mencecah RM1 juta sebulan ekoran tidak ada bantuan daripada mana-mana pihak manakala kos menyediakan perkhidmatan lebih tinggi berbanding kutipan tambang.

Malah beliau dilaporkan mendakwa, bantuan bulanan RM100,000 kepada SKMK yang pernah dijanjikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah diterima.

Anonymous said...

Bro To Live Again...

Aku setuju dengan pendapat ko....

Mula2 aku terkejut juga bila dikaitkan nama Ustaz Zahazan dan Ustad Dr. Dzulkifli al-bakri dengan khawarij hamPAS. Dua tokoh diatas selama ini aku dengar ceramah mereka cukup baik dan bersopan dalam menyampaikan sesuatu kupasan atau isu. Tiada ayat2 caci maki atau yg teguran tak munasabah terhadap kerajaan sepanjang ceramah mereka berdua.

Yang lain tu aku tak dapat pastikan, tapi Ustad Zaharudin mmg dah nmpk kecondongan beliau terhadap gerakan BERSHIT tempohari, semoga Allah membuka pintu rahmat kepada beliau supaya memahami ape yg terselindung disebalik agenda BERSHIT tajaan Ambabiga tempoh hari...

usin said...

itu menunjukkan umno/bn parti yg baik. tak rasis, tak kedekut, memberi peluang kpd musuh politik. bermusuh dlm politik sahaja ttp memberi peluang yg adil kepada musuh politik yg memang tak adil. tak apa bro, tak hilang apa2 kpd umno/bn. layan je parti tak kenang diuntung tu moga2 akhirnya akan reti bahasa.. fulstop!!!

Anonymous said...

MMG KENA HATI2 DGN OSTAD2 NI...MEREKA TIDAK MEMAKAI BAJU PAS TAPI...SAMA SAJA

EHH LECTURER AKU KAT UIA DULU PUN ADA? HEHEHEHE.....

Anonymous said...

media2 pro BN hanya digunakan sebagai batu loncatan utk mempopularkan diri.. lepas tu mula la depa merak & besar kepala!

Anak Bukit Hijau said...

Assalam

Betoika berita itu GAP ?
Depa nak guna PWTC...

Aku ragu-ragu.

Sebab aku ini berfikiran lama sikit.

Aku masih berpegang kepada ingatan orang-orang cerdik pandai:

"Berbuat baik berpada-pada,jahat jangan sekali".

AsyrafRashidi said...

kashihan saudara2ku..
Bertaubat lah..
stiap ap yg korunk ckpkan malaikat tulis..
jngn sedap tuduh orang,
cari bukti dulu..
lagi2 kalau kita nie berada dalam golongan fasik..
sia2 ja pahala kita..
saham dosa meningkat..

Anonymous said...

Cerita mcm ni x payahlah highlight. Dah nama pun konvensyen Fiqh Ummah 2012. Yang melibatkan hal-hal orang islam. Sepatutnya digalakan lagi diadakan d bangunan milik UMNO. UMNO juga dapat kredit.

Kalau untuk perhimpunan yang secara terus kepada PAS, rasanya boleh la kot.

Pasal dorang menyokong BERSIH tu, tu khilaf antara mereka dengan membantah BERSIH. Kita kat luar ni, buatlah penilaian seumpama menilai kekhilafan ULAMA-ULAMA terdahulu dalam sesuatu isu. Ambiklah mana yang betul-betul diyakini.

Of course aku membantah BERSIH, walaupun aku x adalah nas-nas agama mcm dorang-dorang (ilmuwan agama) yang terlibat dalam memberi pandangan. Tapi dalil aku simple je, kalau aku melibatkan diri, aku adalah salah sorang penyumbang kepada kesusahan orang lain. Sewajarnya aku tidak mampu menjawab dihadapan Allah di akhirat kelak atas tuntutan orang yang disusahkan oleh perbuatan yang telah aku lakukan. Jadi aku x mau terlibat & seterusnya membantah BERSIH.

Yg isu ni aku x bersetuju dengan email tu (dengan ko sekali kot GAPS hahaha).

Anonymous said...

GAP, saya berpandangan berlainan.

Biarlah si ostad ostad pas pis pus tu guna, mudah mudahan terbuka hati mereka, selama ini dok dalam tempurung.

Lagipun ada orang luar yang tak de kena mengena dengan pas. Biarlah mereka terpesona kejap, jadi berok. Dulu kata membazir, sekarang terhegeh hegeh nak guna.

Dulu nak lelong putrajaya, sekarang bermati-matian nak dok dalamnya. Sampai sanggup lelong agama untuk puan DAPIG dan PGayR!

Dulu undi kafir itu masuk neraka
Sekarang sokong kafir, sampai sanggup gadai kalimah suci untuk undi!

Tak pe GAP, biarkan mereka. Sekurang kurangnya kita adalah lebih bertamadun dan nampak profesional.

Jangan dia letak bom buatan sendiri dah lah! Kang ku letak bom tu balik dalam serban ke, jubah karat tu!

DR. BETUL

Anonymous said...

salam...just nak kongsi bro...
aku penah bedebat ngan member PRO pas dari kedah psl relevan nyer UMNO utk org melayu dan islam di malaysia nie..tringat ayat ending dier..."Kalo umno sudah memperjuangkan melayu cuma kan elok di tambahkan dgn bersungguh2 memperjuangkan islam, PAS xkan relevan lagi. Org melayu xperlukan PAS lg".

Dot said...

biarlah dia orang guna pwtcv tu...dapat juga pahala ke UMNO sbb perkara yg baik eloklah disokong. mana tahu hasil dari muzakarah tu membawa kebaikan bersama. kalau buruk pun, sama2 kita jdkan sempadan.

pada ambo, kalau puak2 yg sentiasa menghukum kata umno makan duit haram, umno kuat rasuah, umno sebat duit rakyat, umnolah yg buruk2; tp mrk nak juga guna bangunan umno tu, makna kata mrk setuju yg bangunan tu memberi seribu kebaikan bg mrk. tidak ada ruginya mengahalang puak2 yg bencikan umno guna harta benda umno krn UMNO BUKAN PAS!

Anonymous said...

okla tu PWTC nk genrate income so asalkan mendatangkan profit apa salahnye

Anonymous said...

INGAT PWTC TU MILIK UMNO JE KE..TAK HABIS HABIS LAH ORG UMNO NI..TAMAK SANGAT HARTA DUNIAWI

Anonymous said...

Maaf GAP,

Aku tak nak komen pasal guna dewwan pwtc. Aku nak komen pasal wahabi dan ikhwan muslimin.

Aku berani kata yg tulisan GAP ttg isu ini adalah 100% salah.

Senarai ustaz tu mostly adalah berfahaman wahabi, sama fikrah dgn ustaz asri, sama juga dgn grup 'ulama muda' yg join umno mufti perlis skrg ni. Sama-sama wahabi. Bezanya, ada yg masuk PAS, ada yg masuk Umno, dan ada yg pura-pura neutral spt Ustaz Zahazan.

Sama juga kesnya dgn grup wahabi-liberal JIM/IRC. Ada yg masuk PAS, ada yg masuk Umno dan ada yg masuk PKR. Yang masuk PAS itulah yg jadi parasit dan memusnahkkan imej sehinggga menjadi sedemikian rupa spt hari ini. Lintang-pukang menjadi anjing Anugay (B-rader ABI) dan DAP.

Yg masuk Umno itulah yg berbangga dgn slogan politik baru etc.

Pendek cerita, isu wahabi kena lihat dari sudut akidah. Nak kenal ustaz wahabbi tu senang je esp pasal bab bidaah.

- Dia mengajar sifat 20 atau tauhid rubbubiyah, uluhiah?

- Ulama yg selalu disebut adakah ulama muktabar salafussoleh ie Imam Syafie, Imam Ghazali dll atau Ibnu Taimiyah, Ibnu Katsir, Ben Baz etc?.

- Dia gemar tak membidaahkan dan memperlekehkan amalan tahlil, mauliid, tarekat, bacaan yassin malam jumaat etc?

- Kalau sembahyang, tangan atas pusat atau letak kat dada?

Itu antara cara nak kenal geng wahabi.

GAP mungkin terpedaya dgn ulasan sebahagian wahabi 'pro-umno' yg menganjurkan ketaatan kpd pemerrintah.

Kalau dari segi kesan-akibat kpd umat islam dan bangsa Melayu, bahaya wahabi (tak kira di dalam atau diluar Umno) sama saja dgn syiah, sama saja dgn grup liberal Anugay, juga Zaid KITA, parti DAP / PKR / parasit PAS.

Masing-masing meruntuhkan kesucian Islam Ahlussunnah Wal Jamaah dan bangsa Melayu dari sudut dan penjuru yang berbeza dan setengahnya saling bertindan seolah-olah satu gerak kerja yg tersusun, saling bahu-membahu yg didalangi oleh tangan ghaib the hidden hand.

So nasihat saya kpd GAP, fahami dulu. Jangan kerana amarah politik anda tanpa disedari telah mengangkat kebatilan (wahabi cthnya) dan menuduh pihak lain ygg tidak bersalah (ikhwan muslimin misalnya).

Lain-lain artikel GAP ... thumb up!

Anonymous said...

boleh agak status ilmu agama geng2 umno..kat masjid @ surau kalau kita kata mana penyokng umno..ada la sekor dua yang angkat tangan...yang lebihnya kat mana? ad le kat kedai mamak, kedai kopi, kelab dangdut..time kematian mula la cari ulama2 pas..tengok air muka pon boleh cam..kalu tak caya malam ni pergi surau dan cuba2 buat tekaan jumalah penyokong pas dgn penyokong pembangkang..jangan buat culaan di selangor,kelantan,kedah,PP..pergi buat di Johor atau negeri sembilan

Anonymous said...

Pergh.. mnta PM jaga hal aswj... Korang biar betul ni... PM mana ni.. PM malaysia ke.. dia tahu ker beza aswj dgn wahabiy dan khawarij.. entah2 yg tulis ni pun sama kot... ish3