Wednesday, March 28, 2012

LYNAS : SOAL JAWAP PALING LENGKAP. ( MOHON SEBARKAN )

 Prof Dr Ismail Bahari
SmSn(UKM). Msc(London), PhD (Colorado State)
Kepakaran: Fizik sinaran
No Bilik : Bangunan Sains Nuklear, UKM
Tel: +603-89215478
e-mail: ismailb@ukm.my


Membetulkan maklumat 'menyesatkan'

Oleh Prof Dr. Ismail Bahari

Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan
parti pembangkang baru-baru ini.

Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran 'pakar nuklear' yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.

* Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.

Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.

Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh 'pakar nuklear' berkenaan.

* Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.

Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh 'pakar nuklear' itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah.

Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)

* Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.

Sedangkan, 'bahan buangan' tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.
Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.

Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.

* Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.

Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ' ibarat langit dan bumi'.

Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.

U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.

Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan
pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).
Secara anologi, 'pakar nuklear' berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.

* Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.

Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.

* Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.

Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi 'pakar nuklear' tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai
jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.

Ini bermakna dalam masa
56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.

Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.

Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.

* Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.

Sedangkan, sebagai ' pakar nuklear', beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.

Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).

* "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat".

Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh 'pakar nuklear' itu.

Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.

Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.

Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.

Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.

Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. 'Pakar nuklear' tersebut pernah belajar dan memperolehi
ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?

Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?

Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.

22 comments:

Wang besar said...

PEMBANGKANG MEMANG MENCARI PUBLISITI MURAHAN.
INI MENUNJUKKAN MEREKA INI PUNYAI NILAI DIRI YANG MURAH LAGI RENDAH.
MEREKA BANTAH KERANA UNTUK MEMBANTAH SAHAJA.
TIADA KAJIAN ILMIAH YANG MEREKA LAKUKAN.......HANYA MENCARI PUBLISTI YANG LOW CLASS. MUKA TABAL, MEMANG TAK TAU MALU.
ITU LAH SIFAT ANJING JINAK DI PELIHARA DAP.

Sebuah Perjuangan said...

lepas ni apa pulak spinning yang kepala penyamun nak buat agaknya?

isu kilang solar kt batu kawan, penang diam pulak diorang ni...

sah tergolong golongan munafik..

Anonymous said...

Kamu memeng tolol 7 kerturunan mangkok ,kalau dah pakar dia tau lah apa yang dia cakap bukan macam kamu futnah nak bagi bini mentedarah pasal itu anak bini kamu sengal

CIFUT said...

Artikal yg sgt berilmu.

Sedikit tambahan dari kata2 Hj Hadi: "klu nak tau pasal getah, tanyalah pakar getah YANG BETUL, JGN TANYA PADA PAKAR GETAH BINGAI YG SIBUK NAK BERPOLITIK"

Anonymous said...

kodus..aku berbangga kerana ada pakar malaysia..salut..

Anonymous said...

Sudah cukup jelas dan lengkap...apa lagi yang mahu di spin oleh pembangkang.

Anonymous said...

.

Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

.

To Live Again said...

Ala GAP dgn senangnya diaorg akan ckp pakar 2 DI BAYAR RM10juta oleh UMNO utk buat statement 2..

Then tutup citer dan terus membangkang sampai terkangkang..Bkn sush sgt jd pembangkang ni GAP..

Servant of God said...

Penyokong pakatan rakyat, aku nak tanya.

Kenapa korang suka sangat haa kena tipu?

Kenapa korang suka sangat minum kencing nih?

Jangan nak kata laa yang semua pakar yang sokong Lynas nih dah dibeli oleh UMNO.

Benda2 nih fizik tahap SPM laa dol.

Tak payah tunggu SPM pun takpe. Ada buku untuk budak2 remaja yang cerita pasal radiasi2 nih.

So budak pun tau yang pakatan menipu pasal Lynas nih, kenapa kamu masih percaya?

Bodoh sangat ke kamu?

Dahagakan kencing sangat ke kamu?

Kepada pakatan rakyat, terima kasih. Cara kamu menghina kebolehan aku berfikir telah gerenti yang aku tidak akan undi kamu.

Aku harap pakatan rakyat akan mampus secepat mungkin.

Tolak anwar ibrahim, tolak penipuan, tolak pakatan rakyat.

Anonymous said...

Mulut depa dah besar sebesar lubang pungkoq yg kena balun dek B.A.B.I

tu yg main tabur je cakap. Dia ingat dia sorang je pakar. Pegi belajar pakai duit kerajaan, balik Malaysia jadi hanjing bangsa dan negara...

jejakazman said...

LYNAS NI SEBENARNYA REBUTAN KAUM CINA...JIKA BAGI KAT DIA SURE TAK MERBAHAYA PUNYER....TENGOKLAA YG DEMO MAJORITI KAUM DIA.....DARI UTARA SMPAI SELATAN....

Anonymous said...

GAP,satu artikel yng begitu bagus dngn fakta dan istilah sains yng mudah di fahami.

Masaalahnya article yng tdak menguntungkan mereka biarpun penuh dgn hujah kebenaran akan di haramkn dari keluar di mana2 portal pembangkang.

Sebab itu mereka masih sesat dgn isu Lynas kerana mabokan kuasa untk ke Putrajaya.

Selagi boleh spin pembangkang akan spin secukupnya sebab itu mereka suka kepada orng2 yng bodoh untk menjadi penyokong PR!

Anonymous said...

ala buat masa sekarang memang la bahaya...sebab bukan pr yang perintah....kalau pr perintah mesti tak bahaya punya.agak -agak kalau pr menang pru 13 nanti dia nak tutup ke kilang lynas ni....? sorry....la derrr....paling-paling anwar akan kata....."kita akan memastikan keselamatan kilang lynas ni berada pada tahap yang tertinggi"....itu je dia boleh kata.....kauorang ingat lynas ni nak dok saja ke...nak roboh balik kilang yang dah di bina...tentu dia akan adakan rundingan dengan anwar....jolok apa yang patut...jangan nak tipu la...jolok-menjolok ni adat biasa dalam perniagaan...lepas kena jolok anwar pun lembek tengkok....dan projek ni akan terus berjalan tanpa ganguan aktvis-aktivis hijau....dan puak-puak yang menentang projek ini pun akan menyokong ,,sebab tahap keselamatan kilang lynas ini berada di tahap tertinggi....eh!!! bukan dato najib dah bagi tau ke...kalau dato najib bagi tau mana boleh pakai sebab dato najib bukan anugerah tuhan....macam janji anwar kepada penduduk kg buah pala le..."hari ni pr menang esok ini kg buah pala punya kes mesti selesai..kalau tidak jangan panggil saya anwar..."memang selesai pun.......tinggal nama je.....tuan punya badan pun sudah cakap jangan panggil dia anwar kalau masalah kg buah pala tak selesai (cara yang sepatutnya) jadi apakah perlu kita memanggil dia sebagai anwar??? fikirkan...anwar selalu bekata kalau pr menang pru hari ini esok harga minyak kita akan turunkan......dan di sambut dengan tepukan gemuruh oleh yang bukan islam....dan takbir !!!! oleh yang islam.......tapi persoalan yang mungkin orang lupa........berapa kadar penurunan itu ...kerana 1 sen pun di kira turun...adakah sekadar 5 sen..??? tak berbaloi ....lepas itu kalau rakyat bertanya ...mana janji ..menurunkan harga minyak....maka dengan nada megah anwar akan berkata..." sudah turun ,,,,1 sen...janji tetap janji..kena kota...walaupun 1 sen....dan penyokong-penyokong pr akan kata lebih baik dari bn ...yang tak menurunkan harga minyak lansung.....itulah nilai janji orang politik......dan para penyokong akan ternganga keseronokan menikmati penurunan harga minyak ron 95 dari rm 1.90 seliter.....kepada rm 1.89 seliter................................................................

Anonymous said...

Gua nak tahu,

Siapa yang mangkuk sangat digelar 'Pakar Nuklear' tu yang siap ada sijil dalam bidang Nuklear, tapi otak bebal nak faham asas Radiasi etc etc?

Adakah ini namanya, Bodoh tak boleh diajar? Abiskan duit belajar belajar bertahun-tahun kat luar negara dalam bidang nuklear, tapi masih bebal, apa ketahian ni?

Ngam sangat lah si 'Pakar Nuklear' dok bela PR, mungkin ada Can dilantik jadi Wakil rakyat.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

Anonymous said...

pangkah parti yg, lepas pru13 takda bunuh2 punya.. boleh business mcm biasa oright..

fairuzkhan said...

terus terang aku cakap..benda ni lebih elok pemimpin umno dan rakan dalam bn terangkan pada rakyat terutamanya rakyat pahang..sebab ramai pakcik makcik yg bkn arif sgt pasal sains..mcm geng penyangak rakyat dtg ckp..nanti benda tu meletup habis semua tempat ni pakcik makcik..habis pucat muka mrk...cara penyampain itu lebih penting...

Anonymous said...

dua orang pakar dari PAS sendiri dah mengaku tak merbahaya, kenapa nak bangkitkan lagi?

Kenapa asyik nak komplain aje, cubalah pikir macam mana nak majukan negeri Pahang bagi idea dan perancangan. Barulah kita orang boleh hormat pembangkang.

- Pengundi Atas Pagar -

Anonymous said...

siapa pulak kata badrolamin kena tangkap khalwat kat hotel di pahang yg jaraknya sangat hampir dgn kilang linas??????mustahil sebab badrolamin adalah ulamakkkk pkr dan selalu bermusyawarah dgn ulamak parti dap dan pas......

Anonymous said...

SIHAT WALAFIAT ORANG TUA NI ... BARU BARU NI BUAT KENDURI WALAMATUL URUS .... DAPAT MENANTU ORANG TAIPING ...

Anonymous said...

orang2 bangang yg berfikir guna kepala lutut tak akan terima penerangan walau drp pakar nuklear mana sekalipun! otak depa dah beku!

☺ ♂ ☺

Anonymous said...

Lembu dan keldai tak akan faham.

Anonymous said...

Alhamdulillah,

ada juga profesor kat universiti yang x makan gaji buta..

macam inilah yang kita nak kan dari tenaga pakar di malaysia..

mereka perlu sama-sama membantu kerajaan menangkis hujah sesat dari pakatan rabak!