Thursday, April 12, 2012

FATHUL BARI KASI PUKULAN TKO KEPADA ANWAR !

7 comments:

Anonymous said...

.

Marilah kita semua menjadi manusia yang bertanggungjawab , jujur dan amanah .

.

Anonymous said...

Bukan Anwar Ibrahim saja
termasuk juga Nik Aziz
yang bawa fahaman songsang
tentang yahudi.
Agaknya tok guru ini
baca saja alquran tapi tak
ambil tahu makna dan terjemahan
dari Alquran. Yang jelas banyak kali Allah melaknat bani israel

Anonymous said...

Anuwar...cakap apa pon dia apa peduli...maruah n martabat diri dah ilang krn kemarok kuasa nak jadi PM...

Lagi pon Anu dia seluroh donia dah tengok...

Cakap pon tarak guna..makhlok camtuh mansuhkan saja dari muka bumi ini...
Haktuiiih....kahak kahak...

Anonymous said...

MODUL NDI KITA TAK PAKAI LAAAA PKR
(Artikel 5 star)

Pembangkanghanyacariisu

Ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin giat melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, pembangkang pula terus berpolitik.

Apa sahaja usaha kerajaan cuba diburuk-burukkan dengan matlamat memburu kuasa politik, dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, DATUK SERI REEZAL MERICAN NAINA MERICAN memberi pandangan berhubung perkara berkenaan.

UTUSAN : Bagaimana Datuk Seri melihat kedudukan pembangkang sekarang?

REEZAL MERICAN: Saya fikir mereka berada dalam keadaan tertekan. Ia berikutan banyak usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri benar-benar mengisi harapan dan kemahuan rakyat, ini sukar mereka nafikan.

Pembangkang boleh berusaha menyatakan beberapa program oleh kerajaan tidak menepati kehendak rakyat, namun bila kita bertemu dengan rakyat di bawah, mereka berterima kasih dan mengharapkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan.

Ketika saya turun padang ke Kepala Batas dan kawasan lain di seluruh negara, masyarakat menerima baik produk 1Malaysia yang dijayakan kerajaan. ‘Mood’ ini boleh dirasakan secara real, bukan omong kosong.

Semua ini membuatkan pembangkang kian tertekan, bila terdesak, mereka akan berfikir untuk menggunakan isu sampingan. Ini memang modus operandi politik pembangkang. Kalau kita lihat modul pilihan raya National Democratic Institute (NDI) yang menjadi sumber rujukan qat‘i kepada PKR, penggunaan isu penting dalam usaha memenangi pilihan raya. Inilah yang mereka sedang usahakan iaitu cari isu, walaupun ada antaranya bukan isu teras yang rakyat sedang fikirkan.

Pembangkang mula mencetuskan perkara berkaitan proses pilihan raya walaupun banyak tuntutan mereka dipenuhi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), apa komen Datuk Seri?

Rakyat yang berfikiran matang, objektif dan tidak berfikir dalam kerangka sempit akan dapat melihat komitmen PSC yang sangat nyata dalam melaksanakan pembaikan proses pilihan raya. Kesemua usul (22 keseluruhannya) memang mempunyai niat dan hasrat menangani apa sahaja ketidakpuasan hati yang ditimbulkan oleh masyarakat umum. Cadangan Bersih hanya ada 8.

Anonymous said...

sambung...

Malahan ada beberapa usul dan isu telah dibicarakan jauh lebih complicated daripada cadangan atau dibangkitkan Bersih. Ia termasuklah isu pengagihan kerusi yang adil antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, dana politik dan sistem pilihan raya.

Oleh itu, apa lagi yang mereka tidak puas hati? Hari ini, mereka mengungkit kembali soal data pengundi, misalnya ada 100 nama di satu alamat, ini hakikatnya boleh dibantah di peringkat paling asas.

Saya sendiri buat semakan nama di pusat daerah mengundi. Ini rutin biasa dalam politik. Apabila mereka menuduh kita menipu, apakah mereka bersih daripada sebarang usaha memindahkan pengundi dan mengumpul pengundi di satu alamat? Kalau kita periksa, saya yakin mereka juga terlibat.

Jadi, apa yang pembangkang usahakan hanyalah bermotifkan politik. Dalam ruang demokrasi, memang kita tiada hak menghalang, namun apakah masih wujud keperluan protes, bantah dan demonstrasi, sedangkan banyak cadangan awal sudahpun dijadikan usul di Parlimen? Ini perlu dinilai oleh rakyat.

Apakah tindakan pembangkang memberi persepsi buruk ini terhadap usaha kerajaan akan memberi kesan kepada BN?

Kalau menurut buku rujukan pilihan raya pembangkang, bersumberkan NDI, semuanya wajib berasaskan persepsi. Kekuatan dan kelemahan jentera akan banyak berasaskan isu-isu yang boleh dieksploitasi di peringkat paling bawah. Ini memang sebahagian daripada ‘arahan' yang mereka perolehi, jadi kita jangan terperanjat jika ‘isu' adalah peluang mereka untuk cari makan ‘politik'. Apa pun yang akan digunapakai bagi merosakkan imej kerajaan dan calon BN, kita perlu bersedia menghadapi permainan' ini.

Sebab itu, saya percaya, Pilihan Raya Umum Ke-13 akan menjadi medan fitnah terbesar dalam sejarah pilihan raya di Malaysia. Inilah pendekatan mereka. NDI peduli apa kalau negara kita hancur kerana fitnah, mereka bukan mahu tinggal di sini, modul mereka hanya mahu menukar kerajaan. Kepakaran mereka, kononnya, adalah demokrasi. Itu sahaja.

Sebagai contoh, NDI sentiasa menekankan tentang konsep ‘constant campaign' iaitu mestilah bersifat sepanjang masa. Sebab itulah Bersih beria-ia mahu memanjangkan tempoh kempen. Mereka telah berkempen sepanjang tahun. Kali ini, mereka letakkan 21 hari sebagai syarat. Sekali lagi, mereka hanya mengia dan melaksanakan kehendak serta arahan kempen orang luar. Masyarakat kena sedar hakikat ini.

Anonymous said...

continue... part3

Mereka ini mengamalkan politik mengikut acuan NDI. Mana isu yang boleh menjadi alat untuk merosakkan imej kerajaan, mereka akan guna pakai.

Berbanding tahun 2008, tembelang pembangkang semakin terdedah, bagaimana Datuk Seri melihat politik dolak-dalik pembangkang terutamanya merasakan mereka sahaja yang betul?

Mereka tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan. Ini perkara paling asas. Sebuah kerajaan yang berwibawa akan berpegang kepada janji itulah yang kita lakukan tetapi sejauh mana komitmen pembangkang melaksanakan janji yang mereka sendiri gariskan untuk rakyat?

Mungkin sedikit kelebihan kepada mereka, kerana manifesto pun mereka sengaja buat secara huru-hara. Pas janji lain, PKR janji lain, DAP janji lain, kalau tidak dilaksana , mereka akan kata, mereka perlukan satu lagi penggal untuk melaksanakan janji. Ini semua kaedah mereka menafikan isu yang ada dalam tangan. Hari ini mereka bercakap tentang ‘common policy' dan Buku Jingga, semua itu hanyalah pembohongan dan tidak konsisten.

Pulau Pinang bercakap mengenai tender terbuka. Yang dilaksana? Tender berpilih dengan rundingan - dalam isu Bayan Mutiara. Tender terbuka apa? Semua cakap sahaja. Kalau Pulau Pinang amal tender terbuka, mengapa Selangor tidak menggunakan konsep sama? Apa yang dibuat? Berbeza. Kenapa kita tidak dengar kepimpinan ulama di Kedah dan Kelantan bercakap pasal tender terbuka?

Secara peribadi, saya berpendapat pembangkang sudah tahu mereka tidak akan mampu mengekalkan ‘prestasi' seperti pilihan raya 2008. Pada mulanya mereka angkuh dengan menyatakan akan mencatatkan jumlah kemenangan lebih besar - namun DAP lebih konservatif, apabila meletakkan angka kemenangan di 100 kawasan Parlimen tetapi hakikat mereka sendiri belum tahu sasaran sebenar. Ini semua membayangkan, DAP sendiri tidak yakin bahawa PKR dan Pas akan dapat mengekalkan prestasi yang baik. Weakest link - akan kekal menjadi milik PKR, sebuah parti yang paling kronik, baik dalam isu kontroversi, pertikaian dalaman, nepotisme dan kronisme dalam kepimpinan dan pemilihan parti yang cacamarba - kesemua ini menyebabkan imej mereka semakin rosak dan lemah.

Apakah pendekatan yang seharusnya digunakan oleh BN bagi mengelakkan golongan muda terpengaruh dengan dakyah pembangkang?

Kita sudah dan akan terus melaksanakan kempen ‘BN: Pilihan Orang Muda’, ini adalah modul dan kaedah gerakan kita. Kita tak ikut kaedah NDI seperti pembangkang. Kita guna pendekatan yang lebih ‘menyelesai' masalah orang muda, bukan memainkan isu.

Kita ambil contoh, BN Youth Job Fair, menarik peserta hampir segenap peringkat pelaksanaan. Apa masalah orang muda? Mereka perlukan pekerjaan dan peluang pendapatan yang lebih baik. BN cuba cari jalan dan menepati kehendak mereka.

Bagi orang muda yang mempunyai kemahiran berkarya, kita adakan BN Youth Music. Ia berjaya mencungkil bakat di kalangan anak muda. Apa lagi yang menjadi kerisauan anak muda? Peluang perniagaan dan pembangunan keusahawanan? Apa mesej besar Perdana Menteri apabila melantik Khairy Jamaludin di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Anonymous said...

continue. part 4.laat. WAJIB BACA..


Saya yakin Khairy akan mampu menyusun program keusahawan yang lebih mesra dengan kehendak orang muda. Kita tunggu sahaja pendekatan ‘outside-of-the-box' yang bakal beliau laksanakan. Ini semua memberikan kebaikan langsung kepada generasi muda, insya-Allah.

Begitu juga dalam isu lain yang menjadi kerisauan rakyat, seperti PTPTN contohnya, kita ambil pendekatan hikmah. Kita duduk berbincang bagi mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu dan masalah orang muda, kita tidak berjanji bulan dan bintang.

Sebelum ini pun, dalam isu gaji minimum, banyak cadangan yang kita perhalusi di dalam BN Youth Lab. Masalah perumahan generasi muda juga kita perhalusi dalam makmal yang sama. Semuanya diambil secara serius oleh kerajaan. Ini kaedah kita bergerak seiring dengan cita-cita dan aspirasi kerajaan. Tidak menentang arus, tidak semestinya bermakna kita tidak punya idealisme.

Apakah pesanan untuk rakyat dalam menghadapi politik pembangkang ini?

Penilaian rakyat terhadap kerajaan mestilah objektif dan berasaskan fakta yang nyata. Jangan ambil pendekatan ‘percaya’ sahaja apa yang dikatakan oleh pembangkang sama ada di peringkat kepimpinan atau jentera parti mereka. Kalau kepimpinan mereka sudah kencing berdiri, jentera mereka di bawah kencing sambil berlari. Kalau kepimpinan mereka berwajah kusam kerana banyak kontroversi, jentera mereka di bawah tidak layak mengajar rakyat tentang moral dan integriti.

Rakyat juga perlu bertanya tentang ‘janji mereka’ selama ini? Apakah mereka sudah melaksana dan menepati janji? Atau semuanya hanyalah omong kosong bagi mendapatkan nyawa politik.

Rakyat perlu bertanya mereka tentang segala macam krisis yang berlaku sesama mereka? Apa kedudukan Islam di dalam kerangka ‘common policy'? Apa kedudukan Raja dan Perlembagaan di dalam kamus politik mereka? Di mana kedudukan hak bumiputera dan orang Melayu? Bagaimana mereka melayani tuntutan kumpulan minoriti?

Di mana pula konsistensi mereka dalam melaksana dasar perjuangan? Apakah kedudukan moral dan integriti kepimpinan mereka? Apa pandangan mereka mengenai LGBT? Semua ini wajar rakyat dapatkan penjelasan yang sebaik mungkin.

Rakyat perlu menggunakan ruang informasi, arus perdana dan media baru, sebagai alat mengukur informasi serta maklumat, mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat penilaian. Fikirkan produk politik dan kesannya kepada rakyat.

Bandingkan secara objektif. Saya cukup yakin, rakyat akan membuat keputusan yang tepat, memberi mandat baru kepada BN dalam pilihan raya akan datang. Empat tahun yang berlalu, hanya memberikan satu bukti, bahawa pembangkang tidak mampu melaksanakan amanah sebaik mungkin. Ini adalah fakta!