KENYATAAN AKHBAR
Jawatankuasa khas yang
telah ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menangani isu kekurangan guru
di SJKC sebagaimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri adalah bukti
Kerajaan benar-benar komited dan serius dalam menyelesaikan isu tersebut dengan
segera dan efektif.
Sebagai sebuah Kerajaan
yang prihatin, langkah-langkah sistematik, dasar yang seragam dan berterusan
telah dan sedang pun diambil untuk menangani isu kekurangan guru di SJKC.
Oleh itu saya berharap
masyarakat Cina menyambut baik langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang
yang telah diumumkan oleh jawatankuasa tersebut pada 20 Mac lalu kerana sekolah
rendah jenis kebangsaan tidak pernah diasingkan daripada sistem pendidikan
negara kita.
Langkah yang diambil
ini juga bukan kerana tekanan yang dibuat oleh mana-mana pihak dan kesimpulan
bahawa Kerajaan telah mengambil langkah tersebut hanya setelah tekanan dibuat
oleh pihak-pihak tertentu adalah tidak benar.
Isu ini perlu
diperjelaskan agar gambaran sebenar dapat diberikan untuk menangkis dakwaan dan
tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan dan KPM.
Dalam usaha memastikan
proses pembelajaran dan pengajaran SJKC di seluruh Negara berjalan lancar
setiap tahun KPM telah berusaha bersungguh-sungguh mengisi kekosongan guru-guru
di SJKC.
Pada tahun 2009
terdapat kekurangan guru seramai 4,991, pada tahun berikutnya jumlah ini telah
dikurangkan kepada 3,043, pada tahun 2011 jumlahnya menurun kepada 2,720 dan
akirnya pada tahun ini kekurangan guru di SJKC adalah hanya seramai 1,874.
Daripada jumlah ini, KPM telah melantik sejumlah 1,482 guru interim untuk
mengisi kekosongan tersebut. Baki kekurangan di SJKC hanyalah tinggal 392 orang
yang mana Guru Besar SJKC diberi
kebenaran mencadangkan calon guru interim untuk dilantik oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
KPM telah memperuntukkan
sejumlah 38,047 jawatan guru bagi SJKC. Sehingga 31 Januari 2012 seramai 36,173
guru terlatih telah ditempatkan di semua
sekolah SJKC.
Sebanyak RM1.8 bilion
dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi
mengurus di SJKC di seluruh negara.
Pada masa ini terdapat
1,294 buah SJKC di seluruh negara. Dari 1,294 sekolah, sebanyak 455 adalah
sekolah kurang murid (kurang 150 murid).
Saya menyeru kepada
semua pihak supaya berhenti mempolitikkan isu-isu pendidikan Cina dan
sebaliknya menumpukan perhatian kepada usaha meningkatkan kualiti dan kemajuan pendidikan
di semua sekolah, sama ada sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan dengan
tujuan menambah daya saing kita bagi menghadapi cabaran-cabaran yang akan
datang.
Jawatankuasa khas yang diketuai
YB Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mengadakan
perbincangan dengan persatuan-persatuan pendidik Cina dan pemegang amanah lain
untuk menangani masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina. Ini telah
menghasilkan pelan lapan perkara yang telah dipersetujui oleh kerajaan.
Jawatankuasa ini telah
empat kali bermesyuarat dengan pihak yang berkepentingan dan telah menerima
segala input yang diberikan oleh semua pihak.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada:
5 Mac 2012 bersama-sama
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Pendidikan
Guru(BPG), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP), Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM),
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian(BPSH), Persatuan Guru Besar SJKC
8 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru
Besar SJKC , Dong zhong, Jiao Zhong, HuaZhong, dan National Union of the
Teaching Profession (NUTP)
16 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru
Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan NUTP ( DongZhong- tidak hadir)
23 Mac 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru
Besar SJKC, JiaoZhong, HuaZhong, dan
NUTP ( DongZhong- tidak hadir)
2 April 2012, BPPDP, BPG, SPP, IPGM, BPSH, Persatuan Guru Besar
SJKC , JiaoZhong, HuaZhong, NUTP dan DongZhong
Untuk memastikan
keputusan Jawatankuasa itu dilaksanakan sepertimana yang dipersetujui, satu
mesyuarat penyelarasan tindakan Susulan Jawatankuasa Khas Menangani Guru SJKC
telah diadakan pada 27 Mac 2012 bersama-sama BPPDP, BPG, IPM, NUTP, dan BPSH
(sebagai urusetia).
Untuk permasalahan kekosongan jawatan guru di SJKC
Bagi mengatasi masalah
kekurangan guru, sebanyak 1,482 guru interim telah pun diagihkan kepada semua
negeri, manakala baki 392 guru interim dibenarkan dilantik pada 1 April 2012 lalu.
Guru-guru interim ini
akan berkhidmat sehingga pengisian oleh guru terlatih dapat dilaksanakan
sepenuhnya dan tertakluk kepada kekosongan sebenar berdasarkan Anggaran Belanja
Mengurus Perjawatan diluluskan.
Pada 27 Mac 2012, KPM
telah mengeluarkan surat
perlanjutan perkhidmatan guru-guru interim di SJKC. Bagi melaksanakan agenda
tersebut, pihak guru besar SJKC boleh mencalonkan guru-guru yang memenuhi
syarat dan pelantikan akan dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
masing-masing.
Untuk permasalahan guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan
dwibahasa
Tentang permasalahan
guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan
dwibahasa, Lembaga Pengelola SJKC berpendapat tindakan memindahkan 100
guru tersebut adalah wajar kerana guru-guru tersebut tidak boleh bertutur dan
menulis menggunakan bahasa itu. Pada mereka persoalannya adalah bagaimanakah
guru-guru ini dapat berinteraksi dengan murid-murid pemulihan yang sudah
tersedia lemah.
KPM telah membuat
penyemakan terperinci di atas dakwaan lebih kurang 100 orang guru pemulihan
tiada kelayakan bahasa Cina dan mendapati ada dalam kalangan guru-guru ini
mempunyai kredit dalam Bahasa Cina.
Seramai tujuh orang
guru didapati mempunyai kelayakan Bahasa Cina iaitu 2 orang di Melaka (SJKC
Chabau dan SJKC Pay Hsien, 2 orang di Sarawak (SJKC Chung Hua, Sibuti dan SJKC
Chun Hua Serian), seorang di Selangor
(SJKC Hin Hua) dan 2 orang di Johor
(SJKC Sengkang, Kulaijaya dan SJKC Ban Foo)
Oleh itu, KPM
menetapkan guru-guru yang mempunyai kelayakan bahasa Cina akan terus kekal di
sekolah tersebut sementara guru-guru lain akan ditempatkan semula ke sekolah
kebangsaan mulai 16 April 2012 sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Khas Menangani Kekurangan Guru SJKC pada 2 April 2012.
Untuk permasalahan guru-guru opsyen kajian sosial yang tidak
berkelayakan BC
Seramai 17 orang guru Kajian Sosial dengan minor Bahasa Melayu
telah ditempatkan di daerah Klang, Selangor.
Semakan dibuat oleh KPM
mendapati seorang daripada mereka mempunyai kelayakan Bahasa Cina dan akan
dikekalkan di sekolah sedia ada (SJK(C) Chung Hua).
Sementara itu, 16 orang
guru ini akan dipindahkan ke sekolah Kebangsaan. Seorang guru Kajian Sosial
yang ditempatkan di Melaka telah diganti dengan seorang guru pengajian Cina (SJKC
Chabau) manakala seorang lagi guru di SJK(C) Chung Hwa, Subis. Semua guru ini
akan dipindahkan berkuatkuasa pada 16 April 2012.
Untuk permasalahan kelayakan dwibahasa guru opsyen Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris
Pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Tahap 1 di SJKC Gred A dan B akan diajar oleh guru yang
berkelayakan mengajar Bahasa Cina sekurang-kurangnya di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia .
Bagi Sekolah Kurang
Murid pula , bagi tahap 1 dan 2 bagi pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris akan diajar oleh guru-guru yang berkelayakan Bahasa Cina
sekurang-kurangnya peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Inisiatif Jangka panjang bagi menangani kekurangan guru SJKC
BPG dan IPGM sedang
merangka Program Intervensi Tambah
Opsyen (PITO) untuk guru-guru bukan opsyen BM/BI dan mengajar mata pelajaran selain Bahasa Cina lebih
dari 5 tahun.
Kursus ini dijangka
bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini, supaya tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kerajaan telah
mengemukakan perancangan mengikut keperluan di SJKC dan mekanisme untuk melatih
bukan sahaja guru-guru yang terlatih di dalam Bahasa Cina tetapi juga penambahan
pensyarah-pensyarah Pengajian Cina.
Buat masa ini terdapat
72 pensyarah Pengajian Cina di IPG seluruh Malaysia . KPM telah bersetuju untuk
mengambil 30 lagi pensyarah Pengajian Cina bagi mempertingkatkan kapasiti
latihan guru.
Permohonan untuk menjadi pensyarah di IPG, termasuk
jawatan pensyarah Pengajian Cina telah
dilaksanakan mulai 13 Mac hingga 30
Mac 2012. Pada ketika ini pihak urusetia
di IPGM KPM sedang memproses permohonan dan pengambilan akan dibuat pada 1 Jun
2012. Pengambilan pensyarah dilaksanakan
secara berterusan.
Iklan untuk pengambilan
pensyarah ini telah pun ditutup pada 30 Mac
yang lalu.
Sebagai langkah
penambahan guru terlatih di SJKC, KPM juga telah menyemak dengan SPP dan
mendapati dalam kalangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam yang telah
ditemuduga, terdapat seramai 105 orang yang mempunyai kelayakan BC di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, KPM telah bersetuju akan melantik mereka
untuk berkhidmat di SJKC dalam tempoh yang terdekat.
Langkah-langkah yang
diambil ini jelas menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan isu yang
dianggap berlarutan oleh masyarakat Cina.
Walaubagaimanapun, saya
telah mengarahkan supaya Jawatankuasa ini terus mengadakan sesi perbincangan
dan maklumbalas serta mengumpul input dengan kesemua pihak yang berkepentingan dan
melihat semua pandangan yang diutarakan dengan mengambil kira semua aspek dan
mencari jalan penyelesaian jika ada isu-isu lain yang diketengahkan.
10 comments:
BERITA TERGEMPAR
AKU MENDENGAR KHABAR MUSANGKA GILA TELAH MENGISLAMKAN DR XAVIER DI MASJID ARRAHIMIAH,KELANG.MOHON PENGESAHAN TENTANG KEHEBATAN DAKWAH DAN ILMU ISLAM TUAN MUSANGKA TENTANG BERITA INI.....TK
Woi cina DAP! lu jgn lebih2 la..buat macam indonesia karang, baru ko tau! Orang cina sana langsung x reti ckp bahasa dia bahalol..baghal punya cian DAP!
Buang masa jer layan dong zong rasis ni.... Bagi mcm2 dia undi dap jugak... X caya tengok jer lah nanti
aku nak mintak semua cina2
mesia declare mereka nak undi sapa??
pakatan atau bn
cina2 dap ni mmg korang ajar trutama yg undi dap ni..mana depa.ada.trima kasih dpt duduk mesian
Apa cina nak semua dapat. Baghal punya menteri.
Tutup sudah la sekolah cina tu, ada ke melayu yg berani tutup sekolah cina ni?
Aku dah agak dah. Mesti menteri2 Melayu yg bengong2 tu tunduk pada kehendak piggy2 tu. Ini antara punca org tak pangkah bila pru nanti. Piggy2 dah tentu tak sokong wlpn bagi depa apa pun. Piggy2 yg tahu tuntut, tuntut, tuntut. Nama pun oink, oink.
Menteri Melayu ni buta ke, bengap ke? Pegang jawatan menteri tapi tak tahu ke (atau buat2 pekak badak) implikasi dari tindakan mengikut telunjuk/kehendak cina2 haramjadah tu?
Org2 Melayu akan jahanam bukan saja disebabkan oleh Anwar dan PAS tetapi juga oleh pemimpin kerajaan sedia ada. Anwar/PAS buat cara terang2an. Pemimpin yg ada pulak buat cara berbincang, konon2nya. Tetapi hakikatnya, tetap tunduk dan ikut telunjuk.
adil ke, cikgu melayu hanya ada option sekolah kebangsaan, cikgu bukan melayu ada pillihan sekolah kebangsaan atau skjc/skjt
kalau salah betulkan lah yea tapi bukanke
dlm perlembagaan takde sebut pun skjc/t
betui la komenn sebelum ni, kalau ikut cakap mereka depa still taak pangkah bn.
Dlm perlembagaan tak ada bab2 sjkc/sjkt diberi layanan mcm yg dibuat sekarang. Layanan istimewa ni adalah "brainchild" menteri2 melayu yg "brainless".
Post a Comment