Monday, April 16, 2012

TOLONGLAH PAS ! KENAPA LOW CLASS SANGAT PSYWAR KORANG NI !


 Pakatan Rakyat disaran oleh Ku Li supaya bersiap sedia ambil alih

SHAH ALAM: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata pihaknya telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah supaya bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu menjelaskan, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia bagi perubahan kuasa di negeri tersebut.

'Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini.

'Ku Li (Tengku Razaleigh) pernah memberitahu saya dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak,' kata Datuk Seri Mohammad Nizar.

Jelasnya, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri lain.

Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelas pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak

7 comments:

RH said...

Saya amat heran kenapa orang boleh percaya dgn isu cincin Rosman/ pembunuhan Altantuya dan bab pertunangan anak DS Najib. Bodoh benarkah DS Najib nak buat benda2 macam tu? Dgn PR 13 yg semakin dekat, takkan DS Najib gila nak guna duit rakyat untuk majlis pertunangan. Miskin benor kah beliau? Hei! Tak masuk akal. Takkan Rosmah pi masuk hutan sebab nak bunuh Altantuya. Takde kerja lain kah? Takkan dia tak terfikir yg dia tu isteri PM. Rahsia akan bocor sekiranya beliau pi bunuh orang. Kita guna otaklah sikit. Biarpun orang cakap macam2, kita guna otak kitalah untuk menilaikannya. Jangan pakai telannn bulat2 jer. Tak de own judgement kah kita ni. Jangan jadi bodohlah orang melayu ni.

Anonymous said...

Assalamualaikum ,


Dalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka yang paling hebat seksaannya.

Anonymous said...

..wa caya perak akan diambil alih pr ...tp dap ya.. bukan pas...krusi solid dap=18..krusi kritikal pas=6...

kini mereka dah letak pak lebai dummy dah ...kah kah kah

berdasar situasi yg berbeza era paklah..

umno dulu sambil lewa dlm gerak kerja 2.bercampur boikot paklah- nyampah menantu dia. 3.'kuasa mahathir' diluar..dan sampingan lain...

dan tekini..melayu mula bersatu..indian islam dan hindu mula kembali ke BN..sedikit percent dr kaum cina...(.ingat cina mengindam kuasa Dah lama. xkira dpt pijak pas atau pkr janji kuasa....yg ni kita ramai2 mohon berharap dlm hati serta doa kita pada Allah...kita yg bakal teraniaya di tanah sendiri..)

MAKA DAP AKAN DPT LEBIH KORANG 16-18..

pas 3-4 krusi...

faktor penentu kini berubah..pkr...sejauh mana dia dpt tipu rakyat..sbb yg ni bantuan yahudi sentiasa diluar jangka..

Servant of God said...

Apa? Cincin?

Mana?

Dah berapa bulan aku langsung tak ingat lagi tentang cincin halimunan tuh.

Rakyat pedalaman semua tahu ek?

Peghh...

Orang kata bodoh, taknak terima lak.

Anonymous said...

skandal yang paling teruk ialah skandal seks..ayuh kita tolak pemimpin Islam yang terlibat dengan skandals seks atau zina atau homoseksual...jika pemimpin boleh terlibat dengan dosa besar ini...apatah lagi dengan rasuah atau menjual maruah negara??

Anonymous said...

Apa apa pun BN akan tetap memerintah PERAK. Insyaallah.

Tun Teja said...

1. If the statement from Nizar is really true about his meeting and suggestion by Tengku Razaleigh to be prepared to recover Perak state by PAS or by him, T.R. must be questioned of his integrity with UMNO’s pledge where he was representing.
2. If Nizar’s statement his meeting with Ku Li on 1 April in Ipoh, is fabricated by himself, he is an idiot politician who is under delusion. This can happen to the blockhead person who lost his power by creating a far-fetched ambition but myopic of his own capabilities.