Monday, August 27, 2012

PAS SEMAKIN BERJAYA MEROSAKKAN ISLAM !



Walaupun sebelum ini PAS telah bersetuju untuk membuang Negara Islam, sekali gus ‘hudud’, dari perjuangan mereka demi kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi kini PAS terpaksa berhempas-pulas untuk menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mereka memerintah.

Ini kerana PAS sedar bahawa ramai dari golongan akar-umbi yang ‘sedikit cerdik’ merasa marah dan mula meragui perjuangan PAS gara-gara terlalu mengikut telunjuk DAP.   Benar, bahawa majoriti akar-umbi PAS adalah buta-tuli-dungu yang mengikut sahaja ke mana arah pemimpin mereka pergi tetapi sokongan dari golongan ini tidak dapat meredakan tekanan dari golongan yang ‘sedikit cerdik’ yang mendambakan hudud tadi.

Justeru, ‘hudud’ dan ‘Negara Islam’ perlu dikembalikan ke dalam perjuangan PAS, sekurang-kurangnya untuk digembar-gemburkan oleh media massa supaya penyokong mereka percaya yang PAS akan melaksanakan hudud di samping dijadikan ‘modal’ untuk berkempen dan menyerang UMNO.

Mungkin ramai yang telah lupa atau tidak tahu bahawa PAS pernah mencuba untuk menggubal undang-undang hudud untuk digunapakai di Terengganu ketika mereka memerintah negeri tersebut.  Tetapi ternyata hudud yang dibentangkan oleh PAS bukan berdasarkan Islam, tetapi berdasarkan nafsu pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya ditolak mentah-mentah oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Antara perkara yang bertentangan dengan hukum Islam yang di dalam hudud Terengganu yang telah digazetkan ialah Seksyen 14 di mana menerangkan bahawa seorang suami dibolehkan untuk meliwat isterinya.  Selain itu, terdapat juga enakmen yang membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Ini hanya 3 contoh mengenai betapa kejam dan tidak adilnya hudud ciptaan PAS.  Mengikut Datuk Zulkifli Noordin di dalam Sidang Dewan Rakyat sekitar Oktober 2011, terdapat berbelas-belas lagi perkara di dalam hudud PAS Terengganu yang bertentangan dengan Islam dan menafikan keadilan.

Walau apapun, kita percaya yang Hukum Hudud tidak mustahil untuk dilaksana.

Yang menjadikannya mustahil ialah kesukaran untuk mencari para penggubal, hakim dan seluruh jentera penghakiman yang mempunyai keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang tinggi dan sempurna.  Selain itu, ia juga memerlukan keikhlasan, ketakwaan dan integriti yang sama tinggi dan sempurna, di pihak yang bertanggungjawab melantik mereka-mereka ini.

Hudud Terengganu dengan sendirinya telah membuktikan betapa PAS langsung tidak layak untuk menggubal hukum hudud.

Sikap PAS yang berat sebelah sehingga sanggup menutup mata atas maksiat yang dilakukan oleh pemimpin sendiri, contohnya Mat Sabu yang ditangkap khalwat tetapi dijulang sehingga menjadi Timbalan Presiden, pula menunjukkan yang PAS bukanlah pihak yang layak untuk melantik hakim ataupun penggubal hukum hudud.

Tindakan PAS menggunakan alasan hukum hudud yang memerlukan 4 saksi untuk menolak saksi dan bukti kes liwat/zina yang diperolehi melalui teknologi seperti rakaman video dan forensic sains menjadikan orang bukan Islam semakin ‘cuak’ terhadap hudud.

PAS mempertontonkan kepada bukan Islam bahawa hudud adalah sesuatu yang akan membawa kita ke belakang ke zaman jahiliah sebelum penemuan sains dan teknologi serta cenderung menganiaya wanita dan memberi kuasa penuh kepada lelaki untuk memenuhi nafsu serakah mereka sebebas-bebasnya.

Selain itu, hujah PAS bahawa hudud akan mengekang jenayah juga tidak dapat diterima oleh bukan Islam kerana beberapa negara yang mengamalkan hudud berada di tempat tercorot di dalam indeks jenayah dunia.   Kebanyakannya juga memaparkan kekejaman yang tinggi terhadap wanita.

Antaranya, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.  Manakala, Pakistan pula yang mengamalkan undang-undang Islam bersama dengan undang-undang lain juga merupakan antara negara yang mundur dan juga banyak melakukan ketidakadilan terhadap wanita.  Sedangkan umum sedia maklum bahawa Pakistan merupakan antara negara yang paling digemari oleh puak-puak PAS untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran agama.  Gelaran ‘mujahidin’ dan gerakan jihad di Pakistan menjadikan mereka teruja walaupun beberapa kali terjadi kes di mana anak-anak mereka terutamanya yang perempuan menjadi trauma sejurus tiba di sana.

Secara keseluruhannya, sikap, pandangan serta kecenderungan PAS dalam memperkatakan Islam dan undang-undang Islam membawa gambaran yang mundur, tidak adil serta menakutkan.

Kerana PAS, Islam dan undang-undang Islam dilihat sebagai mempromosi ketegangan, syak-wasangka dan keganasan.  Kerana PAS, Orang Islam dilihat sebagai golongan yang sentiasa waspada, tidak ikhlas, sukar bergaul, memusuhi ketenangan, menolak keceriaan dan sebaliknya sering mencari pasal terhadap orang lain – bukan Islam dan juga sesama sendiri.

Oleh itu sebelum PAS meneruskan lakonan menyerang Karpal Singh, adalah lebih baik PAS melihat dahulu ke dalam diri sendiri.   Sedarlah bahawa di mata umum, termasuk bukan Islam, PAS itu sinonim dengan nafsu - berkahwin 2,3,4, berkhalwat dan berzina.  PAS itu sinonim dengan sifat kampungan yang suka mencarut, memaki dan menghamun.  PAS itu sinonim dengan lelaki tidak berguna yang siang malam kononnya ‘berjihad’ sedangkan isteri yang menanggung semuanya.

Dengan itu, kita ingin bertanya PAS, ‘jihad’ apa?

Jihad yang paling utama adalah jihad menentang iblis di dalam diri sendiri.  Laksanakan jihad yang utama itu dahulu sebelum berjihad melaksanakan hudud kerana selagi iblis menguasai diri, selagi itulah hudud yang ingin digubal menjadi hudud yang berdasarkan nafsu dan bukannya berdasarkan Islam.



215 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 215 of 215
Anonymous said...

BAKO

BAKO

BAKO

Anonymous said...

MATEMATIK PUTRAJAYA

Paster ada anutan; Dapster ada anutan sendiri

Paster nak dakwahkan Dapster; Dapster dakwahkan Paster

Paster boleh masuk masjid; Dapster juga boleh masuk masjid

Paster kata khutbah depa hebat; tanpa Paster sedar hutbah Dapster lagi hebat

kalau itulah halnya, dalam konteks pru 13, berapa peratus peluang yang Paster ada untuk muncul jadi khalifah di putrajaya?

50-50?

PEMERHATI

Anonymous said...

Apa dah jadi dgn mamat sekor ni? Dia faham ke apa yg aku tak faham. Lord Reid baru ke ni? Anak angkat Bomo kot?

Anonymous said...

PAS ni bukanlah nak menaikan syiar islam, lebih teruk dari kapir laknat, Atok aku kata' Ada topang topang bawa rebah". Hanya yang bebal@bengap aja yang tak tahukan perbezaan mata air dengan air mata. PAS Perasaan Aku Seorang

Anonymous said...

PAS wajib membersehkan diri pemimpin2 yg penuh dgn maksiat sebelum bercita2 tinggi untuk membersehkan semua ummat Islam di Malaysia.

Anonymous said...

BUMU SIAL CARI MAKAN!!

SATU KOMEN/ FITNAH DAPAT 50 SEN DARI PR!!

Anonymous said...

Salam. Suke aku baca blog GAP ni selalu ada anon meracau hihihi. Tapi anon 1:27 pagi memang lawakla bro anti demokrasi konon.. Knowledge saya basic je tp biar saya cerita sikit.. Demokrasi tu bukan ciptaan kristian atau yahudi la tapi yunani / greek zaman sebelum wujud kristian dan islam. Ilmu dari Greek juga banyak jadi rujukan islam zaman dulu. Islam tak menetapkan siapa patut jadi pemerintah. Yang ada hanyalah ciri ciri pemerintah, tapi undang undang syarie tu mmg wujud le. Sebab tu pemerintahan era khalifah hingga uthmaniah berbeza. Khalifah dari kalangan sahabat Rasul, tapi Uthmaniah pula sistem monarki beraja. Demokrasi pula atas pilihan rakyat proses yg hampir sama spt junjungan besar kita Rasulullah saw yg dipilih oleh penduduk Madina.

- Chill bro pilihan ditangan manusia tapi keputusan tetap dari Allah swt.

Anonymous said...

Salam. Suke aku baca blog GAP ni selalu ada anon meracau hihihi. Tapi anon 1:27 pagi memang lawakla bro anti demokrasi konon.. Knowledge saya basic je tp biar saya cerita sikit.. Demokrasi tu bukan ciptaan kristian atau yahudi la tapi yunani / greek zaman sebelum wujud kristian dan islam. Ilmu dari Greek juga banyak jadi rujukan islam zaman dulu. Islam tak menetapkan siapa patut jadi pemerintah. Yang ada hanyalah ciri ciri pemerintah, tapi undang undang syarie tu mmg wujud le. Sebab tu pemerintahan era khalifah hingga uthmaniah berbeza. Khalifah dari kalangan sahabat Rasul, tapi Uthmaniah pula sistem monarki beraja. Demokrasi pula atas pilihan rakyat proses yg hampir sama spt junjungan besar kita Rasulullah saw yg dipilih oleh penduduk Madinah.

- Chill bro pilihan ditangan manusia tapi keputusan tetap dari Allah swt.

Anonymous said...

Bomo Siam said...

Kita menentang PAS, bukan kerana namanya PAS,
Kita menentang PR, bukan kerana namanya PR,
Kita menentang PAS ialah kerana dia seronok di bawah Perlembagaan Penjajah dan berpura pura melaksanakan hudud,
Mengekalkan dan menyokong undang-undang kafir malah menyokong murtad,
Bersubahat mengekalkan peraturan jahiliyyah dan berperangai jahilliyyah,
Oleh kerana itulah kita menentang mereka,
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka,
Oleh itu, kita berlawan dengan mereka!

Percayalah Saudara2 Sekalian,

Perjuangan kita adalah jihad,
Ucapan kita adalah jihad,
Derma kita adalah jihad,
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi)
puak-puak ini...!

Takebeer...! PAS Syaitan BESAR!

CucuAtok said...

Anon 1.27...

terpulang pada hang ler nak kata aper....

kalu hang kata dua dua belah sama... itu pangdangan ko....

Anonymous said...

Menyokong PAS samalah kita menyokong dakyah kafir harbi dan sekutu mereka Yahudi Zionist melalaui elemen2 sesat dari Islam.

Menyokong PAS samalah kita menyokong Aqidah disekutukan, mengekalkan ciri sesat jahilliyah dan assobiyyah Arab Jahiliyyah yg mengutamakan BERHALA (PARTI) daripada perintah Allah!

Awaslah kita jgn tertipu dgn ujian ini. Kembalilah pd pihak yg benar wpun masih ada kelemahan, tp Insya Allah boleh dibaiki dn diberkati..AMINN!

Menolak PAS kita berjaya menolak mnjadi hamba NAFSU dn SYAITAN!

Anonymous said...

Memberi undi pada PAS samalah seperti kita sokong dakyah kafir harbi kristian dan Yahudi Zionist menguasai kita. PAS adalah ejen kesesatan yang mengajak kita meninggalkan Aqidah Tauhid kpd Allah Yang Maha Esa, sebaliknya menerapkan kita kpd penyembahan BERHALA (Parti) mengatasi Agama.
Tuan2 semua, sudah jatuh HARAM disisi syariat jika mengundi PAS, mudarat besar pd Agama pasti berlaku jika tuan2 berikan undi pd puak Laknatullah ini, yg angkuh lg sombong pd Tuhan dan org Mukmin, usahlah kita tanggung dosa berganda dgn mengundi Pakatan Sesat ini.
Yakinlah Allah Ta'ala telah tunjukkan pd kita siapa yg benar, selama 50 tahun lebih, kita aman dan bebas beribadah dgn limpahan Nikmat, wpun masih ada kelemahan, baikilah kelemahan itu dr kita musnah dan gantikan dgn puak yg dilaknat Allah!

Anonymous said...

Kau anjing kurap la bomo siam....

Anonymous said...

Woi bomo bodo.. Dlm masa 20 tahun dah mcm2 krjn bn buat... Ada felda, tabung haji,ukm, upm, mara dsb nya yg membantu rakyat..pas buat apa kat klantan..kadar aids tertinggi d msia, rakyat masih miskin dan cr makan d keluar klantan...apa cerita? Apa yg boleh pok nik buat..mcm haram jadah...tk bawa kebaikan langsung..asik bg ceramah politik hari2..najis.. Itu yg nk di banggakan...kau mmg penjilat yg kufur..membutakan mata kpd yg realiti....

Anonymous said...

Bomo siam buta ke? Hendak perlembagaan apa lagi? Al Quran dah lengkap. UMNO dah melaksanakan banyak perkara seperti yang termaktub dalam Al Quran. Sebenarnya apa yang penyokong PR harapkan dari PAS, tiada apa pun kelebihan PAS mereka hanya memperalatkan Islam untuk dapatkan undi. Jangan jadi buta dalam celik.

«Oldest ‹Older   201 – 215 of 215   Newer› Newest»