Thursday, August 2, 2012

SUKA BENOR DIA KENA KENCING.


Lumrah kebanyakan orang politik tidak lepas dari menyimpan cita-cita tinggi untuk kepentingan peribadi dan tidak pernah puas dengan kedudukan serta jawatan sedia ada.

Memang diakui ramai yang tak pandai mengukur baju di badan sendiri sebaliknya lebih suka masuk bakul angkat sendiri, lantaran itu pantang dijanjikan atau ditawarkan jawatan yang lebih tinggi segelintir politikus ini akan segera menggapainya.

Bekas MT UMNO dari Sabah, Lajim Ukin adalah antara politikus yang memiliki sifat dan sikap yang tidak pernah puas dengan nikmat yang dikecapi dan acapkali terlebih ukur baju di badan sendiri.

Rakyat Sabah sendiripun sudah lama sedia maklum dengan impiannya yang membuak-buak begitu berkeinginan sekali untuk menjadi Ketua Menteri malah pernah satu ketika diugutnya PM supaya Ketua Menteri sekarang dilucutkan jawatan dan diganti pula dengan dirinya.

Lajim pun tahu untuk naik ke tangga atas dengan menggunakan kemampuannya agak sukar untuknya menandingi kewibawaan dan pengaruh Musa Aman serta seorang lagi pemimpin Sabah, Shafie Afdal sekaligus tidak memungkinkan dirinya untuk menapak ke atas dengan mudah.

Jika dia bijak mengukur kemampuan diri dan pandai memakai baju yang sesuai mengikut saiz, selayaknya Lajim patut bersyukur kerana berpeluang juga merasai nikmat duduk di kerusi empuk Timbalan Menteri di peringkat Pusat.

Tapi dek kerana nafsu membuak mahu mengutamakan cita-cita peribadi, politik ugut pula yang jadi galang ganti.

Mujurlah PM bukannya jenis yang mudah tergugat dengan ugutan, jika tidak, tentu sahaja lama kelamaan amalan ugut mengugut akan menjadi budaya biasa bagi segelintir politikus untuk menggapai jawatan tinggi dan kekayaan peribadi.

Lajim tidaklah keseorangan dalam mempraktikkan budaya mengugut pemimpin atasan parti untuk merealisasikan kepentingan dirinya. Beberapa ketika sebelum inipun, rakannya dari Kedah, Kadir Sheikh Fadzir pun pernah cuba kaedah sama namun tetap juga tidak dilayan oleh PM.

Manakala beberapa tahun dahulu pula, seorang pemimpin PKR yang sekarang sedang memegang jawatan di sebuah negeri juga pernah berpengalaman melakukan kaedah ugut sedemikian untuk kepentingan peribadi dek kerana tertekan dirinya dikelilingi hutang berpuluh juta dengan bank tempatan.

Dan bila permintaan (ugutan) masing-masing enggan ditunaikan oleh PM, akhirnya mereka membawa haluan dengan bersekongkol bersama Anwar Ibrahim selepas dijanjikan jawatan dan kedudukan tinggi.

Pendek kata, sekiranya PM tunduk pada permintaan mereka yang bersifat peribadi dan berkepentingan diri itu, mereka memberi jaminan akan kekal bersama UMNO sedangkan bukan satu kelaziman untuk mana-mana PM mendahulukan kepentingan peribadi segelintir pemimpin tak sedar diri.

Mungkin dari segi jangka masa pendek, ketegasan PM tidak melayani tuntutan peribadi segelintir politikus itu boleh memberi sedikit kesan pada parti dan kerajaan. Pun demikian, daripada negara kita terpaksa menghadapi barah penyakit yang sukar diubati lebih baik mencegahnya dari awal.

Kecualilah jika negara kita diperintah oleh Anwar Ibrahim tentu sahaja keutamaan dan kepentingan rakyat akan dibelakangkan manakala kepentingan peribadi serta kelompok politikus tak sedar diri pula akan lebih menjadi prioritinya.

Soal nanah menjadi barah dikemudian hari tidak pernah pun menjadi perkiraan Anwar lagipun agak serasilah sikap mengutamakan diri itu dengan perwatakan Anwar yang sejak dulu lagi gemar memijak kepala orang lain semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu sendiri.

Berbalik pada kisah Lajim Ukin yang kepingin menjadi Ketua Menteri, ketahuilah langkahnya takkan sepanjang mana. Lagipun sudah ramai yang menggigit jari selepas tertipu dengan permainan politik janji yang sudah menjadi tabie Anwar sejak dulu lagi.

Orang-orang tua selalu berpesan, bila dengan guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurah buang. Hari yang mendung, guruh berdentam dentum belum tentu hujan akan turun.

Ramai rakyat Sabah senyum sinis sambil bertanya sesama sendiri, mampukah Lajim menggapai impian untuk menduduki kerusi Ketua Menteri atau penghujung usia politik terbiar dan tidak lagi dipedulikan orang?

Melihat pada realiti politik hari ini ditambah lagi dengan laporan temurapat PKR yang menyimpulkan masa depannya dalam PRU 13 kelak agak kelam, tidak sukar untuk kita menjangkakan nasib politik Lajim nanti.

64 comments:

Anonymous said...

BEAUFORT 1 Ogos - Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan terus berdiri teguh bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan terikut-ikut dengan keputusan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Presiden PBBS.


Timbalan Presiden PBBS, Kamarlin Ombi berkata, majoriti masyarakat Bisaya sebulat suara masih berdiri teguh dengan kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


"Masyarakat Bisaya khususnya di Beaufort telah banyak menikmati hasil yang dibawa oleh kerajaan BN. Oleh itu, kami menetapkan pendirian untuk terus menyokong dan setia pada parti yang telah banyak mentransformasi negeri ini.

Anonymous said...

TAK SANGKA TIMUR LEBIH MATANG DARI BARAT

berkat kebijaksanaan Sabah dan Sarawak, akhirnya bukan saja dua buah negeri ini jadi faktor penting dalam penyatuan timur dan barat malah lebih penting itu mereka jadi pemarkah utama dalam menentukan pihak mana dikotori nepotisme dan pihak mana yang bersih dari nepotisme dan seterusnya pihak mana yang bakal ditolak bulat-bulat dan pihak mana yang akan dikekalkan untuk terus mengotakan janji.

PELAYAR POLITIK KONTEMPORARI

Anonymous said...

.
KL DAN KK

kemudahan asas bukanlah satu isu besar di Sabah sebagaimana isu air menjadi isu besar di sebuah negeri termaju.

kalau aman, tenteram, tolak ansur dapat dipromosikan dan dipertingkatkan, ia adalah aspek yang amat bernilai buat sebuah negeri di bawah laluan monsun

PANDANGAN TENGAH

Anonymous said...

Hilang perjuangan..
Timbul ....
Kepentingan...

Tanpa sedar....
Umur kata pergi...
Sepatutnya kebajikan d cari...

Tapi...

Tekak kata nanti....
Perut kata ..belum muat lagii...

Anonymous said...

AGAMA DAN KESATUAN ADALAH SINONIM TETAPI IA JUGA MAMPU JADI PEMBERAI-BERAI KALAU DIPERALATKAN OLEH PIHAK OPORTUNIS.

SELAGI BILANGAN PIHAK TENGAH MENGATASI PIHAK KIRI DAN KANAN MAKANYA PERTEMBUNGAN TIDAK SEMIAK ANTARA KANAN DAN KIRI DENGAN SENDIRI TERBENDUNG.

ADALAH SATU KEAJAIBAN BILAMANA KENYALANG DAN BAWAH BAYU TERUS BEBAS DARI ELEMEN JUMUD DAN TAKSUB DAN SETERUSNYA MENYUMBANG KEPADA KEUTUHAN FEDERALISME

ATAS PAGAR

Bomo Siam said...

Penduduk Sabah sepatutnya menolak suma parti2 politik yg berasal dari Semenanjung seperti....

UMNU, PAS, PKR & DAP.

Bangunkan & sokonglah parti politik tempatan yg tak punya kepentingan lain selain utk rakyat Sabah!

SABAH UTK ORG SABAH...!!!

Intergrasi Nasional buleh dicapai melalui persepakatan, bukan penaklukan!!!

Anonymous said...

mula-mula katak

diikuti rumah ibadat

lepas ini?

Anonymous said...

lakonan penting

kalau maunah abadi boleh

ketua general pun kena tunjuk boleh!

Bomo Siam said...

Ingat wahai rakyat Sabah, status Sabah tak sama dgn negeri2 lain dlm persekutuan, punya perbezaan tertentu yg telah dipersetujui melalui Memorandum 20 Perkara.

Lihat saja apa yg telah terjadi pd USNO kerana termakan jarum kapitalis politik semenanjung. Apa yg sudah terjadi pd Labuan?

Apakah 20 Perkara tersebut menyebelahi atau sudah ditunaikan?

Bagaimana dgn Perkara 4: Ketua Persekutuan

'Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan'

Bagaimana sebuah negeri yg punya simpanan minyak terbesar di persekutuan masih tergolong sebagai negeri miskin & hanya di peruntukkan royalti 5%...?

Renung2kanlah akan nasib kamu sendiri. Apakah kamu masih dijajah...???

tobeng said...

mat siam,kau tak faham politk sabahlah dol.

Sabah punya parti yang betul2 kuat cuma pbs dan usno.Tapi usno sudah tukar jadi umno atas permintaan Melayu Sabah dan untuk menjaga kepentingan orang2 Melayu Islam Sabah sendiri juga.

Takkan kau tak baca sejarah politik.Jadi kalau betul2 nak tolak parti politik luar tolaklah dap,pkr dan pas.

Anonymous said...

penjajahan berlaku dalam banyak bentuk seperti ekonomi, sosial, agama dsbnya.

contohnya, menara pasberg di Pulau Mutiara adalah satu bentuk penjajahan agama dan kapitalis haloba.

makanya waspadalah bong dan lin semua.

Bomo Siam said...

Wahai rakyat Sabah/Sarawak....

Jika kamu dikatakan hanya sebagai 'bidak' yg sering dikorbankan olih percaturan kapitalis politik semenanjung melalui membesarkan perut2 kalangan pemimpin2 tertentu diantara kamu...apakah kamu setuju?

Tiada siapa yg dpt mengubah nasib kamu kecuali diri kamu sendiri...!!!

Anonymous said...

Sabah tidak buta malah Sabah nampak dengan jelas gerombolan suami, isteri, ANAK/MENANTU, sepupu/seposen adalah satu bentu politik dinasti.

Makanya politik dinasti dan sistem feudalism jajaan Pakatan NWO yang dibawa tentunya tidak selari dengan selera politik Msia timur dan tidak akan dijamah.

Bomo Siam said...

Dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) yang dikeluarkan Nov 2010, Bank Dunia mendedahkan Sabah yang mewakili 10 peratus daripada penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyat yang dikategorikan sebagai termiskin di Msia.

Sarawak juga telah lama dikenal-pasti sebagai negeri termiskin di Malaysia selepas Sabah dan ini diikuti oleh Kelantan dan Terengganu.

Kenapa suma negeri2 yg kaya minyak, terima nasib macam ni...???

Anonymous said...

.
KABEL KELULI (KK) AJE TAK CUKUP

peluang untuk individu rapat dengan dinasti naik ke puncak hieraki pembangkang adalah pasti

peluang untuk anak jati KK naik ke puncak hierarki pembangkang adalah kosong kerana tidak ada kabel dinasti

ANTI-KERAT

Bomo Siam said...

Apakah UMNU sengaja menyekat negeri2 miskin ini utk maju semata-mata kerana tidak mahu apa yg terjadi kepada 2 negeri termaju, Sngor & Penang......

Yg dah terlepas ke tangan pembangkang!!!

Wawasan 2020...? Wakakakakakaa...!

Bagai BUMI DGN PLUTO...!!!

Mmuuaahhahahaha...!!!

Anonymous said...

hidup.umnu hidup umnu hidup umnu ....dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

hidup umnu hidup umnu hidup umnu ....dulu kini dan selamanya... boleh bah kalau kau....

Bomo Siam said...

If the rakyat of Sabah do not take the initiative to improve themselves, Sabah will always listed among the poorest states in this country....!

Anonymous said...

hidup umnu hidup umnu hidup umnu....dulu kini dan selamanya

Anonymous said...

hidup umnu hidup umnu hidup umnu .....dulu kini dan selamanya

aloya said...

Hidup Sabah dan Serawakm negeri tercantik di Malaysia!

Jgn terpengaruh dgn politik samseng PR, orang Serawak dah membuktikan yg tiada tempat untuk gerombolan celaka PKR dan PAShit!

Anonymous said...

Bomo Siam memesongkan fakta lagi menentang Umno. Bomo Siam sial tulis mengikut idea pembangkang. Jangan layan akal Bomo Siam yang menganggur dan makan wang ringgit dari pembangkang kerana menulis anti-Umno. Tulisan nya sangat membosankan. Akan orang dewasa gila.

Anonymous said...

long live umnu long live umnu long live umnu......yesteday today and forever...bumi is the poorest among all

Anonymous said...

poor bumu working all out.....pity u.

Bomo Siam said...

Tolaklah dgn bijak kapitalis2 politik dari semenanjung seperti UMNU, PAS, PKR & DAP ini dari terus....

Menjajah minda rakyat Sabah!

Anonymous said...

hidup sabah sarwk hidup sabah sarwk hidup sabah sarwk....dulu kini dan selamanya.....poor bumu pity u...

Anonymous said...

hidup bumu hidup bumu hidup bumu....dulu kini dan selamanya hidup segan mati tak mahu...kesiannn bumu

Bomo Siam said...

10:52 AM,

Ya...! Menganggur dpd bawak tempurung kpd kerajaan UMNU & pembangkang2 kosong seperti PAS, PKR & DAP...!

Kuah kuaah kuaaah...!!!

Anonymous said...

SOKONGLAH PEMIMPIN YANG BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI DAN BUKANNYA PEMIMPIN YANG BERDIRI ATAS KAKI SI ANU DAN SI ANI

Bomo Siam said...

How many percentage of Sabah residents are 'Sabahans' and how many percentage is 'Illegal immigrants' and 'Stateless residents'...???

Who care...???

Mmuuaahhahahaha...!!!

Anonymous said...

negeri lain ambillah iktibar dari negeri termaju yang mengalami krisis air kerana tidak mendahulukan rakyat

Bomo Siam said...

Email dpd 'asap' aku di Sabah - Asam Kecut!

Hello Bomo! Why Sabah is the poorest state in Msia? Just go visit Sarawak, Terengganu and Kelantan and you'll know the condition in Sabah. At least Terengganu has Lebuhraya Pantai Timur linking Pahang, Terengganu and Kelantan, 100X better than our Jalan Persekutuan in Sabah whereby the conditions are so poor and under maintenance. Trying to compare KK with Kuching? with Kuala Terengganu? with Kota Bahru? How about comparing other aspects at the rural areas? Pity the Sabahans to have a very "Short-sighted" CM who only have one thing in his mind that is to "enrich" himself and the cronies. Try driving around in and out KK and to other areas in Sabah, one can easily tell the poor condition of Sabah road systems - Asam Kecut.

Anonymous said...

Meskipun Sabah lebih luas dari serambi mekah tetapi air boleh minum di Sabah adalah sejernih air embun di puncak kinabalu.

Apakah kejernihan itu ujud secara otomatik? Bagaimana dengan serambi mekah, apakah kekaratan itu juga ujud secara otomatik?

Justeru, berbanggalah kamu dengan apa yang ada dan jangan terpesona dengan segrombolan tikus repair labu dari semenanjung yang khabarnya hendak baiki labu.

SAMA-SAMA BERINGAT

tobeng said...

Peruntukan untuk Sabah paling tinggi sekarang dalam belanjawan negara sejak beberapa tahun ini.Mungkin dulu ada kekurangan di sana sini tapi sudah semakin diperbaiki.

Bukan senang nak membangunkan negeri yang terlalu luas dengan penduduk yang sedikit.Cakap memang tak sesenang bikin.Bayangkan berapa puluh billion kos nak menghubungkan antara bandar2 di Sabah dari KK ke Tawau dengan jarak yang beratus km dengan pengguna jalan yang tak seberapa(tak ekonomikal)?Itu belum masuk jalan ke pekan2 kecil dan kampung2.

Sarawak pun begitu juga.Berapa kos nak bina jalanraya beratus2 km untuk menghubungkan antara kampung2 rumah panjang yang berselerak di dalam hutan di sarawak dengan pekan2 dan bandar2?

Itu baru contoh jalanraya belum yang lain2

Anonymous said...

bumu muhung bumu muhung bumu muhung....dulu kin dan selamany bumu pemuhung....

Anonymous said...

the malay mail cares....malay mail the paper that cares.

Anonymous said...

long live umnu long live umnu long live umnu...yesterday today and forever.....pity bumu trying all out

Bomo Siam said...

11:25,

Kenapa baru skrg? Sabah dah over 40 tahun dlm Msia!

Kenapa dah 'nazak politik', baru UMNU cakap nak buat...???

aloya said...

baiklah buat sekarang dari tak buat apa2 mangkok!

apa PAS Kelantan buat untuk selesaikan masalah air?

tobeng said...

Mat siam,takdelah baru sangat,aku ingat dah 2 kali Rancangan Malaysia,tumpuan diberi pada Sabah Sarawak lebih dr negeri2 lain,sejak sebelum 2008 lagi.

So kalau kau masih tak puas hati lagi,itu mungkin masalah busuk hati kau sendiri.

anak sabah said...

sbg anak sabah, aku tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan di negeri kami.
salah silap pemimpin, rakyat akan tuntut di akhirat nanti.
sabah skrg tidaklah seteruk seperti yang ramai org bayangkan.jemput dtg ke sabah dan lihat sendiri.
yang menyebabkan sabah jadi termiskin adalah sebab kehadiran pendatang asing tanpa izin ataupun pelarian.

Servant of God said...

Hahahahaha

bomo cuba pujuk orang Sabah kat sini? Cuba nak kata Sabah miskin?

Hahahahahaha

Sabah ni senang2 negeri yang paling cantik kat Malaysia nih. Dah laa cantik, dia punya aman lain macam beb. Korang tak rasa, bangun pagi2 kat Sabah macam mana. Aku rasa aman cam gitu cuma kat resort kat Langkawi jek. Itu aku laa.. tak tau orang lain camne kan.

Tapi, ekonomi orang Sabah memang meningkat, terutama dalam beberapa tahun nih. Memang masih ada yang miskin, tapi perlu tengok siapa.

Kalau pendatang2 tanpa izin dari Filipina tu, mmg takleh nak kata apa. Dorang memang banyak keliling pasar besar KK. Pulak kalau budak2 Filipin, satu2 bogel tepi pasar ayam tuh, gilir2 terjun dalam laut. Dorang langsung tak peduli darah, najis dan sisa2 dari pasar ayam tu jatuh tempat dorang diving tuh.

Pendatang Filipin ni memang miskin. Orang2 Memang Bajau, Kadazan, Murut pun ada yang miskin, tapi biasa laa. Tak semua miskin, tak semua kaya. Bukan semua kat semenanjung ni pun kaya kan.

bomo nak main sentimen orang Sabah? Hahahaha ko tak faham orang Sabah mat, tak payah le. Lebih menyedihkan dpd biasa keadaan ko

Anonymous said...

SoG

Sabah negeri termiskin di Msia la...apa yg kau nk spin ni...cantik lah...miskin tapi tk miskin lah..

Mmg tiba masa utk Sabah berubah...BN tk pernah serous utk bangunkan Sabah... hrp PR jgn begitu...belajar dari kesilapan BN..

Bomo Siam said...

Sabah was once the riches state in Malaysia. Round the clock logging over the years with a begger type 5% oil royalty now consider also the poorest state.

Look at the photo shot of Batu Sapi look like 40 years behind time after 40 years being Malaysia....!

Topinai said...

bumu siye punyer statement ada benarnya jugak. hakikatnya memang mcm itu. salah satu contoh intergrasi nasional yg terbaik...

1) guru2 Sabah hantar semenanjung (elaun brp? byk yg kandas!)

2) guru2 Semenanjung hantar Sabah... wow! tak payah nak komen duit diorg!!!

3) Suma projek pembangunan Sabah sapa control? Persekutuan atau Musa? 2X5 shj!!!

4) kamu org bole ckp apa yg kamu suka, tapi hakikatnya tetap sama, Sabah adalah 'lombong emas' kpd UMNO dan 'ahli-ahlinya'!!!

P/S: OSU si kaki judi tu ahli UMNO dan bekas KM....

Servant of God said...

Anon August 2, 2012 1:17 PM,

Kau dah pi sendiri ke sana tengok keadaan ke?

Yang boleh dikategori miskin tu ialah per kapita.

Faham tak per kapita nih?

Kat kawasan pedalaman sana, yang tak sampai walaupun ada kenderaan 4x4, seperti Long Pasia dan macam2 Long lah, itu memang sah miskin.

Bila begini, pendapatan orang yang duduk di pekan dan bandar pun perlu dibahagi dengan orang yang pendapatan sangat rendah, itu yang nampak miskin. Faham tak ni???

Apa2 pun, untuk orang2 kat tempat2 terpencil tu, itu memang tempat asal dorang, dorang tak nak pindah. Dan ada beratus2 tempat macam gitu. Slow2 baru jalan raya nak sampai tempat gitu. Kau tak pegi lagi, jangan kata BN tak peduli dorang.

Tapi, apa nak heran kan. Penjilat PR memang ikut je apa member2 dia kata, tunjuk laa bukti apa pun, masih nak tegakkan benang basah korang.

Belah laa lu.

Anonymous said...

SoG

per kapita ni adalah stanndard utk mengira kemiskinan...apasal bila nak memihak kpd kamu, kamu tk setuju dgn cara kiraan plak? kiraan yg sama juga digunakan utk mengira tahap kemislinan di ktan..

Anonymous said...

Bila Sabah dah dapat kat mereka (Fuckatan) nanti, serta-merta akan kata Sabah negeri paling maju kat Malaysia Timur tu. Sama je dengan Kelantan yang miskin, tapi masih tak mau terima hakikat. Nak kata negeri Islam pun masih jauh panggang dari api, isu kebersihan, maksiat, jenayah, sosial tetap antara paling teruk di Malaysia....

Anonymous said...

Servant of God said

Apa2 pun, untuk orang2 kat tempat2 terpencil tu, itu memang tempat asal dorang, dorang tak nak pindah. Dan ada beratus2 tempat macam gitu. Slow2 baru jalan raya nak sampai tempat gitu. Kau tak pegi lagi, jangan kata BN tak peduli dorang.
===================================

DAH 40 TAHUN MASUK MSIA MASIH TAK SAMPAI2 LAGI? BIAR BETUL...KALU BAGI UNDI PD BEEND CEPAT LA SAMPAI TU.....KALU TAK TUNGGU 40 TAHUN LAGI...

Anonymous said...

Orang Sabah tetap bersama BN...nak harap Anwar dan PR bawa perubahan..? tengok dengan negeri2 yang diperintah kerajaan PR ... ada bertambah baik ke ?..boleh percaya ke dengan kaki liwat tu untuk memerintah negara dan membantu Sabah...Rakyat sabah tak mudah tertipu...tak mahu rakyat kami diliwat pulak..Anwar tak boleh diharap langsung...kaki kelentong pembohong dan peliwat tegar...rakyat sabah akan menuntut haknya secara perlahan-lahan dan diplomasi melalui kerajaan BN... Bomo siam hentikan hasutan anda disini...

Servant of God said...

Hai penjilat2 PR,

Bila masa aku tak terima kiraan per kapita? Cerita kat aku. Yang cuba putar ialah kamu. Orang di bandar kamu nak samakan dengan yang di pedalaman.

Masalah di Kelantan ialah bukan saja ia miskin. Kat situlah HIV, kat situlah yang itu dan ini dan bermacam2 lagi. Tokong paling banyak laa, masjid paling sikit dibina dalam 20 tahun laa.. Jadi yang kau pi marah aku kenapa?

Pada yang kata 40 tahun dah masuk Malaysia tuh.

Kamu tak sampai lagi ke Sabah, kamu jangan cakap banyak. Kamu tau ke geografi sana macam mana? Dah aku kata, kau tak pi sana, kau tak tengok, jangan nak bising.

PR perintah terus semua jadi ke? Kabinet bayangan janji 2009 sampai sekarang pun tak nampak2 lagi, ada hati nak janji majukan orang.

Piirah!

anak sabah said...

aku neutral..

kata2 servant of god memang benar. mungkin sebab dia pernah tinggal di sabah. jadi dia tahu pasal sabah.

kalau datang ke negeri kami ni, setakat tinggal di bandar2 besar macam KK, Sandakan atau Tawau..ndak nampak pun miskin melampau. kereta yang lalu lalang pun banyak yang high class. tapi kalau pergi jauh ke pedalaman, beratus kilometer, tiada jalan besar, memanglah miskin. dulu negeri kami kaya sebab pembalakan berleluasa. skrg pembalakan telah berkurang dengan ketara sebab mahu jaga itu hutan.

Anonymous said...

SoG

samada miskin kat pendalaman or kaya kat bandar is irrelevant...per kapita rendah is the fact !!

SoG, kalu u syg kan Sabah u sepatut nya demand hak u...iaitu yr share of wealth...tp sayang sbb kan sayang nya kamu pd parti kamu u come up with such idiotic excuse like pelan2 jalan akan sampai...so pathetic..!!

tobeng said...

1.Pembangunan negara dibuat berperingkat2.Jangan buat cerita tamil kat sini.40 tahun dalam Malaysia?Betul tapi buatlah kajian sikit,jangan cakap macam orang tak belajar sejarah dan tak melihat realiti.

2.Semenanjung yang berkeluasan cuma lebih kurang Sarawak tapi berkepadatan tinggi(lebih 80% jumlah penduduk Malaysia)memanglah akan maju dulu ikut logik pun.Mana2 negara pun begitu.

3.Tempat tumpuan manusia dengan segala aktiviti ekonomi bertumpu di situ memanglah akan naik dulu.Kegiatan ekonomi dan pergerakan manusia yg ramai dalam satu kawasan yg relatif kecil akan merangsang segera pembangunan dan sistem perhubungan yg cekap.Secara tak langsung proses kemajuan berjalan pantas.Ini semua common sense aje,takkan semua aku nak ajar.

4.Semenanjung maju pun cuma 20-30 tahun kebelakangan ini sejak Tun M memerintah dan mengubah Malaysia dari negara pertanian kepada perindustrian.

5.Sabah dan Sarawak memang slow sikit atas faktor2 geografi dan kepadatan yang rendah.Kegiatan ekonomi dah tentu kurang.Kemasukan pelabur pun kurang atas sebab yang sama.

6.Jadi ini bukan 100% salah kerajaan yang memerintah.Sabah dan Sarawak tetap akan naik cuma ambil sedikit masa.Kalau nak buat perbandingan tu biarlah durian dengan durian,bukan durian dengan buah pear.

Anonymous said...

manusia jenis bomo sial adalah pencetus perpecahan antara org islam melayu...aku yakin dan pasti si bomo sial nih bkn islam dan seorang kafir lahanat yg berlatarblakangkan freemason...bomo sial nih jgk agen yahudi yg menerobos semua blog2 pro malaysia utk menyebarkan agenda2 freemason iaitu perihal agama islam terutamanya...keamanan...bangsa..to bomo sial freemason blik la ke tmpt asal kamu...aku tau siapa kamu...

Servant of God said...

Anonymous said...

SoG

samada miskin kat pendalaman or kaya kat bandar is irrelevant...per kapita rendah is the fact !!

SoG, kalu u syg kan Sabah u sepatut nya demand hak u...iaitu yr share of wealth...tp sayang sbb kan sayang nya kamu pd parti kamu u come up with such idiotic excuse like pelan2 jalan akan sampai...so pathetic..!!

August 2, 2012 6:59 PM

--------------------------

Aku pathetic?

Masalahnya kamu tidak berpijak di bumi yang nyata. Kamu hanya tahu keliling kamu banyak sumber, so boleh terus jual dan bangunkan negeri?

Pegh, cetek gila kamu nih.

Kalau begini laa pemikiran dalam PR, patut laa kerajaan Selangor dan Kedah bingai2 jek.

Wahai insan.

Kalau nak cakap pasal ekonomi, panjang sangat, aku takut kamu tak terikut. Kamu tak terfikir tentang economy negara macam mana, kamu tidak fikir pasal sustainable spending, kamu tidak sedar pun yang keadaan di Sabah menyebabkan kos pembangunan berbeza dengan di Semenanjung nih. Yang kamu pernah dengar, Sabah tu banyak balak, ada minyak so sepatutnya kaya raya.

Kalau begitu saja yang kau nampak, takde guna aku nak cakap panjang lebar benda2 yang kau tak faham.

So senang cakap kita diskas point2 kau yek?

Kau kata aku patut demand hak aku?

Tapi masalahnya, apa yang aku buat sampai aku ada hak untuk dapat duit balak? Aku takde pokok balak kat atas tanah aku kat Sabah, mak bapak aku pun takde tanah yang berbalak atau pun minyak. So macam mana aku boleh kata aku ada hak, walhal yang buat pelaburan untuk pi potong balak, pi gerudi minyak lepas pi jual ke luar adalah orang lain. Camne?

Walaupun aku tak dapat wang balak secara direct, tetapi secara tidak direct aku memang sangat bertuah di Sabah. Aku dapat pergi antara sekolah paling top dalam negeri, jalan raya tempat2 aku selalu pegi bagus, bila keputusan exam aku bagus aku dapat duit, aku dapat biasiswa lagi. Apa yang aku tidak dapat? Walhal keluarga aku takde kabel dengan sapa2 pun.

Perlu aku jelaskan, kehidupan aku kat sana tidak mewah, tetapi amat mengayakan sahsiah aku. Dengan asas yang aku perolehi dari sana, aku dapat hidup yang selesa sekarang.

Jadi apa hak aku yang aku tak dapat?

Aku faham yang kamu di penyokong PR sentiasa disuapkan dengan "BN rasuah! BN rakus!"

Ada kebenarannya, aku tidak sangkal. Ada segelintir orang yang diangkat menjadi pemimpin itu tidak kekal amanah. Segelintir sahaja.

Tetapi, kalau amanah itu yang menjadi tonggak perjuangan kamu, kenapa kamu menyokong PR? Bagaimana mereka amanah?

Kata nak umum kabinet bayangan pada 2009. Ini dah masuk suku ketiga 2012, masih takde. Amanah ke ni?

Ketua umum PR dikatakan telah songlap RM3 billion, tapi dia senyap saja. Kenapa kamu tidak desak penjelasan? Kan ini berkaitan amanah?

Ketua kamu hidang nenek segala kencing iaitu tentang 16 September! Itu pecah amanah yang cukup besar!! Kenapa kamu tidak persoal itu?

Jangan kamu dimakan api kebencian terhadap Tun M, UMNO dan BN sampai kau tak nampak kebenaran di sekeliling kamu.

Kamu benci BN sampai kamu tak sedar yang kamu double standard. Munafik. Faham tak ni?

Kamu tak mahu nampak yang PKR dan DAP itu hanylah parti2 kroni dan keluarga. PAS pulak jadi keldai. Kenapa kamu tak nak nampak?

Setidak-tidaknya BN ni boleh lagi laa diperbetulkan. Janji kita akar umbi bersatu.

Yang kamu pulak, konon nak buang yang keruh, ambil yang jernih, tapi kamu tak sedar kamu mencedok dari lubang najis.

Servant of God said...

Tobeng August 2, 2012 7:01 PM,

Point kamu nombor 4 memang cukup bagus. Itu yang aku malas nak cakap kat budak pathetic kat atas tadi tuh, malas laa pulak. Tapi kamu dah sentuh, aku tambah sikit lah.

Semasa Tun M menjadi PM, Sabah belum pun 20 tahun dalam Malaysia. Masa itu ekonomi Malaysia masih lagi berasaskan pertanian. Memang laa semakin maju, tetapi pertanian tetap pertanian. Pendapatan daripada pertanian dan sumber tanah yang bukan minyak adalah terhad.

Kalau pendapatan dari balak dan sumber tanah (bukan minyak) tidak diproses adalah kekayaan yang sama hasil minyak, maka Fiji akan menjadi antara negara terkaya di dunia. Fiji banyak pokok dan sumber tanah.

Kenapa Fiji yang begitu banyak sumber tidak kaya? Pertama, sebab pendapatan pertanian dan hasil bumi bukan minyak terhad. Kedua, membangunkan negara ini bukannya direct dan mudah.

Di bawah Tun M laa baru ekonomi Malaysia berkembang, baru laa industri bertapak secara besar-besaran di Malaysia nih.

Kenapa kita tidak terus bina prasarana di serata negara terus?

Apa kamu ingat benda2 ni murah?

Nak buat jalan raya pun kita takde peralatan. Nak buat bulldozer kita tak reti, nak buat steamroller kita tak reti, nak buat apa2 pun perlukan kepakaran dari negara luar. Ingat dorang nak jual benda2 ni murah2 ke?

So sampai bila nak bergantung kepada orang luar? Jadi untuk memulakan aliran masuk ilmu tahap tinggi seperti engineering, pemotoran dan lain2, Dr. M time tu lancarkan Proton. Antara sebabnya ialah, bila kita dah ada ilmu pemotoran dan kejuruteraan, kita akan kurang bergantung kepada orang luar.

Itu pun ada yang kutuk jugak. Masya Allah. Padahal korang gak yang nak ditolong, tapi korang hina Tun M macam tu? Memang PAS dan DAP anjing sesungguh-sungguh anjeng. Time tu PKR belum ada.

Apa, korang ingat tempat Malaysia di antara negara2 yang membangun nih memang dah kena reserve dari dulu ke? Adakah korang fikir Tun M bersalah sebab tidak ambil langkah2 untuk buat duit dari international money market dan sbg?

Kalau itulah yang kamu fikir, memang kamu tak layak nak bincang pasal ekonomi apatah lagi politik.

Tun M telah bekerja 22 tahun untuk membolehkan kita bersain di peringkat antarabangsa. Sebelum dia perintah, kita takde apa. Kamu faham tak nih?

Jadi, sekarang kita baru masuk era di mana kita ada cukup ilmu dan tahu nak cari modal di mana. Kita sebenarnya baru nak memulakan perniagaan global kita. DS Najib sambung keje Tun M, buat itu buat ini supaya kita lebih kompetitif.

Yang kamu nak bagi undi pada anwar tu kenapa? Apa yang dia reti buat? Sebagai penasihat ekonomi, apa yang dia telah buat untuk Selangor? Isu Talam ni, sapa yang sanggup nak mendalami, pun rupanya mainan anwar. Rakyat apa dapat?

Kalau pada sesapa yang membara hati nak buang BN sebab konon cinta tanah air, tolong buka balik bukan saja buku sejarah, tetapi buku2 ekonomi dan strateji supaya korang boleh lihat perjalanan dunia ni macam mana sebenarnya.

Jangan kamu ingat this world owes you a bloody living.

Anonymous said...

SOG...

Ape yang puak-puak tu tau pun. Yang diorang tau, Malaysia ni patut dah maju macam US, Singapore, Finland dan lain-lain lagi. Padahal sejarah Malaysia sendiri pun mereka belum faham sepenuhnya. Mereka ingat British dulu serah Persekutuan Tanah Melayu dengan semua tempat dah maju seperti Britain ke?? dengan dasar pecah dan perintah, Melayu dulu tak ke mana pun, hanya dok jadi petani atau nelayan kat kampung. Yang pandai kerana dasar British pun boleh dikira dengan jari...

Itulah akibatnya kalau tiap-tiap asyik hirup air kencing dari pemimpin Penipu Rakyat. Kencingan yang mengasyikkan, tetapi penuh penipuan. Kalau mereka tu pandai sangat memerintah, Kelantan tu dah tentu boleh setanding Selangor pada hari ini. Tapi hakikatnya, tengok kelemahan sendiri sebelum nak tunding pada orang lain.... pikir-pikirkan la...

Anonymous said...

SOG..

depa mana faham semua tu. kalau hati dah busuk, dah bernanah dengan sifat hasad dengki dan dendam kesumat. otak sudah tentu tak berfungsi. sebab tu la mentaliti penyokong pakatan camtu..penuh sifat hipokrit. kalau depa lebih baik takpela jugak. tapi depa rupa2nya lagi teruk..tak malu betui!!!

Anonymous said...

betul2

Anonymous said...

Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu."Mereka hina kami waktu kami mahu gabung bikin itu Malaysia!"Di sebelah pemimpin tua, itu seorang Kadazan pula menyampuk , "Dorang tu jahat bah, ati ne (hati ini), banar-banar sakit sampai ari ne. Dorang bilang (mereka kata) kami macam-macam, kami kapir la, kalo aku ingat sakit ati ku ne ( sakit hati aku )"...Menurut orang-orang lama ini, antara sebab PAS menghalang Sabah menyertai Malaysia kerana kononnya Sabah sama seperti Singapura.Sambung mereka lagi, kalau Pakatan Rakyat memerintah, ada PAS di dalamnya, "aauk inilah masa kita keluar Malaysia, itu PAS dulu itu mau halau kami jua" (ya inilah masa kita keluar Malaysia, parti PAS dahulu mahu halau kami juga)."PAS itu endak (tidak) tau maluk (malu), dulu halau kami macam kami ini anjung kurap, sekarang mau undi kami, ...ppptttuih (ludah)" ludah orang tua itu..."Di Sabah ini endak da bah orang mau undi PAS, itu pendatang saja bah yang undi dorang tu"Bagi kami urang (orang) Sabah, kalau Pakatan memerintah ada itu PAS, bagus kita orang keluar Malaysia, jadi nagara (negara) sendiri!
*Krew Mymassa, Kota Kinabalu, 25/7/2012.

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://tinyurl.com/UinvestWorld


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Anonymous said...

susah2 cba bomo jd menteri...camner caranya...