Sunday, September 16, 2012

BAHAYA PENYAKIT FLIP FLOP DALAM PENDIRIAN POLITIK.


Kenyataan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja bahawa pemimpin muslimat PAS akan mengisi kuota 30% kerusi yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 13 nanti agak menarik untuk diulas.

Ini kerana ia mengingatkan kita kepada beberapa fatwa flip flop halal dan haram dari Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkaitan isu kaum hawa yang agak kontroversi pada dekad 90-an dulu.

Antaranya termasuklah kecamannya terhadap pemimpin Wanita UMNO yang menjadi wakil rakyat dan menteri konon golongan hawa tidak layak menjadi pemimpin atas sebab peranan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kaum Adam sahaja.

Rentetan dari situ, bertahun-tahun jugalah Ketua Wanita Wanita tika itu, Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah dijadikan punching beg oleh pengikut PAS termasuklah memperbesarkan keharaman dari segi aurat suara.

Namun ketika negara mengharungi PRU 10 tahun 1999, penyokong PAS tiba-tiba terpinga-pinga bila senario sudah berubah dan mereka terpaksa pula menelan kahak sendiri setelah diarah menyokong isteri kepada Anwar Ibrahim yang bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sejak itu, kecaman terhadap Datuk Seri Rafidah mula berkurangan mungkin kerana penyokong PAS sudah menyedari betapa loyanya menjilat semula ludah Nik Aziz dan kahak sendiri.

Dalam dekad 90-an juga, Nik Aziz juga pernah mencetuskan kontroversi dengan melarang qariah dari negeri itu menyertai Tilawah Al-Quran atas alasan untuk jaga aurat suara serta disebabkan Nik Aziz "berpendapat rakyat Kelantan pada masa itu masih tidak memahami Islam dengan mendalam".

Bagaimanapun baru beberapa bulan lalu, kekangan terhadap qariah dari Kelantan dengarnya terpaksa ditarik semula setelah suara desakan para qariah dan orang ramai semakin menyakitkan halwa telinga Nik Aziz.

Selain larangan dan 'fatwa flip flop' tersebut, isu wanita tidak diharamkan dari berhias dan bergincu di luar rumah juga pernah tersembur dari mulut Nik Aziz, juga dalam dekad itu dan turut mengundang kontroversi.

Selain turut mengundang kontroversi ia juga kekal diingati ramai orang sebagai lawak jenaka paling unik tambah-tambah lagi bila ramai rakyat Kelantan yang pernah terserempak dengan isteri dan anak Nik Aziz yang dilihat merah bibirnya sewaktu mereka berada di luar rumah.

Mungkin Nik Aziz boleh beralasan merah gincu di bibir isteri dan anak perempuannya bukanlah hasil calitan gincu tapi hanya sekadar calitan warna dari cat pagar rumah yang berbaki.

Apapun inilah realitinya yang menuntut kita berfikir sejuta kali sebelum mencerna atau menerima tiap bait kata yang keluar dari mulut busuk seorang politikus yang memperalatkan dalil atau hujah agama demi kepentingan politik kepartian.

Dalam pada itu, kini juga kita berpeluang melihat dengan mata kepala sendiri gelagat beberapa artis wanita yang baru 'bertaubat alaPAS' galak memberi ceramah politik di depan khalayak ramai dalam keadaan berhias sakan dan bibirnya pula merah dengan gincu.

Nampak gayanya soal aurat suara pun sudah tidak timbul apatah lagi isu berhias dan bergincu di luar rumah. Tidak pula timbul keharaman aurat suara seorang perempuan. Barangkali fatwa lama sudah expired agaknya.

Disamping itu, dulu pernah juga Nik Aziz menyarankan kaum wanita yang cantik supaya tidak bekerja untuk mengelakkan maksiat kononnya.

Kini, ia juga sudah tidak kedengaran sebaliknya makin ramai pula wanita comel lote badan bergetah yang mengisi kekosongan jawatan di Pejabat MB Kota Darul Naim.

Mungkin juga Muslimat PAS yang sekarang ini ada yang jadi YB tak termasuk dalam kategori cantik dan comel, barangkali sebab itulah bebas bekerja sebagai wakil rakyat dan exco negeri.

Dan barangkali semua bakal calon yang akan memenuhi kuota 30% PAS itu pun termasuk dalam kategori buruk macam Mak Lampir PKR, itu pasal masing-masing diberi kebenaran dan ditawarkan peluang merasai pengalaman bertanding pilihanraya.

Hakikatnya, walau apapun alasan dan jenis larangan serta fatwa halal haram keluar dari mulut Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain, rumusan mudahnya semua akan berakhir dengan flip flop mengikut kemahuan politik parti.

Haram bila PAS gagal memanfaatkannya, kini halal untuk PAS dan sekutu bila dirasakan menguntungkan, esok pula?... makruh agaknya.

5 comments:

Anonymous said...

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau lebih suka menerima konsep negara sekular berbanding negara yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Tegas profesor pelawat Universiti Oxford itu lagi, golongan agama "nampak buruk" apabila kumpulan tersebut menggunakan agama sebagai alat politik.

"Politik dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik. (Tetapi apabila) agama dijadikan alat politik, saya lebih rela (terima) negara sekular.

"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik, sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.

"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.

Dr Asri menegaskan beliau lebih suka negara barat yang tidak menggunakan nama tuhan, daripada negara yang menggunakan nama tuhan sehingga tuhan itu kelihatan zalim.

"(Tuhan) kelihatan macam menghalalkan kesalahan. Sebab itu berhati-hati dalam fatwa-fatwa agama," katanya.
----------------
Ayat ini mmg sesuai utk PAS...

muahahahahah

Anonymous said...

GAP, kau tolong tulis Petronas dah berleluasa dicerobohi oleh orang-orang cina DAP sewenang-wenangnya, panas berapi betullah baca, nak hancur lagi ke UMNO ni di pilihanraya ke 13 ni. Orang Melayu dah mula sokong dia buat hal yang sangat2 menyakitkan hati kita lagi. Menyampah betul. Ingat tu anugerah minyak dari Allah di negara ini adalah untuk orang-orang Islam dan pribumi menguruskan dengan telus, professional dan amanah sebagaimana negara-negara Islam lain melantik Petronas memajukan industri minyak mereka.

Anonymous said...

Segala 'fatwa' karut yang terpacul dari mulut pemimpin2 Pas seperti Nik Aziz dan Hadi Awang adalah timbul dari rasa iri hati, dengki khianat. Sebenarnya 'fatwa2' tersebut lebih tepat jika ditafsirkan sebagai fitnah Pas terhadap UMNO.

Renungkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Nanti akan tiba satu zaman dimana Islam itu tidak tinggal hanya pada namanya sahaja. Al-quran tidak tinggal hanya pada huruf dan tulisan sahaja. Masijid mereka indah tetapi tidak mendapat petunjuk. Ulamk2 dikalangan mereka adalah paling jahat dikalangan manusia. Dari mulut ulamak2 ini akan muncul fitnah2 dan kepada mereka (ulamak2) fitnah dikembalikan ' Benarlah kata2 Rasullullah itu.

Nampaknya zaman yang Rasulullah sebutkan adalah dizaman kita. Lihatlah bukan sedikit 'fatwa' (fitnah) yang terkeluarkan dari mulut 'ulamak2' ini telah dan sedang dikembalikan kepada mereka. Amanat (Fatwa) Hadi Awang adalah yang paling ketara disamping 'fatwa2' Nik Aziz sendiri.

Rajin2lah berfikir dan membuka minda. Nilailah dengan adil serta ikhlas untuk mencari kebenaran. Wallahualam.

mtk

Anonymous said...

Selagi ada pengikut fanatik yang bodoh dan terima apa kata ketuanya secara membabi buta,selagi itulah ajaran sesat PAS ini akan terus hidup.. ajaran mereka seperti ajaran AYAH PIN.. Untuk kemenangan politik semuanya halal utk mereka manakala haram untuk org lain .. DAN HALAL HARAM INI AKAN BERUBAH MENGIKUT MASA DAN MENGIKUT SELERA MEREKA.. Sukar utk dibenteras mereka ini... sukar untuk diperbetulkan pengikut mereka ini .. kerana topengan ketua-ketua mereka adalah topengan org2 beragama.. MEREKA INI AMAT SESAT DAN MENYESATKAN PULA ORG2 LAIN.. YA ALLAH BERIKAN PETUNJUK KEPADA KAMI DAN KEPADA MEREKA..

Anonymous said...

Like