IKLAN BERBAYAR

Wednesday, October 31, 2012

KESAN SAMPINGAN BILA MINUM AIR KARAT KELANTAN.



Kerajaan Pusat Anak Tirikan Kelantan?

Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Hakikatnya, tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.

Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.

Sehingga tahun 2007, jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan, akhirnya Kerajaan Pusat pula yang  mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah, hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.

Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.

Sedangkan hakikat syarikat pemaju, Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.

Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.

Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu, namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama.

Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja.

32 comments:

azman ali said...

selagi pas memerintah kelantan selagi tu lah nasib rakyat kelantan akn menerima air karat nie...sbb pas x penting kn rakyat tetapi pas penting kn kuasa...sangup jadi anjing kafir demi mendapat kuasa...bayang kn air pun pas xleh nk bg air bersih kt kelantan ni ade hati jaga 1 malaysia takat mimpi je lah pas oi

Anonymous said...

kerajaan federal tolong la banyak mana pun kat kelantan tu...yg pasti kelantan tidak akan jatuh ke tangan BN dlm PRU 13 nanti....aku paham benar perangai kelantanese ni....baik yg kerja dgn kerajaan federal apa lagi yg tinggal & cari makan di negeri negeri pemerintahan BN/UMNO..terlalu tebal semangat KENEGERIAN mereka..

hangkedee said...

Ambo tak se kawe dengan oghang kelate kecek kelate sokong cina kapir Dapig.

Anonymous said...

Penganut PAS Kelantan Assobiyah tahap gaban....hudoh camane pon pemimpin mrk ttp mrk sokong sbb dlm kepala mrk hny puak mrk saja yg buleh ....

PAS akan terus wujud selagi ada penganut taksub tahap BAHALOL ...

Pemimpin PAS suke , penganut PAS Kelantan gembira..wlpon kemewahan n kemajuan yg mrk dapati cume bila 'pejam mata' saje....

Penganut PAS Kelantan suke menerima fantasi dari realiti...

Anonymous said...

Gua byk siok sama Pas sbb mat syabu mahu makan babi sama gua punya tokong father joseph guan eng..........pas syg cina dap..........l lv u tgna.......u my lov

Anonymous said...

Di Kuala Lumpur pun ada cina jual air karat:-

Hebatnya diskriminasi oleh Mgmt Cina dan Australia di Suria KLCC. Mereka nak tambah lagi 80 kedai dan bagi kpd peniaga2 asing.

dinturtle.blogspot.com

Servant of God said...

Wahai rakyat Kelantan,

Best sangat ke, bila nak cebok, air keluar dari paip tu rupa yang macam baru dilepas tuh?

Haii...

Takpe, undi lagilah PAS. Dorang akan jaga kebajikan rakyat Kelantan seperti mana yang dorang buat sekarang.

Anonymous said...

"Sapa bilo YB Pas nok terus ggatung ko ambo, belaja la hidup atas kaki sendiri dan berdikari". Kata Nik Aziz.

Reka lawak aje..mana nik aziz akan kata begitu..

Anonymous said...

Dah ku kata PAS ialah PARTI ANAK SIAL

Anonymous said...

Kelantan akan menikmati bekalan air bersih lepas 2027 nanti ler.... tunggu je la. Korang sibuk-sibuk kenapa??? Air basuhan kaki pork nick pun rakyat Kelantan sanggup minum laaaa......

Anonymous said...

tak sakit perot ke minum air karat...dah 22 tahon pas perintah kelantan masaalah air karat tak selesai lagi...boleh lah orang kelantan bawak bawak tukar kerajaan negeri..

Anonymous said...




jaga AIR dinegeri masing2......

jangan tau kutuk negeri atau anak negeri orang lain..........

nanti Allah datangkan ujianNya asbab AIR ......

Anonymous said...




Alhamdulillah.... Allah masih kasihan akan hamba2nya .... air tetap dicukupiNya..

kecuali2 manusia2 UMNO yg kufur nikmat!



Anonymous said...

Nik ajis yg ajar kutuk negeri atau anak negeri lain.....kononnya nk isle dan xbanggo jd melayu......mu lupe ket??????byk lg kutukan nik ajis xmuat nok tulis kt sini...

Anonymous said...

Org pas kuat fitnah dan sanggup bersekongkol dgn ambiga lgbt dan nuar islam liberal xkufur nikmat kerr?????jgn duk meludah kelangit dgn gunakan agama demi kuasa undi.....

Melayu Ultra said...

Demi air karat sepanjang hayat, kami semua akan terus menyokong kerajaan PAS agar dapat memerintah Kelantan sehingga 888 penggal lagi.

Hidop Pok Nik jadi EMBI Kelantan lagi 888tahun!

Kami mahu patung buddha terbesar dibina di KELANTAN!!

Melayu Ultra said...

teh o beng karak so! tokseh susu deh!

Jange maroh pok nik!

Take birr!!

Servant of God said...

Anonymous said...




jaga AIR dinegeri masing2......

jangan tau kutuk negeri atau anak negeri orang lain..........

nanti Allah datangkan ujianNya asbab AIR ......

October 31, 2012 7:50 PM

----------------------------

Takpe, kamu dah tak payah takut apa2 dah, sebab hati kamu dah tertutup dah, kamu tak boleh menilai bukti depan mata kamu.

Servant of God said...

Anonymous said...

Alhamdulillah.... Allah masih kasihan akan hamba2nya .... air tetap dicukupiNya..

kecuali2 manusia2 UMNO yg kufur nikmat!

October 31, 2012 7:53 PM

----------------------------

Jadi kalau air tuh bernajis sampai wuduk tak sah, kalau air tuh dah memudaratkan kesihatan, tak payah laa nak buat apa2 sebab Allah dah turunkan sedemikian?

Kamu tak perlu usaha sebab kalau Allah nak kamu menikmati air bersih, Allah akan suruh malaikat turun pasang paip ke rumah kamu tanpa kamu buat ikhtiar apa2?

Hebatnya kamu.

Anonymous said...


Apa aku peduli air paip di Kelantan ada e-coli ke, bakteria ke, virus ke KAN ITU SEMUA ANUGERAH TUHAN untuk rakyat Kelantan.. Air keroh pun rakyat akan undi PAS gak.. takde hal punya.. setakat mati sebab minum air ada e-coli itu kan mati syahid kecil.. mudah la lebih ramai rakyat Kelantan masuk sorga.. Org UMNO..jangan harap la..

Anonymous said...

Hoi Servant of god..berapa ramai rakyat kelantan yg dah mati minum air karat hah..air kotor wuduk tak sah lah..lu apa citer..komen mcm org mabuk giler talak aje.

Anonymous said...














Salam semua..tuan/puan nak letak komen..nak caci maki ke..nak menghina ke..suka hatilah..tapi beradablah bila berbicara tentang Allah dan rahmatNya..Allah tidak menzalimi hambaNya..









Anonymous said...

Lepasni pas akan anjurkan majlis sembahyang hajat minta hujan.Hujanpun turun dgn lebatnya berkat nik ajis.selesailah masaalah air klate.Sgala katak yg ada diklate pun turut bantu panggil hujan.Tula habatnya Pok nik kita .hahahahahah.......

Anonymous said...

Tak payah habiskan duit buat loji air.Peruntukan tu boleh guna untuk buat banner/poster besar2 letak tepi jalan ,buat bayar artis2@ustaz2 turun buat ceramah.

Anonymous said...

Tak payah tunggu tahun 2027.Bulan disember 2012 ni akan selesailah masaalah air dikelate.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Selepas dikejutkan dengan penemuan logam berat dan bakteria berbahaya E.coli yang boleh mendatangkan kanser serta kematian, rakyat Kelantan turut diancam pelbagai penyakit lain akibat air tercemar.

Saban tahun Kelantan merekodkan bilang kes penyakit bawaan air seperti tifoid (kepialu) dan kolera (taun) yang tinggi akibat pengambilan air tercemar, sama ada daripada sumber air mentah mahu pun yang dibekalkan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Seperti juga bahaya kesan logam berat berlebihan dan bakteria E.coli, penyakit tifoid dan kolera yang begitu sinonim dengan rakyat Kelantan sejak puluhan tahun lalu juga boleh mendatangkan maut, jika lambat menerima rawatan.

Ini kerana tifoid yang merebak melalui air atau makanan tercemar akan menyebabkan mangsa mengalami gejala demam pada suhu yang sangat tinggi, lemah otot, sakit kepala, sakit perut dan hilang selera makan sekaligus, mengancam nyawa.

Manakala kolera pula biasanya merebak akibat pengambilan air minuman yang tercemar dengan bakteria 'vibrio cholerae' menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, muntah, ternyahhidrat dan dalam kes kronik ia juga boleh membawa kematian.

Memburukkan lagi keadaan, selain faktor pengambilan air tercemar akibat kegagalan pihak berkuasa menyedia air bersih, sikap sambil lewa masyarakat Kelantan dalam soal kebersihan penyediaan makanan juga menyumbang kepada penyakit ini.

Selain itu, rakyat Kelantan juga turut berdepan dengan risiko hepatitis A dan disentri, malah tidak terkecuali penyakit leptospirosis terutama di kawasan Kelantan selatan yang rata-rata penduduknya masih bergantung kepada air sungai

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia memberitahu, tifoid dan kepialu menjadi ancaman utama kepada kesihatan penduduk Kelantan kerana pola serangan penyakit itu dikesan setiap tahun.

“Insiden tifoid atau kepialu tinggi di negeri Kelantan. Kejadian tifoid dan kolera ini disumbangkan oleh kurang kualiti bekalan air bersih dan terawat di beberapa lokaliti,” jelas Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan.

Dalam jadual bilang kes dan kadar insiden bagi penyakit bawaan air dan makanan di Kelantan untuk tahun 2006 hingga 2010, kementerian itu mengesahkan hanya tahun 2007 sahaja yang mencatat penyakit tifoid di bawah 10 kes (tiga kes).

Selebihnya, jumlah kes yang dicatatkan sangat tinggi dan sebagai contoh pada 2006, sebanyak 76 kes tifoid dikesan di beberapa lokaliti di Kelantan. Pada tahun 2008 juga bilangan kes tidak banyak berubah dengan 72 kes keseluruhan.

Manakala 2009 menjadi tahun paling banyak kes tifoid dilaporkan di negeri berkenaan dengan 85 kes sebelum angka tersebut kembali menurun pada 2010 tetapi masih lagi pada jumlah yang membimbangkan, iaitu 46 kes.

Pada masa yang sama, sebanyak 20 kes penyakit kolera dicatatkan pada tahun 2009 sebelum menurun kepada enam kes tahun lalu, manakala bagi hepatitis A, dua kes direkod pada 2006 serta masing-masing tiga kes pada 2007 dan 2010.

Sementara itu, bagi penyakit disentri 10 kes dicatatkan pada tahun 2006, empat kes pada 2007, lapan kes pada 2008 tetapi tiada kes pada tahun 2009 sebelum kembali direkodkan dengan tiga kes pada tahun lalu.

Anonymous said...

Anonymous said...
Tak payah tunggu tahun 2027.Bulan disember 2012 ni akan selesailah masaalah air dikelate.

November 1, 2012 10:49 AM

---------------------------------

Air banjir boleh dibuat minum ke???? Hebat doa pork nick tu ye....

Anonymous said...

Lebih baik daripada air karat.

zulhairi b dollah zul said...

Apa kan daya rakyat kelantan sanggup menerima bala kecil ini.

Anonymous said...

orang kelantan...sampai bila nak dibodohkan oleh PAS ni? air takkan jadi jernih kalau setakat dgr ceramah dan main dam haji saja!!!

Anonymous said...

anon 9.43....ko nak tggu org mati dulu ke, baru nak improve kualiti air???

Anonymous said...

kalo utusan malaysia yg buat artikel ni mmg aku percaya 100%.sesungguhnya yg benar adalah dr utusan dan yg salah itu tidak lain dtgnya dr harakah.hahaha